The Red Blood Rose Mansion
Malam semakin merangkak ke tengah malam,namun mata Tiara masih lagi berkeras tidak mahu terlelap.Suasana sangat sunyi tanpa sebarang pergerakan di dalam mansion,hanya bunyi ombak yang menghempas cerunan terdengar di telinganya.
Tiara keluar ke balkoni dan merenung ke dalam kegelapan malam.Cahaya bulan dan bintang kelihatan begitu indah menghiasi dada langit.Badannya ditutupi dengan selimut tipis melindungi dirinya daripada tiupan angin laut yang sejuk.Tiara bosan dan teringin untuk keluar mengambil angin diluar mansion.Di balkoni,angin laut terlalu kuat hingga dia tidak tahan dengan kesejukan.Dia hanya mahu mengambil udara dan bebas berada di luar setelah mengalami hari yang sukar hari ini.
Diam-diam Tiara menyelinap keluar daripada bilik tidurnya ke luar mansion.Kakinya melangkah laju ke arah tempat larangan di sebalik pagar besi yang sangat tinggi.Entah kenapa rasa ingin tahunya melebihi rasa takut pada saat ini walaupun Rara sudah memberinya amaran supaya jangan mendekati taman rahsia milik tuannya ini.Tiara menolak pintu besi itu perlahan-lahan.
Matanya membulat sempurna melihat taman didepannya yang dipenuhi dengan warna merah dan hitam.Mulutnya melopong tidak percaya dengan pandangan matanya.Di depannya terbentang sebuah hamparan bunga ros merah dikelilingi dengan ros hitam.Ditengah-tengah taman terletak sesuatu yang membuatkan hatinya kembali berdenyut dengan rasa ingin tahu.Ya sesuatu yang kelihatan seperti kubur kecil dengan kepoknya berwarna putih dan berbatu nisan.Pandangan matanya tidak mampu mengintai nama pemilik pusara itu kerana terletak betul-betul di tengah taman dan sekelilingnya dipenuhi pokok ros hitam yang berduri.
Cahaya bulan yang menyimbah menerangi taman larangan itu dan bau bunga ros yang mengeruak ke dalam deria baunya begitu menenangkan akal fikirannya.
Tiara memejam matanya,membentangkan kedua belah tangannya dan menghirup udara haruman segar sedalamnya,mengabaikan peraturan dan amaran pemilik mansion.Otaknya hanya mahu menyingkirkan bayangan Xavier dan Jasmine yang bermain dimindanya.Bunyi letupan bunga api mengejutkannya.Automatik matanya memandang ke dada langit yang dipenuhi dengan warna dan percikan bunga api sempena menyambut tahun baru.Sepatutnya malam ini dia sedang bergembira menyambut hari lahirnya sekaligus menyambut kehadiran tahun baru bersama kekasihnya Xavier.
"Happy birthday Tiara Angela binti Muhammad"...Tiara mengumam perlahan,cukup hanya dia seorang sahaja mendengarnya.
"Semoga tuhan hadirkan malaikat penyelamat untuk membawa aku pergi jauh dari sini!"....Tiara bersuara lirih dengan penuh pengharapan.
"Selamat hari jadi my Angel!"...
"Malaikat itu tidak akan pernah membawamu pergi dari devil seperti aku!"...
Hembusan nafas yang hangat dari belakang telinganya membuatkan bulu romanya meremang.Tubuh Tiara menegang dan kedua tangannya bergetar.
"Apa kau sebegitu takut bila berada dekat dengan aku,Angel?"
Tiara masih dengan posisinya yang seperti patung cendana membelakangi Zaynn sehingga tangan kekar Zaynn memusing badan gadis itu secara paksa menghadapnya.Tiara menggigit bibir bawahnya menahan jeritan kerana terkejut dengan tingkah Zaynn Damien.Tiara panik bila Zaynn sudah berada di depan matanya,dia sudah ketahuan mencerobohi taman larangan milik Zaynn Damien .
Zaynn mendongakkan kepala Tiara,manik mata coklat gelap Tiara bertemu dengan iris hazel light milik Zaynn yang terlihat begitu indah memukau dirinya.Dada mereka bergerak turun naik dengan degupan jantung berlari laju hingga terdengar detakan tidak teratur di deria pendengaran masing-masing.Zaynn memejamkan kelopak matanya dan bibirnya menyapa dan melumat lembut bibir mungil Tiara.Zaynn tetap menahan kepala Tiara,memperdalamkan ciumannya walaupun gadis itu langsung tidak merespon apatah lagi membalas ciumannya.
"Ummppp!!!"
Tiara sedara upaya menutup rongga mulutnya daripada ditembusi oleh lidah Zaynn Damien yang masih cuba mencari celah untuk menyusup masuk .Tiara cuba memberontak dan mendorong tubuh sasa Zaynn Damien untuk meloloskan diri.Rasa jijik mula menghantuinya bila mengingatkan lelaki ini mungkin baru selesai menikmati wanita-wanita simpanannya.
Tiara mula membuka mulutnya dan menggigit bibir Zaynn tanpa ampun menyebabkan tautan bibir mereka terlerai.
Namun Tiara yang tidak bersedia mundur ke belakang dengan langkah yang tidak stabil menyebabkan badannya terlentur jatuh hampir menyentuh pokok rose hitam.Zaynn sempat menyambar baju tidur dibahagian dada Tiara hingga baju itu robek menampakkan dadanya yang ditutupi alas hitam.Zaynn menopang tubuh Tiara agar tidak jatuh lebih teruk diatas hamparan pokok Rose hitam yang penuh berduri.
"Arghhhhhhh!!!!"
Tiara terbangun dari lenanya dengan nafasnya yang tersengal-sengal.Dia mengalami mimpi buruk bersama master devil.Tangannya naik menyentuh bibirnya.Kenapa rasanya seperti terlalu nyata mimpinya kali ini.Hatinya berdetak kencang bila bayangan mimpinya hadir kembali.Kepalanya tergeleng-geleng cuba menyingkirkan wajah tampan dengan panahan mata indah Zaynn Damien.
"Kenapalah aku mimpi basah dengan lelaki devil seperti lelaki itu!"...
"So disgusting!!"...Tiara menggoyangkan badannya kegelian.Langkahnya di bawa ke bilik air untuk bersiap sedia menjalankan tugasnya sebagai pelayan di mansion untuk hari kedua.Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.
**********************
Tiara berjalan perlahan mengheret kakinya tanpa rela mendekati timbunan daging bersama lelehan darah yang sudah dipotong-potong untuk menjadi makanan binatang peliharaan tuannya.Badannya menggeletar hebat,dia terbongkok-bongkok memegang perutnya yang menggelodak mahu mengeluarkan segala apa yang tersisa didalam perutnya.Esakan dan tangisan tidak kering dari bibirnya sejak mula dia turun ke ruang bawah tanah yang menempatkan python dan anakonda, haiwan peliharaan kesayangan master devil.Nasibnya semakin sialan bila Zaynn Damien membuat lawatan untuk bermain dengan anak emasnya.
"Let her feed my pets Nelson!"....
Zaynn memberi arahan yang tidak mampu lelaki tua itu bantah.Nelson hanya mengiakan walaupun hati tuanya jatuh kasihan pada gadis malang itu.Zaynn duduk bersilang kaki di sofa tempatnya bermain dengan ular-ular kesayangannya.Di badannya terdapat seekor python berwarna putih melingkar dan lelaki itu sedang mencium kepala ular itu namun mata helangnya menyorot tajam melihat susuk tubuh Tiara yang semakin lemas dengan rasa fobianya pada binatang kesayangannya.Lebih malang lagi,Tiara di jamu dengan timbunan badan manusia yang sudah dipotong untuk di jadikan makanan ketiga-tiga spesis haiwan kesayangannya.
Tiara cuba mengeraskan hatinya tidak mahu dianggap lemah dan dilecehkan oleh Zaynn Damien namun dia hanyalah seorang gadis biasa yang tidak pernah dihadapkan dengan sesuatu yang sadis seperti ini.Badannya menjadi seram sejuk bila tangannya yang menggigil cuba memegang satu bahagian anggota badan manusia namun belum sempat tangannya menyentuh,badannya sudah terkulai layu meluruh ke lantai.Tiara hanya mampu menangis menahan rasa mual yang menderanya.
"Aku beri peluang untuk kau mengalah dan memilih menjadi wanitaku,Angel!"....
Zaynn mendekati tubuh lemas Tiara dan tangannya membelai pipi dan hujung bibir gadis itu namun Tiara hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.Nelson hanya memandang dari jauh pemandangan yang dia tidak pernah tengok selama dia berada di mansion ini.Lelaki devil yang kejam menyentuh seorang perempuan dengan lembut bahkan merayu untuk menjadikan gadis itu wanitanya dan bukan wanita simpanan.Zaynn Damien hanya tersenyum sinis menerima penolakan daripada gadis itu.Dia boleh sahaja memaksa namun dia mahu Tiara menyerahkan dirinya sendiri kepadanya.
"Roy panggil Rara tolong bawa Angel naik!"...
"Aku akan tolong dia master!"...Nelson terkaku bila Zaynn memandangnya seperti mahu membunuhnya dengan pistol dihalakan tepat di kepalanya.Nelson segera menunduk dan mengundur diri.Rara yang datang tepat pada masanya segera mendorong dan memapah Tiara untuk kembali ke bilik tidurnya.
****************
"Minum air milo sayang!..Biar kamu ada sedikit tenaga!"...Louisa mnyuakan segelas air milo pada bibir Tiara yang kelihatan lemah dan pucat.Selesai menyuapkan Tiara bubur,Louisa berbalik mahu keluar meninggalkan gadis itu namun Tiara memeluk erat tubuh wanita tua itu.Tangisannya pecah di balik pelukan mereka.Louisa terkedu seketika,kemudian tangannya naik membelai rambut ikal Tiara penuh dengan kelembutan.Rindu pada anak perempuannya yang sudah lama tiada dilampiaskan pada gadis malang itu.
"I miss my mom Louisa tetapi ibu dan ayahku sudah tiada!..Aku rindukan abang aku!!"..
Tiara bersuara lirih.Tiara hanyalah anak yatim piatu yang dibesarkan di panti asuhan di Bandung.Ketika usianya belasan tahun dia berkenalan dengan keluarga Chow dan mereka mengangkatnya sebagai anak angkat mereka.Walaupun mereka berlainan kefahaman agama namun keluarga Chow sangat menyayanginya dan menganggapnya seperti ahli keluarga mereka sendiri lebih-lebih lagi abang angkatnya,Jackson Chow yang sangat melindunginya.Namun dia adalah gadis bodoh yang degil mengejar cinta palsu Xavier dan akibatnya dia berakhir di tangan master devil,Zaynn Damien.
"Kamu okay Tiara!...Nelson beritahu kau pengsan lagi!"...Danny tergesa-gesa masuk ke bilik Tiara,menghampiri kedudukan Tiara dan memegang tangan halus gadis itu.
"I'm okay Danny!!"....Tiara hanya menggariskan senyuman tipis kepada lelaki itu.Dia bersyukur masih ada yang ambil peduli tentang dirinya di sini.
"Don't touch her!!!"...Suara bariton Zaynn bergema kuat mengejutkan mereka bertiga.Zaynn melangkah masuk bersama Dr.Philip,disusuli oleh Roy dan Rara dibelakangnya.Tiara menarik tangannya perlahan dari genggaman Danny yang masih enggan melepaskannya.Tiara takut dengan kebengisan yang terpancar di wajah tampan Zaynn Damien.
"Kau boleh keluar Danny!...Jangan pernah masuk ke sini lagi!"...Lengan Danny dicengkam kuat dan mata mereka saling berlawanan yang mana akhirnya Danny menundukkan kepalanya dan melangkah keluar dengan amarah yang meluap-luap.
Zaynn mencapai tangan Tiara yang dipegang oleh Danny sebentar tadi dan mengenggam serta meramas tangan kecil Tiara dengan tangan kekarnya.Tiara mendesis kesakitan bila terasa tulang-tulang jarinya berlaga sesama sendiri.Mata Zaynn tajam menikam wajah Tiara yang menahan kesakitan.
"Don't ever let another man touch you except me my Angel!"
"That's my order as your master!"
"Follow my order and you'll be safe!"...Zaynn menekankan setiap baris percakapannya dan gadis itu hanya perlu akur dengan segala perintahnya.Tiara hanya diam dan menundukkan kepalanya,tidak berani mahu melawan lelaki didepannya.
*********************
Tiara masuk ke dapur untuk meneruskan tugasnya menyediakan makan malam untuk wanita-wanita peliharaan tuannya.Namun melihat kesibukan yang berlaku di dapur,dia jadi tertanya-tanya sendiri.
"Ada apa Louisa?...Kenapa kalian kelihatan sangat sibuk dan kelam-kabut?"
"Malam ini master akan makan bersama wanita-wanita peliharaannya,jadi hidangan perlu siap tepat pada masanya!"....
"Oh!!!"....Mulut Tiara membulat dan kepalanya terangguk-angguk memahami situasi yang berlaku.Tiara dengan senang hati membantu apa yang boleh dia lakukan untuk mempercepatkan urusan di dapur.Semua yang bekerja di dapur bergerak pantas menyiapkan makanan dan Tiara menolong Louisa menghidangkan makanan.Tiara seronok bekerja dengan Louisa dan Danny yang suka mengusiknya hingga senyuman mekar terukir di bibirnya.
Senyuman Tiara mati serta-merta dengan kehadiran Zaynn Damien bersama wanita-wanita peliharaannya.Roy juga kelihatan setia di samping tuannya.Zaynn berjalan di hadapan dengan Rara yang merangkul erat tangan kekar lelaki itu.Wanita lain hanya mengikut dari belakang.Terdetik sesuatu yang aneh bila melihat kelakuan wanita-wanita galak yang sentiasa berebut mahukan seorang Zaynn Damien kerana hanya Rara sahaja berani menempel dengan lelaki itu sedangkan wanita lain begitu menjaga jarak mereka dengan tuannya.
Kesemua mereka mengambil tempat masing-masing tetapi Rara duduk dipangkuan Zaynn Damien dengan tangannya dilingkarkan pada leher lelaki itu.Tiara menelan air liurnya melihat Rara seperti itu.Malam ini Rara mengenakan pakaian sedikit terbuka dan begitu berani menggoda tuannya secara terbuka.Tiara menggigit bibirnya menahan rasa jijik namun dia cekalkan hati melakukan tugasnya melayan mereka sesuai dengan permintaan mereka.Saat mendekati Zaynn Damien untuk menyediakan makanan untuk lelaki itu,Tiara bagaikan disengat arus elektrik bila tangan lelaki itu menjalar di belakang badannya,mengusap lembut area pinggangnya.Sentuhan itu langsung tidak disedari oleh sesiapa kecuali dirinya dan si pelaku.Tiara segera menyiapkan tugasan dan menjauhkan dirinya dengan berdiri di samping Louisa.
"Relax Tiara!!"
Danny berbisik perlahan dan mendekatkan dirinya dengan gadis itu yang sedang menunduk.Tangan Tiara masih menggigil menahan debaran.Terasa hujung jarinya di sentuh membuatkannya berpaling ke sisi.Danny mengenyitkan sebelah matanya,cuba menghilangkan ketakutan gadis itu.
"Brakkkk!!!"....
Masing-masing tersentak dengan bunyi kuat yang datang dari tempat tuan mereka.Zaynn yang tiba-tiba menghentak meja tanpa sebarang sebab membuatkan masing-masing tertanya sendiri namun tiada siapa yang berani membuka mulut mahupun mengangkat muka.Mereka hanya meneruskan makan malam dalam suasana yang sunyi sepi.Tiara mengangkat mukanya sedikit untuk melihat ke depan namun dia mengutuk perbuatannya kerana mata helang Zaynn sedang memanah tepat ke wajahnya menyebabkan gadis itu kembali menjatuhkan kepalanya melihat ke arah lantai.
"Aku jealous dengan Rara dan Sofea yang asyik dapat bersama dengan master!"....Julie mula membuka mulut berbicara bila Zaynn Damien sudah berlalu ke biliknya bersama Rara dan Sofea.
"Master tak adil dengan kita!...Aku muak bermain sendiri memuaskan nafsu aku!"....Tiara terkejut mendengar ucapan Lily hingga sudu yang dipegangnya terjatuh dari tangannya.
"Kau kenapa gadis bodoh!"....Lily menjerkah Tiara yang kelam-kabut mengemas meja makan.
"Ma...maaf,aku tidak sengaja!"....
"Astaga wanita-wanita galak ini langsung tiada rasa malukah berbicara seperti itu!"....Tiara mengumpat sendiri.
"Angel!!..hantarkan susu untuk master dibiliknya!"...muncul Roy dengan wajah kelelahan dan sedikit kacau penampilannya.
"Kenapa perlu gadis bodoh ini yang melayan master!...itu tugas si tua Louisa!"....Julie mencelah tanda tidak puas hati.
"Shut up,bitch!!"....Suara Roy melengking marah bila wanita jalang didepannya mempersoalkan arahan tuannya.
******************
"Tok...Tok...Tok!!"
"Come in!"...Tiara teragak-agak untuk melangkah masuk ke ruangan bilik yang sedikit suram cahayanya.Kakinya berhenti melangkah melihat Rara yang hanya mengenakan bathrobe duduk di pangkuan Zaynn yang telanjang dadanya.Lelaki itu hanya mengenakan seluar pendek sahaja.Di tengah katil terdampar tubuh Sofea yang tidak sedarkan diri,hanya diselimuti dengan kain putih sahaja tubuh polosnya.
Tiara mencengkam kuat dulang yang dipegangnya kerana tangannya mula bergetar.Rasa takut mula menyerangnya,dia mula mengerakkan kaki untuk mundur ke belakang.Entah mengapa dia rasa tidak selamat berada di ruang yang sama dengan mereka.
"Come here Angel!!"...Suara serak itu mematikan langkah Tiara,namun kakinya masih tidak berganjak dari kedudukannya.Zaynn bangun dari duduknya,begitu juga Rara yang mula mendekati gadis itu.Tiara yang rasa terancam terus berpaling untuk keluar dari ruangan itu namun pinggangnya terlebih dahulu di sauk dari belakang.
"Pranggg!!!"
Share this novel