BAB 1

Fantasy Completed 4906

PARIS, FRANCE

Lorong-lorong kedai kelihatan sesak dengan lautan manusia. Mei sedang membelek-belek cenderahati berbentuk Eiffel Tower. Ini kali pertama dia keluar dari China. Jadi semestinya dia agak teruja sedikit.

Beberapa minit kemudian, Karin muncul bersama-sama dengan sekeping kertas yang dilipat rapi berbentuk segi empat sama.

"Dapat?" Mei bertanya kepadanya.

Karin mengangguk. Dia membuka lipatan kertas tersebut lalu mendedahkan isi kandungannya. Tertera disitu nama dan alamat seseorang. Kemudian kertas itu dilipat semula lalu disimpan di dalam poket.

Karin sangat berhati-hati dalam segala gerak-geri. Derianya bergerak aktif di celah-celah lautan manusia, mencari-cari sekiranya ada sesuatu yang mencurigakan dan mungkin berbahaya pada mereka.

Namun setakat ini aura tenaga yang dirembeskan manusia di sini bergerak tenang melewati pemandangan matanya. Tiada apa-apa yang membimbangkan.

"Jadi kita nak terus ke sana?" Mei menyoalnya lagi.

Karin mengangguk. "Kita tak boleh lama-lama di sini. Bahaya nanti," ujarnya.

Mei tidak pasti bahaya apa yang dia maksudkan. Setahunya setakat ini orang-orang di Paris melayannya dengan baik sekali.

Tiba-tiba otaknya teringatkan kumpulan yakuza yang memburu Karin tiga minggu lepas. Malam itu jugaklah mereka berjumpa buat kali yang pertama apabila Karin tiba-tiba melompat masuk ke dalam feri tempat Mei bersembunyi.

Siapa sangka Karin memiliki 'third eye chakra' yang sangat kuat. Membolehkannya memanipulasi arus tenaga cakra dari dalam badannya dan juga orang lain.

Menurut Mei, Karin agak dingin orangnya. Tapi berhati baik. Pada awalnya pun Karin tidak menaruh kepercayaan pada Mei, kerana sikapnya yang terlalu berhati-hati. Namun setelah mereka makin rapat, kepercayaan itu mula berlabuh sedikit demi sedikit.

Walaupun Mei menguasai 'crown chakra' yang membolehkannya membaca fikiran orang lain, tapi dia tidak pernah menggunakannya pada Karin. Karin seperti dapat meramal gerak-gerinya.

Pernah sekali dia cuba untuk menembusi minda rakannya itu. Tapi dengan sekelip mata Karin menoleh ke arahnya dan berkata, 'jangan berani cuba.' Sejak itu, dia tidak berani lagi. Pandangan mata Karin kadang-kadang menakutkan juga.

Sebagai balasan, Mei turut bercerita mengenai kisah pembunuhan yang Master Yu di Dengfeng. Pernah dia bertanya pada Karin, 'kau rasa aku yang bunuh?'

Dengan mudahnya Karin menjawab, tidak. Bila ditanya kenapa, Karin hanya membalas, 'entah, mungkin naluri aku kata tak.'

"Mei."

Panggilan suara Karin menyentaknya dari lamunan. Huish, dahsyat betul dia mengelamun! Sampai tak sedar yang Karin sudah jauh di hadapan. Mei mengangkat kening sebagai tanda tanya.

"Kita makan dulu la." Ujar Karin sambil menunding jari ke arah sebuah gerai makanan.

Mei hanya menurut. Dia berjalan menghampiri Karin yang sedang tegak berdiri di hadapan gerai tersebut. Sedang mereka berasak-asak untuk membuat pesanan, Mei terlihat Karin memegang abdomen kirinya. Mukanya tiada sebarang reaksi tapi Mei tahu yang dia sedang menahan sakit.

"Sakit lagi ke?" Mei merujuk pada bekas tembakan di abdomen kirinya.

Karin hanya mengenyitkan mata. "Boleh la," ujarnya. Dia menarik nafas dalam-dalam. Beberapa minit kemudian sakitnya surut. Barulah dia boleh bernafas dengan normal.

Kesan tembakan daripada pistol Ryuzaki masih belum pulih sepenuhnya. Mei menyuruhnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan, tapi Karin menolak. Terlalu bahaya untuk dedahkan pada orang luar.

"Nak order apa, cik?" Akhirnya giliran mereka sampai.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience