"Let me go!!...Let me go!!"
"Abang!!Abang Long!!!!"
"Arghhhhh!!"....
Rara menjerit kuat bila rambutnya ditarik kasar oleh Xavier.Dia meronta kuat untuk melepaskan cengkaman dirambut panjangnya yang dijambak oleh lelaki berbangsa asing yang dia tidak kenali.Semakin kuat dia memberontak semakin perit kulit kepalanya.Akhirnya dia kelelahan dan merintih kesakitan.
Xavier menyeretnya tanpa mempedulikan suara teriakan Rara hingga hampir hilang suaranya.Tubuh wanita itu dipaksa bangun dan dihumban kasar ke katil.Rara yang belum berputus asa sempat bangun dan bersedia untuk melawan tetapi lelaki itu hanya memandang seperti melecehkannya.
Rara bersedia membuka langkah bersama tumbukan di buku limanya.Bila lelaki itu mendekat dia mula menghayun tendangan dan tumbukannya.Beberapa tendangan berjaya mengenai tubuh lelaki itu namun seperti tidak lut sahaja bahkan lelaki itu hanya membiarkan sahaja pukulan itu mengenai tubuhnya.Xavier hanya menatap tajam ke arah Rara yang bersedia dengan langkah 'sparing' atau tendangan tinggi namun gerak pantas lelaki itu menahan kakinya hingga Rara jatuh terdampar di atas katil.
Lelaki itu mengambil kesempatan itu dan segera menindih tubuh Rara yang masih juga cuba memberontak dan memukul dengan tangannya yang masih bebas.Lelaki itu cuba mendekatkan wajahnya pada Rara dan dengan beraninya Rara meludah di wajah tampan itu.Pergelutan mereka terhenti seketika bila lelaki itu mendiamkan diri.Belum pernah dalam sejarah hidupnya diludah oleh perempuan.
"How dare you slut!!"....
Xavier menjerit marah.Tangan Rara dicengkam kemas dengan tangan kekarnya dan mulutnya mula menggila mencumbu di seluruh wajah wanita itu.Perasaan marah Xavier lama-kelamaan semakin menghilang bergantian pula dengan keinginan nafsu batinnya yang semakin meluap-luap menyebabkan darahnya berdesir panas.
Xavier melumat kasar bibir Rara walaupun beberapa kali wanita itu cuba menggigitnya.Dia juga turut membalas dan menggigit bibir Rara hingga bibir mereka masing-masing luka dan berdarah.Xavier semakin mengganas dan meliar melayani Rara yang masih kuat melawannya.Dia duduk diatas kaki wanita itu dan melepaskan pakaiannya.Rara sudah meraung kuat cuba meronta mahu melepaskan diri.Dia bagaikan tahu apa nasibnya sebentar lagi.
"l promise,you will enjoy it baby!!"...Xavier menyeringai dengan sengihan yang sangat menakutkan Rara.
"Don't touch me,you bastard!!"....Rara memberontak bila Xavier mula menyingkap dress yang di pakai olehnya.
"Arghhhhh!!!!!"
Rara menjerit lantang mengejutkan tidur Tiara dan Zaynn yang sama-sama terbaring di katil yang sama di dalam bilik Zaynn Damien.Tiara cuba menyedarkan Rara yang begitu agresif meronta dalam tidurnya.Zaynn yang melihat situasi yang agak bahaya untuk isterinya segera menarik Tiara menjauhi adiknya yang belum sedarkan diri.
"Hey baby,wake up!!"
"Baby!!!"...Zaynn mengoncang badan Rara bagi menyedarkan adik kembarnya yang masih tenggelam dalam mimpinya.Tiara hanya berdiri disamping suaminya yang cemas dengan keadaan Rara.
"Abang!!!...Baby takut!!"
Rara memeluk kuat tubuh abangnya.Tangisannya semakin nyaring kedengaran.Tiara mendekati Rara yang masih mengongoi menangis.Tangannya naik mengusap lembut belakang tubuh Rara.Dia tidak sangka sebegini rupa tekanan dan trauma yang ditinggalkan oleh Xavier kepada Rara.Jauh berbeza dengan keadaannya saat Zaynn Damien meragut maruahnya kerana wanita ini sentiasa ada disisinya sedangkan Rara menghadapi traumanya sendirian.
"Rara!!...I'm sorry!!"
"Sayang,please!!"....Zaynn tidak suka isterinya rasa bersalah seperti itu.Zaynn mengenggam tangan kanan isterinya sementara sebelah tangannya lagi masih setia memeluk adiknya.Rara mengangkat mukanya dan beralih memandang ke arah Tiara yang sedang menunduk menangis.
"Angel!!"
"Don't cry Angel!...It's not your fault!"
"Maafkan saya sebab tengking awak,tolak awak tadi!"....Rara beralih menarik tubuh Tiara dan memeluk pinggang Tiara.Wajahnya disembamkan di dada Tiara dan mereka menangis bersama-sama cuba mengusir semua bebanan perasaan.
****************
"Aaahhhh!!!....Leganya!!"
Boy merenggangkan otot-ototnya bila dibenarkan keluar daripada kurungan pagi ini.Selama dua hari dua malam dia terkurung di jeriji besi.Nasibnya baik kerana Nelson sentiasa menemaninya berbual dan menghulurkan minuman dan makanan kepadanya.Jika tidak mahunya dia mati kebuluran.Perlu dia akui Zaynn Damien memang kejam menghukumnya dan dia akan mengadu dengan papa dan mamanya bila semuanya sudah selesai nanti.
"Uncle,thank you!!"...Boy menerpa ke arah Nelson dan memeluknya mesra tanpa mempedulikan wajah lelaki itu yang kelihatan sedih.
"Kenapa uncle!...You look sad!"...
"Nothing Boy!"
"Jaga diri baik-baik di sini dan jangan pernah percayakan sesiapa pun!"....Nelson menepuk-nepuk belakang Boy dan menitipkan pesanan.
"Hey young man!!"...Nelson dan Boy terkejut dengan suara lantang yang tiba-tiba menjengah pendengaran mereka.
"Ah!..Singa betina ini entah dari mana munculnya!!"....Boy mengumpat perlahan namun Nelson masih sempat mendengarnya.Tersenyum sedikit lelaki tua itu dengan bicara spontan anak muda itu.
"What's your name?"....Rara masih dengan intonasinya yang lantang.Wajahnya membengis melihat dua figura lelaki di depannya.
"Call me Boy,sister!"
"Who is your sister!"....Rara menjerkah hingga Boy terpempan kerana terkejut.Sungguh dia terkejut bukan kerana jerkahan kakaknya tetapi kerana ketelanjuran mulutnya memanggil kakaknya dengan panggilan itu.
"Follow me!!"....Rara melangkah laju meninggalkan mereka.Boy pula terkocoh-kocoh mengikut jejak langkah kakaknya yang professional melakonkan wataknya.Rasa rindu pada kakaknya sangat membuak-buak.
"Cupp!!...I miss you,sister!"...Boy memerhatikan sekeliling sebelum merapatkan kedudukan mereka dan dengan pantas mencium pipi kakaknya sebelum menjauhkan diri dan berjalan menunduk di belakang Rara.
"Naughty boy!"...Rara tersenyum sendiri dengan sifat nakal adiknya.Mana hilangnya sikap pendiam adiknya dulu,sekarang seperti bertih jantung mulutnya.
Rara membawa Boy ke area dapur kerana adiknya akan bertugas di bahagian itu sebagai pembantu tukang masak.Selain itu Boy akan ditugaskan untuk menjaga taman larangan Zaynn Damien.Rara memanggil semua tukang masak untuk berkumpul dan berkenalan dengan Boy.
"Let me introduce this young man!"
"Just call me Boy!!"...
Boy mencelah dan mula bersalam dengan semua orang dan terhenti di depan Danny.Lama dia menatap wajah lelaki yang ada iras dengannya yang dikatakan oleh Nelson,tetapi wajah Danny jauh lebih matang berbanding dengannya.
"Selamat berkenalan!"....Boy tersenyum pada Danny kerana riak wajah itu turut mengakui kebenaran itu.
"Mulai hari ini Boy akan menjadi pembantu di dapur!"
"Any question guys?"...
"Jika tiada semua boleh mulakan kerja termasuk kamu!"....Rara melihat ke arah Boy dengan mimik muka serius.
"Thank you miss!"....
Boy menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat.Dia sedikit teruja untuk memulakan wataknya.Otaknya mula merangka-rangka jalan cerita yang perlu dilakonkan.
"Hey Boy!!"...Where are you come from?"...Danny menepuk bahu Boy menyebabkan anak muda itu tersentak.Wajahnya yang cuak terus menyebabkan Danny ketawa geli hati.
"Relax la bro!"...Boy hanya tersengih menayangkan giginya yang putih tersusun.
"I'm Malaysian!!"...Danny hanya menganggukkan kepalanya,tahu kenapa anak muda ini boleh menjejakkan kaki ke sini.Bukan semua orang senang-senang mahu masuk ke mansion master of The Red Blood Rose.
"Jom aku tunjuk bahagian dapur!"....Danny menuju ke arah dapur diikuti oleh Boy dibelakangnya.Lelaki itu menerangkan semua tugas dan menu yang perlu mereka sediakan untuk semua penghuni mansion.Mereka bukan sahaja memasak untuk orang dalam mansion sahaja tetapi termasuk anak-anak buah The Red Blood Rose yang ramai.Selepas selesai menerangkan tugasan mereka,Danny membawanya ke biliknya.
"Kau akan berkongsi bilik dengan aku!...Ada masalah tak?"
"No problem Abang Danny!"
"Saya dah biasa hidup bersempit-sempit dalam penjara!"....Danny mengerutkan dahinya bila mendengar kata-kata anak muda itu.
"Kenapa kau kena tangkap?...Apa masalah kau dengan master!"
"Saya cuba minta perlindungan daripada The Red Blood Rose sebab saya lari dari kumpulan mafia Italia tapi tak sangka saya akan dijadikan tawanan di sini pula!"....Boy kelihatan sedih menceritakan penyebabnya yang sempat dia fikirkan sebentar tadi.
"Bersyukurlah kau orang Malaysia,jika tidak jangan harap kau dapat perlindungan daripada The Red Blood Rose!"
"Master hanya berminat untuk memberi perlindungan kepada rakyat dari negara kelahirannya sahaja tetapi tiada yang free,kau perlu menjadi hamba dekat sini!"
"Sampai bila?"
"Sampai kau mati!!"...Melopong Boy yang mendengar kata-kata selamba lelaki itu.Tiada perasankah lelaki didepannya ini atau sekejam itukah abangnya selama ini.
"Abang Danny dah lama dekat sini?"....Boy cuba mengambil tahu tentang lelaki yang bakal menjadi roommatenya nanti.
"Baru lima tahun aku dekat sini!...Sama macam kau aku hampir dibunuh oleh ketua geng The Blood!...Kebetulan ketua kumpulan tu ada hubungan baik dengan master jadi aku dicampak ke sini!"....
"Ohh!!!..Begitu ceritanya!"
*******************
"Hi!!...You Tiara Angela right!!"....
Tiara sedikit terkejut dengan teguran itu.Langkahnya dimundurkan sedikit ke belakang menjauhi figura yang dia tidak kenali.Matanya menatap waspada pada wajah bersih didepannya sedangkan lelaki muda itu tersenyum manis menampakkan lekuk dipipinya.
"I'm Boy!!...New members here!"....Boy menghulurkan tangannya untuk bersalam.Tiara hanya menatap kosong pada tangan lelaki itu sebelum menghulurkan tangannya perlahan-lahan menyambut salam.
"Cupp!!"...Boy mencium belakang tangan Tiara menyebabkan gadis itu terkesima seketika.Boy tersenyum menggoda dan matanya dikenyitkan untuk menambah perisa lakonannya.
"Arghhh!!... Naughty boy!!"...Zaynn Damien mengerutu marah bila mendengar melalui alat pendengar ditelinganyanya yang bersambung terus dengan mikrofon yang dipakai oleh Tiara.Kebetulan pula dia baru turun mahu ke pejabat turut melihat scene itu didepan matanya sendiri.Matanya mencerlung marah dengan wajahnya yang mula memerah.Hatinya berdongkol geram dengan olah si bongsu yang membuat harinya bermula dengan kemarahan.
"Selamat jalan master!"....Boy segera menundukkan kepala bila Zaynn Damien melintasinya dengan jelingan tajam.Hatinya bagaikan digeletek melihat kemarahan abangnya seperti itu.Baru permulaan abangnya sudah kepanasan seperti dibakar dalam oven.
Zaynn masuk ke dalam perut kereta dan pintu kereta dibanting kuat bagaikan mahu melepaskan geram.Tingkah tuannya itu mengejutkan Roy yang baru mahu masuk ke tempat memandu.Zaynn yang angin satu badan tidak mampu menutup rasa cemburunya membuatkan Roy mendiamkan diri.Pertama kali melihat ekspresi cemburu sebegitu pada tuannya terhadap seorang wanita.Zaynn mengepalkan penumbuknya,nasiblah Boy adalah adiknya.Sekurang-kurangnya dia tahu itu hanya lakonan namun dia tidak mungkin dapat menutup matanya melihat kemesraan mereka nanti.Dia nekad watak Boy harus dimatikan segera.Biarkan sahaja adiknya menjadi tawanannya seperti orang lain.
Sementara di mansion,Rara dan Sofea bersarapan seperti biasa.Mereka tetap berpakaian layaknya seorang perempuan simpanan dan membawa watak mereka dengan baik.Sementara Boy pula sibuk menyesuaikan diri dengan pekerjaannya di bahagian dapur.Tiara dengan senang hati membantu Louisa menghidangkan makanan untuk di hantar pada anak-anak buah Zaynn Damien yang menjaga keamanan di sekitar kawasan mansion walaupun berkali-kali dilarang oleh Louisa.
"Rara,saya nak turun sekejap hantar makanan pada Nelson boleh?"
"Louisa mana?...Itu tugas dia!"
"It's okay Rara,saya tengah free ni!"....Tiara tersenyum manis cuba memujuk wanita itu.Niatnya hanya mahu menolong Louisa yang sudah tua terlihat kepenatan melayan penghuni mansion sedangkan dia tidak melakukan apa-apa tugas.Tugasnya hanya berkaitan dengan Zaynn Damien sahaja.
"Angel,nanti master marah!!"....Rara sedikit tegas cuba menegah Tiara yang bersemangat mahu menolong.Suara Rara yang sedikit kuat membuatkan Tiara berkecil hati dan wajahnya berubah suram serta-merta.
"I'm sorry Angel!"....Rara meminta maaf bila tersedar nada suaranya sedikit tinggi.Dia memegang kepalanya cuba bersabar dengan karenah ibu mengandung yang sensitif.Rara jadi serba salah sendiri melihat Tiara yang mengharap.
"Orait Angel but carefully!!"...Entah kenapa Rara tidak sedap hati mahu melanggar arahan abangnya.
"Thank you Rara!"....
Tiara melangkah menuju ke aras bawah dengan membawa dulang yang terisi makanan.Kakinya perlahan-lahan menuruni anak tangga namun telinganya menangkap bunyi orang sedang bertengkar.Tiara mematikan langkah dan perlahan-lahan meletakkan dulang di lantai.Tiara cuba fokus untuk memasang telinga mencuri dengar pertengkaran mereka.
"Enough Jenny!!"....Suara jerkahan itu Tiara kenal dan suara itu milik Nelson tetapi siapa Jenny.
"No I won't stop!!"
"I will take revenge for the death of my daughters!"...
Share this novel