MDL28

Romance Completed 508272

"Sayang!!!"....

Tiara tersenyum bila suara itu berbisik ditelinganya.Hembusan nafas beraroma mint begitu sebati dengannya.Namun hanya seketika senyumannya hadir sebelum bunyi tembakan bergema menyentakkan mimpi indahnya.

Tiara membuka sedikit matanya namun dia menutupnya kembali saat simbahan cahaya lampu menyilaukan pandangannya.Perlahan-lahan dia memejam celikkan matanya untuk menyesuaikan cahaya yang masuk ke dalam anak matanya.Matanya berpusat lama pada syiling putih diatasnya.Tiara menarik nafas panjang,hidungnya dapat menghidu bau ubat-ubatan dan sedarlah dia kini berada di hospital.

"Abang!!"....

Tiara bergumam perlahan menyebut panggilan itu.Pelupuk matanya mula terasa panas bila bayangan jasad Zaynn Damien terkulai berlumuran darah bermain-main dibenak fikirannya.

Airmata meleleh dari hujung matanya bila rasa sesal menerjah hatinya.Dia langsung tidak pernah memanggil Zaynn Damien dengan gelaran yang selayaknya untuk seorang suami walaupun lelaki itu sering membahasakan dirinya 'abang' bila bersama dengannya.Tiara memukul dadanya bila rasa sakit dengan penyesalannya.Tangisannya juga semakin kuat berlagu memenuhi ruang bilik rawatan yang menempatkannya.Kini suara itu tidak mampu lagi dia dengari,hanya bakal zuriatnya yang ditinggalkan sebagai bukti lelaki devil itu pernah hadir dalam hidupnya.

"Angel!!"

Sofea yang baru masuk ke bilik rawatan Tiara berlari mendapatkan gadis itu yang kelihatan berada diluar kawalan emosinya.Tiara masih memalu kuat dadanya tanpa menghiraukan kehadiran Sofea yang cuba menenangkannya.

"Saya nak suami saya!!...Pulangkan suami saya!!"...

"Abang!!!...Abang!!!

Tiara menjerit dan meraung kuat,menepis setiap sentuhan dari Sofea hingga wanita itu terpaksa menekan button merah yang tersedia untuk meminta bantuan daripada petugas.Branula yang dipasangkan ditangan kanan Tiara turut berdarah kerana tindakan agresifnya sebentar tadi.

"Sorry miss,please come out,we need to treat the patient!!"...

Seorang jururawat yang membantu doktor yang merawat Tiara meminta Sofea menunggu di luar bilik sementara mereka memberi rawatan dan menenangkan pesakit.Sofea akur dan keluar untuk menunggu di luar.Roy dan beberapa orang pengikutnya turut berada di luar untuk membuat pemantauan.

"How is she?"

"She's not okay bie!"....Sofea mengeluh perlahan.Roy duduk di sisi isterinya dan memeluk bahu Sofea cuba menenangkan kerisauannya.

"She needs her husband!"....Roy hanya mengangguk bersetuju dengan kata-kata isterinya.

"Don't worry honey,she will be fine!!"....Roy mengenggam tangan Sofea memberi semangat.

"How about Rara?"...Roy berdengus marah bila mengingatkan susuk Xavier Anderson.Lelaki itu begitu licik bersekongkol dengan si Danny yang menjadi duri dalam daging.Kerana olah Danny yang menjual dan membocorkan segala rahsia The Red Blood Rose,mereka terpaksa akur untuk kehilangan master mereka.Akibatnya Xavier mengambil Rara sebagai tawanannya sebagai ganti kepada Tiara Angela.

Pengorbanan besar yang harus mereka lakukan ini adalah untuk membebaskan keluarga Zaynn Damien daripada buruan musuh-musuh mereka yang ingin menghapuskan master of The Red Blood Rose dan keturunannya.Bukan hanya White Dragon yang berurusan dengan Danny untuk mendapatkan info tentang kumpulan mereka malah banyak lagi kumpulan mafia lain termasuk mafia Italian dan Yakuza,mafia yang paling merbahaya di Kota London dan seluruh negara kerana mereka mempunyai jaringan kuasa yang besar.

"Boy still shocked but he has already returned to Malaysia!"....

"That's the best way...Ayah and uncle Que will take care of them at Malaysia!"....

