"Xavier!!!"
Rara terbangun dari lenanya bila dia bermimpi ngeri tentang Xavier.Tangannya memegang dadanya yang turun naik bergelombang kasar.Dia bangun dari pembaringannya dan masuk ke bilik air untuk membersihkan mukanya bagi menenangkan rasa tidak tenteramnya.
Rara kembali ke katil dan duduk menyandarkan diri di kepala katil.Tangannya bermain-main di jari manisnya dan memusing-musing cincin perkahwinannya.Hatinya tertanya-tanya adakah cincinnya juga memiliki ukiran yang sama seperti cincin platinum untuk Xavier.
Rara membuka laci disebelah katil dan mengambil kotak baldu berwarna silver yang ditinggalkan oleh Xavier kepadanya.Perlahan tangannya melepaskan cincin di jari manisnya dan melihatnya dengan teliti.Ternyata ukiran nama mereka juga terpahat pada cincin berliannya,bermakna cincin perkahwinan mereka ditempah khas oleh suaminya.Hatinya dipagut rasa sebak dan terharu dengan kesungguhan Xavier namun bagaikan ada tembok yang menghalangnya daripada memaafkan segala apa yang pernah terjadi sebelum ini.
"I need more time Xavier!!"....
Rara berbisik perlahan dan menyimpan kembali cincin platinum dan juga cincin berliannya.Dia mengambil keputusan tidak akan memakai cincin berlian itu buat masa sekarang.Dia akan kembali menyarungkan cincin itu jika hatinya benar-benar dapat menerima kehadiran Xavier sebagai suaminya.
Rara kembali menutup lampu meja dan melelapkan semula matanya.Bayangan mimpi ngerinya cuba dilupakan dan mengharapkan mimpi-mimpi indah sahaja menemani malamnya.
"Tok...Tok...Tok!!!"....
Rara tersedar dari tidurnya bila ketukan pintu menganggu lenanya.Dia menggeliat menghilangkan rasa lenguh di badannya.Matanya menyapa pemandangan laut yang membiru melalui dinding kaca.Rara bangkit dan turun dari katil untuk membuka pintu kerana bunyi ketukan masih belum berhenti.
"Krekkk!!"...Muncul wajah Zaynn Damien didepan matanya.Mata mereka bertaut seketika sebelum Zaynn Damien bersuara.
"Baby bersiaplah!...Abang Long tunggu dekat bawah!"
"Abang Long ada something nak beritahu tentang Xavier!"....
Zaynn Damien segera beredar meninggalkan adik kembarnya.Rara pula masih tercegat di depan muka pintu,cuba mencerna kata-kata abangnya.Dahinya mengerut hingga terbit lapisan dan jantungnya pula mula berubah ritma lariannya.Kerana rasa tidak sabar ingin mengetahui perkara yang ingin di sampaikan oleh Zaynn Damien,Rara bergegas masuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya.Dalam masa setengah jam,Rara lengkap berpakaian dan bersiap ala kadar sahaja.Dia tergesa-gesa turun untuk mencari Zaynn Damien.
"Good morning Rara!"....Tiara Angela menegur adik iparnya yang sedang terjenguk-jenguk mencari kelibat abangnya.
"Morning Angel!"...
"Where is he?"....Tiara mengerutkan keningnya bila mendengar pertanyaan Rara.
"Siapa?"....Rara menepuk dahinya kegeraman dengan sikap lambat pick up gadis polos itu.
"Master devil!"...
"Oh!!...Abang ada dekat kolam renang!"....Tiara ketawa kecil melihat wajah cantik didepannya yang polos tanpa sebarang olesan makeup,sangat iras dengan Zaynn Damien.Kebetulan Tiara juga ingin menghantar sarapan buat Zaynn Damien di balkoni.
"Wait a minute Angel!"
"Where is Sofea!"....Rara menahan Tiara yang mahu membawa dulang berisi makanan kepada abangnya.Villa yang luas itu terasa sangat sunyi walaupun terdapat ramai pelayan namun mereka tidak menganggu privasi pemilik villa.
"Sofea pergi hospital awal pagi tadi!"
"Pergi hospital?...Kenapa?"....Tiara hanya mampu mengangkat bahunya.
"I don't know Rara but maybe your brother knows something!"...
Tiara menyusun langkah menuju ke balkoni sementara Rara mengikutnya dari belakang.Benaknya penuh dengan tanda tanya dengan rasa ingin tahu yang menggebu lebih-lebih lagi melihat abangnya yang sibuk dengan telefon ditangannya dengan wajah yang cukup serius.Zaynn Damien hanya memberikan isyarat tangan supaya mereka duduk dan kembali fokus dengan panggilan telefonnya.Rara mula gelisah,duduknya jadi serba tidak kena dibuatnya.
"Anything happened Abang Long?"....
Rara terus bertanya bila Zaynn Damien meletakkan telefonnya.Wajah serius abangnya dipandang lama bila Zaynn Damien diam membisu cuba menyusun bicara.Zaynn berdehem beberapa kali sebelum menyampaikan berita yang baru dia perolehi daripada Roy.
"Yes,something bad happened to Xavier!"...
Rara terbungkam,riak wajahnya kosong.Dia sendiri tidak tahu bagaimana harus memberi respon dengan berita buruk yang disampaikan oleh abangnya.Entah hatinya gembira si monster itu ditimpa bala atau sebaliknya.Rara jadi keliru dengan hatinya sendiri,namun bahasa tubuh badannya mula bereaksi.Tangannya menggigil,dahinya mula terbit butir-butir peluh menyebabkan badannya jadi seram sejuk.Otaknya jadi 'blank' seketika hingga telinganya tidak fokus mendengar bicara Zaynn Damien yang selanjutnya.
"Baby!...Did you hear me?"
Zaynn melambai-lambai tangannya didepan wajah Rara yang jauh mengelamun.Zaynn berdecak kesal kerana adik kembarnya sempat berkhayal saat dia berbicara berkenaan kecederaan Xavier.
"Baby!!!"....Zaynn menguatkan volume suaranya bila gagal mengembalikan adik kembarnya yang terlalu jauh hanyut dalam lamunannya.
"Hahhhhh!!!"....Rara terpinga-pinga bila disergah oleh Zaynn Damien.
"Abang Long tanya,baby nak ikut pergi hospital tengok Xavier atau tidak?".....
Rara memejam celikkan matanya yang mula kabur dengan lapisan air jernih namun sedaya upaya dia menahannya agar airmatanya tidak jatuh didepan abangnya.
"No need Abang Long!"....
Rara bingkas bangun dari duduknya dan berlalu pergi meninggalkan Zaynn Damien dan Tiara di balkoni.Airmatanya perlahan-lahan menitis saat dia mendaki tangga mahu naik ke atas.Langkahnya laju kerana rasa sebak sudah memenuhi dadanya dan dia perlu segera menghamburkan tangisannya di dalam bilik supaya tiada yang mampu mendengarnya.Saat pintu tertutup,tangisannya pecah tanpa dapat dia menahannya lagi.Rara terduduk di lantai,menangis semahu-mahunya bagaikan dia kehilangan Xavier selama-lamanya.
"She's love me right?"....
Xavier tersenyum melihat skrin telefonnya yang memaparkan imej Rara yang sedang menangis dengan teruk.Mungkin dia perlu berterima kasih kerana mendapat kecederaan di kepalanya saat ini bahkan dia sanggup terluka berulang kali jika boleh membuatkan Rara jatuh cinta padanya.
*******************
"Abang,how is Xavier?"...Teruk sangat ke luka dia?".....
Tiara bertanya dengan riak risau memenuhi wajah polosnya.Zaynn yang baru mahu menghirup air kopi yang masih hangat tidak jadi meneruskan hirupan dan cawannya diletak kembali di atas meja.Matanya menatap penuh curiga pada isterinya,rasa cemburu meluap-luap bila isterinya bertanyakan keadaan mantan kekasihnya.
"Why?....You seem to be worried about him!"....
Kata-kata yang berbaur cemburu membuatkan Tiara ternganga.Suaminya begitu sensitif melebihi dirinya.Dia juga perasan Zaynn Damien mengalami 'morning sickness' setiap pagi sama seperti dirinya.Mungkin pembawakan baby menyebabkan Zaynn Damien berperangai sedemikian rupa.
"Abang,you misunderstood!"
"I care about him because he is my brother-in-law,no more than that!".....
Tiara cuba menjelaskan alasannya supaya suaminya tidak salah faham akan maksudnya yang sebenar.Tiara berpindah tempat dan duduk dipangkuan suaminya.Tangannya naik melingkari leher Zaynn cuba memujuk lelaki itu agar tidak terus merajuk dengannya.Namun sebaliknya Tiara pula yang di goda oleh Zaynn Damien dan mencumbuinya tanpa henti.Tiara sedikit menjauhi suaminya bila tautan bibir mereka terlepas dan cuba mengatur nafasnya semula.
"Abang!!...You naughty master devil!!"....Tiara mengumpat secara terang-terangan didepan Zaynn Damien sambil mengesat bibirnya yang basah.
"What did you call me sayang!!"....
Zaynn membulatkan matanya tidak percaya dengan panggilan yang digelarkan padanya.Tiara hanya ketawa dan bangun menjauhkan dirinya.Dia berlari masuk meninggalkan Zaynn Damien yang akhirnya ikut mengejar isterinya dari belakang untuk naik ke atas.
"Sayang!!"
Zaynn Damien mengejutkan Tiara yang masih terlena akibat permainan panas mereka sebentar tadi.Wajah isterinya dibelai lembut dan bibir hangatnya mengucup dahi Tiara.Tiara merengek manja bila lenanya diganggu oleh Zaynn Damien.
"Sayang!...Abang nak balik ke mansion sekejap.Sayang tinggal dekat sini temankan Rara okey!".....
Tiara bingkas bangun.Hilang rasa mengantuknya bila suaminya mahu tinggalkannya walaupun sekejap.Dia tidak mahu berjauhan dengan Zaynn Damien.Dia takut suaminya akan pergi tinggalkannya lagi seperti sebelum ini.
"Nak ikut!!"....
Tiara mula merengek bagaikan anak kecil.Tubuh suaminya dipeluk erat,tidak mahu berpisah dengan suaminya.Kain selimut yang menutupi tubuh Tiara juga terlondeh menampakkan kulit putih merah jambunya.Zaynn menelan air liurnya melihat sepasang bukit indah yang membuatnya tergoda berkali-kali. Imannya tidak berapa kuat jika terus menempel dengan isterinya dalam keadaan sebegitu.
"Tak boleh sayang!...Stay here with Rara!"....
Zaynn Damien melepaskan pelukan isterinya dan pantas berdiri.Nafasnya ditarik dalam bila Tiara mula teresak menangis.Zaynn menggaru keningnya yang tidak gatal,dia perlu segera menguruskan beberapa hal di mansionnya sebelum dia menghilangkan diri buat seketika.Mahu tidak mahu dia kembali berbaring di sisi isterinya dan menunggu sehingga Tiara tertidur kembali sebelum dia menyusup keluar kerana Roy dan Sofea sudah lama menunggunya di bawah.
"Master!!"
Roy segera membukakan pintu dibelakang kepada Zaynn Damien sementara Sofea berada di kerusi pemandu kerana Roy mengalami kecederaan ditangannya akibat terkena tembakan.
"It's okay Roy,I'll drive!!"....
Sofea dan Zaynn berganti tempat.Mereka masuk ke perut kereta dan Zaynn memulakan pemanduan.Zaynn memandu dengan kelajuan yang agak tinggi kerana dia bimbang terlalu lama meninggalkan isteri dan adiknya walaupun villa Xavier dikawal ketat oleh pengikut mereka.
"Thank you for saving Xavier,Roy!"....
Zaynn memecah keheningan suasana.Roy merupakan orang kanannya yang sangat cekap dan sentiasa melindungi dirinya malahan lelaki itu sanggup menggantikan keselamatan tuannya dengan nyawanya sendiri.
"My pleasure master!!"
"I will do anything even take a bullet for you!!"....Roy bagaikan mengangkat sumpah janji setianya kepada tuannya.
****************
Kereta Hummer H2 yang dipandu oleh Zaynn Damien memasuki pintu terbang mansionnya dan berhenti tepat di depan pintu utama.Keseluruhan pengikutnya kini berpakaian sut putih termasuk dirinya yang mengenakan jacket kulit labuh berhoodie putih 'head to toe'.Keseluruhan mukanya terlindung di sebalik hoodie yang dikenakan.
"Welcome back master!!".....
Semua pengikutnya berbaris menundukkan kepala memberi penghormatan secara serentak.Zaynn hanya mengangkat tangannya menyapa pengikutnya.Langkah kakinya laju masuk ke dalam mansionnya dan menuju ke arah bilik rahsianya.Sebilah pedang samurai yang bersarung di bawa keluar.Kakinya yang tegap melangkah penuh tenaga hingga setiap derapan kakinya terdengar sangat mengerikan.
Zaynn Damien menuruni anak tangga untuk ke aras bawah tanah diikuti oleh Roy di belakangnya.Kelihatan Nelson masih setia dengan tugasnya menjaga dan membersihkan tempat haiwan peliharaannya.
"Master!!"....Nelson yang menyedari kehadiran tuannya segera menghentikan kerja-kerjanya dan menunduk hormat.
Zaynn menggariskan senyuman nipis dan menganggukkan kepalanya sedikit membuatkan Nelson terkaku di tempatnya.Satu dekad iaitu selama sepuluh tahun dia tidak pernah menerima senyuman ikhlas daripada bekas menantunya itu hanya senyuman devil yang mengerikan menjadi makanannya namun hari ini Nelson terharu Zaynn Damien masih sudi tersenyum ikhlas walaupun segaris senyuman.
Zaynn menyeret muncung pedang samurai dilantai hingga menghasilkan bunyi yang sangat menyilukan. Langkahnya terhenti seketika di depan dua kurungan kecil.Danny kelihatan sangat lemah dan tidak bermaya atau boleh dikatakan sedang nazak.Matanya hampir tidak mampu dibuka lagi,jelas didada dan perutnya terbentuk kesan lebam yang menghitam.
"Hai Jennifer!!"....Zaynn bergerak sedikit ke kurungan disebelahnya yang menempatkan Jennifer.Wanita tua itu juga terlihat sungguh menyedihkan.Tangan tuanya mengapai-gapai ke arah Zaynn Damien.Bibir keringnya bergetar ingin berkata sesuatu kepada Zaynn namun suaranya langsung tidak kedengaran.Hanya nafasnya yang tidak teratur terhembus kasar.
"Nelson!!...What should we do to them?".....
Nelson terkejut bila namanya diseru oleh Zaynn Damien secara tiba-tiba.Lelaki tua itu terpinga-pinga sebentar sebelum melangkah perlahan mendekati tuannya.
"I'm not sure master!"....
Nelson hanya menundukkan kepalanya tidak berani mahu bertentang mata dengan Zaynn Damien.Kaki Nelson sedikit termundur ke belakang bila Zaynn menyuakan pedang samurai kepadanya.Terketar-ketar tangan tua Nelson menyambut huluran Zaynn Damien.Walaupun tugasnya kerap kali memotong mayat manusia namun dia belum pernah membunuh orang yang masih bernyawa.
"Take it and kill them!"....
Zaynn berlalu dan mengambil tempat di sofa,menunggu persembahan daripada Nelson.Beberapa orang pengikutnya dipanggil untuk memudahkan kerja Nelson.
"Arghhhh!!!!".....
Danny mengerang kuat saat tubuhnya diheret paksa oleh pengikut Zaynn Damien.Tubuh Danny dibangunkan duduk dalam posisi melutut ke arah Zaynn dengan kepalanya yang menunduk.Nelson sudah bersedia dengan pedang samurai dibelakangnya.
"Last words Danny!!"...Zaynn Damien bersuara mendatar tanpa sebarang perasaan.Danny menegakkan kepalanya melihat tepat ke wajah Zaynn Damien.
"Go to hell of you!!"....
"Zappp!!!".....
Nelson mengangkat tinggi pedang samurai ditangannya dan melibaskan tepat dileher Danny.Beberapa detik,kepala Danny jatuh tergolek ke lantai sebelum badannya ikut jatuh meniarap.Darah merah terpancut laju dari leher yang terpotong menyebabkan Zaynn Damien mual.Matanya dipejam rapat dan tangannya digenggam kuat menahan loya yang menjolok anak tekaknya.
"How about Jennifer,Nelson?...What are you going to do?"
"I will let her escape,master!"....Zaynn terdiam seketika sebelum mengangguk perlahan.
"The decision is in your hands!"....
Zaynn bingkas bangun untuk naik semula ke atas namun yang mengejutkan Zaynn Damien Nelson melepaskan Jennifer ke dalam bilik kaca yang terletaknya dua ekor ular yang bersaiz seperti anakonda.Jennifer umpama tikus makmal yang dilepaskan untuk menjadi makanan haiwan reptilia itu bahkan kedua makhluk itu merebutkan tubuh Jenny hingga jasad itu remuk dibelit sebelum ditelan.
Nelson menyeringai melihat pengakhiran Jennifer seperti itu.Bagaikan terbang segala kesakitan yang ditanggung selama puluhan tahun yang lalu akibat kecurangan yang Jenny lakukan terhadapnya.Hati tuanya terasa tenang dan semakin bersedia jika hidupnya bakal berakhir tidak lama lagi, sekurang-kurangnya dia pergi tanpa membawa sebarang dendam bersamanya.
"Goodbye Jenny!!"
"Nothing is more painful in this world than what have you done to me!"....
Share this novel
x sabo tggu next chapter..keep going hermy..i cant wait for the the next chapter..