MDL23

Romance Completed 508272

Xavier meneliti setiap gambar yang di hantar oleh orang suruhannya.Beberapa keping gambar yang merakamkan Rara dan seorang lelaki ketika berada di airport.Hampir seminggu dia menghantar mata-mata untuk mengintip pergerakan Zaynn Damien dan Rara namun hanya pergerakan Zaynn yang dapat dikesan tanpa kehadiran wanita itu.

Xavier menghempaskan gambar-gambar itu di mejanya.Hatinya terbakar melihat kemesraan Rara dengan lelaki lain.Tangannya dikepal kuat bersama amarah dan rasa cemburu.Entah mengapa dia tidak suka wanita itu disentuh oleh orang lain,seolah-olah wanita itu merupakan miliknya sahaja.

"Oh shitt!!!"....

"I don't like this feelings!"....

"Arghhhhh!!"

Xavier mengamuk lalu menjatuhkan semua barang yang berada di meja kerjanya.Hatinya menjadi libang libu disebabkan oleh wanita yang dia nodai itu.Bayangan Tiara Angela juga semakin menghilang dan hanya wajah sendu Rara yang memenuhi benaknya kini dalam masa seminggu ini.

Xavier tidak mampu menghapuskan peristiwa dia bersama dengan wanita itu,sesuatu yang belum pernah dia rasai saat bersama dengan semua perempuan jalang yang dia bayar membuatkan dia tiada selera lagi untuk menikmati perempuan bayaran.Batinnya hanya mahukan wanita itu sahaja.

"You drive me crazy,sweety!!!"..

Xavier terhenyak di dada kerusi,dadanya berombak kasar dan penampilannya juga terlihat kacau menggambarkan suasana hatinya yang berantakan.Rambutnya diraut ke belakang dan kepalanya dibiarkan bersandar ke dada kerusi.Kerusi kerjanya diputarkan mengadap cermin transparent yang memaparkan kesibukan Kota London yang tidak pernah menyurut.

"Tok...Tok...Tok!!!"....

"Come in,Shaun!"....Xavier masih dalam kedudukan membelakangi pintu tanpa menoleh sedikitpun kerana dia tahu siapa yang datang menemuinya.

"Sir!!"....Seorang lelaki yang memakai sut serba putih menunduk dibelakangnya memberi tanda hormat kepada ketuanya.Dia merupakan salah seorang orang kepercayaan Xavier yang dihantar ke bumi Malaysia untuk mencari tahu tentang maklumat diri Rara dan hubungkait diantara wanita itu dengan Zaynn Damien.

"What information did you get from there?"....

Suara garau Xavier memecah keheningan diantara mereka.Emosinya masih tidak stabil disebabkan oleh gambar-gambar yang di hantar oleh pengikutnya yang mengikut pergerakan Rara.Mungkinkah perlu dia menculik wanita itu dan menjadikan wanita itu tawanannya sekaligus menjadikan Rara sebagai wanitanya.Namun agak sukar kerana wanita itu sentiasa dikawal rapi oleh pengikut-pengikut The Red Blood Rose.

"Something interesting sir!"....

Xavier berpaling bila mendengar kata-kata pengikutnya.Sampul surat putih yang dihulurkan oleh lelaki itu disambut dan segera di buka untuk melihat isi di dalamnya.Beberapa keping gambar keluarga Zaynn Damien bersama-sama dokumen butir peribadi ahli keluarga mereka sudah cukup menerangkan segala persoalannya.Mata Xavier bersinar penuh dengan harapan,senyuman memekar di bibir seksinya.Moodnya terus berubah membaik secara mendadak.

"Good job,Shaun!!....Let's have some fun tonight!!"...

Xavier bangun dan memeluk tubuh orang kepercayaannya itu.Dia akan meraikan kegembiraan yang dia rasai saat ini bersama pengikut-pengikutnya.Rasa bahagia dan gembira melebihi saat dia bersama dengan Tiara Angela.Informasi yang baru diterima membuatnya bertambah yakin untuk mendapatkan wanita itu kerana dia pernah menyentuh wanita itu malahan dia menjadi lelaki pertama memilikinya.Dia akan merampas Rara daripada Zaynn Damien sepertimana lelaki itu mengambil Tiara Angela daripadanya.

"I'm leaving sir!!"....

Shaun menunduk sedikit badannya dan segera beredar meninggalkan ketuanya dalam kegembiraan.Xavier kembali ke kerusi kerjanya.Bagaikan terbang segala bebanan di kepalanya,wajah itu kembali bermain di benaknya.
Xavier tersenyum sendiri bila menyebut sebaris nama yang terdengar sangat indah di telinganya.

"Zarra Darilynn!!"

************************

"Sir,please forgive me!"

"Please don't kill me sir!!"....Seorang lelaki meronta-ronta dari pegangan anak buah Zaynn Damien.Suaranya yang kuat menarik perhatian semua penghuni mansion.Masing-masing berbisik sesama sendiri dengan kemunculan lelaki misteri itu bersama dengan Roy yang kelihatan tegang.Lelaki itu dibawa ke aras bawah tanah dan di kurung di sana.

"Nelson,dia akan dikurung di sini selama dua hari!...Jangan beri dia makan atau minum selama dia di sini sebelum mendapat pengampunan dari master!".....

Roy memberi arahan kepada Nelson yang bertugas di aras bawah tanah.Lelaki tua itu hanya mengangguk faham.Anak muda yang dikurung di dalam jeriji besi itu juga terduduk bila mendengar arahan itu.Halkumnya bergerak menelan air liurnya berkali-kali.Sudahlah anak tekaknya sudah kering akibat banyak menjerit sebentar tadi demi menjiwai lakonannya.

"Ah!!...How cruel of you,Abang Long!!"....Boy bergumam sendiri.Dia memasang wajah sedih bila Nelson mencuri pandang ke arahnya.

"Where are you from young man?Are you Indonesian?"....

Nelson mendekati penjara yang menempatkan anak muda yang baru di bawa oleh Roy sebentar tadi.Boy yang mendengar pertanyaan lelaki tua itu tersentak kerana takut terkantoi.Lakonannya baru nak bermula takkanlah sudah terkantoi.

"Why uncle?"....Nelson hanya tersenyum bila mendengar panggilan anak muda itu.Tangannya menghulurkan sebotol air mineral di celah jeriji besi.

"You look like someone I know!!"....

"Duppp!!!"....

Boy terdiam dan jantungnya mengepam laju.Tangannya naik memegang wajahnya.Dia yakin wajahnya berbeza dengan Zaynn Damien yang terkini kerana abangnya mempunyai iris hazel light seperti mamanya sementara dia memiliki anak mata hitam pekat seperti papanya.Abangnya juga menyimpan bulu-bulu diwajah maskulinnya sedangkan dia berwajah jambu.

"Who is he,uncle?"...

"Please jangan cakap Abang Long!!"...Boy menelan air liurnya yang terasa kesat melalui anak tekaknya.

"Danny!!"

"Who is he?....I don't know him uncle!...I'm from Malaysia!"....Boy sedikit kelegaan bukan nama abangnya yang keluar dari mulut lelaki tua itu.

"Dia seorang chef dekat sini!"....Terpempan Boy dibuatnya,lelaki tua itu boleh berbahasa melayu.Nelson hanya ketawa sahaja melihat wajah anak muda itu.

"Jangan terkejut anak muda,bahasa melayu juga di guna pakai di sini!"...Nelson bersuara ramah.Dia senang dengan anak muda yang mempunyai sopan santun dalam bicaranya,sama seperti bekas menantunya satu dekad yang dulu.Menantu yang sangat baik dan menghormatinya.

"Ohhh!!!"....Boy mengangguk-angguk kepala mengerti.

"Siapa nama kamu?...Kenapa kamu kena tangkap dengan orang master?"

"Panggil saya Boy,uncle!!"

"I'm sorry uncle!!..Saya tidak boleh memberitahu penyebabnya!"....Boy menundukkan wajahnya cuba menyembunyikan riak gugupnya.Dia juga belum terfikirkan tentang hal itu.

"It's okay young man,take a break!"...

Nelson mula mahu beransur untuk meneruskan tugas-tugasnya.Dia kelelahan,kesihatannya juga semakin merosot sejak kebelakangan ini.Namun tidak dia perlihatkan pada sesiapa.

"Thank you uncle!"...

Boy bersuara perlahan namun Nelson masih mampu mendengarnya.Dia senang mempunyai kawan baru selain Tiara Angela di sini.Bolehlah dia menumpang sedikit kasih-sayang di hari-hari tuanya.

*********************

"Zarra Darilynn binti Mateen Darin!"

"You be mine soon,my sweet darling!!"-Xavier Anderson

Rara membuka pesanan yang datangnya dari nombor yang tidak dikenali.Di sebelah tangannya memegang sudu.Hampir terlepas handphone ditangan Rara menerima pesanan ringkas itu.Tangannya menggigil kerana serangan panik yang datang menyerangnya tiba-tiba.Sesak nafasnya bila peristiwa hitam itu datang bertubi-tubi bagaikan pita perakam yang memutarkan kembali semua perbuatan lelaki bermata biru itu terhadapnya.

"Arghhhhh!!!!"

Rara menjerit sekuat hatinya menyebabkan semua orang di dapur yang sedang menikmati makan malam terkejut.Zaynn dan Roy yang baru sampai turut di kejutkan dengan keriuhan yang berlaku di ruang dining.Rara menolak semua hidangan yang berada di atas meja makan hingga jatuh berkecai dan berselerak kaca dan makanan di lantai.

"Rara,awak kenapa?"....Tiara menerpa ke arah Rara yang tidak terkawal keadaannya.

"Semuanya di disebabkan engkau!!"....Bagaikan kerasukan syaitan,Rara menjerit marah pada Tiara Angela dan menolaknya kuat ke belakang.

"Arghhhh!!!"....Tiara terjerit bila badannya terdorong ke belakang,dia tidak bersedia dan tidak dapat mengimbangi langkahnya.

"Angel!!"....Zaynn berlari laju ingin mendapatkan isterinya namun Danny yang berada berhampiran dengannya terlebih dahulu menyambut tubuh kecil Tiara dan memeluknya kuat.Kejadian itu berlaku terlalu pantas hingga semua orang tergamam dan terkelu.

"Angel!!"....Rara yang bagaikan baru tersedar dari amukannya segera menghampiri Tiara namun gadis itu menepis tangannya.Tiara kelihatan sangat ketakutan sambil memegang perutnya yang belum terlihat.

Sofea yang melihat ketegangan di wajah Zaynn Damien meleraikan pelukan Danny dan membawa Tiara menjauh.Sofea memeluk tubuh Tiara yang sedang menangis namun seketika cuma Tiara melonggarkan pelukan dan bergerak naik ke biliknya.Tiara langsung tidak menoleh saat melintasi suaminya.Dia hanya menundukkan kepala sambil menangis.Dia jadi takut pada semua penghuni di mansion ini bahkan Rara dan Sofea tidak terkecuali lagi kerana mereka kelihatan baik melayaninya namun entah di belakang apa rencana mereka yang sebenarnya.

Zaynn mengenggam kuat tangannya,menahan amarah yang sudah meledak dalam tubuhnya.Jantungnya masih berdetak laju,dia bersyukur Tiara selamat namun hatinya juga berdongkol marah bila Danny memeluk isterinya.Jika diikutkan nafsu amarahnya,ingin sahaja dia memotong tangan lelaki itu yang berani menyentuh isterinya.

"Bersihkan semua dan bersurai!!"....Zaynn bersuara lantang memecah kesunyian.Kakinya melangkah laju cuba menyaingi langkah Tiara yang sedang mendaki tangga.

"Jumpa abang dekat bilik nanti!!"...

Zaynn bersuara perlahan namun terselit ketegasan dalam bicaranya.Lelaki itu hanya melintasi Tiara umpama tiada apa-apa yang berlaku pada mereka sedangkan dalam hati bergejolak dengan pelbagai rasa.Tiara tidak menyahut atau memprotes,dia hanya melihat langkah Zaynn Damien yang sudah ke aras tiga.Lelaki itu langsung tidak mempedulikannya malah langsung tidak menghiraukannya andai berlaku sesuatu yang buruk terhadapnya.

Sofea ingin membawa Rara ke biliknya namun Rara enggan dan mahu bertemu dengan abangnya dahulu.Dia perlu menjelaskan hal yang sebenarnya agar Zaynn Damien tidak salah faham dengannya walaupun dia tahu abangnya memahami situasinya sekarang.Rara menerobos masuk ke bilik abangnya tanpa mengetuk pintu dahulu.

"Abang Long I'm sorry!!....Baby tak bermaksud nak cederakan Angel!"....Rara mula menangis lagi dalam dakapan abangnya.

"What's going on?"...Zaynn faham tekanan yang dihadapi oleh adik kembarnya.Dia tidak mahu adiknya menghadapi depression ,hampir seminggu selepas kejadian itu Rara masih boleh mengawal dirinya dan teruskan harinya dalam keadaan terkawal.Dia yakin ada sesuatu yang memacu emosi adiknya.

Rara tidak menjawab soalan abangnya,dia tidak mahu Zaynn Damien menyalahkan Tiara jika mengetahui tentang Xavier yang menganggunya lagi.Mungkin abangnya akan mengaitkan Tiara dengan lelaki monster itu dan memarahi gadis itu lagi.Dia juga rasa menyesal kerana tidak mampu mengawal emosinya dan turut melampiaskan amarahnya pada Tiara yang tidak tahu apa-apa tentang kejadian yang menimpanya.

Andai saja Tiara tercedera di sebabkan dirinya sebentar tadi,apa yang harus dia lakukan.Bagaimana jika terjadi sesuatu pada bakal anak saudaranya.Memikirkan itu saja membuatkan rasa bersalahnya membuak terhadap Tiara Angela yang langsung tidak bersalah,hanya kerana emosinya yang memburuk menyebabkannya menyerang Tiara.

"Tidur dulu okay,Abang Long nak mandi dulu!"....Zaynn memimpin adiknya ke katil dan membiarkan Rara terlena di biliknya.Dia perlu bersihkan badan terlebih dahulu sebelum bertemu dengan isterinya.

****************

Zaynn mengerling jam di dinding biliknya,hampir pukul sepuluh malam namun bayang-bayang isterinya pun masih tidak terlihat.Rara sudah lama terlena di buai mimpi.Zaynn mengetap rahangnya,mungkinkah isterinya sengaja mahu mengelak dan menjauhinya lagi.

Zaynn mencapai kunci pendua bilik Tiara dan berjalan turun ke aras dua.Bila yakin tiada yang mengintipnya,Zaynn segera membuka pintu dan masuk ke dalam bilik isterinya.Ruang bilik sedikit suram kerana Tiara hanya membuka lampu di meja tepi katilnya sahaja.Zaynn mendekati Tiara yang terlena dan mula memanjat katil untuk berbaring di samping isterinya.

"Sayang!!"...

