MDL30

Romance Completed 508272

"Abang!!"

"It's that really you!!"....

Tiara meraba-raba dalam kegelapan mencari figura yang dia yakin adalah suaminya.Dia yakin aura itu milik suaminya,Zaynn Damien.Tiara cuba mendekati dinding untuk mencari suiz namun dia tidak menemuinya kerana bilik ini terlampau asing baginya.Dalam keadaan terburu-buru dia berusaha mencari figura itu bagaikan orang buta yang hanya menggunakan gerak hatinya sahaja.

"Abang!!"

"Where are you!!"....

Tiara menjerit dan menangis dalam masa yang sama.Tiara berhenti bergerak bila kakinya hampir tersadung sesuatu.Bilik ini luas dan sangat gelap hingga tiada sedikit pun cahaya yang boleh membantunya mencari jalan keluar.

"I'm here sayang!!"....

Tiara terkaku bila tubuhnya ditarik lembut dan jatuh pada pangkuan seseorang.Suasana menjadi hening seketika,hanya kedengaran esak tangis Tiara yang semakin menjadi-jadi bila mendengar suara garau yang dia rindui menyapa deria pendengarannya.

"It's really me sayang!!"....

Simbahan lampu meja yang suram cukup membuktikan Zaynn Damien benar-benar muncul di depannya.Masa bagaikan terhenti,hanya tatapan mata mereka yang saling berbicara.Zaynn mengusap airmata isterinya,mata yang masih basah itu dikucup lembut.

"Maafkan abang buat sayang menangis teruk macam ni!"....

Zaynn mengucup dahi isterinya dan memohon maaf berkali-kali .Tiara menutup matanya yang masih mengalir air jernih tanpa henti,tangannya naik memeluk erat leher suaminya dan mukanya disembunyikan di ceruk leher Zaynn Damien,menghidu sedalamnya aroma yang terbit dari tubuh suaminya.Tiara takut andai ini hanya mainan mimpinya lagi dan Zaynn Damien akan kembali pergi meninggalkannya.

"Please don't leave me again!..I can't live without you!"

"I love you abang!"....Zaynn tersenyum bahagia bila mendengar luahan yang belum pernah terungkap dari bibir isterinya.

"I love you even more sayang!!"..Zaynn meraut wajah kecil Tiara dan memberi ciuman hangat dibibir mungil Tiara.Ciuman ringan menjadi semakin hangat bila rasa ghairah menguasai pasangan suami isteri itu.Zaynn mengendong Tiara yang masih membalas setiap ciumannya tanpa melepaskan tautan bibir mereka ke arah katil.Zaynn tersenyum bila isterinya semakin pandai membalas setiap permainannya bibirnya.

"I miss you sayang!!"....Zaynn melepaskan pakaian mereka satu bersatu sebelum menutup badan mereka dengan selimut yang tebal.Tubuh mereka mula bersatu di bawah selimut yang sama,Zaynn mula mencumbu seluruh tubuh isterinya hingga terbit suara rengekan dari Tiara yang semakin tenggelam dengan belaian suaminya.Zaynn mengauli Tiara dengan penuh kelembutan dan mereka saling berkongsi kenikmatan daripada pergelutan panas mereka hingga masing-masing kelelahan dan tertidur pulas.

Tiara memicingkan matanya bila sinar matahari memancar masuk ke dalam anak matanya.Tiara yang teringat peristiwa semalam menoleh ke arah sisinya namun kelibat Zaynn Damien tidak kelihatan.Matanya mula meliar,mencari-cari suaminya.Tak mungkin dia bermimpi lagi kerana dia sangat yakin suaminya betul-betul wujud semalam,dia dapat merasai setiap belaian dan sentuhannya.

"Mustahil!!"...It's not a dream!"....

Tiara menyelak selimut tebal yang menutupi badannya,tangannya menyentuh pakaian tidur di badannya,masih lengkap dengan pakaian yang dia pakai semalam.Bibirnya diketap kuat bila menyedari dia berada di bilik tetamu bukan di bilik semalam.Kenapa mimpi basahnya bersama Zaynn Damien terlalu kejam mempermainkannya sejauh itu hingga segalanya terasa sangat nyata menyebabkannya terpuruk dengan kekecewaan dan kesakitan yang lebih mendalam lagi.

Lemah langkahnya menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.Peristiwa semalam bagaikan menari-nari di benaknya,tatapan mata hazel light Zaynn Damien yang memukaunya membuatnya hilang kawalan dan menangis lagi.Tiara menghabiskan masa di dalam bilik air hampir satu jam melayan emosi dan keluar dari bilik air dengan bertuala dari dada dan pehanya sahaja.

"Rara!!"....Tiara terkejut dengan kehadiran Rara yang turut terkejut melihat ke arahnya.

"Angel!!...What did he do to you!!"....Rara mendekati Tiara dan matanya melotot menatap di kawasan leher dan dada Tiara yang penuh dengan kesan merah kebiruan.Tiara terpinga-pinga bila Rara mencengkam bahunya dengan kuat.

"Tell me Angel!!....Apa Xavier dah buat pada awak?"....Rara begitu marah saat ini hingga suaranya naik melantun tinggi.Tiara terundur ke belakang kerana terkejut dengan sergahan Rara yang menyoalnya tiba-tiba.

"Xavier tak buat apa-apa pada saya tapi...!"

"Tapi apa!!"....Rara bagaikan bom jangka yang meledakkan amarahannya membuatkan Tiara semakin menikus kegerunan melihat wajahnya yang membengis.

"Sayanggg!!"....Zaynn muncul di muka pintu hanya dengan bertuala selepas habis berenang bersama Xavier selepas ke gym.

"Abang!!

"Abang Longg!!!"....

Rara terkaku tidak percaya bila mendengar suara itu dan berpaling ke arah suara garau itu.Kelopak matanya bergetar sebelum tangisannya pecah.Kakinya berlari mendapatkan Zaynn Damien sementara Tiara tersandar ke dinding kerana terkejut dengan kehadiran suaminya yang dia anggap mimpi basahnya sahaja dan dia hampir pasrah menerima kenyataan bahawa suaminya benar-benar tidak akan pernah pulang kembali.

****************

Flashback penyerangan mansion The Red Blood Rose

"Bos,kita ada tetamu yang tidak diundang!"....Roy masuk ke bilik pejabat Zaynn dan berdiri di sisi tuannya menyampaikan info yang baru diperolehi oleh pengikutnya yang mengawal kawasan syarikat Zaynn Damien.

"Siapa?"...

"White Dragon!!"....Zaynn mengepal buku limanya,rahangnya mengeras bila mengingatkan perbuatan Xavier pada adik kembarnya.

"Let him come in!"....

"Baik,master!"...Roy keluar untuk menyambut tetamu yang tidak diundang atau lebih tempatnya musuh dan seteru mereka yang sama-sama mempunyai kuasa dalam dunia gelap.

Krekkk!!!"

Roy masuk ke ruang pejabat Zaynn Damien disusuli oleh lima orang lelaki berpakaian sut putih,dibelakang mereka muncul Xavier yang hanya berkemeja putih dan berseluar Jeans biru.Pandangan Zaynn berpusat tepat pada wajah lelaki bermata biru laut yang kelihatan santai.Tanpa menunggu dipelawa,Xavier mengambil tempat dan duduk berhadapan dengan Zaynn Damien yang berwajah bengis.

"What brought you here Xavier Anderson?"....Zaynn bertanya dengan serius,mata mereka saling berbalas pandangan namun penuh dengan amarah.

"Aku mahu menawarkan sesuatu pada kau!"....Zaynn sedikit terkejut mendengar Xavier yang fasih bertutur dalam bahasa ibundanya.

"Jadi kau boleh berbahasa melayu?"....Zaynn bersuara sinis namun terselit sedikit rasa kagum.

"Kau hilang ingatan?Aku pernah menghabiskan masa dua tahun bercinta dengan Tiara Angela sebelum kau merampas wanita aku!"...

"Brakkk!!!"....Zaynn menumbuk kuat meja kerjanya,badannya terangkat dari kerusi kerjanya.Badannya dipenuhi dengan amarah bila Xavier membicarakan perihal Tiara Angela.

"Calm down Damien!!...

"Aku ke sini bukan di sebabkan Tiara Angela tetapi aku mahukan Zarra Darilynn sebagai isteri aku!!"...Zaynn bergegas menerpa ke arah Xavier dan mencengkam kolar baju Xavier hingga kedua-duanya berdiri berhadapan sesama sendiri.Kuat cengkamannya hingga timbul urat-urat kekar pada lengannya.Mata hazelnya mencerlung marah menikam anak mata biru Xavier.

"Adik aku bukan perempuan jalang yang engkau boleh pakai dan buang Xavier!".....

Suara Zaynn kuat melengking memenuhi ruang menyebabkan pengikut White Dragon menghalakan pistol ke arahnya namun Zaynn langsung tidak peduli.Xavier mengerling ke arah pengikutnya memberi isyarat untuk berundur.

"Aku mahu jadikan dia isteri aku bukan wanita simpanan!"....Xavier turut menaikkan suaranya membalas herdikan Zaynn Damien.Suasana menjadi hening seketika sebelum Zaynn melepaskan cengkamannya pada kolar Xavier.

"Adik aku bukan pertaruhan Xavier!"

"Jika kau mahukan dia,kau usaha sendiri!...Aku tidak akan bersubahat dengan kau!!"

"Well I accept it and consider it a challenge!"....

Xavier kembali duduk sambil membetulkan kolar bajunya yang sudah renyuk disebabkan olah Zaynn Damien.Dia mencapai sampul putih yang dibawa dan menghulurkan pada Zaynn Damien yang masih mempamerkan riak serius.

"Ini sebenarnya tujuan aku ke sini!"....Xavier hanya memerhati Zaynn Damien yang berkerut meneliti isi kandungan yang terdapat dalam sampul surat itu sebelum gambar-gambar itu dihempas ke atas meja.

"Apa maksud semua itu!...Kau mengintip aku atau kau menyasarkan keluarga aku!"....Xavier mendecak kesal dengan tuduhan Zaynn Damien yang masih tidak dapat menghadam tujuannya ke sini.

"Bullshit Damien!!"...Xavier sempat menyumpah marah.

"Yakuza dan Italian mafia yang memburu kepala kau!"...

"Daniel menjual semua info tentang The Red Blood Rose kepada semua mafia yang mempunyai kuasa besar termasuk White Dragon.Gambar-gambar itu terdapat beberapa kumpulan yang cuba menghapuskan keturunan kau jadi bersedialah menghadapi serangan!"

"So what's your plan?"....Zaynn sedikit menunjukkan minat bila melihat kesungguhan Xavier!"

"It's easy,I have to killed you!"....Zaynn dan Roy terkesima mendengar bicara Xavier sedangkan Xavier mengekek ketawa senang hati dapat mempermainkan seterunya.

***************

"Let's game begin!!...Xavier memberi isyarat sebelum memulakan penyerangan.

Zaynn menekan alat pendengaran yang bersambung di kedua belah telinganya.Satu daripada Xavier dan satunya pula dari brooch yang dipakai oleh Tiara Angela.

"Bommm!!!"

Bunyi letupan yang mengejutkan mereka yang berada di aras bawah menjadi titik permulaan permainan mereka bermula.

"Roy!"

"Red code!...The mansion was attacked!!"...Zaynn bingkas bangun dan bergegas naik ke aras atas semula.Dia hanya tersenyum sinis mendengar tawa kemenangan Danny dan menuju ke bilik rahsianya.Gerakannya pantas mengenakan jacket kalis peluru dan memasukkan dua paket darah di bahagian dadanya sebelum menyarung semula jacket tebalnya.Suara Xavier menyumpah dan suara panik Tiara bertingkah di telinganya.

"Shitt!!Damien!!"...They are too many!"....

"Send your man now to cover me!!"....

Xavier dan pengikutnya termasuk anak-anak buah Zaynn yang menyamar menjadi sebahagian White Dragon bertungkus lumus menghancurkan pertahanan musuh mereka.Serangan demi serangan dilancarkan sebelum Xavier melancarkan bazooka ke arah luar mansion Zaynn Damien.Musuh yang melihat kesungguhan White Dragon menawan The Red Blood Rose mula beredar kerana mereka mempunyai misi yang sama.Namun permainan perlu diteruskan kerana mereka dalam pemerhatian musuh-musuh yang lain.Bunyi letupan dan ledakan tembakan yang tidak berpenghujung di sekitar mansion Zaynn Damien membuatkan musuh-musuh mereka tersenyum senang kerana tersungkurnya salah satu kuasa yang menjadi persaingan mereka dalam dunia gelap.

"Get ready Damien!!"....Xavier menarik nafasnya panjang sebelum memulakan lakonannya.

"Stop!!"....Suara baritonnya menghentikan langkah Zaynn Damien yang sedang mencempung Tiara Angela.Xavier memandang tepat ke arah Rara yang ketakutan melihat kemunculannya di depan pintu utama mansion.Xavier sedaya upaya memasang wajah serius untuk menyembunyikan senyuman di bibirnya bila dapat melihat wanita yang membuatnya angau.

"Lari Rara!...Sembunyi dekat secret room!...Abang akan cover dari belakang!"

"Sayang ikut Rara!..I will be okay!!"...

Zaynn cuba menyakinkan isterinya untuk mengikut Rara kerana dia tidak mahu isterinya menyaksikan kejadian pembunuhannya sebentar nanti namun Tiara enggan berjauhan daripadanya.

"Xavier!!"...Tiara berubah panik bila matanya dapat mengenalpasti figura yang semakin mendekati mereka.

"Hi,Love!!...Do you miss me!!"....Xavier sengaja memprovok Zaynn Damien dengan menggoda Tiara Angela namun matanya lebih tertumpu ke arah Rara yang kelihatan resah dan gelisah.

"Go!!!"....

"Bang...Bang...Bang!!!"

Jeritan Zaynn merupakan isyarat kepada Xavier untuk melepaskan tembakan dan tepat mengenai dada Zaynn Damien hingga tubuhnya berganjak ke belakang kerana impak yang terhasil dari daya tembakan.Xavier sempat panik melihat darah yang banyak keluar dari tubuh Zaynn Damien namun isyarat ok dari Roy sedikit melegakannya.

"Abang!!!"....Rara dan Tiara Angela menerpa ke arah jasad Zaynn yang terbaring berlumuran darah.Zaynn berada dalam keadaan sedar tak sedar sahaja saat mendengar suara raungan isteri dan adiknya sebelum dia benar-benar pengsan akibat impak yang kuat dari tembakan.

"Congratulations sir!...Danny memunculkan dirinya sambil bertepuk tangan meraikan kejayaan Xavier yang dapat menghapuskan si master devil,Zaynn Damien.

"Don't you dare to touch her!....

Tiara menghalang Danny yang ingin mengangkat tubuh Tiara yang sedang memeluk Zaynn Damien namun tindakan Danny yang menjambak dan menampar Rara menyebabkan Xavier naik hantu.

"How dare you!!"...Bang...Bang!!"...

Otaknya cepat bertindak dan menukar pistolnya dengan peluru kapur sebelum menembak ke arah Danny yang mengenai bahagian perut dan dadanya.Impak tembakannya tidak mematikan mangsanya namun cukup untuk mencederakan organ dalaman seseorang.

Xavier segera mendekati Tiara Angela dan mengangkat tubuh gadis itu untuk membawanya pergi bersama namun tindakan Rara mengubah perancangan mereka sepenuhnya.

"I'm begging you!!"....Xavier memejam matanya seketika menahan rasa pedih saat wanitanya melutut dan merayu padanya.

"She's belongs to my brother!"

"Please let her go!!"

"Saya akan ikut awak sebagai gantinya!!"....Xavier tersenyum jahat saat mendengar kata-kata Rara.Peluangnya semakin cerah untuk menjalankan misi memikat Rara.Xavier memusingkan kembali badannya dan meletakkan Tiara Angela didepan Rara.

"Time to go sweet darling!!

"We have no more time!!"....Xavier perlu segera beredar membawa keluar Zaynn Damien sebelum musuh-musuh yang lain menyedari situasi yang sebenarnya berlaku diantara mereka.Lebih-lehih lagi Zaynn Damien perlu mendapatkan rawatan secepat yang mungkin.

Xavier mengarahkan pengikutnya dan mafia yang mempunyai hubungan yang baik dengan kumpulannya menyebarkan tentang kematian master of The Red Blood Rose dan Xavier secara rasminya mengambil alih kuasa.Tiada lagi The Red Blood Rose hanya ada White Dragon Rose.

maaf ye semua,schedule waktu saya berubah,jadi mungkin waktu saya submit chapter juga tidak tetap dan saya mungkin sempat up 1 chapter saja atas sebab kekangan waktu bekerja.

Share this novel

Indah Nabiah Kanun
2021-07-30 23:23:28 

best,teruskan update,sntiasa dinanti2kan sambungannya


NovelPlus Premium

The best ads free experience