"Thank you Tina!!"
"Saya pergi dulu ya!"....Rara memeluk tubuh adik iparnya bila pengumuman penerbangannya kedengaran.Walaupun hatinya terasa berat untuk pergi selepas peristiwa semalam namun dia kuatkan hatinya.Mungkin perkara semalam hanya berlaku kerana tuntutan batin mereka jadi Xavier tidak menolaknya.
"Take care Darilynn!....Jaga keponakan aku dalam perutmu!"
"Aku akan menyusul kamu kemudian,sekalian melawat Tiara di sana nanti!"...
Rara mula melangkah ke balai pelepasan dan melambai tangan ke arah Tina.Bila bayangan Rara sudah menghilang Tina segera keluar dari airport untuk ke syarikat.Beberapa orang bodyguard mengiringinya dari jauh,mengikut perintah daripada ketua mereka untuk menjaga keselamatan adiknya.
"Darling!!"....
Xavier memicingkan matanya saat cahaya dari luar cermin dinding transparent masuk ke dalam anak matanya.Tangannya meraba-raba tempat pembaringan isterinya.Senyuman melengkung dibibirnya bila terbayangkan aksi panasnya bersama dengan Rara semalam.Dia hampir tidak dapat mengawal nafsu dan keinginannya hingga menyerang isterinya berkali-kali.Hilang sudah rasa marahnya bergantian pula dengan rasa bahagia.
"Darilynn,darling!!".....Xavier menyeru nama isterinya.Pandangannya menyebar ke serata bilik mencari susuk tubuh wanita itu.Bunyi telefon bimbitnya bergema dalam ruang biliknya,sedikit membuatnya terganggu.
"Hello!"
"Yes Tina!...Xavier menjawab acuh tidak acuh sahaja panggilan daripada adiknya.
"What!".....Xavier tergamam seketika bila adiknya memberitahu tentang penerbangan Rara sudah berlepas.Dia terlupa hari ini penerbangan isterinya dan wanita itu sudah pergi meninggalkannya tanpa sebarang pamitan dan meminta bantuan Tina untuk menghantarnya tanpa pengetahuan Xavier sendiri.
"Arghhhhh!!....Darilynn!!"....Xavier mengamuk dan membanting segala barang yang ada berdekatan dengannya.Tangannya menjambak rambutnya dengan penuh kekecewaan.Dia fikir hubungannya dengan Rara akan kembali baik selepas hal yang terjadi semalam namun isterinya tetap juga pergi meninggalkannya.Tangannya mencapai telefon membuat panggilan kepada Zaynn Damien untuk meminta bantuan daripada abang iparnya a.k.a musuh dan juga rakan subahatnya.
"Damien!...I really need your help!"...Xavier pantas menyatakan tujuannya tanpa berbasa-basi dengan abang iparnya bila panggilannya bersambung.
"Assalamualaikum brother in law!"....Zaynn Damien sempat mengenakan Xavier.Zaynn hanya terkekeh geli hati apabila Xavier menggeram marah.
"What can I do for you!"....Zaynn mula serius kerana dia dapat mengesan Xavier benar-benar membutuhkan bantuannya.
"Darilynn left me!...She went back to Malaysia!".....Kening Zaynn terangkat tinggi,jika tentang hal itu dia sudah mengetahuinya.Awal-awal lagi adik kembarnya sudah memberitahunya untuk pulang bercuti ke Malaysia.
"I already know about that!...What exactly happened?".....Xavier menceritakan segala penyebab yang menjadi punca perang dingin mereka tanpa tertinggal apa pun.Panas juga telinganya mendengar makian daripada abang iparnya itu.Jika mereka berhadapan pasti masing-masing sudah bergusti.
Xavier bersiap seperti biasa walaupun dia agak terlewat untuk masuk ke pejabat.Tangannya tergerak untuk membuka tempat yang menyimpan pakaian Rara namun matanya terbuntang tidak percaya.Kesemua pakaian isterinya langsung tidak tersisa,isterinya benar-benar berniat tidak mahu kembali ke sisinya lagikah?
"No way!!....I won't let you leave me,darling!!".....
Xavier nekad dia akan memburu dan memujuk isterinya di Malaysia.Dia akan pastikan wanita itu kembali ke sisinya semula.Senyuman iblisnya mula tergaris dibibir seksi Xavier kerana dia boleh memanfaatkan 'partner in crime' bila tiba waktu itu.Dia akan membiarkan isterinya bebas sementara dia selesaikan semua urusannya di sini.
Pergerakan musuh dunia mafianya juga agak terkawal sejak kehilangan Zaynn Damien.Nampak gayanya musuh-musuh yang menyasarkan master devil itu benar-benar percaya White Dragon telah menghapuskan lelaki itu jadi urusannya hanya dalam dunia perniagaannya sahaja dan dia akan segera menguruskannya dan bercuti panjang untuk menjalankan misi memujuk cinta hatinya.Kegilaan apa lagi yang harus dia lakukan kali ini.
"Kidnapping and honeymoon!"
"Seems like a very interesting ideas!"....Fikiran jahatnya secara spontan mencetuskan idea.Xavier kembali bersemangat dan tidak sabar untuk melaksanakan misinya.
*******************
"Baby!!"...
Zaynn Damien melaung kuat memanggil adik kembarnya hingga menarik banyak mata memandangnya,mungkin kerana panggilan manja yang digunakan olehnya.Rara juga melambai ke arah abangnya sambil menolak troli bagasinya.
"Abang Long,I miss you!!"....
Rara memeluk tubuh Zaynn Damien melepaskan kerinduan bersama airmatanya yang begitu mudah mengalir.Setelah hampir enam bulan mereka terpisah,akhirnya mereka dapat bertemu kembali disebabkan oleh keberantakan rumahtangganya.Sadis sungguh nasibnya bersuamikan si monster itu.Zaynn yang sudah sedia maklum tentang masalah adiknya dan Xavier langsung tidak bertanya tentang lelaki itu.Dia juga turut berpesan pada ahli keluarganya untuk tidak menyebut perihal Xavier Anderson kepada adik kembarnya.
"Hey,kenapa cengeng sangat sekarang ni?...Nanti tak cantiklah girlfriend Abang Long ni!"
Zaynn mendongakkan wajah Rara dan mengusap airmata adiknya dengan ibu jarinya.Zaynn hanya tersenyum melihat Rara yang mencebik manja.Keperibadian adik kembarnya semakin banyak berubah,mungkin Xavier sangat memanjakan Rara sebelum mereka mencetuskan perang dingin atau mungkin juga pembawakan ibu mengandung.
"Dah,jangan nangis lagi baby!"
"Jom kita balik,semua orang sedang menunggu termasuk baby Raid!"....
Zaynn mengambil alih menolak troli sementara Rara merangkul lengan sasa abangnya.Mereka kelihatan mesra bagaikan pasangan kekasih yang sudah lama tidak berjumpa.Mereka memulakan perjalanan dengan berbual kosong sebelum pertanyaan Zaynn Damien tidak bersambut kerana Rara sudah terlentok di kerusi penumpang.Setelah 40minit perjalanan akhirnya Zaynn membelok masuk ke villa kediaman mereka.Thalia Rose sudah sedia menunggu kepulangan mereka di depan pintu dengan senyuman memekar.Zaynn tidak terus kejutkan Rara sebaliknya dia menonong masuk ke dalam dan membiarkan mamanya mengejutkan adik kembarnya.
"Baby!...Bangun sayang!!"....Thalia Rose menggosok pipi gebu satu-satunya anak perempuannya.Betapa dia rindukan anaknya yang terlalu setia disamping abang kembarnya hingga mereka terpisah dalam masa yang sangat lama.Dikucup sayang dahi dan pipi Rara bila anaknya enggan membuka mata.Mateen Darin juga menyusul keluar bila agak lama menunggu di dalam.
"Baby!"...Wake up honey!!"....Suara garau Mateen Darin berjaya menyedarkan Rara.Dia terpisat-pisat seketika sebelum dapat mengenalpasti figura yang sedang tersenyum didepannya.
"Mama!"....Rara memeluk erat tubuh Thalia Rose.Tangisan hiba mula kedengaran dari kedua anak beranak itu membuatkan Mateen Darin turut menitiskan airmata dan memeluk kedua-dua wanita kesayangannya.Pertemuan mereka umpama slot jejak kasih di TV3.
"Dah,jom masuk sayang!"....Thalia memimpin tangan anaknya masuk ke dalam villa.Dia dapat melihat dengan jelas perut anaknya yang agak berisi kerana baju yang dipakai Rara sedikit fit dibadannya namun dia meredam keinginannya untuk menyentuh perut anaknya demi mengingatkan pesanan anak sulungnya.
"Aunty baby!!"....Zaynn Damien muncul bersama Tiara dan baby Raid yang berada dalam pangkuan isterinya.Tiara dan Rara berpelukan sebelum baby Raid berpindah tangan kepada Rara.
"Hai sayang!"....Rara memangku anak saudaranya tanpa ada rasa kekok langsung.Naluri keibuannya sangat kuat.Pipi tembam anak saudaranya dicium sepuasnya.
"Nanti Aunty Baby bagi 'kawan twins' untuk baby Raid ye sayang!"....
******************
Xavier fokus melihat video Rara memangku baby Raid yang dihantar oleh Zaynn Damien.Hampir setiap hari Zaynn akan menghantar video atau gambar Rara kepadanya.Tangannya mengusap wajah isterinya di skrin telefonnya.
"I miss you like crazy,darling!"....
Xavier mengumam sendiri.Jika diikutkan hati mahu sahaja dia menculik isterinya dan membawa pulang ke London bersamanya namun dia tidak ingin melakukan kekerasan pada isterinya lebih-lebih lagi dalam keadaan isterinya yang sedang hamil.Sudah hampir seminggu Xavier berada di bumi Malaysia menjadi stalker,mengintip segala aktiviti dan pergerakan isterinya.
"Tok...Tok...Tok!!"....
Xavier menurunkan tingkap bila bunyi ketukan di cermin tingkap kenderaannya.Terpampang muka Boy yang sedang tersengih menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi.
"Papa ajak masuk!....Kak Rara dah tidur!".....
Boy bersuara ramah menyapa abang ipar mat sallehnya.Sejujurnya ini bukan kali pertama pertemuan mereka kerana Xavier setiap malam akan mengunjungi keluarga mertuanya selepas Rara tidur dan boleh dikatakan mereka semua menjadi partner in crime Xavier dalam usaha memujuk Rara cuma misinya belum dilaksanakan.
"Come in, Xavier!"....Mateen Darin mempelawa menantunya bila kelibat Xavier muncul didepan pintu utama.Zaynn Damien turut berada di ruang tamu menanti kehadiran adik iparnya.Jam hampir menunjukkan angka ke pukul 9malam.Xavier masuk dan mereka bersalaman seperti biasa.
"What is your decision tonight,Xavier?...Nak teruskan atau batalkan perancangan kamu?"
"Papa tiada masalah,semua keputusan ditangan kamu!"....Mateen Darin tidak pernah meletakkan kesalahan seratus peratus pada menantunya.Dia juga pernah melakukan kekhilafan pada masa mudanya dan paling penting dia perlu memastikan rumahtangga anaknya kekal demi bakal cucu-cucunya.
"I stick to my plan!"...Xavier menjawab yakin.
"All right,papa let you take her away!...Pergilah naik jumpa isteri kamu!"....Mateen Darin bangun dan mula beransur untuk ke bilik tidurnya.
"Thank you papa!"....Mateen hanya mengangguk dan menepuk bahu anak menantunya.Kini hanya tinggal Zaynn Damien dan Xavier sahaja.
"Best of luck Xavier!...Kalau kau buat hal lagi aku tak akan tolong kau untuk kali kedua!"....
Zaynn dan Xavier beriringan naik ke bilik Rara.Xavier melangkah masuk ke ruangan bilik yang suram dengan suhu aircond yang sedikit sejuk.Zaynn mencapai beg yang berisi keperluan adik kembarnya dan membawa turun ke kereta meninggalkan Xavier bersama Rara.
"Hello darling!...I'm coming to kidnapping you!"....
Xavier merapati isterinya yang tertidur pulas berbungkus dengan selimut tebal.Rambut isterinya dibelai lembut sebelum mengucup dahi wanita itu.Wajah jelita isterinya ditatap dalam,betapa dia merindukan seorang Zarra Darilynn.Dia bisa jadi gila jika kehilangan wanita ini dari hidupnya.Xavier menyelak kain selimut dan mengangkat tubuh isterinya ke dalam cempungannya.Langkahnya dibawa turun ke bawah,Zaynn Damien sudah menanti dipintu kereta,tempat duduk penumpang diturunkan untuk keselesaan adiknya.Xavier meletakkan Rara perlahan-lahan,kemudian dia segera masuk ke dalam perut kereta.
"Thank you brother!"....
Xavier mengangkat tangan pada Zaynn dan memulakan pemanduan.Kereta meluncur laju meninggalkan villa keluarga Mateen Darin menuju ke arah perlabuhan Port Klang.
"Happy honeymoon baby!"....Zaynn menghela nafasnya,semoga rancangan Xavier mampu melembutkan kembali hati adik kembarnya.
Share this novel
tq hermey...best citer ni..