Zaynn menyelak helaian rambut yang menutupi dahi Tiara.Kucupan hangat singgah di dahinya.Airmata jelas masih basah di kelopak mata isterinya.Zaynn perlu berbincang dan menceritakan kebenaran kepada Tiara tentang kejadian yang menimpa adik kembarnya supaya hubungan mereka tidak berantakan.Rara memerlukan sokongan untuk menghadapi tekanannya begitu juga sebaliknya.Mereka perlu bersatu dan saling menyokong untuk melawan musuh-musuh mereka.

"Sayang bangun!!"...Zaynn mula menganggu lena Tiara.Bibirnya bermain-main di wajah Tiara memberi kucupan-kucupan yang ringkas.Jika ciuman terlalu mendalam risau lain pula jadinya,entah ke mana nanti 'pillow talk' mereka saat itu.

"Sayang!!!"....Zaynn menguatkan sedikit suaranya menyebabkan Tiara menggeliat dan membuka matanya sedikit.

"Arghhhhh!!"....Tiara terkejut bila wajah Zaynn terpampang didepan mukanya.Dia cuba bangun untuk menjauhkan diri namun tangan Zaynn lebih bergerak pantas menahan dan melilit di perutnya.

"We need to talk sayang!!"....Tiara memandang takut ke arah Zaynn.Posisi Zaynn yang mengiring dan Tiara pula terlentang memudahkannya membaca segala ekspresi wajah isterinya dan Zaynn tidak suka dengan riak itu.Seolah-olah isterinya gerun untuk berada dekat dengannya.

"Abang nak sayang dengar baik-baik apa yang abang nak beritahu!"....Tiara hanya mengangguk kepalanya tanda faham tetapi matanya masih enggan melihat ke arah suaminya.

"Look at me sayang!"...Zaynn menolak sedikit dagu isterinya supaya mendongak ke arahnya.Mata bulat Tiara yang cerah kelihatan sedikit berkaca-kaca dengan sisa airmata di dalam kolam mata Tiara.Sempat Zaynn menyambar bibir mungil merah delima milik isterinya dan melumat ulas bibir Tiara beberapa ketika sebelum melepaskannya.Dahinya dirapatkan ke dahi isterinya.

"Rara was raped by Xavier!!"....Tiara tersentak tidak percaya dengan kenyataan itu.Bibirnya bergetar menahan tangis.Mata cerahnya kembali banjir dengan airmata.Bila terasa dadanya sempit dengan rasa sebak,Tiara menghamburkan tangisannya di dada suaminya.Dia tahu bagaimana rasa hancurnya saat itu.

"Please forgive me sayang!"

"Maafkan abang atas kesilapan abang pada sayang!"....Zaynn turut sebak bila isterinya menangis seperti itu.Tubuh Tiara dipeluk kemas dan erat.

"Why did he do that to Rara?"

"Saya puncanya kan!"....Tiara bertanya bersama esakannya.Mereka sudah bangun dari pembaringan saling duduk berhadapan satu sama lain.Tiara yakin dia yang menjadi penyebab bekas kekasihnya memperkosa Rara kerana wanita itu turut menyalahkannya sebentar tadi.

"Kenapa awak tak serahkan saya pada dia!"....Tiara membentak suaminya kerana dia rasa bersalah menjadi punca dan penyebab kehancuran Rara.

"Sayang!!"

"Apa sayang cakap ni!"

"You are my wife!!...I never let you go to anyone especially Xavier Anderson!!"...

Zaynn pula yang tersulut dengan emosi dengan bicara isterinya yang asal boleh sahaja bercakap.Inilah akibatnya jika berkahwin dengan budak kecil.Mukanya merah padam menahan geram,mahu melepaskan bimbang isterinya semakin merajuk dan akhirnya Zaynn menelan sendiri segala amarahnya.

"Saya nak tidur dengan Rara malam ni!"....Zaynn mengetap rahangnya,geram tidak dapat menghabiskan malamnya dengan isterinya.

"Rugi lagi malam ni!!"...

"Please sayang,I want you tonight!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience