BAB 12

Fantasy Completed 4906

ATHENS, GREECE

"Seperti yang dirancang, Projek Pembersihan telah pun bermula. Memandangkan The Flow sudah dihapuskan, tak lama lagi kita akan jalankan agenda terbesar kita yang sepatutnya sudah lama dilaksanakan."

Tuan Jannes nampak yakin dengan rancangannya kali ini. Ahli-ahli persidangan juga turut bersetuju dengan kenyataannya. Rancangan mereka kali ini tidak boleh gagal. Kalau dahulu The Flow sentiasa menjadi penghalang mereka, kini tidak lagi.

"Tapi Jannes, aku dengar ada angkatan kita yang dibunuh oleh sekumpulan budak perempuan yang mewarisi The Flow. Setahu aku, angkatan kita bukan calang-calang orang. Kau tak rasa benda ni akan mengganggu rancangan kita?" Salah seorang dari mereka melontarkan persoalan.

Suasana jadi hening seketika. Kedengaran suara bisikan sesama mereka, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Khabar angin ini sungguh menggemparkan persidangan tersebut. Tuan Jannes cuba memaparkan kewibawaannya. Tak sangka secepat itu berita ini tersebar.

"Tuan-tuan, puan-puan sekalian, mereka hanyalah sekumpulan budak muda yang masih belum matang. Ya betul, Baruch 9 telah pun ditewaskan. Mungkin kerana kelemahan mereka sendiri. Tapi berita baiknya, seorang lagi ahli The Flow dah pun berjaya dihapuskan."

Kata-kata Jannes mengembalikan semula keyakinan ahli-ahli persidangan. Kelihatan mereka mengangguk-angguk dan mengiyakan usulnya.

"Pasal budak-budak tu, saya berani jamin, mereka takkan jadi ancaman besar untuk organisasi kita." Akhirnya Jannes memberikan kata putus buat mereka.

Sebaik saja persidangan tamat, Jannes terus menuju ke keretanya. Pemandu peribadinya setia menunggu sehingga persidangan berakhir. Pintu tempat duduk belakang dibuka lalu Jannes melangkah masuk. Loukas juga turut menunggunya di dalam kereta.

"Macam mana persidangan tuan?" Loukas begitu berminat dengan perincian perjumpaan tersebut.

Jannes hanya mengeluh kasar. "Aku tak tahu macam mana berita kematian Baruch 9 boleh tersebar pada mereka. Nasib baik aku boleh yakinkan balik orang-orang kita," rungutnya.

Kali ini anak matanya memandang tepat ke wajah Loukas. "Kau kena pastikan kau dapat budak-budak tu. Aku tak nak ada lagi khabar angin merebak dalam organisasi kita," amarannya begitu keras sekali.

Loukas tidak berani melawan. Dia hanya mengangguk faham.

"Apa perkembangan terbaru projek kita?" Soal tuannya pula.

"Semua banduan kita dah dipatenkan, tuan. Setiap kali mereka bertindak agresif, aura kemanusiaan mereka akan bertukar menjadi tenaga hitam yang kita perlukan. Mikrocip di tengkuk mereka akan ambil alih segalanya." Loukas mengemukakan laporan projek tersebut.

Jannes menganggukkan kepalanya. "Bagus, aku tak nak satu pun terlepas."

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience