MDL08

Romance Completed 508272

"Kau kenapa Angela?"...Rara tergesa-gesa bertanya dan berlari mendapatkan Tiara tanpa sedar ada riak kerisauan dalam nadanya.

"Dia hanya kelelahan!"...Nelson menjawab sebagai wakil bila melihat Tiara hanya membisu namun lelaki itu hanya mendapat jelingan dari Rara.

"Kalau kau okay,kita akan lanjutkan dengan tugas kau yang seterusnya Tiara.Tugas kau bukan hanya membantu Nelson menjaga haiwan peliharaan Master tetapi kau juga perlu melayan empat orang wanita simpanan Master!"

"Kau perlu mengikut semua arahan mereka dan melayan mereka sebaiknya walaupun mereka sangat menjengkelkan!"...Tiara hanya mengangguk pasrah,wajahnya masih kelihatan pucat kerana kejutan demi kejutan yang diterima olehnya di ruang bawah tanah.Dia hanya mengikut langkah kaki Rara dan cuba fokus mendengar segala info dari wanita cantik itu.

"Sewaktu malam hari,kau tidak sesekali dibenarkan merayau keluar dari mansion.Kau tidak dibenarkan mendekati taman di sana!"...Rara menunjukkan satu arah yang tertutup dengan pintu besi yang tinggi,terdapat taman yang tersembunyi disebaliknya.

"Sememangnya apa tugas aku yang sebenarnya disini Rara!"...Tiara bergumam perlahan kerana setiap ceruk mansion ini sudah mempunyai pelayan yang menguruskan bahagian masing-masing.

"Kau akan tahu sendiri nanti,Angel!"

"Siapa dia Rara?...Apa dia wanita simpanan baru yang perlu bersaing dengan kami untuk memuaskan Master?".....Seorang wanita bermata kehijauan dan berkulit putih muncul,diikuti oleh dua orang wanita lagi mendekati mereka dan bertanya dengan sombong.Jari telunjuknya melentik menunjuk ke arah Tiara.Riak wajahnya jelas tidak bersahabat dan secara terang-terangan menunjukkan kebencian pada Tiara.Diam-diam Tiara memuji dan mengagumi kecantikan yang dimiliki oleh mereka bahkan bentuk tubuh badan mereka bagaikan model peragaan,cukup segala pakej namun sayang mereka lebih memilih menjadi wanita jalang demi kemewahan dunia.

"Bukan,dia hanya pelayan di mansion ini dan dia akan mengurusi semua keperluan kita di sini!"...Tiara terkejut mendengar kata-kata Rara.Matanya menatap keempat-empat wanita di depannya kini.

"Kita?...Maksudmu apa Rara?"....Automatik Tiara menutup mulutnya kerana terkejut bila menyedari sesuatu.

"Ya Angel,aku juga antara wanita simpanan master di sini!...Kami berempat adalah wanita pemuas master disini!"....Serta-merta Tiara merasa jijik dengan Master devil yang mempunyai keinginan nafsu yang parah,begitu juga wanita-wanita di hadapannya yang sanggup menggadaikan tubuh badan demi kemewahan.Tiba-tiba Tiara terasa jijik dengan bibirnya sendiri bila lelaki itu pernah mencumbunya,membuatkannya rasa ingin menyamak bibirnya dengan air tanah.

*******************

Tiara membaringkan dirinya sekejap sebelum memulakan tugasnya melayan keempat-empat wanita simpanan master devil.Dia tidak sangka lelaki itu cukup bernafsu iblis.Bagaimana nasibnya jika salah memilih kemewahan sebelum ini.Meremang bulu romanya,terasa kembang anak tekaknya kerana rasa jijik dengan perkongsian dalam perhubungan mereka.Tidak dapat dia gambarkan bagaimana mereka menjalani hidup sebegitu.Memikirnya sahaja bikin merinding bulu romanya kegelian.

Suasana dapur sangat sibuk dengan beberapa orang berpakaian seperti seorang chef sedang menyediakan makanan untuk seisi penghuni di mansion master devil.Tiara dengan pantas menyusun makanan yang dikhaskan untuk wanita-wanita simpanan pemilik mansion di atas troli penghidang.

"Hai!...Kau Tiara kan?...Pelayan baru di sini!"

"Kenalkan aku Danny,tukang masak di sini!"

"Itu Leo dan lelaki tua itu Jonathan!...Kami semua tukang masak di sini!"...Seorang lelaki memperkenalkan diri.Lelaki itu kelihatan begitu senang dengan kehadiran Tiara,bibirnya tersenyum manis dan pandangan matanya memancarkan sesuatu perasaan yang sukar untuk dimengertikan.

"Hai semua!...Aku Tiara!!"...

"Dan aku Louisa sayang!"....Wanita paruh baya itu datang mengejut dari belakang Tiara.Masing-masing hanya ketawa bila Tiara sedikit melatah kerana terkejut.

"Kamu makan dulu sayang,nanti kamu perlukan tenaga yang banyak untuk melayan semua wanita peliharaan Master yang sangat menjengkelkan dan menyebalkan!"...Louisa mendudukkan Tiara dan mengambil pinggan yang sudah siap dengan hidangan steak dan sayuran.

"Cepat makan anak manis!..Kau harus mengantikan tenagamu yang habis dengan memuntahkan isi perutmu di bawah sana!"....Tiara mendongak memandang pada wajah tua Louisa,hatinya tersentuh dengan keperihatinan wanita itu terhadapnya.

"Thank you Louisa!"...

Tiara mendorong troli makanan dengan berhati-hati ke dining room.Para wanita master devil bergelak ketawa dan saling berbual mesra.Masing-masing berhias dan berpakaian layaknya seperti mahu ke club malam.Pakaian yang mereka kenakan terlalu menjolok mata kecuali Rara yang terlihat acuh tidak acuh bersama dengan mereka.Tiara menghidangkan makanan mengikut permintaan daripada mereka tanpa bersuara.Tangannya lincah memenuhi segala arahan wanita-wanita itu.Telinganya juga pedih kerana terpaksa mendengar bicara-bicara mereka yang membuatkan Tiara rasa geli tekaknya.

"Rara,master akan panggil aku tak malam ni?...Aku rindukan belaian daripada master!"...Julie mencuit lengan Rara yang asyik dengan makanannya.

"Aku pasti master akan memanggilku lagi malam ni seperti malam-malam sebelum ni!...Aku wanita kegemaran master dan hanya aku yang bakal menjadi madam dalam mansion ini!"....Sofea bersuara penuh dengan keyakinan dan percaya diri kerana tuannya kerap menggunakan perkhidmatannya.

"Cehhh!!!...jangan nak berangan Sofea!..Kau belum layak nak jadi madam di mansion ini!"...

Lily menyelar sikap sombong Sofea yang terlalu angkuh bila bercakap.Ketiga-tiga wanita itu sibuk berdebat merebutkan seorang master devil Zaynn Damien yang membuatkan Tiara terasa loya dan semakin jijik dengan Zaynn Damien serta wanita-wanita simpanannya.Lelaki itu benar-benar menakutkan dan Tiara tidak dapat membayangkan jika dia terjerat sekali menjadi wanita simpanannya.Lebih baik dia menjadi hamba seumur hidupnya daripada berkongsi lelaki setiap malam seperti mereka.

"Krekkkk!!!"

Bunyi pintu dibuka oleh seseorang menyebabkan Tiara terpinga-pinga kebingungan bila wanita-wanita simpanan master devil bertukar galak dan gembira dengan melihat kedatangan Roy.Lelaki itu mendekati mereka dengan wajah serius.

"Master panggil aku ya Roy?"....Julie bangun memegang lengan Roy namun lelaki itu menepis kasar tangan wanita itu dengan sorotan mata yang tajam memberi amaran.

"Bukan kau Julie!...Tuan panggil Sofea!"...Roy bersuara tegas namun matanya sedikit melirik pada Tiara yang sedang mengangkat pinggan-pinggan kotor dan membersihkan sisa-sisa makanan wanita peliharaan tuannya.

"Dengar tak tu!..Master sentiasa merindui dan inginkan tubuh badanku daripada kalian bertiga!"...Sofea terus melangkah dengan lenggang lenggoknya meninggalkan ruang dining menuju ke atas untuk mempersiapkan dirinya untuk dipersembahkan kepada tuannya Zaynn Damien.

"Uwekkkk!!!"....Tiara tanpa sengaja hampir memuntahkan isi perutnya mendengar percakapan wanita itu.

"Are you okay Angel?"....Roy dan Rara bertanya serentak.

"I'm okay!...Aku cuma mual mendengar percakapan yang menjijikkan!"...Tiara berterus terang walaupun Julie,Lily dan Rara masih berada diruangan yang sama dengannya.Julie dan Lily merengus marah namun Rara hanya ketawa kecil mendengar komen gadis kecil itu.Roy pula hanya menyimpan senyumannya di balik wajah seriusnya.

**********************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience