BAB 13

Fantasy Completed 4906

CAMBERLEY, ENGLAND

Byron The Atrium dipenuhi dengan pelanggan seawal jam 8.30 malam. Restoran tersebut dihiasi dengan gelak tawa dan perbualan dalam kalangan keluarga dan kenalan yang meluangkan masa hujung minggu bersama.

Burger dan kentang goreng yang dipesan turut sampai ke meja empat gadis tersebut. Masing-masing sudah tidak sabar hendak mengisi perut yang bergendang sejak tadi.

"Ha, macam mana? Lagi sedap daripada roti sosej atas flight tadi kan," Claretta mengusik Malae apabila melihat gelagatnya yang begitu menikmati burger tersebut.

"Woaa, jangan sebut pasal roti sosej tu. Itulah kenangan buruk yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Aku rasa kalau baling sosej keras tu dekat kepala pilot, boleh terhempas kapal terbang kita tadi," Malae membidas.

Gelak tawa mereka turut bercampur dengan keriuhan suasana di restoran tersebut. Ketika itu, terasa seperti tiada apa yang berlaku. Tiada pemburu hantu, tiada pertarungan berbahaya. Mereka seperti remaja normal yang menikmati zaman muda mereka.

Secara tak sedar, mereka bertiga merenung Karin dengan perasaan takjub. Karin yang baru saja hendak menyuap kentang goreng ke dalam mulut turut terhenti.

"Asal?" Dia nampak hairan.

"Ni first time aku tengok kau gelak. Eh, kau senyum cantik la," Malae melontarkan pujian ikhlas.

Karin berusaha untuk melindungi segannya. "Dahlah, makan tu ha," terus dia buat tak endah.

Yang lain menyambung ketawa. "Karin lepas ni senyum banyak-banyak tau," sempat lagi Malae mengusiknya.

Sejujurnya, walaupun baru saja kenal, tetapi mereka berasa sangat rapat. Mungkin rintangan yang mereka hadapi sepanjang perjalanan tersebut menyemai kepercayaan antara satu sama lain. Siapa sangka kan.

"Kau tak payah nak mengusik orang sangat eh. Aku rompak daging burger kau nanti baru tahu," Claretta turut mengusik Malae. Usikannya turut mengundang gelak tawa yang lain.

Tiba-tiba siaran siri Harry Potter di televisyen terhenti seketika untuk memberi laluan pada berita semasa. Kedengaran pelanggan yang merungut dengan perubahan mengejut itu. Ada juga yang meneruskan perbualan tanpa mempedulikan berita tersebut.

"Dilaporkan kini berlakunya serangan keganasan di hampir setiap negara. Serangan dikenali pasti berpunca daripada rusuhan para banduan yang terlepas dari penjara. Angka korban orang awam terus meningkat berikutan kejadian jenayah yang semakin berleluasa. Serangan bermotifkan dendam. Namun punca sebenar masih tidak dapat dikenal pasti. Pihak polis masih cuba untuk membendung kemaraan puak rusuhan sebaik mungkin. Rakaman CCTV berikut memaparkan siri-siri keganasan yang berlaku di seluruh negara."

Ketika itulah suasana di Byron The Atrium bertukar menjadi sunyi sepi. Yang kedengaran hanyalah suara jeritan dan bunyi tembakan dari dalam televisyen memenuhi ruang udara. Masing-masing bagaikan tenggelam dengan perasaan yang bercampur-baur.

Selepas berita tamat, masing-masing berpusing ke arah meja semula. Namun suasananya tidak serancak tadi. Seperti ada sesuatu yang sedang menimpa benak masing-masing. Sesuatu yang tidak pernah tercapai oleh akal manusia.

"Agak-agak, benda ni ada kena mengena ke dengan apa yang jadi dekat kita?" Akhirnya Malae memberanikan diri untuk bertanya.

Karin kelihatannya seperti sedang berfikir panjang. "Aku tak tau nak cakap macam mana, tapi aku rasa macam ada benda tengah berlaku sekarang ni."

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience