"Welcome sir!"
Shaun dan beberapa orang pengikut Xavier memberi tunduk hormat kepada ketuanya.Xavier hanya mengangguk kecil sambil mengendong Rara dalam dakapannya.Wanita itu benar-benar pengsan tidak sedarkan diri langsung.Xavier melangkah gagah ke kapal layar mewah dan ekslusif yang telah disewa khas olehnya atas bantuan papa mertuanya,Mateen Darin.
Xavier membaringkan Rara dengan selesa diatas katil yang tersedia di dalam ruangan bilik rehat yang telah direnovasi dengan sangat mewah persis suite hotel yang serba lengkap dengan segala kemudahan.Entah apa reaksi yang akan isterinya tunjukkan bila tersedar nanti.Harap-haraplah isterinya tidak membuat onar mahu terjun ke laut pula nanti.
"Goodnight darling,dream of me!!".....
"Hmmmm!!!".....Rara mengumam perlahan bila terdengar bisikan suara serak-serak basah milik Xavier ditelinganya.
Xavier keluar untuk memantau keadaan diluar.Kapal mula bergerak keluar dari pelabuhan mengharungi kegelapan malam.Para pengikut Xavier turut berkeliaran mengambil tempat masing-masing untuk mengawasi keselamatan mereka.Shaun yang setia datang menemani ketuanya.Angin laut begitu kuat menerjah bila kapal berada dalam kelajuan penuh membelah lautan ombak.Xavier berdiri di hujung dek di aras dua,tangannya didepa membiarkan angin menghujam tubuh badan kekarnya.Hatinya puas,isterinya sudah berada digenggamannya,wanita itu tidak boleh melarikan diri selagi berada di atas kapal ini dan itulah tujuan utamanya memilih berlayar ditengah lautan.
"Sir!...Take a break,we'll keep you and madam safe here!"....
Shaun menegur ketuanya.Dia sangat tahu emosi ketuanya sangat terganggu sejak dua bulan kebelakangan ini lebih-lebih lagi bila madam mereka mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.Hari-hari mereka sebagai pengikut Xavier turut terkesan dengan kegilaan dan emosi lelaki itu yang tidak menentu.Pantang ada kesalahan,timah silver akan tertanam ditubuh mereka.
"Orait Shaun,thank you so much!!"....
Xavier mengorak langkah kembali ke bilik rehat yang menempatkan isterinya.Xavier melangkah kaki ke bilik air untuk membersihkan badannya yang terasa melekit.Xavier mengambil masa hampir setengah jam berendam dalam bathtub dengan air hangat sebelum membilas tubuh badannya.Terasa segar badannya dengan haruman lavender yang melekat di kulitnya.Xavier hanya mengenakan seluar pendek tanpa memakai baju dan mula merangkak naik ke katil.
"I missed you so much,darling!"....
Xavier berbisik perlahan sambil membelai wajah Rara.Tubuh isterinya ditarik mendekat ke badannya hingga wajah Rara menempel didada telanjangnya.Xavier baring mengiring dengan lengan kanannya dijadikan alas kepala isterinya dan bibirnya mengucup ubun-ubun Rara.Tangan kirinya mula merayap masuk ke bawah baju tidur isterinya meraba bahagian perut isterinya yang sudah membukit.Bibirnya menggariskan senyuman,terselit rasa bangga bila mengetahui isterinya hamil kembar.Segala perkembangan tentang isterinya Xavier tahu,tidak tertinggal walaupun satu info pun.Xavier menyedut dalam haruman yang terbit dari rambut Rara,matanya mula terbuai dan lena mula menjemputnya masuk ke alam mimpi.
***********
Rara terbangun dari lenanya yang panjang.Dia menggeliat membetulkan urat sarafnya yang terasa lenguh.Namun seketika matanya membulat bila menyedari persekitarannya yang sangat berbeza.Dia mula panik dan menggelabah,tangannya meraba-raba memeriksa pakaian di badannya,dia kelegaan bila tubuhnya masih lengkap berpakaian seperti semalam.
"Aku di mana?...Apa yang berlaku?"....Rara memerah otaknya berfikir.Setahunya semalam selepas makan malam dengan keluarganya,dia terasa sangat mengantuk yang luar biasa dan masuk ke bilik tidurnya.Ya,dia sangat yakin dia tidur dibiliknya semalam.Bagaimana boleh dia berada di tempat asing,lagi pula tempat ini dirasakan sedikit terbuai-buai.
"Tok...Tok...Tok!!"....
Seorang wanita cantik menolak pintu bilik dengan membawa dulang yang berisi makanan dan minuman.Rara mengerutkan dahinya kerana dia tidak mengenali susuk wanita itu.
"Who are you lady?"....Rara membuka mulut bertanya bila wanita itu mendekatinya.Wanita itu hanya tersenyum melihat wajah tidak senang yang terpancar diwajah Rara.
"Saya pelayan dikapal ini madam!...Saya ditugaskan untuk melayan Puan selama kita berlayar!"....
"Kapal?....Saya di mana?"....Rara benar-benar terkejut dengan pernyataan daripada wanita itu.Bagaimana pula dia boleh sesat di dalam kapal.Siapa yang membawanya ke sini.
"Entah-entah aku diculik!...Si...siapa yang culik aku!"
Rara semakin panik dengan fikiran negatifnya.Dia bingkas bangun dan cuba keluar untuk melarikan diri.Matanya melotot bagaikan mahu terkeluar dari soketnya,mulutnya melopong melihat dekorasi ruangan kapal.Ini kapal atau rumah mewah?Namun perasaan kagum itu singgah hanya sekejap sahaja kerana kepanikan dan rasa cemasnya melebihi segalanya.
"Puan!...Tunggu dulu Puan!!"....
Wanita yang ditugaskan untuk melayan Rara mengejar dari belakang. Riak wajahnya cemas,takut di marahi oleh Xavier.Rara pula langsung tidak mengendahkan panggilan wanita itu dan terus berlari keluar.Badannya sedikit terhuyung-hayang saat kapal melanggar ombak.Rara menelan air liur yang terasa kelat bila melihat sekitarnya dikelilingi lautan biru.Dia semakin ketakutan bila melihat beberapa lelaki berbangsa asing yang lengkap dengan senapang yang bersilang didada.
"Puan,sebaiknya kita kembali ke bilik rehat,nanti tuan akan marahkan saya!"....Wanita cantik itu termengah-mengah menyusun nafas.
"Siapa tuan kamu!...Kenapa dia menculik saya!"....Rara kembali berpaling dan menyoal wanita yang menjadi pelayannya dengan wajah yang menyinga.
"Tu...Tuan!..."
"Lisa,you can go now!!"....Shaun muncul dibelakang mereka.
"Youuu!!!"....
Rara menempik marah bila orang kepercayaan Xavier muncul didepan matanya.Jika tadi wanita itu dikuasai dengan perasaan takut namun sekarang seluruh badannya membahang dengan api kemarahan.Buku limanya digenggam kuat menahan emosinya yang memuncak bagaikan gunung api yang mahu meledakkan lava panas.Jika adanya Shaun dia pasti dalangnya adalah si monster,Xavier Anderson.
"Where he is?"....
Rara bersuara lantang,menarik perhatian pengikut Xavier yang sedang berkawal.Shaun hanya diam menghadapi kemarahan isteri ketuanya.Dia sudah dapat mengagak kejadian ini pasti akan berlaku bila wanita ini bangun dari lenanya.
"Tell me Shaun!!"....Rara menjerit lagi dan lagi.Dia geram dengan Shaun yang hanya diam membatu.
"Madam,please have your breakfast first!...After that I'll take you to see him!"....
Shaun cuba menenangkan Rara yang kelihatan sangat marah.Jika dia bawa wanita itu kepada Xavier dalam keadaan begini,Shaun sangat pasti Rara akan mengamuk sakan pada ketuanya.
"No!...I want to see him right now!"....
Rara bersuara tegas,menikam pandangan lelaki bermata biru itu.Shaun memicit pelipisnya,pening dengan kedegilan isteri ketuanya.Mahu tak mahu dia terpaksa juga mengikut kemahuan wanita itu.
"All right madam!...Follow me!!"....
Shaun mula melangkah turun ke aras bawah dan berjalan menuju ke arah ruang santai yang lengkap dengan pool yang sederhana luas.Dari jauh Rara dapat mengesan susuk Xavier yang sedang berbaring santai di kerusi rehat dengan hanya berseluar pendek dan bercermin mata hitam.Rara menggeram marah melihat lelaki itu boleh beristirehat dengan tenang selepas menculiknya.
"Sir!!....Madam is here!"....Shaun menyapa ketuanya yang sedang terlelap.
"Erhhhh!!"....Xavier menggeliat namun tidak membuka matanya.Shaun yang tahu ketuanya sengaja tidak mahu bangun terus berundur meninggalkan pasangan suami isteri itu.
"Xavier,bangun!!"....
Rara yang sememangnya tengah diamuk emosi terus melampiaskan rasa sakit hatinya.Rara mengetap rahang bila Xavier masih diam tidak berkutik tidak memberi sebarang respon walaupun Rara memekik hingga perit anak tekaknya.
"Kau tak nak bangun sangatkan!"....
Rara berlalu pergi mencari sesuatu yang boleh menakung air tetapi matanya terarah pada Lisa si pelayannya yang membawa turun dulang makanan.Dia segera mendekati wanita itu dan mencapai segelas susu yang dibawa untuknya sebentar tadi.Xavier yang sibuk mengintai segera pura-pura tidur semula bila kelibat Rara mendekatinya bersama senyuman sinis yang tersungging dibibirnya.
"My dear hubby,please wake up!"...
Rara melembutkan suaranya sambil menyiramkan susu ditangannya pada muka Xavier menyebabkan lelaki itu bingkas bangun dari tidurnya.Xavier mendongak dan memandang wajah sinis isterinya,bukan mahu marah tetapi lelaki itu mula tersenyum menggoda.Wajahnya diraup menghilangkan sisa susu di mukanya sebelum merengkuh tubuh Rara hingga wanita itu terdorong ke depan dan jatuh diatas badan Xavier.
"Tak baik layan suami macam ni,darling!"....Xavier memandang tepat ke dalam anak mata isterinya.Dia tahu isterinya sangat marah sekarang.
"Oh I see!...Jadi apa yang awak buat pada saya semuanya baguslah!"....
Rara terus menempelak bicara Xavier.Matanya sudah memerah bila rasa sebak datang menghimpit dadanya hingga nafas terasa sempit.Bibirnya mencebik menahan tangis daripada terhambur didepan Xavier.Lain pula dengan Xavier yang merasakan Rara sangat comel dengan mimik wajah itu.Tanpa amaran,bibir yang mencebik itu disambar dan melumat ulas bibir Rara semahunya.Rara yang tidak bersedia terus menghamburkan tangisannya walaupun Xavier sedang menggila menciumnya.Tangannya dikepal dan menumbuk dada bidang Xavier beberapa kali,namun lelaki itu begitu kuat menahan lehernya hingga kepalanya tidak boleh digerakkan langsung.
"I'm sorry darling!"....Xavier melepaskan tautan bibir mereka dan melagakan dahinya dengan dahi Rara bila tangisan isterinya semakin kuat.
"Let me go!"....Rara menolak kuat dada Xavier hingga lelaki itu terhenyak ke belakang.Rara bangun dan menjauhi Xavier.Bila lelaki itu mula mendekat Rara semakin lari hingga ke hujung dek.
"Jangan dekat!...Kalau tidak saya lompat!"...Rara menjerit kuat dan cuba mengugut Xavier.Dia berkira-kira mahu memanjat palang yang menjadi dinding penghadang.
"No problem darling!"....You jump and I jump to your heart!"....
Xavier tersengih menampakkan giginya yang putih bersih.Rara yang bengang dengan Xavier terus memanjat palang,baru satu palang dia berjaya panjat,badannya sudah disauk dari belakang.
"Arghhhh!!!".....
Rara menjerit kuat,matanya tertutup rapat.Jantungnya bergoncang kuat hingga badannya menggeletar.Sangkaannya dia akan terjatuh ke dalam laut tetapi dia terjatuh ke dalam pelukan Xavier.
"Why you so stubborn!....It's not good to our twins!"....
Xavier mengeraskan suaranya.Rara yang masih dalam keadaan terkejut hanya diam membisu dalam dakapan suaminya.Semangatnya sudah terbang dibawa angin,kakinya terasa lemah longlai.Tanpa sedar dia hampir membahayakan nyawa dan kandungannya sebentar tadi.Bibir dikemam sekuatnya menahan sisa tangisannya.Rasa bersalah menggebu-gebu dalam dalam dirinya.
"I'm sorry!...I'm really sorry babies!"
***************
Rara mendongak ke dada langit yang menghitam,ada beberapa kelipan bintang yang kelihatan nun jauh di atas sana.Rara menutup mata,
menarik nafas sedalam yang mungkin,cuba menjernihkan fikirannya yang menginginkan suaminya namun rajuknya melebihi segalanya.Tubuhnya yang berbalut dengan dress putih labuh dipeluk erat menahan kesejukan angin laut.Kapal sudah berhenti bergerak dan bersauh berdekatan dengan sebuah pulau kecil.
Xavier memerhati gerak geri isterinya daripada aras atas.Sejak peristiwa amukan isterinya pagi tadi,Xavier tidak diberi celah untuk mendekati Rara.Wanita itu sentiasa mengelak dan menjauhinya membuatkannya kesal sendiri.Xavier melangkah turun ingin cuba mendekati isterinya,dia tidak akan memaksa tetapi dia akan menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang suami.Apa guna pengalamannya sebagai casanova jika tidak dapat menggoda isterinya sendiri.
"Darling!"....
Rara tersentak bila suara serak itu berbisik ditelinganya.Tangan kekar milik Xavier sudah melingkari perutnya bersama usapan lembut.Rara hanya mengeraskan badannya,cuba tidak memberi sebarang respon terhadap sentuhan Xavier walaupun hatinya sudah melompat-lompat mahukan suaminya.
"Darling,don't you miss me?...Don't you want me baby darling!"....
Xavier mula merayu dengan suaranya yang menggoda.Bibirnya mula menyentuh kulit bahu isterinya yang terdedah.Rara menutup mata menahan desiran panas yang mula menjalar dalam tubuhnya.Inilah sebabnya dia menjauhi lelaki monster ini.Sentuhan dan godaannya bisa membuat Rara hilang kawalan diri,dia bagai lupa untuk menolak dan memberontak bila bibir hangat itu semakin jauh bermain diceruk lehernya.Rara menggigit bibir bila Xavier membalikkan badannya menghadap ke arahnya.Manik mata biru Xavier menikam anak mata hazel milik isterinya.Rara semakin gelisah dan menundukkan wajahnya,pertahanannya hampir runtuh dan dia sangat yakin keinginan serta kerinduannya bakal mengkhianatinya sebentar lagi.
"l love you,Darilynn!...Never leave me again!!"....
"Understand darling!"
Xavier melekapkan tangannya dipipi Rara,kepala Rara didongakkan kembali sebelum bibirnya menindih bibir kemerahan isterinya seketika.Tautan bibirnya semakin mendalam bila tiada penolakan daripada Rara walaupun wanita itu tidak membalas ciumannya.Bibir Xavier mula merayap turun ke leher jinjang Rara,mencumbu dan menjilat kulit putih isterinya.Mata Rara terpejam rapat menikmati segala perlakuan suaminya.
"Sir!!"...
Bagaikan mahu terbang rohnya bila Shaun muncul dibelakang mereka.Rara meyembamkan wajahnya yang memerah ke dada Xavier.Tangannya kuat mencengkam baju suaminya,rasa malunya menggunung tinggi pada orang kepercayaan suaminya itu.
"Sorry to bother you sir!"....Shaun menunduk dengan rasa serba salah sedangkan Xavier selamba mengucup kepala isterinya tanpa ada rasa malu atau segan.
"We have a problem with the company!..Miss Christina couldn't settle it!"....
"Hufff!!!"....Xavier mengeluh berat.Kepalanya didongak menatap langit.Hatinya sedikit kesal,misinya baru berjalan namun masalah pula tiba.
"It's okay Shaun!"...Shaun menunduk dan berundur pergi meninggalkan ketuanya.
"Darling,kita balik London okay!"....Xavier melonggarkan pelukan mereka dan menatap wajah isterinya tetapi hatinya kecewa melihat gelengan isterinya.
"No,I will stay here!!"
Share this novel