Sofea mengeluh lega,setidaknya Tiara dan Boy sudah selamat buat masa sekarang.Berita tentang kematian master The Red Blood Rose berterbangan dikalangan dunia mafia sejak hari penyerangan di mansion.Tiara tidak sedarkan diri hampir dua hari atau gadis itu sengaja tidak mahu bangun kerana tidak mampu menerima kenyataan yang harus dia hadapi.Hari ini merupakan hari ketiga kematian master,bermakna Rara juga menjadi tawanan Xavier selama tiga hari lamanya.

"Honey,you go back to rest first!...Hubby will take care of Angel!"....Roy mengarahkan pengikutnya untuk menghantar isterinya pulang ke mansion dahulu sementara dia menjaga Tiara sini.

Tiara menghirup dalam haruman maskulin yang memenuhi rongga hidungnya.Bau yang memabukkannya bila bersama dengan Zaynn Damien.Dia enggan membuka matanya,takut mimpi seperti ini tidak akan hadir lagi dari tidurnya.Tangannya memeluk bayangan Zaynn Damien yang bagaikan terbaring disisinya.Kucupan hangat di dahinya disimpan jauh ke dalam hatinya.Terasa basah bibirnya bila ulas bibir mereka bertaut dan bersatu.Lama bibir mereka bertaut namun Tiara tetap tidak rela melepaskan lumatan bibir mereka walaupun nafasnya sudah terengah-engah kerana kekurangan oksigen.

"Breathe sayang!!!!".....

Suara garau itu terdengar begitu berat menyapa deria pendengarannya.Airmatanya gugur lagi bila suara itu masih sudi hadir dalam mimpinya.Perlahan dia membuka matanya,kornea hazel light menikam anak mata Tiara.

"I miss you abang!!!"....

Tiara berbisik perlahan sebelum menutup matanya kembali,tidak ingin mimpi ini pergi jika dia terbangun dari lena namun dia tidak mampu membohongi dirinya,saat matanya terbuka kembali,bayangan itu sudah tiada disisinya.Tangisannya terhambur kembali,bibirnya disentuh dan dikemam,ingin mengingati kembali cumbuan itu walaupun hanya sekadar mimpi.Sesungguhnya kehilangan itu terlalu sakit untuk dia hadapi sendirian.

"Abang please come back to me!"..

**********

"Apa akan terjadi jika aku tidak memilih kedua-duanya?"....Rara melawan pandangan mata biru Xavier.

"Keluarga kau akan mati termasuk ibubapa kau di Malaysia!"....Bergetar bebola mata Rara mendengar bicara lelaki itu yang bersahaja.

"But why!!...Kau dah bunuh abang aku!!"...Rara menjerit marah pada Xavier.

"Bukan aku yang mahu musnahkan keluarga kau tetapi musuh abang kau!!"

"Ini semua tak masuk akal Xavier!!"...Kenapa aku perlu berkahwin dengan pembunuh abang aku sendiri!"....

"Never!!"...

"You will know later why I need to killed him!!"

"Kau tiada pilihan lain kecuali kahwin dengan aku dan aku akan lindungi keluarga kau dengan pengaruh kuasa aku!"

"Aku seorang Muslim Xavier!...Aku tak boleh kahwin dengan kau"....Rara cuba memberi alasan untuk menolak Xavier.

"So do I!...I am muslim too,so no problem here!"...Rara terkejut dan matanya terarah pada sesuatu milik lelaki itu.

"Don't worry about my angry bird!"

"Dah lama kena sembelih!".....

Xavier tersengih melihat wajah Rara yang merona merah.Dia perlu bersyukur berkenalan dengan Tiara Angela yang membuatkannya sedikit sebanyak mencari tahu tentang agama gadis itu sebelum ini dan sekarang Xavier merupakan saudara baru dengan kehidupan dan kepercayaan yang sama dengan Zara Darilynn,bakal isterinya.Tiga minggu lepas dia mengambil keputusan untuk mengubah anutan agamanya menjadi seorang Abdullah Xavier Anderson.

Rara berdiri tegak memeluk tubuhnya mengadap pemandangan laut biru yang terbentang luas dari balkoni besar yang terdapat kolam renang.Terngiang-ngiang perbicaraan Zavier dengannya tiga hari lepas.Hatinya tidak pernah tenang sejak terkurung di villa Xavier.Fikirannya hanya terbayangkan figura abangnya yang terbaring berlumuran darah dan pilihan yang lelaki itu berikan padanya.Hari ini adalah hari untuk dia memberikan jawapan kepada Xavier tentang pilihannya.

Bolehkah dia memilih untuk mementingkan dirinya dan tidak berkorban untuk orang lain lagi.Sudah lama dia setia di sisi Zaynn Damien untuk menyokong abang kembarnya bangkit dari kehancurannya.Perlukah dia mengorbankan dirinya sekali lagi demi Tiara Angela dan bakal zuriatnya kali ini.Rara memegang dadanya bila hatinya terasa sakit dengan suara batinnya yang bagaikan mengungkit segala apa yang dia lakukan untuk abang kembarnya.Kenapa fikirannya boleh melencong sejauh itu sedangkan dia ikhlas bersama abang kembarnya selama ini.

"Madam,there's phone call for you!"....Seorang butler berkulit putih dan bermata kelabu datang menghulurkan telefon bimbitnya kepada Rara.Rara teragak-agak mahu menyambut huluran lelaki itu kerana dia tidak tahu dengan siapa dia akan bercakap nanti.

"Hello!!"

"Hello sweet darling!!"....

Rara menaikkan bebola matanya bila suara Xavier menyapa telinganya.Terasa geli telinganya dengan bicara lelaki itu,ayat-ayat manis Xavier menggambarkan siapa lelaki itu yang sebenarnya.Mungkin playboy atau pun romeo yang suka bergantian perempuan.Jijik terasa bila fikirkan dia mungkin berakhir dengan mengahwini lelaki itu jika mahu keluarganya selamat.

"Darling,talk to me!"....Xavier mengeluh perlahan bila Rara tidak mahu membalas panggilannya,hanya mendengar dan mendiamkan diri.

"I'm bored,can I go out!!"....

Xavier terdiam bila wanita itu tidak membalas pertanyaannya tetapi membuat permintaan.Impuls otaknya terus mengingatkannya kemungkinan wanita itu mahu melarikan diri daripadanya.Xavier berfikir sementara sebelum memberi jawapannya.

"Sure,after I get back from work,we'll go out together!"....Rara mengetap rahangnya kegeraman.

"It's okay,I don't want to go out with you!!"...

Rara terus memutuskan talian tanpa menunggu balasan daripada Xavier.Sementara Xavier pula terkedu melihat telefon bimbitnya kerana ini merupakan pertama kali orang berani memutuskan panggilan tanpa sebarang pamitan padanya.Tangannya automatik menghentak meja melepaskan geram.

Xavier mengerling jam jenama Tissot ditangan kanannya,baru jejak angka tiga petang.Masih berbaki dua jam sebelum dia pulang ke villanya.Matanya masih memperhatikan tingkah laku Rara melalui rakaman CCTV dari laptopnya.Bibirnya terukir dengan senyuman bila wanita itu menyibukkan diri di dapur menolong tukang masak walaupun beberapa kali ditegah oleh mereka.Sekurang-kurangnya wanita itu tidak sibuk mencari jalan untuk melarikan diri daripadanya lagi.

"How sweet of you,darling!!'....Xavier mengusap jarinya pada imej Rara yang tersenyum di skrin laptopnya.Belum pernah sekalipun bibir wanita ini tersenyum manis kepadanya.

Xavier beralih memyelesaikan kerja-kerjanya yang terbengkalai hingga tidak sedar masa berlalu meninggalkannya.Bila selesai meneliti semua fail dan dokumen yang harus dia beri kelulusan,belakangnya disandarkan seketika ke dada kerusi.Matanya dipejamkan sekejap untuk merehatkan minda.Entah apa jawapan yang akan diberikan oleh Rara padanya hari ini.Jika jawapannya negatif dia tidak teragak-agak untuk menikahinya secara paksa.

"Sir!!"

Shaun menunduk sedikit kepala bila ketuanya keluar dari pejabat.Xavier hanya mengangguk dan terus melangkah untuk ke lif khas untuk ke ruang parking.Shaun mendahului ketuanya sebelum membukakan pintu untuk ketuanya.Xavier masuk ke perut kereta dan melepaskan lelahnya sebentar.Mereka bergerak pulang ke villa yang memakan masa hampir dua jam perjalanannya kerana villa Xavier terletak jauh dari kawasan bandar.

"Sir!!"....Shaun membuka mulut untuk memberi laporan.

"The movement of italian and yakuza was slowing down!"

"They seem uninterested in attacking again!"....Xavier membuka matanya sebentar dengan posisinya yang sedang bersandar dan mendongak kepala ke syiling kereta.

"Are you sure?"

"Positive sir!"....Shaun menjawab yakin.

"That's good news!"...

Xavier kembali menutup matanya sambil tersenyum senang.Perjalanan yang agak jauh sedikit memenatkan Xavier.Dia membetulkan otot kepalanya bila terlalu lama terlelap dalam kereta.Kepulangannya disambut oleh para pelayan sedangkan kelibat Rara langsung tidak terlihat.Mood Xavier semakin memburuk dan dia mengambil keputusan untuk berenang seketika bagi menghilangkan rasa stressnya sebelum dia melampiaskan kepada sesiapa.

Setelah beberapa lama berenang,Xavier menenggelamkan dirinya ke dasar kolam dan menahan nafasnya selama yang dia mampu bertahan.Rara yang tidak tahu kehadiran Xavier keluar mengambil angin di balkoni,masih cuba berfikir untuk saat-saat terakhir sebelum membuat sebarang keputusan.Rara berdiri mengadap pemandangan laut yang gelap gelita,hanya bunyi ombak dan angin yang kuat kedengaran.Dress satin berwarna hitam tanpa lengan yang dipakainya terbuai-buai disapa angin.Rambut panjangnya disanggul tinggi untuk keselesaannya.

Xavier timbul kembali ke permukaan air,diam-diam matanya memerhatikan susuk tubuh Rara yang membelakanginya.Senyuman menyeringai di bibirnya,bagaikan buaya yang memerhatikan mangsanya,Xavier bergerak perlahan keluar dari kolam.Xavier yang hanya memakai swimming short pant berjalan perlahan mendekati Rara yang masih tenggelam dalam lamunannya.Kedua tangan kekar Xavier mengepung kedudukan Rara.Badannya yang masih basah menempel dibelakang badan Rara menyebabkan wanita itu menjerit kerana terperanjat.Air dari rambut Xavier yang basah menitis jatuh ke wajah Rara yang mendongak untuk melihat ke arahnya namun badannya langsung tidak boleh dipalingkan kerana Xavier betul-betul memerangkapnya dengan kurungan tangan dan tubuhnya yang menempel dibelakang badannya.

"What is your answer,darling?"

Xavier menyembamkan wajahnya diceruk leher Rara menghidu haruman dari wanitanya.Bibirnya mula mengucup belakang leher Rara yang terdedah.Kucupan demi kucupan menjadi sedikit liar bila Xavier mula menyedut dan menggigit meninggalkan jejaknya.Rara yang bergerak tidak tentu hala mahu melepaskan diri semakin membangunkan sesuatu milik Xavier.

"Don't move darling!"

"You woke him up!!"....Xavier melihat ke bawah perutnya yang kelihatan semakin berbonggol.Dia menarik nafas dalam sebelum menjarakkan sedikit tubuhnya memberi ruang untuk Rara membalikkan badan mengadap ke arahnya.

"Your answer is?".....Xavier menarik pinggang Rara merapat ke tubuhnya sedangkan wanita itu mula menunjukkan pemberontakan.Dada Xavier mula naik turun menahan denyutan jantung dan nafsunya.

"I don't want!!"

"I don't want marry with you!"....Rara melarikan matanya daripada tatapan mata biru laut Xavier yang sangat tajam menikam mata hazelnya saat ini.Xavier yang mula dikuasai emosi,mencengkam pipi Rara dan memaksa wanita itu memandang ke arahnya.

"Why?"....Xavier mengetap rahangnya menahan diri daripada menjerkah wanita itu.

"Kalau kau boleh hidupkan balik Zaynn Damien,aku rela hati kahwin dengan kau!"....Memekar senyuman Rara bila Xavier terbungkam seribu bahasa.

"Orang mati tidak bisa hidup kembali Zarra Darilynn!"....Xavier mengeluh berat.Rangkulannya dipinggang Rara di lepaskan.

"I just want to be responsible for what I did to you!"...Xavier mengumam perlahan namun masih dapat ditangkap pada kedengaran Rara.Xavier memusingkan badannya dan melangkah pergi meninggalkan Rara sendirian di balkoni.Rara menggigit bibir bila hatinya sedikit terkesan dengan pengakuan dari lelaki itu.

"Betul ke keputusan yang aku buat ni!"....Rara mengerutu pada dirinya sendiri bila wajah-wajah ahli keluarganya muncul dibenaknya.

*************

"Rara!!"

Hampir tersedak wanita itu yang sedang menikmati makan tengaharinya bila mendengar suara Tiara Angela memanggilnya.Apakah dia salah mendengar kerana terlampau memikirkan keadaan gadis itu hingga telinganya juga mampu mendengar suara Tiara.Rara masih membeku ditempat duduknya,tangannya yang memegang sudu jelas menggeletar cuba menidakkan.Dahinya mula berkeringat dingin bila mendengar derap kaki yang berlari di belakangnya.

"Rara!!"...

Tubuh Rara automatik terbangun kali ini.Telinganya tidak menipu bila tangan kecil itu sudah memeluknya dari belakang.Tembok pertahanannya pecah bila tangisan hiba kakak iparnya menyapa deria pendengarannya.Airmatanya turut mengalir jatuh menimpa pipinya.Badannya di paling mengadap ke arah Tiara dan memeluknya erat.Terhinjut-hinjut bahu mereka menahan emosi yang meledak.

"Why are you here Angel!"...Rara menjarakkan tubuh mereka dan memegang bahu Tiara.

"I brought her here!...She will stay here with me and you will be free!"....Xavier muncul dengan langkah santainya.Hampir seminggu lelaki itu hilang tiba-tiba membawa pulang Tiara Angela ke villanya mengejut seperti ini.Apa pula muslihat lelaki monster itu kali ini.

"Tak boleh!!"....Rara menjerit lantang,matanya mencerlung marah memandang ke arah Xavier yang kelihatan tenang.Badannya menggigil kerana rasa marah dan takut menjadi satu.

"Angel,you have to get out of here!"...Rara memegang kedua bahu Tiara untuk menyakinkan kakak iparnya untuk kembali mansion Zaynn Damien namun Tiara hanya menggelengkan kepalanya.

"What do you mean Angel?"....Mata Rara yang masih basah dengan airmata memanah tepat ke mata coklat gelap milik Tiara Angela.

"Saya akan tetap di sini Rara!...You should go,you're free now!"....Tiara memegang erat tangan Rara dengan senyuman pahit.

"Maafkan saya kerana menyusahkan awak!...Semuanya berpunca daripada saya dan saya akan menjadi tawanan White Dragon!"....

"No!!!"....Rara memekik dan menangis bagaikan orang histeria.Sepatutnya dia gembira dengan berita ini namun dia tidak merasakan perasaan itu tetapi dia rasa sakit kerana tidak dapat melindungi Tiara Angela dan bakal anak abangnya.

"Love,awak naik berehat dulu!"....Xavier mencelah dan memberi isyarat pada pelayan supaya membawa Tiara Angela ke bilik tetamu tanpa mempedulikan tangisan Rara.

Rara mengepal tangannya,terasa panas hatinya bila Xavier memanggil kakak iparnya dengan panggilan mesra.Dia tidak rela orang lain bermesra dengan isteri abangnya lebih-lebih lagi lelaki monster seperti Xavier.Tiara memeluk Rara seketika untuk menenangkan wanita itu yang kelihatan sangat marah.

"What are you really want Xavier!"....

Suara Rara melengking tinggi.Xavier langsung tidak mengendahkannya dan lelaki itu dengan selambanya melangkah naik untuk ke biliknya.Rara yang dikuasai amarah segera mengejar lelaki itu hingga ke bilik tidurnya.Xavier masih dengan lagaknya yang bersahaja.

"Lepaskan Angel!..Aku hanya akan pergi selepas kau lepaskan dia!"....Xavier berpaling sekilas sebelum menghadiahkan senyuman sinis pada Rara.

"Urusan kita sudah selesai Zarra Darilynn,aku hanya akan melindungi Tiara Angela sahaja!"

"Engkau dan keluarga kau bukan urusan aku lagi!"

"Sekarang kau boleh pergi dari sini!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience