BAB 14

Fantasy Completed 4906

PARIS, FRANCE

Père Lachaise Cemetery (Tanah Perkuburan Père Lachaise) begitu sunyi sepi. Kelihatan beberapa kelompok manusia di situ yang datang melawat kenalan mereka yang telah meninggal dunia.

Archer memaku matanya pada kubur di hadapannya. Ya, di situ juga bersemadinya seseorang yang dia sayang. Seseorang yang telah memberikan kasih sayang kepadanya sejak ibu bapanya bunuh diri sewaktu dia masih kecil kerana tidak tahan dengan tekanan hidup.

"Maafkan saya, ayah."

Itulah gelaran yang diberikan walaupun sebenarnya lelaki itu adalah bapa saudaranya. Fikirannya melayang mengenangkan peristiwa tiga tahun lepas. Dimana dia ditangkap ketika berurusan jual beli senjata haram.

Ya, dia mengaku ketika itu dia masih mentah dan hanya tahu memberontak saja. Apa yang dikatakan oleh bapa saudaranya lansung tidak diendahkan. Bagi Archer, lelaki itu tidak tahu keperitan hidupnya yang tidak dibesarkan oleh ibu bapa sendiri.

Tetapi semua itu berpunca daripada pengaruh rakan sebaya juga. Dia terlalu mudah percaya pada keseronokan dunia, sehingga lupa seorang lelaki tua yang membesarkannya dan banyak mengajar erti kehidupan.

Sudah tiga tahun dia meringkuk di dalam penjara, sehinggalah insiden rusuhan tempoh hari. Harapannya untuk bertemu dengan lelaki itu hancur apabila dia pulang melihat rumah yang telah menjadi kawasan jenayah.

Waktu itu, jirannya yang sedang kelam-kabut mengemas barang untuk berpindah (selepas mendengar pengumuman polis peronda mengenai rusuhan yang baru berlaku) memaklumkan bahawa bapa saudaranya telah mati dibunuh. Mayatnya dijumpai oleh pekerja dari pejabat pos yang kebetulan menghantar barangnya.

Sedang dia melayan perasaan, tiba-tiba telinga Archer menangkap bunyi dari belakang. Sebaik saja dia menoleh satu das tembakan laser disasarkan kepadanya. Archer berjaya mengelak dengan berguling ke tepi. Sekelip mata dia bangun semula. Matanya menatap lawan.

Lelaki berpakaian hitam ... pemburu hantu!

Archer terus berlari melewati beberapa kubur. Tembakan demi tembakan dilepaskan sehingga pecah berderai beberapa batu penanda di situ. Lariannya cukup pantas hingga mampu mengelak daripada dihentam serangan tersebut.

Langkahnya menuju ke arah jalan utama di perkuburan tersebut. Namun di hadapannya terdapat halangan yang merupakan binaan-binaan tinggi. Tak guna!

Dia tiada pilihan. Tapak tangannya dihalakan ke tanah. Berbekalkan kudrat yang ada, Archer menghasilkan gelombang sonik yang kuat, cukup untuk mengangkatnya melepasi halangan tersebut. Sebaik saja mendarat, dia terus berlari meninggalkan tanah perkuburan tersebut.

Berehatlah dengan tenang, Damien D'Artagnan.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience