BAB 5

Fantasy Completed 4906

Damien D'Artagnan meletakkan sebuah album di atas meja. Matanya merenung empat anak gadis tersebut bersilih ganti. Kemudian dia mengeluh berat. Mereka hanya diam membisu di atas sofa. Hanya kedengaran bunyi oven di dapur sedang berkerja.

"Sebelum tu boleh saya tahu macam mana kamu jumpa rumah ni?" Soalnya ingin tahu.

Tiga pasang mata tertumpu ke arah Karin. Hanya dia yang tahu jawapannya. Mereka yang lain turut tertanya-tanya. Karin diam seketika. Lantas otaknya mengimbas kembali pertemuan dia dengan sepupu Damien siang tadi.

Pada mulanya lelaki itu enggan bekerjasama. Karin yang tiada pilihan terpaksa meletakkan pisau di lehernya sebagai ugutan. Dia tiada niat untuk membunuh. Cukup sekadar untuk menggertak. Dia tidak datang sejauh ini untuk pergi dengan tangan kosong. Selepas itu, barulah lelaki itu bersetuju.

"Kebetulan kami terjumpa seseorang yang baik hati," ujar Karin dengan selamba.

Yang lain hanya berdiri diri. Ya ke tidak si Karin ni? Otak mereka membuat andaian. Hanya Mei yang nampak tenang menikmati teh bunga sejak tadi. Sudah lama rasanya tak minum teh bunga homemade begini.

Damien mengeluh lagi. Tak pentinglah semua itu. Dia sendiri tahu lambat-laun perkara ini pasti akan berlaku. Tangannya meraih album yang diletakkan di atas meja tadi lalu membukanya. Terpampanglah wajah-wajah yang dikenali dan tidak dikenali di setiap ruang album tersebut.

"Inilah sebab kenapa kamu semua disuruh datang ke sini," Damien menyambung.

Sekeping gambar dikeluarkan, cukup untuk membuat semua terkejut dan terdiam. Terpapar wajah Damien bergambar bersama-sama Master Shino, Master Yu, ibu Malae, dan bos Claretta. Karin turut menangkap seraut wajah yang begitu dikenalinya.

"Ya, ibu bapa kamu jugak sebahagian daripada kami," Damien seperti dapat membaca lirik mata Karin.

"Ini apa?" Jari Malae menunjuk ke arah tulisan 'The Flow' pada bucu gambar. Benar

Damien hanya tersenyum. "Inilah The Flow." Kelakuannya merujuk kepada semua ahli di dalam gambar tersebut.

"Satu organisasi yang digeruni oleh pemburu hantu suatu ketika dulu," tambah Damien lagi.

"Suatu ketika dulu?" Claretta bersuara.

Riak wajah Damien nampak lain. Senyumannya mati sekelip mata. Matanya redup seperti mengimbau sesuatu yang tidak dapat ditafsir dengan pandangan mata mereka.

Claretta sempat menangkap aura emosinya dari dalam. Mendung. Lelaki ini ternyata sedang bersedih. Claretta turut merasai impaknya. Perasaannya seperti kehilangan orang yang disayangi. Perasaan yang sama sewaktu dia kehilangan ibu bapa dan bosnya.

Mei turut menembusi mindanya. Ketika ini lelaki itu berharap agar rakan-rakan seperjuangannya masih hidup. Namun harapan palsu itu takkan pernah menjadi nyata. Ia hanyalah harapan kosong semata-mata.

"Kamu sudah tahu apa yang kamu perlu tahu." Kata-kata Damien membuatkan mereka tersentak. Dia tahu rupanya.

"Berjanjilah yang kamu semua akan hentikan huru-hara yang bakal jadi nanti."

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience