PEJABAT EDUCATION MALAYSIA UNITED KINGDOM,
QUENNSBOROUGH TERRACE,BAYSWATER,LONDON
Zaynn masih menunggu kedatangan Tiara bersama Rara dan Sofea di dalam kereta bersama orang kanannya,Roy.Terdapat tiga buah kereta anak buahnya yang mengiringi mereka sebagai langkah berjaga-jaga walaupun pernikahan ini bakal dijalankan secara tertutup dan cuba tidak menarik minat musuh-musuh The Red Blood Rose.Namun musuh tetap musuh,dalam dunia gelap tiada yang mustahil.Sebarang kemungkinan boleh saja berlaku dalam sedar mahupun tidak sedar.
"Pin...pin...pin!!!"
Bunyi hon sebanyak tiga kali menandakan mereka bertiga sudah sampai.Zaynn masih menunggu sehingga kereta di parking sebelah dengan kenderaan yang dia naiki.Pengikut-pengikut Zaynn masing-masing mula mengambil posisi masing-masing untuk mengawal keadaan sekeliling,mereka begitu cekap dan sentiasa peka dalam melaksanakan tugas.
Rara dan Sofea turun dahulu dari kereta diikuti oleh Tiara.Mereka berada di sebuah bangunan yang tertera nama Education Malaysia United Kingdom yang merupakan Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang menjalankan procedur perkahwinan untuk rakyat Malaysia.Tiara mula resah dan gundah,dia mula teringat perbualannya dengan abang angkatnya tiga hari yang lepas di mana Zaynn memberitahu Jackson mereka akan berkahwin tiga hari akan datang.Adakah hari ini merupakan harinya.Rara dan Sofea yang dapat meneka fikiran Tiara mula menjalankan tugas masing-masing.
"Angel,what's wrong!...Let's go inside!"....Rara hanya memandang kosong pada wajah Rara dan Sofea.Otaknya ligat berfikir,matanya liar merayau mencari celah dan jalan untuk melarikan diri.Jarinya sudah bertaut dalam pegangan Rara dan Sofea pula memeluk lengannya,lalu mereka mula mengorak langkah menuju ke pintu masuk bangunan.Zaynn hanya memerhati tingkah laku ketiga-tiga wanita itu dari dalam kereta.
Zaynn menarik nafas dalam,cuba menenangkan dirinya.Ada rasa debar dihatinya,setelah satu dekad lamanya,dia akan mengangkat akad sekali lagi untuk menghalalkan seorang wanita dalam hidupnya.
"Are you ready master?...Kacang goreng je ni,asal master dah hafal nama penuh Angel,mesti sekali lafaz je nanti!"
"She tried to escape!".... Tanpa menghiraukan usikan Roy,Zaynn tersenyum sinis dan menggelengkan kepalanya,ternyata gadis kecil itu sangat berani dan degil.Sekilas pandang sahaja dia tahu Tiara mahu melarikan diri.
Zaynn melangkah keluar dari kenderaannya dan merapikan kotnya.Dia mengenakan sut lengkap dengan potongan fit body serba putih sama rona warnanya dengan dress yang dipakai oleh Tiara.
Zaynn melangkah sambil memeriksa sesuatu di iphonenya namun langkahnya terhenti bila kelibat Tiara yang berlari menerpa ke luar hingga merempuh badannya.Gerak pantas tangan Zaynn merangkul erat pinggang Tiara berjaya menyelamatkan gadis itu daripada tersungkur ke bawah namun gadgetnya menjadi mangsa,berkecai jatuh ke lantai.
"Nak ke mana sayang!"...Suara garau Zaynn yang begitu rapat dengannya membuat Tiara tercengang.Tiara menunduk takut bila si devil semakin mengemaskan rangkulannya dan sedikit meramas bahagian pinggang rampingnya.Zaynn mengetap rahangnya menahan hati,cuba bertenang dan bersabar melayani kerenah wanitanya.
"Angel!!"....Rara memekik kegeraman,semput dia mengejar langkah lincah gadis kecil itu.Dia berjalan laju menghampiri kedudukan Zaynn Damien dan Tiara, dia mencubit geram lengan Tiara menyebabkan Tiara mendesis perit.Kalau gadis ini bukan kesayangan abangnya,memang sudah di karate dari tadi lagi.Rara menarik muka bengis membuatkan Tiara rasa bersalah dan takut.
"Cepat masuk!"...Rara menunjukkan riak wajah garang walaupun dia sebenarnya mahu ketawa melihat mimik muka cuak Tiara.Namun Tiara masih juga degil tidak mahu meneruskan mengikut arahan.
"I give you two options,Angel!"
"Be my wife or you will be my mistress?"
"Which one is your choice?"....Zaynn berbisik perlahan di telinga Tiara.Bagi Tiara dua-dua bukan pilihan yang dia mahukan.
"Think carefully sayang!...I'll give you five minutes to think about it!"...
"Tiktok...Tiktok...!!"....Zaynn menunjukkan muka jam ke arah Tiara,menandakan masa semakin hampir tamat.Jawapan harus diberikan kepadanya sama ada dia sudah bersedia atau tidak.
"five...four...,three....!!"
"Fine master!...I will be your wife!"...Zaynn tersenyum lebar mendengar jawapan dari bibir wanitanya.Sementara Tiara pula menghentak kakinya tanda protes.
*********************
"Aku terima nikahnya Tiara Angela binti Muhammad dengan mas kahwinnya seutas rantai di bayar tunai!"....Zaynn mengenggam kemas tangan jurunikah dengan lafaz yang disebut dengan jelas dan nyata.
"Sah...sah!!"....Kedengaran suara saksi mengesahkan akad yang dilafaz oleh Zaynn.Zaynn mengucap syukur dalam hatinya.Dia mengawal rasa gembira dan bahagia yang bersorak dalam tubuh badannya agar tidak menampakkan diri.
"Congratulations sister in law!"....Rara memeluk tubuh Tiara dan mengucup kedua belah pipi gadis itu.Walaupun umur mereka jauh berbeza iaitu Tiara lebih muda dua belas tahun daripada Rara dan Zaynn namun itu tidak menjadi masalah selagi mereka boleh hidup berbahagia.
"Sister in law?"...Tiara terkejut mendengar panggilan yang digunakan oleh Rara kepadanya.Dahinya berkerut kehairanannya membuatkan Rara ketawa geli-hati.
"Tahniah cousin!Welcome to our family!"....Giliran Sofea pula memeluk dan mencium kedua belah pipi Tiara.Bagaikan mahu tercabut jantung Tiara mengetahui siapa kedua-dua wanita dihadapannya.Wajahnya penuh dengan tanda tanya,belum dapat menghadam dengan baik dengan identiti sebenar mereka.
Zaynn mendekati Tiara yang ditemani oleh Rara dan Sofea.Zaynn melabuhkan duduknya di mini pelamin yang dihiasi dengan bunga Ros merah secara keseluruhannya.Tanpa disuruh Zaynn menghulurkan tangan kekarnya pada Tiara.Gadis itu hanya terkebil-kebil memandang tangan Zaynn didepannya.Otaknya loading dengan pernikahan yang drastik seperti ini.
"Salam tangan abang sayang!"...Zaynn menegur Tiara yang kelihatan 'blurr'.Gadis itu bertingkah aneh,serba tidak kena dimatanya.Mungkin pernikahan ini terlalu mendadak menyebabkan Tiara bertingkah seperti itu.Sedangkan Tiara masih dibuat binggung dengan misteri penyamaran Rara dan Sofea,rasa ingin tahunya menggebu menganggu mindanya.
Tiara yang tersedar segera menyambut tangan Zaynn dan mencium punggung tangan lelaki itu.Rasa syahdu menyelimuti kedua-dua hati mereka.Zaynn memegang dagu Tiara dan mengucup lama dahi isterinya.Mata mereka bertaut lama sebelum Zaynn mencuri kucupan ringkas dibibir Tiara menyebabkan suasana sedikit gamat dengan sorakan dan usikan.
Zaynn memakaikan seutas rantai emas putih bertahtahkan berlian sebagai loketnya.Dia memilih rantai dan bukannya cincin untuk mengelakkan musuh-musuh di mansionnya dapat menghidu status Tiara yang sebenarnya nanti.Rara menyerahkan sebentuk cincin platinum kepada Tiara untuk disarungkan pada jari manis Zaynn sebagai tanda ikatan pernikahan mereka.Roy pula secara tidak langsung menjadi jurukemera tidak bertauliah merakam semua detik-detik pernikahan yang dijalankan dengan cukup simple tanpa kehadiran kedua-dua ahli keluarga hanya ditemani oleh beberapa orang yang terdekat sahaja.
Semua orang bergerak menuju ke hotel yang telah di tempah oleh Zaynn Damien setelah selesai upacara pernikahan.Mereka perlu berbincang dan menerangkan sesuatu kepada Tiara supaya wanita itu memahami situasi yang bakal dia hadapi selepas ini.Dan yang pasti statusnya sebagai isteri Zaynn Damien perlu dirahsiakan daripada pengetahuan semua penghuni di mansion.
Sepanjang perjalanan Zaynn memegang tangan isterinya walaupun dia tahu Tiara gugup bila bersama dengannya namun Tiara harus mula menyesuaikan dirinya.
"Are you nervous sayang!"...Zaynn bertanya memecah suasana sunyi diantara mereka.Zaynn memandu sendiri hanya berdua dengan Tiara.Tangan Tiara yang terasa dingin di bawa ke bibirnya dan dikucup lembut.Tiara tetap membekukan diri,dia masih terasa kekok bila bersama dengan lelaki itu yang sudah sah menjadi suaminya.
"Siapa wanita peliharaan awak sebenarnya,master?"...Tiara bersuara perlahan,wajahnya dibawa mengadap Zaynn yang sedang fokus memandang ke depan.
"Call me abang bila tak ada orang dengan kita!"...Zaynn memandang sekilas pada Tiara yang sedang melihat ke arahnya.Namun matanya kembali melihat jalanraya tanpa menjawab pertanyaan isterinya.
"You haven't answered my question yet,master!"...Zaynn berdecit tidak suka bila Tiara enggan mengikut permintaannya.
"Call me abang and i will answer that question!"...Zaynn ketawa kecil dengan wajah cemberut isterinya.Zaynn sedikit terhibur dengan rajuk Tiara yang kelihatan comel dimatanya.
"You are so cute,baby!"...Zaynn mengucup lagi dan lagi tangan Tiara yang masih dengan rajuknya.Tiara cuba menarik tangannya dari pegangan Zaynn tetapi Zaynn masih enggan melepaskannya.Naik berpeluh tangannya bila dikurung lama oleh tangan besar lelaki itu.Akhirnya Tiara mengalah dan hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke hotel.
**********************
Hotel Cafe Royal,
Zaynn dan Tiara beriringan naik ke bilik hotel,tiga orang pengikut Zaynn setia mengikut mereka dari belakang.Tiara semakin gelisah tidak keruan,Zaynn masih merangkul erat pinggang Tiara walaupun sudah berada di dalam lif.Kedudukan mereka sangat rapat hingga dia dapat menghidu haruman parfume yang dipakai oleh Zaynn Damien dan dia sangat senang dengan bau itu.
"Ting!!!"...Pintu lift terbuka dan mereka bergerak menuju ke bilik hotel tempahan Zaynn.Tiara terkesima sekejap melihat hiasan dalaman bilik itu yang sangat moden dan sangat mewah.Tiara sedikit teruja melihat view kota London melalui cermin besar transparent yang dibilik tersebut.
"Do you like it sayang!"....Tiara tersentak bila pinggangnya dipeluk dari belakang.Hatinya mula berdetak kencang bila Zaynn menarik tubuhnya merapat ke tubuh lelaki itu.Zaynn mengambil kesempatan menundukkan kepalanya mengucup belakang leher Tiara yang sedikit terdedah bila rambutnya di sanggul.Tiara yang terkejut dengan perbuatan Zaynn segera memusingkan badannya secara mengejut hingga belakang badannya tersandar ke dinding kaca.Tangannya naik menahan dada Zaynn yang semakin menghimpitnya.
"Mas....master!"....Tiara tergagap-gagap,rasa takut bila mengingatkan lelaki didepannya mempunyai hak mutlak ke atas dirinya kini.Lelaki ini boleh melakukan apa saja padanya sekarang.Tangannya yang menahan dada Zaynn juga sedikit menggigil kerana rasa gemuruh.
"Bummm!!"....Zaynn sengaja menepuk kuat kedua tangannya ke dinding cermin sekaligus mengepung pergerakan Tiara.Tiara hanya mampu memejam mata kerana terkejut.Dadanya berombak naik turun,nafasnya juga terdengar terburu-buru.Zaynn menghela nafas berat,sedikit kecewa dengan penerimaan Tiara.Perlahan-lahan dia menjauhkan diri.
"Bersihkan badan dulu nanti kita makan..Sekejap lagi Rara hantar pakaian sayang!"...Tiara membuka matanya perlahan-lahan bila Zaynn sudah menjauh,lelaki itu berlalu ke arah ruang rehat yang terdapat mini pantry dan sofa.
Tanpa membuang masa Tiara tergesa-gesa masuk ke dalam bilik air.Tangannya memegang dadanya yang masih mengepam kuat.Seketika dia cuba bertenang dan mula menanggalkan pakaiannya untuk membersihkan diri.Rasa lega badannya bila air menyentuh membasahi kulit.Haruman lemon dari sabun mandian yang dia gunakan terasa menyegarkan hingga dia lupa berapa lama dia berada di dalam bilik air berendam di dalam bathtub.
"Tok...Tok...Tok!!!..Angel!...Angel!"....Rara mengetuk pintu bilik air berkali-kali namun tiada sahutan dari dalam.Semua orang sudah menunggu dan mereka sedang mengejar masa kerana perlu pulang kembali ke mansion sebelum malam tiba untuk mengelakkan sebarang prasangaka daripada penghuni mansion.
"What's going on baby?"....Zaynn datang mendekat melihat adiknya yang masih mengetuk pintu bilik air.
"Angel tak nak buka pintu!"...
"Sayang open the door!"...Zaynn mengetuk pintu dan bersuara kuat memanggil isterinya.Tiara yang terlentok lena di dalam bathtub terkejut dengan gegaran dipintu bilik air.Wanita itu terpinga-pinga sekejap meredakan rasa mamainya.Dia keluar dari bathtub dan membilas badannya seketika sebelum menarik sehelai tuala membaluti badannya yang polos.Tiara tergopoh-gopoh membuka pintu yang masih kuat diketuk dari luar.
"Krekkk!!"....Tiara memunculkan diri dari balik pintu,dia memegang kepalanya yang sedikit pening kerana terbangun dari lena secara mengejut seperti tadi.
"I'm sorry,I fell asleep!"....Tiara mahu melangkah keluar namun Zaynn menghalangnya kerana Roy juga turut berada di dalam bilik mereka.
"Bersiap dalam bilik air,Roy is here too!"...Zaynn bersuara perlahan.Halkumnya bergerak-gerak menahan rasa yang berdesir dalam tubuhnya melihat keadaan isterinya yang seksi menggoda.Batinnya terdera dengan pemandangan indah seperti itu.Zaynn segera sedarkan diri dan beredar mendekati Roy dan Sofea yang sedang menunggu.
Share this novel