MDL26

Romance Completed 508272

"Arghhhh!!!"

"Bakkk...Bukkk!!!"

Suara tumbukan bertingkah dengan suara raungan kesakitan yang semakin tenggelam.Zaynn Damien hanya duduk bersilang kaki menikmati pemandangan seksaan terhadap Danny.Lelaki itu dibiarkan dalam posisi tergantung dengan kakinya diikat di atas dan kepalanya ke bawah.Kemudian Roy dan beberapa anak buahnya bergantian menumbuk tubuh badan Danny bagaikan meninju punching bag.

"Five years I let you here even though I knew you were a spy!"

"Which gang are you working with!!"

"Aku bukan spy dan aku tidak bekerja dengan mana-mana mafia pun!"....Danny hampir menjerit melawan kesakitan di badannya.Semakin dia menjawab semakin kuat tumbukan yang di tinju pada tubuh badannya.

"Atau kau ketuanya?"

"Kau cuba berkomplot dengan The Blood untuk jatuhkan aku!...Apa kau fikir boleh menjatuhkan aku dengan memerangkap aku untuk tidur dengan tunang Alfredo?"....

"Cuba melagakan aku dengan kumpulan mafia lain untuk membunuh aku?".....

"Aku harus bagi kreadit untuk usaha licik kau but sorry to say I'm more cunning from you!"....

Zaynn Damien menyeringai melihat Danny yang menggeram marah walaupun sudah teruk dibelasah.Hukuman yang diberikan hanya hukuman ringan,hanya dijadikan punching bag bukanlah sesuatu yang berat.Zaynn sengaja memberikan hukuman ringan itu untuk memprovok Danny supaya menunjukkan sendiri dirinya yang sebenarnya.

"Sekarang kau cuba berkomplot dengan mafia mana pula untuk menghapuskan riwayat hidup aku,waris sulung Mateen Darin?"...Zaynn menjerkah kuat hingga suaranya memenuhi ruangan aras bawah tanah.

"Hahaha!!!"....Danny ketawa terbahak-bahak walaupun terbatuk-batuk dengan darah yang memenuhi ruang mulutnya.

"Kenapa kau takut?"

"Aku belum bermula pun lagi!"....

Danny memandang tepat ke arah Zaynn yang tajam memerhatikan gelagat lelaki itu.Zaynn hanya tersenyum sinis dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Danny.Wajah Zaynn Damien hanya dingin dan mendatar tanpa sebarang ekspresi hanya rahangnya berlaga-laga menahan rasa ingin membunuhnya.

Sisi devil yang berada di dalam badannya meronta-ronta ingin keluar menghapuskan Danny.Lelaki yang entah berapa banyak kali cuba membunuhnya dengan pelbagai cara termasuk cubaan memberinya racun dalam makanan dan minuman namun tidak pernah berjaya.Leo dan Jonathan adalah orang kuat Zaynn Damien yang sentiasa memerhatikan dan mengawal Danny di bahagian dapur selain CCTV yang tersembunyi.

"Engkau kecewa aku masih hidup walaupun lima tahun kau cuba membunuh aku?"

"Aku tahu semuanya tentang agenda kau Danny dan aku tahu identiti kau yang sebenarnya!"

Zaynn menyeringai senang hati namun senyuman sinis itu agak menyeramkan pada orang lain.Danny sudah terbungkam seribu bahasa.Rasa takut mula menyelinap ke dalam tubuh badannya kerana penyamarannya sudah lama terbongkar.Dia harus segera bertindak sebelum nyawanya pula terbang melayang di sini.

"Why are you silent Danny elias Daniel Shah bin Abdullah!"

*****************

Flashback six years ago,

"Louisa!hurry up,we need to get out of here now!"...Jennifer mengejutkan kakaknya yang tertidur kepenatan.

"No Jenny,I don't want to leave here!...I want to be here with my daughter!"....

Louisa menolak rancangan adiknya yang mahu melarikan diri dari mansion namun Jennifer tetap menarik paksa Louisa untuk mengikutnya.Louisa dan Julie turut ditawan di mansion kerana mereka merupakan ahli keluarga Jennifer sementara Nelson tiada ahli keluarga yang lain.

"Shut up and follow me Louisa!...We will be killed if we stay here!"....Jennifer mengacip giginya menahan geram bila kakak kembarnya tidak mahu mengikut plannya.Dia perlu menjayakan rancangannya secepat yang mungkin sementara tuan mansion tiada di sini.

"Don't force me Jenny!"

"Master is good with me and Julie!..I don't want to follow you!"....Louisa cuba meloloskan diri dari pegangan Jennifer namun wanita itu lebih kuat daripadanya.

"You need to follow me,my twin!"

"Otherwise,I will replace it with your daughter's life!"...

Jennifer mendorong tubuh tua Louisa ke arah tangga.Tangannya mengenggam kuat pisau ditangannya.Dia tidak akan teragak-agak membunuh Louisa jika kakaknya cuba melawannya lagi.

"Jenny I begging you!!...Don't hurt Julie!!"....Louisa merayu pada Jenny yang menatapnya penuh nekad.Wanita tua itu sudah menangis hiba namun tidak dapat mengugat rasa ingin membalas dendam Jennifer terhadap kematian anaknya,Sabrina Nelson.

"Move Louisa!!"...Jennifer menolak keluar tubuh Louisa dari pintu di aras bawah tanah.Ngauman singa menyebabkan Louisa meraung ketakutan sedangkan Jennifer langsung tiada rasa belas kasihan.Louisa yang terasa terancam terus cuba melarikan diri.

"Shittt!!...Stop there Louisa!!!"

Jennifer menjerit marah dan mengejar langkah Louisa daripada belakang.Rambut Louisa dijambak dan direntap ke belakang hingga tubuh tua itu terdorong ke belakang dan jatuh terlentang.

"Arghhhh!!!"....Entah semangat dari mana yang merasuk Jennifer hingga dia menjadi kuat dan bertindak menikam perut Louisa hingga darah terpercik ke wajahnya sendiri.Tanpa membazir masa,Jennifer menarik tubuh Louisa yang masih nyawa-nyawa ikan ke arah sangkar singa peliharaan tuannya.

"Jenny help me!!"...Suara Louisa bergetar dan terdengar lemah tetapi tangannya kuat mencengkam baju adik kembarnya mengharapkan simpati daripada Jennifer.

"I'm sorry!...Goodbye Louisa!!"....

Jennifer menolak masuk tubuh Louisa ke arah pintu kecil khas untuk memasukkan makanan kepada kucing peliharaan Zaynn Damien.Bunyi jeritan dan raungan Louisa langsung tidak meluluhkan hati Jennifer sebaliknya wanita tua itu masih mampu tersenyum kerana rancangannya sudah berjaya.Nelson yang sedang menyembunyikan diri hanya mampu menyaksikan kejahatan isterinya yang sanggup mengorbankan kakak kembarnya untuk menjayakan rancangannya bagi menuntut bela kematian anak perempuannya.

"I will destroy Zaynn Damien no matter what happens!"....

***************

One month later

Danny yang hanya berseluar pendek tanpa berbaju bersandar lemah di dalam kurungan yang sempit tanpa dibekalkan dengan sebarang makanan.Hanya air mineral sebagai asasnya untuk meneruskan hidup.Setiap hari Nelson akan menghulurkan dua botol air mineral kepadanya.Hanya itu sahaja yang di izinkan oleh Zaynn Damien untuk diberikan kepada Danny.Danny memeluk tubuhnya yang terasa sejuk hingga mencengkam ke tulang kerana musim sejuk hampir tiba.Badannya semakin menyusut hingga wajahnya menjadi cengkung.

"Aku pasti kau akan datang hari ini White Dragon!!"

Danny mengumam perlahan.Matanya menjeling anak-anak buah Zaynn Damien yang sedang mengawal tempatnya dikurung.Hatinya tidak berhenti berharap seseorang akan datang menyelamatkannya dan membawanya pergi.Dia pasti Jenny sudah menghubungi lelaki itu.Dia perlu kembali kepada kumpulannya semula namun dia perlukan bantuan daripada White Dragon yang lebih kuat untuk menentang The Red Blood Rose.

Danny tahu ketua kumpulan White Dragon mempunyai masalah dengan The Red Blood Rose namun dia tidak pasti permusuhan apa.Yang pasti dia yang menjual maklumat perihal Zaynn Damien kepada White Dragon dan Jenny merupakan rakan subahatnya.Mereka sama-sama mempunyai matlamat yang sama.Jenny ingin menuntut bela untuk kematian anak perempuannya sedangkan Danny ingin membalas dendam terhadap keluarga Mateen Darin.Dia sanggup menghabiskan masa lima tahun di sini untuk menghapuskan waris sulung Mateen Darin yang lebih dominan berbanding adik-beradiknya yang lain.Seterusnya dia akan menghapuskan kesemua keluarga Mateen Darin dan Thalia Rose yang menyebabkan kematian ibunya Qistina Humaira.

"Master!!"...Anak-anak buah Zaynn Damien menunduk serentak bila Zaynn dan Roy memunculkan diri di aras bawah tanah setelah sebulan Danny terkurung di sana.Zaynn hanya berpakaian santai dan mengenakan jacket kulit yang tebal kerana dia tidak ke pejabat hari ini.Hatinya tidak senang untuk meninggalkan mansionnya sejak beberapa hari ini.

Beberapa pergerakan musuh dapat dikesan di luar kawasan mansionnya kebelakangan ini.Terdapat juga beberapa cubaan musuh untuk menembus masuk ke dalam kawasan mansion dengan menyamar sebagai pengikut The Red Blood Rose namun dapat dipatahkan oleh pengikut-pengikutnya.

"Bawa mereka ke sini!"....Zaynn bersuara lantang mengarahkan pengikutnya membawa musuh-musuh yang berjaya ditangkap.Zaynn mengambil tempat di sofa dan duduk bersilang kaki mengadap ke arah jeriji besi kurungan Danny sementara Roy setia di sisi tuannya.

"Boss!!!"....Ketiga-tiga lelaki yang ditangkap terjerit serentak bila melihat keadaan Danny yang terkurung di dalam penjara.Danny juga tersentak dengan kemunculan ahli kumpulannya yang tidak terduga.Dia tidak mengharapkan ahli kumpulannya datang menyelamatkannya kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk menentang The Red Blood Rose.

"Bullshitt!!!"....Danny automatik bangun dari duduknya.Wajahnya merah menahan marah pada ahli kumpulannya kerana secara tidak langsung membocorkan identitinya dengan lebih jauh lagi.

"So you're leader of gangsterisme!"

"Budak Brummagem?"

"Blinders Peaky or Birmingham Boys?"

"Birmingham Boys sir!!"....Salah seorang yang ditangkap secara suka rela menjawab.

"Shut up!!"....Danny menjerit lantang,tangannya mengenggam kuat besi kurungannya.Kakinya naik menendang membabi buta melepaskan amarah.

"Hahahahaha!!!"....Zaynn terhibur dengan kemarahan Danny yang meletus.Danny pula semakin panas hati mendengar tawa Zyann Damien.Lelaki itu bagaikan sedang mengejeknya menyebabkan darahnya semakin mendidih dengan keinginannya untuk membunuh lelaki itu.

"Bommmm!!!"

Terasa bergegar lantai yang dipijak.Bunyi letupan yang kuat mengejutkan semua orang.Zaynn menekan alat pendengaran di telinganya bila mendengar suara jeritan Tiara dan bunyi bising yang datang dari mikrofon yang di pakai oleh Tiara.

"Roy!"

"Red code!!....The mansion was attacked!!"

Zaynn bingkas bangun dan bergegas mahu naik semula ke atas tanpa mempedulikan Danny yang sedang ketawa kemenangan.Semangatnya bagaikan nyalaan obor yang menjulang tinggi, berkobar-kobar untuk membunuh keturunan Mateen Darin dan Thalia Rose.

"He is coming!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience