Mentari pagi bersinar hangat menyinari dekorasi halaman balkoni yang akan menjadi tempat akad nikah antara Xavier Anderson dan Zarra Darilynn.Sesuai dengan pilihan Xavier balkoni yang berlatar belakangkan lautan luas dan membiru, dihiasi fresh flower yang bermacam rona dan dedaun hijau mengikut tema garden wedding.
Pelayan villa dan pengikut Xavier begitu sibuk menguruskan segala persiapan untuk menjayakan majlis pernikahan ketua mereka.Baik dari segi makanan dan susun atur majlis semuanya mereka yang menyiapkannya kerana pernikahan mereka dilakukan secara tertutup dan tersembunyi.Majlis mereka hanya akan dihadiri oleh ibubapa Xavier,wakil keluarga Rara dan selebihnya dimeriahkan oleh pengikut-pengikut White Dragon.
"Are you ready Rara?"....Tiara memegang tangan Rara yang sedingin ais.Wajah itu langsung tiada senyuman yang menghiasi bibirnya.Rara hanya menggelengkan kepalanya untuk menjawab persoalan daripada Tiara Angela.Sofea yang turut menghadiri majlis pernikahan mereka yang bakal berlangsung dalam beberapa minit lagi cuba menceriakan suasana.
"You look so beautiful today,cousin!"....Sofea memeluk kedua-dua wanita yang menjadi tulang belakang Zaynn Damien.Jika dulu Rara yang sentiasa ada di sisi abang kembarnya,kini diganti pula oleh Tiara Angela dan Rara pula bakal menjadi pendamping Xavier Anderson.Kolam mata Rara bertakung menahan rasa sebak yang bertandang di hatinya.Nafasnya ditarik sedalam yang mungkin untuk memujuk hatinya agar redha dengan pernikahannya bersama Xavier namun dia memerlukan lebih banyak masa untuk menerima si lelaki monster itu.
Pantulan imejnya pada cermin dipandang lama.Dress labuh berwarna putih dengan hiasan kain lace dibahagian dada hingga ke pinggangnya nampak begitu mewah.Veil yang panjang hingga menyentuh lantai menghiasi kepalanya.Wajahnya pula dioles dengan makeup tipis tetapi terlihat sangat elegant dan ada class yang tersendiri.
"Baby!...Majlis dah nak mula!"....Rara berpaling ke arah Zaynn Damien yang muncul di dalam biliknya.Abang kembarnya terlihat sangat segak bila mengenakan sut lengkap berwarna serba putih.
"Abang Long!..I'm not ready to accept him in my life!!"....Rara mula menitiskan airmatanya namun Zaynn Damien cepat menyekanya supaya tidak mencomotkan wajah jelita adiknya.Kedua tangan kekarnya naik melekap di pipi Rara dan mata mereka bertaut lama menyelami perasaan masing-masing.
"You have to try to accept him baby!...He wants to be responsible for you!"....Zaynn mengucup lembut ubun-ubun Rara cuba memujuk.Sofea dan Tiara hanya memerhatikan kedua-dua kembar itu saling berpelukan.
"Let's go baby!...Everyone is waiting for the beautiful bride!"....Zaynn meletakkan tangan kanan Rara pada lengannya sebelum melangkah keluar dari bilik untuk turun ke bawah sementara Tiara pula mengenggam erat tangan kiri adik iparnya.Mereka beriringan turun diikuti oleh Sofea dari belakang.
"I'm nervous!!"....Rara berbisik perlahan bila rasa gemuruh menyerangnya.Jantungnya begitu kuat berdetak hingga nafasnya juga sedikit tidak teratur bila dia mula melintasi pengikut-pengikut White Dragon yang sedang berbaris menunduk hormat kepada bakal madam mereka.Xavier pula berdiri dengan sabar menunggu bakal bidadarinya ditemani oleh ibubapanya Anderson dan Suzanne.
Zaynn Damien melepaskan rangkulan tangan Rara dilengannya saat ibu Xavier mendekati mereka.Wanita separuh baya yang memiliki rupa paras yang masih jelita dengan iris mata birunya,menyambut tangan Rara dan membawanya ke pelamin yang indah terhias.Rara sedikit kekok bila wanita tua itu mencium pipinya dan memegang erat tangan kanannya.Tangan kirinya pula kuat bertaut dengan tangan Tiara yang masih setia menemaninya.
Suasana menjadi hening seketika,hanya bunyi ombak yang menjadi muzik di kala jurunikah membacakan doa pembuka majlis dan menyampaikan khutbah nikah yang ringkas.Mereka akan dinikahkan sendiri oleh Zaynn Damien bersaksikan imam Muhammad Rafaat Maglad yang di bawa khas dari London Central Mosque.Rara mengangkat wajahnya saat upacara dimulakan,Xavier kelihatan tenang berhadapan dengan Zaynn Damien yang sedang erat mengenggam tangan bakal adik iparnya.
"Abdullah Xavier Anderson,aku nikahkan kau dengan Zarra Darilynn binti Mateen Darin yang berwakil walikan aku dengan emas kahwinnya sebentuk cincin berlian dibayar tunai!"....
"Aku terima nikahnya Zarra Darilynn binti Mateen Darin dengan emas kahwinkan sebentuk cincin berlian dibayar tunai!".....Zaynn Damien dan Xavier terdiam seketika menunggu perkataan 'sah' dari mulut saksi.
"Sah!!"....Saksi dan imam Muhammad Rafaat Maglad juga mengangguk kepalanya serta membacakan doa.
Mata Zaynn Damien sedikit berkaca bila tanggungjawabnya pada adik kembarnya tidak lagi berada di bahunya,kini adiknya sudah sah menjadi hak mutlak Xavier Anderson.Zaynn berpaling melihat Rara,adiknya sedang menundukkan kepalanya hingga dia sukar untuk melihat ekspresi diwajahnya.
"Darling,why are you crying?"....Suzanne memegang wajah jelita menantunya dan mengusap lembut pipi Rara yang basah dengan airmatanya.Wanita tua itu memeluk erat tubuh Rara yang semakin tenggelam dalam tangisannya walaupun hatinya tertanya-tanya sendiri.
"Mom!!"....Xavier menegur ibunya yang masih cuba memujuk Rara.Wanita tua itu mendongak ke arah anaknya dan mengangguk perlahan.Pelukan dilonggarkan dan Suzanne bangun untuk beredar.Tiara Angela turut bangun bagi memberi ruang kepada Xavier memujuk Rara.
"Hi my sweet darling!!"....Xavier meraih tangan Rara dan menyarungkan sebentuk cincin berlian ke jari manis isterinya.Tangan lembut Rara di bawa kebibirnya dan mengucupnya lama walaupun Rara beberapa kali cuba menarik tangannya.Zaynn yang melihat scene itu segera merakam sweet moment pengantin untuk dijadikan kenangan dan dia terus forwardkan kepada mamanya di Malaysia.
"Look at me darling!"....Xavier mendongakkan wajah Rara supaya memandang ke arahnya,namun Rara hanya memejamkan matanya,tidak sudi mahu melihat Xavier.Lelaki itu menatap lama wajah sendu wanita yang sudah bergelar isterinya walaupun Rara berusaha melarikan wajahnya tetapi Xavier semakin menahan dagu isterinya supaya kekal dengan posisi mendongak.
"You look messy darling!!"....Xavier tersengih bila Rara membulatkan matanya.
"But it's okay!... I still want to kiss you!!"....Serentak itu Xavier segera mengucup seluruh wajah Rara sehingga orang yang menyaksikan mereka juga bersorak riang.Rara yang malu dengan perbuatan Xavier berbakul-bakul menyumpah di dalam hatinya.
"I hate you monster!!"....Rara mengetap giginya berbisik perlahan,bimbang di dengari oleh ibubapa Xavier.
"But I love you baby monster!!"....Xavier ketawa bila jari isterinya cuba mencubit perutnya beberapa kali namun tidak berjaya kerana dia mengeraskan otot perutnya.
"Sir!!"...Shaun menghampiri ketuanya dengan riak serba salah namun wajahnya tergambar kegelisahan.
"Speak Shaun!!"....Suara Xavier mendatar sahaja,Rara disebelahnya juga curi-curi ingin mendengar perbualan mereka namun Shaun memilih untuk berbisik pada Xavier.
"We need to go!...There was an attack on headquarters!".....
"Who are they!"....Suara Xavier meledak kuat membuatkan Rara disebelahnya terperanjat dan mengeraskan diri.Zaynn Damien juga mendekatkan diri bila suara Xavier menarik perhatiannya.
"Night Fury sir!!"
"Shitt!!"....Xavier menyumpah kerana Night Fury merupakan salah satu kumpulan mafia italian yang menyasarkan Zaynn Damien sebelum ini.
Tubuh Xavier mengejang,tangannya yang merangkul pinggang Rara tanpa sedar mencengkam kuat.Wajahnya yang putih berubah memerah,Rara hanya mendiamkan dirinya disamping Xavier yang digamit amarah.Rara cuba mengensot ingin menjauh namun Xavier semakin mengemaskan rangkulannya.
"Stay,darling!!"....Xavier mengendurkan suaranya,rangkulannya dilepaskan dan dia berdiri tegak mengadap Zaynn Damien.
"I have to go Damien!!"...Xavier bersuara berat,matanya sedikit mengerling pada isterinya yang masih membatu,mungkin masih terkejut dengan suaranya sebentar tadi.
"Need my help?"....
"It's okay,I can handle it.You stay here!!"....
Xavier kembali mendekati isterinya dan duduk disisi isterinya semula. Pengikut-pengikutnya sudah bersurai dan sedang membuat persiapan untuk menyerang balas markas musuh mereka.Semua orang turut meninggalkan kawasan balkoni hanya menyisakan Xavier dan Rara di situ.
"Darling!!"....
"I need to go now!!...Mungkin hubby tak balik dalam beberapa hari nanti.Take care okay!"
Xavier mengucup dahi Rara lama,tangan besarnya meraup sisi wajah isterinya sebelum menyatukan bibir mereka.Rara tidak membalas permainan bibir lelaki itu,matanya terkedip-kedip melihat mata Xavier yang terpejam sambil mencumbuinya.
"I will miss you darling!"....Xavier memeluk erat tubuh isterinya.Dia tidak kisah dengan reaksi Rara yang langsung tidak memberi respon malah dia lega sekurang-kurangnya wanita itu tidak menolaknya.Xavier mengeluarkan kotak baldu kecil berwarna silver dari poketnya dan meletakkan ditangan Rara.
"Simpan cincin ni untuk hubby!"...
"I love you,Darliynn,darling!"....
Xavier bingkas bangun dan segera melangkah pergi.Rara hanya memandang tubuh tegap Xavier yang semakin menghilang ke dalam villa.Matanya terarah ke dalam genggaman tangannya.Perlahan-lahan kotak baldu itu di buka dan isinya adalah sebentuk cincin platinum untuk lelaki.Rara mengeluarkan cincin itu dan melihatnya dengan teliti.Mulutnya melopong bila dia menyedari ukiran nama 'DarilynnXavier' yang terpahat di sekeliling cincin.Kolam matanya mula memanas sebelum airmatanya gugur ke pipi.
"Xavier!!"...bibirnya mengumam perlahan.
**************
Sebuah bangunan yang sudah terlihat tua tetapi masih utuh berdiri ditengah-tengah hutan dan lereng bukit itu merupakan markas Night Fury.Disekelilingnya juga banyak pengikut mereka sedang berkawal bersama senjata masing-masing.Xavier dan Roy mengintip dari jauh sedangkan pengikut-pengikut mereka diam-diam sudah mengepung keseluruhan bangunan tua itu.
"Aku akan cuba masuk dulu Roy!"....
Xavier mengenggam kuat pistol Colt 1911 dan mula menyelinap masuk ke dalam kawasan markas musuh mereka dengan bantuan pengikut-pengikutnya.Xavier bergerak pantas menyembunyikan dirinya bila sorotan cahaya memancar ke arahnya..
"Shitt too close!!"....Xavier sempat mengumpat marah,jika pergerakannya terlewat sedikit pasti dia akan tertangkap.Xavier mula menyasarkan satu persatu pengikut Night Fury yang berkawal.Xavier bagaikan bayang-bayang yang muncul dalam kegelapan,memusing dan mematahkan leher mereka tanpa membuat sebarang bunyi bising dalam beberapa minit.Bila ada kesempatan pengikut-pengikut Xavier mula bergerak masuk dan bersedia memulakan serangan.
"Bangg!!!"....
Xavier terpaku saat bunyi tembakan melintasi sisi wajahnya.Jantungnya bagai terhenti seketika melihat Roy yang berdiri tegak di depannya sedang mengacukan pistol ke arahnya.Lelaki itu hanya tersenyum senget melihat Xavier yang masih terkejut.Dia terpaksa menembak musuh yang menyasarkan Xavier dari belakang.Xavier berpaling ke belakang melihat mayat yang sudah terbaring di tanah.
"Sorry brother,emergency shots!!"....
Roy mendekati Xavier dan mendorong tubuh Xavier ke tempat yang terceruk sedikit.Musuh-musuh mereka mula menampakkan diri kerana bunyi tembakan yang dilepaskan oleh Roy sebentar tadi.
"Get ready brother,we might die tonight!"...Xavier tersenyum sinis mendengar gurauan kasar dari Roy.
"I don't want to die yet!...My wife is waiting for our first night!!".....
"Boom!!!!....Boom!!!"
Xavier dan Roy mula menyelinap keluar selepas bunyi letupan bazooka yang dilepaskan oleh pengikut White Dragon.Pengikut-pengikut mereka saling berbalas tembakan untuk melumpuhkan pertahanan lawan.Roy dan Xavier pula menyusup masuk ke dalam markas untuk mencari orang yang menjadi kepala Night Fury.Mereka berpecah dan masing-masing bergerak cekap memeriksa ke seluruh ruang markas.
"Krekkk!!!"....Pintu bilik terakhir di buka dan Xavier dikejutkan dengan kehadiran figura yang mengenakan kot hitam labuh dan berhoodie hingga wajahnya tidak dapat dilihat bersama dengan beberapa orang lelaki bertubuh tegap berdiri disisinya. Perlahan-lahan lelaki misteri itu mengangkat wajahnya dan menjatuhkan hoodie memperlihatkan wajahnya.
"Will!!...You!!"
William ketawa besar melihat Xavier yang bagaikan tidak percaya melihat kewujudannya.Lelaki itu dengan angkuhnya berjalan mendekati Xavier tanpa ada rasa takut sedikitpun.
"I'm still alive Xavier Anderson!!"....
William masih ketawa sambil menepuk-nepuk bahu sahabatnya mengejek kerana kebodohan Xavier yang tidak dapat menghidu identitinya selama ini.Xavier mengangkat wajahnya dan riaknya berubah sinis.
"Oh I see!"..you're the head of Night Fury not drug lord!"....Akhirnya Xavier membuka mulutnya dengan senyuman sinis terukir di bibirnya.Wajahnya tenang tidak terlihat marah dan sangat santai.
"So why are you attacking The Red Blood Rose?"....
"Because I want Tiara Angela to be my woman and now she's in your hands again!!"....
William menempik marah dan mula menyerang Xavier dengan melepaskan tembakan namun Xavier pantas mengelak dan menggulingkan dirinya ke lantai.Belum sempat dia bangun,lelaki-lelaki yang bersama dengan William mula menerkam ke arahnya.
"Shitt!!!"...Xavier menyumpah bila tumbukan tersasar mengenai mukanya.Dia meludah mengeluarkan darah yang keluar dari bibirnya yang pecah.
"Kill him!!"....
William menjerit lantang memberi arahan kepada anak buahnya.Serentak itu kesemua pengikut William mendadak menyerang Xavier.Xavier menggunakan ilmu pertahanan dirinya dengan cukup baik mematahkan serangan mereka.Gerakan kaki dan tangannya begitu selaras,Xavier lincah menghindari dan memberi pukulan balas terhadap lawannya.
Tiga daripada lawannya sudah jatuh terbaring di lantai tidak sedarkan diri,masih tersisa dua orang yang masih kelihatan masih kuat dan bertenaga sedangkan Xavier semakin kelelahan dan hampir semua tenaganya terkuras dengan pertarungan lima lawan satu.
Xavier cuba menguatkan dirinya melawan dengan segala sisa kudratnya yang ada.Bila musuhnya mula melemah dia melingkarkan tangannya ke leher salah seorang daripadanya.Otot tangannya dikuatkan sehingga lawannya tidak mampu bernafas dengan normal sebelum memutarnya dengan kuat hingga mengeluarkan bunyi sesuatu yang patah dari tengkuknya.
"Bukkkk!!!"
Seorang lelaki muncul dan memukul Xavier dengan besi dari arah belakang mengenai kepalanya menyebabkan Xavier sedikit terhuyung hayang ke depan menahan kesakitan tetapi dia dengan cepat berbalik melihat penyerangnya dengan tatapan mata birunya yang memerah penuh kebengisan dan ancaman.Xavier bergerak maju ke arah lawannya walaupun kepalanya mengeluarkan darah.
Xavier bergerak berani ke depan sambil mengelak hayunan besi yang dilayangkan kepadanya secara bertubi-tubi sehingga dia dapat menangkap tangan lawannya dan memberi tendangan sekuat tenaganya hingga terlepas besi dipegangan penyerangnya.Xavier mengambil besi tersebut dan mendekati musuhnya yang cuba menjauhkan diri.
"Please sir,don't kill me!!"...
Xavier langsung tidak mengendahkan rayuannya dan terus membenamkan hujung besi yang tajam ke dada lelaki itu. Darah pekat tersembur keluar dari mulut lelaki itu sebelum nafasnya tersekat-sekat menanti nyawanya dicabut dari jasad. Xavier bangkit dan berdiri walaupun dalam keadaan yang terhuyung hayang.Pandangan matanya mulai kabur dan menggelap,belakang kepalanya terlalu sakit.
"Bukkk!!...Bukkk!!!"
Beberapa tendangan dan tumbukan dilayangkan ke tubuh Xavier oleh William.Xavier langsung tidak bermaya dan tidak mampu melawan lagi saat ini.Badannya terbanting ke dinding sebelum perlahan-lahan melorot jatuh ke lantai.Xavier terlentang tidak sedarkan diri dan William mengambil kesempatan itu untuk menghapuskan Xavier.
"Bang...Bang!!!"....Darah terpercik ke dinding dan tubuh William jatuh menghempap tubuh Xavier.
"Xavier!!!...
Share this novel
fuyooo..best..ble nk update lggg