MDL33

Romance Completed 508272

"Nelson!"

"Mulai hari ini kau dibebaskan dari sini!"....

Zaynn duduk menyandarkan tubuhnya di dada kerusi di dalam ruangan pejabatnya di mansion.Mata helangnya tepat memanah ke arah wajah tua Nelson yang kelihatan suram.Tiada riak teruja bila mengetahui dirinya sudah terbebas dari cengkaman bekas menantunya dan tidak perlu lagi menjadi hamba kepada seorang Zaynn Damien.

"Maafkan aku master!"

"Aku hanya ingin disini menjadi hamba dan menghabiskan sisa hidup aku berdekatan dengan cucu aku,Mawar Maleana!".....

Zaynn tercengang seketika dengan bicara lelaki tua itu.Zaynn perlu akui hatinya sedikit tersentuh dengan ketulusan Nelson.Zaynn juga tidak mampu menidakkan kesetiaan Nelson selama lelaki itu berada di mansionnya.Nelson tidak pernah bersubahat dengan pengkhianat di dalam mansion untuk menentangnya walaupun dia mempunyai kesempatan jika mahu membalas dendam terhadap tuannya.

"Is that's your final decision Nelson?"....

Zaynn bersuara tenang.Tiada nada dingin dalam suaranya hanya suara yang sedap didengar membuatkan Nelson berani untuk mendongakkan kepalanya ke hadapan.

"Yes master!...I want to stay here!"....

Nelson menjawab penuh dengan keyakinan.Zaynn bangun dari duduknya,memandang Nelson dan berjalan beberapa langkah mendekati lelaki tua itu.Zaynn Damien berhenti tepat dihadapan Nelson dan senyuman terukir dibibirnya.Tangannya dihulurkan untuk berjabat salam namun Nelson terus memeluk tubuh sasa Zaynn Damien.Zaynn tidak membalas pelukan Nelson,dia hanya menepuk-nepuk belakang lelaki tua itu dan menjarakkan kedudukan mereka kembali.

"Aku amanahkan mansion ini pada kau sementara aku tiada di sini sehingga aku kembali semula dan aku izinkan kau masuk ke taman larangan untuk melawat pusara Mawar Maleana!"

"Jangan terlalu selesa,aku akan pantau keadaan di sini dari jauh!"....

"You can go now!"...

Thank you master!"...Nelson menundukkan kepalanya dan beredar keluar untuk meneruskan kerjanya.Hatinya lega,Zaynn Damien masih mengizinkannya menjadi sebahagian penghuni di mansion ini dan paling penting dia diberi kebenaran untuk menziarahi pusara cucunya.Wajah tuanya yang dipenuhi kedutan di mamah usia bercahaya dengan rasa bahagia.Rasa yang sudah lama terkubur dalam diari hidupnya.

Zaynn kembali ke meja kerja dan memeriksa telefon bimbitnya.Tertera beberapa misscall daripada Tiara Angela.Zaynn menggeleng kepalanya dan tersenyum nipis bila mengingatkan perangai isterinya yang semakin manja,pantang dia menghilang sekejap Tiara pasti akan mencari keberadaannya.

"Tok...Tok...Tok!!"...

"Come in!!"....Roy muncul bersama Sofea di disampingnya.

"Everything is done here and we need to go now master!"

"Wait for me in the car,I want visit Mawar Maleana!"....Zaynn bangun dan merapikan jacket kulit ditubuhnya sebelum mengenakan kembali hoodie menutup keseluruhan wajahnya.Mereka beriringan turun sebelum Zaynn melangkah ke arah taman larangannya.

"Krekkkk!!!!"....Pagar besi yang menyembunyikan keindahan taman larangannya ditolak hingga terbit bunyi geseran yang kasar dari daya tolakannya.

"Assalamualaikum Mawar Maleana!"....Zaynn menutup matanya menghidu haruman bunga ros yang menyeruak masuk ke dalam rongga hidungnya.Bacaan Al-Fatihah disedekahkan kepada arwah anaknya.Matanya menyorot jauh melihat pusara putih di tengah taman yang tidak mampu terjangkau oleh tangannya.Matanya berkabus nipis,mengenangkan wajah comel milik anak perempuannya yang tersenyum indah.

"Selamat tinggal sayang!!"....Zaynn menyeka hujung matanya dengan ibu jari dan cuba menenangkan diri sebentar sebelum melangkah keluar dari kawasan taman larangannya.Kakinya laju melangkah ke kereta melintasi pengikut-pengikutnya yang setia memberi tunduk hormat kepadanya.Zaynn masuk ke perut kereta dan Hummer H2 meluncur laju meninggalkan mansionnya.

******************

"Abang!!!"

Tiara berlari laju menerpa ke arah Zaynn Damien yang baru muncul di depan pintu utama villa Xavier bersama dengan Roy dan Sofea.Zaynn mengetap rahangnya bila melihat cara isterinya berlari tanpa mempedulikan dirinya yang sedang berbadan dua.Bagaimana jika tersadung atau tersungkur jatuh.Seluruh tubuh Tiara bagaikan tenggelam dalam pelukan Zaynn Damien yang jauh lebih besar susuk tubuhnya.

"Sayang jangan lari macam tadi,it's too dangerous for you and baby!"....Zaynn yang larut dengan rasa bimbang tanpa sedar menaikkan suaranya sedikit tinggi membuatkan Tiara teresak dengan tangisan.

"Oh my god sayang!...I'm really sorry!"....

"Abang tak marah cuma abang risaukan sayang dan baby!"

"Please don't cry sayang!"...

Zaynn mula memujuk isterinya.Pucuk kepala isterinya dikucup berkali-kali cuba menenangkan emosi Tiara.Tubuh isterinya diangkat dan di bawa ke ruang tamu.Zaynn duduk merehatkan dirinya di dada sofa sementara Tiara berada di pangkuannya masih teresak kecil dengan wajahnya menyembam ke dada bidang Zaynn Damien.

"Ehem!!....Master kami naik ke bilik dulu!"....

Roy dan Sofea menyembunyikan senyuman bila melihat tuannya menjadi 'singa jinak' bila bersama dengan Tiara Angela.

"Sayang,where's Rara?"....

Zaynn membelai lembut rambut isterinya dan bertanya tentang adiknya bila kelibat Rara langsung tidak kelihatan.Zaynn melihat jam pada pergelangan tangannya,waktu menunjukkan hampir pukul 9 malam.Agak lama dia menghabiskan masa di mansionnya ditambah pula dengan jarak perjalanan pergi dan pulang yang jauh memakan masa yang agak lama.

"I don't know!!....Rara tak nak keluar dari bilik!"....Tiara menjawab dengan suara yang serak akibat menangis.

"Jom abang hantar sayang dekat bilik dulu,lepas tu abang nak tengok Rara kejap!".....Zaynn bangun sambil mencempung tubuh kecil isterinya naik ke atas.Selesai menguruskan isterinya,Zaynn beralih pula ke bilik air untuk membersihkan dirinya terdahulu sebelum ke bilik Xavier.

"Tok...Tok...Tok!!"

"Baby!!...Open the door!!"....

Zaynn mengetuk pintu sedikit kuat kerana risaukan adik kembarnya.Entah sudah makan atau belum sepanjang ketiadaannya siang tadi.Agak lama Zaynn mengetuk pintu namun Rara masih enggan membuka pintu.

"What happened Damien?".....

Zaynn agak terkejut dengan teguran Xavier yang muncul tiba-tiba dengan penuh lebam di wajahnya dan kepala berbalut diikuti oleh Shaun dibelakangnya.

"Nothing,I'm just worried about my sister!"

"It's okay,I have a duplicate key!"....

Xavier bergerak ke sebelah biliknya yang merupakan ruangan peribadinya merangkap juga mini pejabatnya.Segugus kunci diambil dari laci meja dan kembali semula ke biliknya.

"Krekkkk!!!"....

Daun pintu terbuka menampakkan suasana suram biliknya.Sekujur tubuh sedang terbaring lena dengan hanya ditemani oleh lampu meja di sisi katil.

"She already slept!!"...

Zaynn menghela nafas lega dan meminta diri untuk ke biliknya.Dia juga mula rasa mengantuk dan ingin segera kembali menemani isterinya yang mungkin masih merajuk dengannya.Zaynn Damien dan Shaun segera meninggalkan bilik Xavier bagi memberi ruang untuk Xavier berehat.

"Huhhhh!!!".....

Xavier mengeluh berat.Kakinya melangkah gontai ke arah Rara yang sedang terlena.Punggungnya dilabuhkan disebelah Rara,tangannya menyelak helaian rambut yang menutup mata isterinya.Wajah polos itu ditatap dalam,matanya jatuh pada tangan isterinya yang sudah tiada cincin yang melingkar dijari manisnya.Senyuman sinis terpamer,mengejek dirinya sendiri yang begitu menginginkan wanita ini sedangkan tuan badan langsung tidak peduli tentang kewujudannya.Tangannya membuka laci di sisi meja dan kotak baldu berwarna silver diambil kembali.Dia tahu segala apa yang di lakukan oleh isterinya walaupun dia tiada berdekatan dengan wanita itu.

************

Cahaya matahari yang masuk dari dinding kaca transparent sedikit menyilaukan menyebabkan Xavier terbangun dari tidurnya.Tangan kanannya terasa sangat lenguh dan kebas,kepalanya menunduk sedikit melihat dengan tidak percaya,namun seketika sahaja bibirnya merekah dengan senyuman melihat susuk tubuh yang berada di dalam dakapannya.

Posisi mereka saat ini terlihat sangat intim membuatkan Xavier mencapai telefon bimbitnya dan mengambil selfie untuk mengabadikan moment indah itu.Wajah Rara yang melekap di dada Xavier yang polos tanpa baju dengan kepala berbantalkan lengan Xavier serta tangan wanita itu erat memeluk pinggangnya.Hal ini menimbulkan rasa bahagia di hati Xavier walaupun perkara itu berlaku di luar sedar isterinya.

Xavier mengambil kesempatan mengucup dahi isterinya berkali-kali sebelum mengalihkan kepala isterinya dengan berhati-hati dari lengannya.Kakinya diturunkan dari katil menuju ke bilik air.Seluruh badannya terasa sakit dan dia memerlukan rendaman air hangat bagi melegakan sedikit sakit yang membuatnya tidak selesa.Rara mencelikkan matanya saat terdengar bunyi pancuran air dari bilik air.

"Xavier is here?".....

Matanya menyebarkan pandangan cuba mencari jejak Xavier.Rara menggigit bibir bawahnya bila terpandang noda darah yang melekat di sarung bantal di disebelahnya.Hatinya jadi penasaran dengan kecederaan yang dialami oleh Xavier.

"Seteruk apakah luka yang si monster itu alami sampai berdarah macam ni!"....

Rara meneka-neka sendiri hingga susuk tubuh tinggi lampai yang hanya bertuala putih keluar dari bilik air.Bebola mata Rara terbuntang besar melihat wajah putih Xavier dipenuhi kesan merah kebiruan,bibirnya juga luka dan sedikit bengkak dihujungnya.Badannya juga ada kesan lebam yang besar dibeberapa kawasan.

Xavier tidak mengendahkan pandangan isterinya yang sedang meneliti seluruh tubuhnya,dia terus masuk ke ruang wardrobe dan hanya mengenakan seluar jogger tanpa baju mempamerkan tubuhnya yang berotot.Xavier kembali ke ruang rehat di dalam biliknya yang menghadap view lautan biru dan dia mengambil tempat di wing chair.Sakit yang mencucuk di belakang kepalanya membuatkan dia mahu melelapkan mata kembali bagi mengurangkan rasa itu.Tangannya mula mengambil krim untuk di sapukan pada kesan lebam di badannya perlahan-lahan sambil menahan sakit.

"Let me help you!"....

Rara mengambil inisiatif menawarkan bantuan bila Xavier agak terkial-kial mahu menyapu krim pada tempat yang tidak dapat di jangkau oleh tangannya lebih-lebih lagi luka di belakang kepalanya.

"No need!!"....

Rara terkedu seketika bila Xavier membalas dengan dingin.Hatinya terusik dengan kedinginan Xavier,namun dia tetap mendekat dan duduk di depan Xavier membuatkan lelaki itu terkejut.Rara dengan selambanya merampas krim ditangan Xavier dan mula menyapu krim pada kesan lebam.Sesekali Xavier mendesis sakit bila Rara silap menekan tempat lukanya.

"Sorry!!"....

Rara menuturkan kata maaf kerana dia tidak sengaja menyakitkan lelaki itu.Saat dia mendekatkan wajahnya untuk menyapu krim di bibir Xavier,mata mereka bertaut lama hingga tanpa sedar bibir mereka semakin mendekat dan saling menindih ulas bibir masing-masing.Xavier yang sememangnya mendambakan isterinya,menahan belakang leher Rara dan mendalamkan lagi ciuman mereka.Rara yang mula tersedar dengan situasi mereka mula bergerak ingin melepaskan diri dan menolak dada Xavier.

"Arghhhhh!!!".....

Xavier menjerit sakit bila Rara menolak kawasan lebam di bahagian dadanya membuatkan tautan bibir mereka terlepas.Luka di bibirnya juga berdarah disebabkan cumbuan mereka.

"I'm sorry!...I'm really sorry!!"

Rara serba salah melihat Xavier mengerang kesakitan.Wajah Xavier memerah dan mengerut menahan kesakitan.Rara ingin menyentuh suaminya kembali namun langkahnya termati bila suara lelaki itu melantun tinggi.

"Don't touched me!!"....

Xavier bingkas bangun dan bergerak keluar dari bilik tidur ke ruang peribadinya.Hatinya panas membara,rasa sakit bertimpa-timpa menghentam perasaannya dengan penolakan demi penolakan dari isterinya.Xavier menghempas kasar badannya ke dada kerusi beroda tanpa menghiraukan kecederaan di badannya.

Rara pula masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri.Masih terkejut dengan amukan Xavier sebentar tadi.Kolam matanya memanas,dia keliru sebenarnya dengan apa yang dia rasa.Mengapa dia perlu rasa terluka saat Xavier marah sedangkan dia yang ingin menjauhi lelaki monster itu.

"Stop it Rara!!"....Rara mengerutu marah pada dirinya sendiri.Airmata yang membasahi pipinya disapu kasar cuba mempertahankan benteng egonya yang semakin meroboh.

"I hate you monster!!"

Share this novel

awer
2021-08-01 23:49:51 

hermey..x sabo ble zayn tau william cr wife dia..


NovelPlus Premium

The best ads free experience