BAB 6

Fantasy Completed 4906

Teori menyatakan terdapat tujuh pusat cakra pada tubuh manusia - Crown Chakra, Third Eye Chakra, Throat Chakra, Heart Chakra, Solar Plexus Chakra, Sacral Chakra, dan Root Chakra.
Setiap cakra mempunyai fungsi dan kelebihan yang tersendiri. Cakra yang seimbang dapat melahirkan manusia yang seimbang. Jika salah satunya terkurang atau terlebih aktif, masih belum mampu untuk mencapai keseimbangan.

"Jadi kalau tolak kita berempat, maknanya akan ada lagi tiga orang kan?"

Apa yang dimaksudkan Malae adalah selain daripada mereka, hanya tinggal lagi tiga pengguna cakra yang belum ditemui. Tidak pasti sama ada mereka masih hidup ataupun sudah dibunuh oleh pemburu hantu.

Damien D'Artagnan merupakan pengguna Throat Chakra, namun dia sudah mempunyai pewaris yang baru memandangkan usianya sudah lanjut dan tidak segagah dulu.

"Kalau nak cari pun, belum tentu jumpa dalam masa terdekat ni," Claretta membalas.

Kemudian bilik tidur mereka kembali sunyi. Dibiarkan saja bunyi kipas berpusing di siling. Memandangkan mereka belum ada tempat menginap, Damien menyuruh mereka tinggal di situ buat sementara waktu.

Claretta hanya termenung di tepi jendela. Malae yang sedang ralit di atas katil turut diam. Karin hanya memasang telinga sejak tadi sambil berbaring. Lukanya sedang mencucuk-cucuk ke urat sendi.

Dia sedaya-upaya untuk tidak menunjukkan sebarang reaksi di wajahnya. Padahal bekas tembakannya terasa perit sekali. Bimbang nanti segalanya akan terdedah. Terjebak dengan bekas ahli yakuza bukanlah sesuatu yang seronok untuk didengar.

"Dia tengah buat apa tu?" Claretta melirikkan matanya ke luar tingkap. Kelihatan Mei sedang melakukan beberapa gerakan tangkas di tepi halaman rumah sejak tadi.

"Berlatih shaolin." Hanya itu yang terbit daripada bibir Karin.

Dia tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut. Itu adalah hal peribadi yang berhak diceritakan oleh Mei sahaja. Pembunuhan Master Yu, konspirasi di tokong shaolin, semuanya terlalu peribadi buat Mei. Dan Karin turut berpegang teguh pada janji untuk tidak membuka mulut.

Malae yang sedang duduk bergoyang kaki di atas katil melemparkan pandangan kosong ke dinding kamar. Mindanya terbang entah ke mana. Mungkin teringatkan kampung halamannya.

Karin hanya memerhatikan tingkah lakunya. Sejujurnya dia tidak berminat untuk berbual sekarang tapi melihat Malae seperti sedang bersedih, dia menghela nafas panjang.

"Cantik gelang." Pujian sengaja dilontarkan.

Karin merujuk kepada gelang yang tersemat di tangan kanan Malae. Gelang itu dihiasi beberapa cengkerang yang unik. Malae yang tersentak dari lamunan hanya tersenyum.

"Tunang aku yang bagi," jawabnya jujur.
"Ohh," Karin membalas, "tunang kau kat mana sekarang?"

Soalan Karin sukar untuk dijawab. Sekilas wajah Aleki memenuhi ruang mindanya. Lelaki yang sentiasa nampak tenang dengan senyuman yang tak pernah lekang.

"Aku tak tahu. Dah dua tahun aku tak balik ke Samoa," Malae akhirnya memberikan jawapan.

Suasana berubah sepi semula. Anak mata Karin bertukar arah ke siling bilik. Dia hanya memerhatikan saja kipas yang rancak berpusing. Entah kenapa, nalurinya mengatakan bahawa lelaki itu pasti selamat.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience