"Congratulations master!"...
"Madam is pregnant about six week!"....Doktor Phillip menyampaikan berita gembira kepada Zaynn Damien dan menghulurkan sekeping kertas bergambar hitam putih.
Zaynn kelihatan sedikit tersentak tidak percaya dengan khabar berita itu namun mata hazelnya perlahan-lahan bertukar memerah dibanjiri dengan airmata apabila melihat kertas hasil USG.Rara juga memeluk abangnya dan sama-sama menangis kegembiraan penuh kesyukuran dengan kurniaan yang tidak dijangka oleh mereka.Asbab kesilapan Zaynn Damien pada malam itu menghadirkan satu nyawa dalam rahim Tiara Angela.
"Doktor sudah menyuntik ubat untuk menguatkan rahim dan janin kerana impak dari hentakan boleh membahayakan kandungan di awal kehamilan!"
"Kita perlu tunggu madam sedar dahulu baru kita boleh tahu perkembangan yang seterusnya.Madam perlukan rehat yang banyak dan makanan yang bergizi tinggi untuk ibu hamil!"....Zaynn hanya menganggukkan kepala tanda faham dengan penerangan dari Doktor Phillip.Mereka berjabat tangan sebelum doktor itu meminta diri untuk beransur pulang.
"Tahniah Abang Long!"
"I still can't believe it!...I'm happy for you abang!"....
Rara begitu gembira dan teruja.Tidak tergambar perasaan bahagia abangnya saat ini.Rara tersenyum melihat abangnya yang sedang mengucup lama dahi Tiara.Jelas terlihat abangnya sangat mencintai gadis kecil itu.Malaikat kecil yang hadir untuk mengubati kelukaan dan menghadirkan sinar baru dalam kehidupan seorang master devil.Rara akan cuba melindungi Tiara walau dalam apa situasi sekali pun,kerana kebahagiaan abang kembarnya adalah kebahagiaan dirinya juga.
"Abang Long nak makan apa-apa?...Baby nak pergi cafe hospital!"
"Just a cup of coffee please!"...
Rara beransur keluar dari wad yang menempatkan Tiara.Dia menganggukkan kepala bila anak buah Zaynn menunduk hormat kepadanya.Seorang daripada mereka mahu mengiringinya namun Rara tidak mengizinkan kerana mereka berada di kawasan terbuka.
Dia berjalan perlahan sambil memegang handphone ditangannya berbalas WhatsApp dengan mamanya,Thalia Rose.Bila teringat pada keluarganya yang jauh beribu batu di bumi Malaysia,hatinya digamit rasa rindu yang menggebu.Bertahun lamanya dia berada disisi Zaynn Damien,menemani dan memberi motivasi kepada abangnya dalam menghadapi hari-harinya yang sukar.Dia juga tidak boleh sewenangnya berhubung dengan keluarga mereka untuk mengelakkan penyamarannya dapat di hidu oleh musuh-musuh mereka.Orang tua mereka juga tidak dibenarkan melawat mereka demi keselamatan mereka.
Langkah Rara terhenti bila instinct hatinya terasa ada yang mengikutinya dari belakang.Dia menyimpan handphonenya ke dalam handbag dan berpaling dengan pantas ke belakang.Matanya mengamati kawasan sekeliling yang sedikit lengang.Tiba-tiba ada seseorang menyerangnya dari arah belakang dan menekup sesuatu di hidung dan mulutnya.Rara menahan nafas dan cuba melawan dengan memberontak namun muncul dua lagi lelaki memegang kaki dan tangannya.Lama kelamaan nafasnya menjadi sesak akibat terhidu chemical yang terdapat pada kain yang menekup mulutnya.Pandangannya berbalam-balam sebelum kesedarannya hilang keseluruhannya.
****************
Zaynn mengerling jam di tangannya.Wajahnya mengerut hingga terbit lapisan di dahinya.Dadanya mula bergoncang dengan rasa kurang enak.Wajah pucat Tiara di tatap dalam,gadis itu masih tertidur lena.
"I will come back later,sayang!"...Zaynn mengucup tangan Tiara yang masih setia dalam genggamannya.Zaynn bangun dari duduknya dan keluar untuk mencari keberadaan adik kembarnya.Tanpa sedar hampir satu jam adiknya menghilang.
"Where's Miss Rara?".....Zaynn bertanya serius kepada tiga pengikutnya yang sedang berjaga di depan pintu wad isterinya.Melihat wajah anak buahnya yang terpinga-pinga membuatkan Zaynn naik angin.
"Tak guna!!".....Tangannya laju naik menumbuk dan menendang ketiga-tiga pengikutnya melepaskan rasa amarah,hingga masing-masing jatuh terduduk menahan kesakitan.
"Find her now!!"...Suara Zaynn bergema kuat menarik minat banyak mata memandang ke arah mereka.Rahangnya mengeras dan tangannya menggigil menahan marah.Belum selesai kekacauan di mansionnya,timbul pula masalah baru membuatkan sisi devilnya mengamuk ingin membunuh.Zaynn cuba menghubungi Rara berkali-kali namun hanya deringan sahaja berbunyi tanpa sahutan.
"Roy,Rara is missing!...Gerakkan beberapa kumpulan mencari dia segera!"....Zaynn segera menghubungi orang kanannya,Roy untuk memaklumkan kehilangan adiknya dan mengarahkan pengikut-pengikutnya mencari dan menyiasat keberadaan Rara dan siapa yang cuba mencari pasal dengan kumpulan The Red Blood Rose.
"Macam mana keadaan di mansion?"...
"Pastikan tikus-tikus itu dalam kawalan dan perhatian Sofea!....Kurung perempuan jalang itu dalam penjara bawah tanah!Aku akan uruskan dia bila selesai hal ini nanti!".....
"Hantar satu kumpulan untuk mengawal di hospital!"....Zaynn memutuskan panggilan usai memberi tugas dan arahan pada Roy.Langkahnya di bawa kembali masuk ke dalam bilik vvip yang menjadi tempat rawatan Tiara.Bunyi deringan handphonenya menghentikan kakinya.Matanya melihat sekilas sebelum menjawab panggilan dari nombor telefon Rara.
"Who are you?"....Zaynn bersuara dingin dan mendatar sahaja menjawab panggilan itu.Hanya kedengaran kekehan orang ketawa di sebarang sana.
"What the hell do you want,bastard!"....Zaynn menjerkah kuat hingga Tiara yang terlena tersentak dan membuka matanya.Gadis itu masih dalam keadaan mamai dan kepalanya sedikit pening bila terbangun secara mengejut seperti itu.Pandangan matanya yang masih kabur terpisat-pisat melihat belakang tubuh Zaynn yang sedang berdiri membelakangi.
"Pulangkan semula Tiara Angela kepada aku dan aku akan kembalikan wanita kau!"....Bingo,tersungging senyuman sinis di bibir Zaynn bila dia dapat meneka siapa yang sedang membuat onar dengannya.
"Never,Xavier Anderson!!".....
Xavier terdiam beberapa detik kerana identitinya diketahui oleh musuhnya.Xavier segera memutuskan talian,bimbang gajet itu mempunyai cip peranti untuk mengesan kedudukan mereka.Segera dia menyimpan nombor yang disimpan sebagai master devil dalam list contact wanita itu,kemudian mengarahkan anak buahnya membuang handphone itu sejauh yang mungkin dari mansionnya.
"Master!!"...Suara serak Tiara mengejutkan Zaynn Damien.Lelaki itu segera mendekati dan memeluk tubuh kecil isterinya.Tiara tidak menolak pelukan itu malah dia terasa tenang dan deria baunya sangat menggemari haruman yang melekat di tubuh Zaynn Damien,bau yang boleh menghilangkan rasa mual dan loyanya.Zaynn bagaikan terlupa sekejap masalah yang menimpanya saat ini bila berdekatan dengan isterinya.
"I'm hungry!!"...Tiara memegang perutnya yang sudah berdendang sayang meminta makanan.Dia masih belum menjamah sebarang makanan sejak dari pagi tadi.
"Hmm,sayang nak makan apa?Abang oderkan nanti!"
"Chicken chop!!"....Tiara menjawab pantas seperti sudah di setkan dalam mindanya.Zaynn hanya tersenyum senang melihat Tiara yang semakin selesa dengannya.Gadis itu terlihat manja dan mengendus-endus hidung kecilnya mencuri wangian di dada Zaynn Damien.
Zaynn tetap melayan Tiara dengan baik walaupun dalam benak fikirannya berserabut dengan kehilangan Rara yang masih belum berjaya ditemui keberadaannya.
********************
Rara sedikit panik bila menyedari dirinya berada ditengah-tengah lautan.Di sekelilingnya langsung tiada apa-apa yang boleh di jadikan tempatnya berpaut.Badannya sudah menggigil kesejukan.Tubuh badannya terasa lelah dan semakin melemah.Kakinya juga sudah kramp dan tidak mampu lagi bergerak untuk mengapungkan dirinya,Rara semakin tenggelam di telan gelombang lautan dan tangannya tergapai-gapai mengharapkan bantuan.
"Arghhhhhhhh!!!"....
Rara menjerit kuat dan terbangun dari mimpi buruknya.Jantungnya berdetak laju dan nafasnya terhembus kasar tidak teratur.
"What happened to me!"....
Rara terkejut bila menyedari dirinya sekarang berada di dalam bathtub yang dipenuhi air tanpa seurat benang pun di tubuh badannya.Badannya yang menggigil kesejukan dipeluk kuat bila rasa sesuatu yang aneh berlaku pada dirinya.Tangannya memegang bahagian bawah perutnya bila rasa nyeri dan perih saat dia menggerakkan tubuhnya.Bibirnya diketap kuat menahan perasaan yang bercampur baur.Kolam matanya terasa panas dan tangisannya akhirnya pecah menangisi kehancuran dirinya.
"Krekkk!!!"....
Bunyi pintu bilik air di buka dari luar membuatkan Rara semakin kuat memeluk badannya,cuba menutup bahagian dadanya yang polos tanpa sebarang alas.Seorang lelaki berkulit putih tegak berdiri di muka pintu sambil memandang tajam ke arahnya.Lelaki itu hanya mengenakan sehelai tuala putih menutupi kawasan intimnya.Rara membalas tatapan mata itu dengan berani dan penuh dengan amarah dan dendam.Lelaki itu tersenyum sinis melihat keberanian yang ada pada diri wanita itu.
"Bad dream huh?"....
Lelaki itu melangkah masuk dan mendekati kedudukan Rara.Wanita itu mendongak memandangnya seperti seekor singa yang menunggu masa untuk membaham mangsanya.Riak wajahnya tampak bengis walaupun airmata masih mengalir dari tubir matanya.
"Who are you monster!"...
Rara menjerit kuat melepaskan amarah dan kekecewaannya.Suaranya serak dengan tangisan berserta esakan yang semakin kuat kedengaran.Lelaki itu hanya diam tidak menjawab pertanyaan Rara,tubuhnya sedikit membongkok mahu mengangkat keluar Rara dari bathtub.Rara yang dikuasai emosi dan perasaan marah terus meronta dan memukul dada dan wajah lelaki yang mencempungnya tanpa rasa takut andai dia terjatuh sekalipun.
"Let me go bastard!!"....
Rara menjerit lantang bila lelaki itu sudah menghumbannya ke katil dan menindih kakinya hingga dia sukar untuk bergerak.Lebih-lebih lagi rasa sakit dikawasan intimnya menyeksanya setiap kali dia bergerak melawan lelaki itu.
"Diam!!"....
Rara tersentak bila lelaki berkulit putih dan bermata biru itu menjerkahnya menggunakan bahasa ibundanya,bahasa melayu.Mata mereka bertaut lama saling berbalas pandangan sebelum Rara bertindak menghentak lututnya kuat ke perut berotot lelaki.
"Arghhhhh shit!!"...
Lelaki itu menyumpah bila Rara cuba meloloskan diri.Rara berlari ke pintu bilik dan cuba menarik ganggang pintu namun pintu sudah pun berkunci.
"Help me!...please help me!"...
Kaki dan tangannya tanpa henti menendang dan mengetuk kuat pintu meminta bantuan.Akhirnya Rara terduduk dengan rasa kecewa dan kesakitan.Buku lima tangannya melecet dan berdarah,namun sakit di anggota badannya tidak terlawan dengan sakit hatinya yang remuk redam bila maruahnya diambil paksa oleh lelaki yang sedang berdiri angkuh melihat kehancurannya.
Rara memeluk lututnya cuba melindungi bahagian sensitifnya dari pandangan lelaki ajnabi di depannya.Mata biru laut yang nampak cantik pada pandangan tetapi di dasarnya penuh dengan kegelapan.Rara hanya menangis dan terus menangis,berharap abangnya segera menemuinya.Akhirnya kerana kelelahan dan kesakitan,Rara yang cuba bertahan terlentok masuk ke dalam alam mimpi.
**********************
"I'm really sorry!"...Xavier mengumam perlahan dan mengeluh berat.
Xavier menatap wajah sembap milik wanita yang telah dia nodai dan ragut keperawanannya.Hatinya terasa bersalah bila dia berhubungan badan dengan seseorang yang masih suci.Sebangsat-bangsat seorang Xavier Anderson,dia tidak pernah merosakkan anak gadis yang masih suci.Dia jadi tertanya-tanya sendiri bagaimana mungkin seorang wanita peliharaan seseorang masih mempunyai keperawanan.Dia sedia tahu master kepada The Red Blood Rose mempunyai lebih daripada seorang perempuan simpanan di mansionnya.Ada seseorang yang menjual info itu kepadanya.
Tangan Xavier menyentuh dan bermain di wajah Rara menyebabkan Rara tersedar dari lenanya.Wajah tenang wanita itu kembali bertukar menjadi bengis bila melihat Xavier di depan matanya.Tangan lelaki itu yang ingin menenangkannya di tepis kasar.
"Why did you do this to me?"....Rara menempik marah,emosinya sangat terganggu saat ini.
"Listen here!..You 're here because of Tiara Angela!"
"She's my fiancee but your master took her from me!"....Rara terkejut bila mengetahui alasan sebenar lelaki itu.Dia menggeleng kepala dan tersenyum sinis.
"I will never let her fall into your hands,monster!...You can kill me now!"....
Rara sudah nekad,dia sanggup menggantikan nyawanya demi kebahagiaan abang kembarnya.Lebih-lebih lagi hidupnya sudah hancur ditangan lelaki ini.
Xavier bengang sendiri dengan keberanian wanita di hadapannya.Tangannya naik mencengkam leher Rara namun wanita itu hanya tersenyum sambil menutup matanya.Xavier jadi tidak menentu bila melihat Rara seperti itu,wanita itu terlihat pasrah dan sememangnya mahu mengakhiri hidupnya.
Xavier melepaskan tangannya bila wanita itu terbatuk-batuk kerana kekurangan oksigen.Melihat kekalahan lelaki itu,Rara meletuskan tawa perlahan bersama airmatanya yang berjuraian namun terdengar sangat menyakitkan bagi Xavier.Tidak tahan dengan emosinya yang turun naik bila berhadapan dengan wanita itu,Xavier membawa langkahnya meninggalkan Rara sendirian bersama tangisan.
Rara melirik pada badannya yang sudah tersarung kemeja putih yang besar dan luka di tangannya juga sudah berbalut rapi.Dia akan cuba bertahan sehingga Zaynn Damien berjaya menjumpainya.
"Abang Long!....Help me!!"....
*********************
Share this novel