BAB 4

Fantasy Completed 4906

Sebilah pisau terbang mengenai sasaran, iaitu tayar skuter merah yang dipandu Claretta. Lalu kedua-dua gadis itu jatuh tersembam ke tanah manakala skuter merah terhempas kuat beberapa kaki di hadapan.

Mei dan Karin yang muncul kemudiannya turut mati langkah. Pemburu hantu semakin hampir. Mereka tidak boleh lari lagi. Kudrat semakin menghilang. Tapi kalau tidak lawan, matilah jawabnya.

Karin mengamati sekeliling, masih cuba mencari akal. Namun yang ada hanya jalan mati di hujung simpang dan dikelilingi tembok-tembok besar. Dia dan Mei mungkin boleh panjat. Tapi macam mana pulak dengan dua orang gadis lagi?

Sedas tembakan dilepaskan lalu menghentam dinding berbatu-bata tidak jauh dari tempat Mei berdiri. Habis serpihan batu bertempiaran di udara. Mujur Mei sempat mengelak.

Sebaik saja tembakan kedua dilepaskan, Karin terus membina perisai menggunakan cakranya untuk melindungi mereka berempat. Terus dia mengambil peluang melancarkan tembakan cakra bertalu-talu ke arah pemburu hantu. Ada yang sempat mengelak, ada juga yang terpelanting ke belakang.

Claretta yang sudah berdiri jalan menghampiri Karin. "Mereka ni tak ada emosi. Sorry, aku tak boleh tolong apa-apa."

Walaupun Karin kurang faham dengan apa yang dimaksudkan Claretta, tapi dia hanya diam. Mereka baru kenal, jadi dia tidak tahu kuasa sebenar Claretta. Apa-apa pun, nalurinya mengatakan bahawa mereka dari pihak sama.

"Mei, kau rasa kau boleh masuk?"

Soalan Karin membuatkan Mei terpana seketika. Pandangannya berubah ke arah pemburu hantu yang kini sudah pun terpacak di depan muka.

Mungkin dia boleh cuba. Itu yang difikirkan oleh Mei.

Lantas anak matanya liar mencari sasaran. Ketua mereka agak ampuh, jadi mungkin sukar untuk menembusi mindanya. Lalu dia memutuskan untuk meletakkan sasaran pada salah seorang anak buahnya.

Beberapa saat kemudian, salah seorang dari mereka mengerang kesakitan. Tangannya diletakkan di kepala, mukanya merah padam. Kelihatan urat-urat timbul di segenap wajahnya. Pasukannya cuba untuk membantu tetapi sia-sia.

Kakinya berlutut. Dia menarik-narik rambut seperti meminta untuk dilepaskan daripada seksaan. Seluruh tubuhnya menggeletar. Telinganya terasa bingit sekali, sehingga dia tidak dapat mendengar apa-apa.

Ketua mereka melontarkan pisau halus tepat ke arah Mei tapi sempat ditepis oleh pisau milik Karin. Melihat serangan mereka gagal, kali ini pemburu hantu sudah bersedia untuk pertarungan jarak dekat. Masing-masing sudah mengeluarkan senjata. Karin juga tidak buang masa. Dia turut mencapai pedangnya di belakang.

Namun perlakuannya terbantut apabila muncul akar-akar pokok gergasi dari bawah tanah terus menjulang tinggi ke udara. Seksaan Mei pada mereka juga terhenti. Ketiga-tiga gadis menoleh ke belakang. Kelihatan Malae yang baru saja mampu berdiri sedang membina tembok hutan antara mereka dan pemburu hantu.

Akar-akar itu turut membelit manja tubuh mereka berempat lalu mengangkat setiap seorang melepasi tembok tinggi tersebut. Sebaik saja selamat, empat gadis tersebut terus menghilangkan diri di khayalak penduduk Paris.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience