MDL36

Romance Completed 508272

Rara mengambil keputusan untuk ke Harrods yang terletak di Brompton Road.Harrods merupakan gedung membeli belah jenama mewah yang terbesar di London.Rara hanya berjalan tanpa berminat untuk membeli,dia hanya mencuci mata dan melihat gelagat orang yang sedang seronok bershopping.Pergerakannya di kawal ketat oleh pengikut Xavier yang berkeliaran berdekatan dengannya.Walaupun mereka menyamar bagaikan pengunjung di gedung itu,Rara dapat mengecam mereka dengan baik.

Langkahnya di bawa ke bahagian Harrods Gift/Souvenir Shop.Di sini ada dijual pelbagai barangan yang berjenama HARRODS seperti beg tangan dan barang cenderamata.Rara memilih beberapa beg tangan untuk di jadikan cenderahati untuk mama,Tiara dan Sofea.Saat dia ingin membayar,ada tangan kekar yang menghulur kad berwarna gold dari arah belakangnya.

"I'll pay for her!"...

Suara serak itu begitu dekat dengan telinganya.Tangan kiri gerangan pemilik suara itu merangkul pinggang Rara tanpa memandang ke arah wanita itu.Lelaki yang mengenakan pakaian serba putih itu hanya beriak serius,tidak menunjukkan sebarang keramahan bila ada mata yang mencuri pandang ke arahnya.

"Let's go darling!"...

Rara hanya mengeraskan badannya saat dia berada dalam genggaman Xavier.Barang yang dibeli sudah beralih tangan dan di bawa oleh Shaun.Rara menggigit bibirnya menahan geram,entah bila lelaki monster ini muncul di sini.Setahunya Xavier ke syarikat untuk bekerja dan waktu masih awal,tidak mungkin lelaki ini sudah pulang.

"Sir,you have a meeting on half an hour!"....

Shaun memperingatkan ketuanya bila setiausaha lelaki itu kerap kali menelefon mencari bosnya.Xavier hanya mengangguk dan mereka melangkah ke arah lif untuk ke ruangan parking.Disekeliling mereka para pengikut Xavier yang menyamar juga mengiringi mereka untuk sama-sama beredar dari sana.

"Xavier,I still want to be here!"...

Rara mula menyuarakan rasa tidak puas hatinya bila lelaki itu ingin membawanya pergi.Baru tiga jam dia sempat berasa bebas dari cengkaman Xavier,kini lelaki ini muncul bagaikan angin dan merampas kebebasannya kembali.

"Next time darling!...

Xavier hanya membalas ringkas.Dia tidak mahu bertegang urat dengan isterinya di tempat terbuka yang boleh menarik perhatian umum.Bukan hanya musuh,paparazzi juga ada di mana-mana yang akan mengejar berita hangat dan gosip.Dia tidak mahu perkara itu terjadi kerana melibatkan isu keselamatan isterinya yang akan dihidu oleh musuh-musuhnya jika ada berita yang tersebar nanti.

Mereka bergerak keluar dari bangunan Harrods dan kembali menempuh kesesakan lalu lintas di Kota London.Xavier masih erat mengenggam tangan isterinya berkongsi kehangatan.Rara juga hanya membiarkan perlakuan Xavier,tidak kuasa mahu memberontak kerana dia tahu dia tetap akan kalah dengan lelaki itu.

Hampir dua puluh minit perjalanan,kereta yang mereka naiki membelok masuk ke bawah sebuah bangunan yang sangat tinggi.Xavier bergerak turun bila Shaun membukakan pintu penumpang.Xavier menghulurkan tangannya pada Rara bila wanita itu terkial-kial mahu turun dari kenderaan yang agak tinggi itu namun seperti yang dijangka wanita keras kepala itu menepis tangannya.

"Saya boleh turun sendiri!"....Rara berkeras ingin turun sendiri walaupun dia mengalami kesulitan disebabkan stiletto yang dipakainya.

"Sir,you will be late!"....Shaun memperingatkan lagi sekali tuannya yang kelihatan menahan emosinya melayani si isteri.

"Arghhhh!!!"....Rara terjerit bila tubuhnya terasa melayang ke udara.Tangannya automatik merangkul leher Xavier kerana takut terjatuh.Wajahnya pucat dan jantungnya berdetak kuat kerana rasa gemuruh.Xavier mencempung isterinya hingga mereka masuk ke dalam perut lif peribadi.

"Xavier,let me down!"....Rara berbisik perlahan kerana rasa segan dengan Shaun yang setia di samping ketuanya.Xavier hanya mendiamkan diri,tidak memberi sebarang respon.

"Xavier,please!"...Xavier berpaling menatap wajah isterinya yang merona merah.

"Kiss my lips first then I'll let you go!"....

Xavier mempamerkan wajahnya yang selamba sedangkan Rara mengetap rahangnya.Matanya melirik pada Shaun yang berdiri di hadapan mereka.Wajahnya perlahan-lahan mendekati wajah Xavier sebelum memberikan kucupan pantas pada bibir Xavier.Rara cepat-cepat menjauhkan kembali wajahnya,bimbang Xavier mengambil kesempatan dalam kesempitannya.

"As you wish my darling!"...Xavier menurunkan isterinya sebelum pintu lif terbuka.

"Shaun!..Bring her to my office!"....Xavier melangkah keluar dari lif untuk ke bilik mesyuarat.Dia agak terlewat disebabkan mengawasi isterinya di Harrods tanpa pengetahuan wanita itu.Dia sempat membelikan beberapa pakaian dan keperluan isterinya sedangkan wanita itu hanya 'window shopping' tanpa membeli apa-apa.

"Madam,please follow me!"...Shaun membawa Rara ke ruangan pejabat Xavier.Ruangan mewah itu sangat luas dan kemas tersusun.Shaun segera meminta diri selepas menghantar Rara ke pejabat ketuanya.Hanya tinggal Rara sendirian diruangan besar itu.Hampir satu jam menunggu,Rara mula kebosanan.Dia menyandarkan kepalanya ke dada sofa dan cuba melelapkan matanya.Tidak perlu tunggu lama,Rara segera dijemput lena.

*************

"Brother,is that her?"....Tina berbisik perlahan kepada Xavier saat melihat figura seorang wanita yang sedang terlena.

"Yup!...she's your sister in law,Zarra Darilynn!"

"She's beautiful like Tiara Angela!"....gumam gadis yang bersama Xavier yang merangkap setiausaha kepada abangnya sendiri.Anak mata biru lautnya yang sama seperti Xavier tidak jemu menatap wajah tenang Rara yang terlentok lena.

Tanpa membuat sebarang bunyi bising yang boleh menganggu lena wanita itu,Xavier kembali ke meja kerjanya dan menyiapkan dokumen yang perlu dia semak.Kerjanya yang tertangguh selama seminggu tersusun di meja kerjanya menunggu giliran untuk diselesaikan segera.Tina juga membantu abangnya untuk mempercepatkan urusan mereka.Sambil melakukan kerja,sesekali Xavier dan Tina berbual dan ketawa kecil bila terselit jenaka dalam perbualan mereka.

Rara tersedar dari lena bila telinganya sayup-sayup terdengar bunyi orang ketawa.Matanya dikecilkan sedikit cuba mengecam visual di depannya.Kebetulan pula waktu itu Tina dan Xavier sedang bergurau dan tingkah mereka terlihat sangat mesra pada pandangan Rara.Wanita itu terus bangun berdiri tegak,perasaan marah memenuhi rongga badannya menyebabkan dia berlari keluar dari pejabat Xavier.

"Darilynn!!"....

Xavier dan Tina bergegas berlari mengejar langkah isterinya yang laju menerobos keluar.Shaun yang berada di mejanya turut terkejut dengan situasi yang berlaku dengan tiba-tiba.Shaun segera mengarahkan pengikut-pengikutnya Xavier untuk menghadang laluan keluar dari pintu utama syarikat namun entah di mana silapnya Rara boleh meloloskan diri.Xavier berhenti mengejar saat isterinya sudah keluar daripada kawasan syarikat dan berada di khayalak umum.Rahangnya mengeras,mata birunya mula menggelap dengan amarah yang membuak-buak melihat belakang tubuh Rara yang semakin menjauh.

"Find her!!"....

Suara Xavier bergema di seluruh ruangan lobi syarikatnya.Semua staff menundukkan kepala tidak berani ingin mengangkat muka.Pengikut-pengikutnya segera bergegas untuk mencari keberadaan madam mereka.

Sementara Rara yang kelelahan berlari sudah berhenti berlari dan mula masuk ke dalam kelompok orang ramai yang berjalan kaki.Nasibnya baik beg silangnya masih berada di badannya,jadi duit,handphone dan maklumat peribadinya ada bersamanya.Rara tersenyum nipis,rasa senang dapat terlepas dari genggaman lelaki monster itu walaupun untuk sementara waktu kerana dia yakin Xavier pasti sudah mengarahkan pengikut White Dragon mencarinya.Sekurang-kurangnya dia bebas walaupun sekejap cuma.Hal yang akan berlaku dikemudiannya,dia tidak mahu memikirkannya.

"Dasar buaya!!"....Rara sempat mengutuk Xavier dalam hatinya.Langkahnya di bawa mencari stesen tube yang berhampiran.Jam menunjukkan hampir pukul 4petang.Dia bercadang untuk ke Sungai Thames menikmati pemandangan ikon Kota London seperti Big Ben,London Eye dan Tower bridge dengan menaiki kapal.

Tepat pukul 5petang,Rara sampai di jeti Westminster.Cruise akan bertolak dari jeti Westminster setiap 40minit.Rara mengambil tempat dibahagian atas cruise untuk lebih puas menikmati pemandangan.Angin dan suhu yang sejuk membuatkan tubuhnya menggigil.Hidungnya memerah namun Rara masih setia dikedudukannya.Tangannya digosok dan ditiup berkali-kali untuk menghangatkan tangannya yang tidak tersarung.

Selepas 40minit,cruise berhenti seketika di jeti London Eye untuk mengambil penumpang.Bunyi derapan kaki penumpang lain naik ke bahagian atas menyapa pendengarannya namun dia langsung tiada rasa mahu berpaling.Dia hanya melayan perasaannya sehingga cruise bergerak kembali.Perjalanan yang akan memakan masa selama dua jam terasa sangat panjang bagi Rara kerana kesejukan yang melampau.Tangannya sudah naik beku,giginya berlaga menahan sejuk.Tiba-tiba muncul seseorang menghimpitnya kedudukannya.

"Playing time is over,darling!"....

Rara terpana dengan kehadiran Xavier disampingnya.Lelaki itu membuka sarung tangannya,menggosok tangan isterinya serta menghangatkan tangan Rara yang membeku dengan hawa nafasnya.Kemudian,sarung tangan dipakaikan pada tangan isterinya.Kolam mata Rara sudah di banjiri airmata dengan keperihatinan yang ditunjukkan oleh Xavier.Oleh kerana cuaca agak sejuk pada suhu 12darjah Celsius tiada orang yang mahu berada di luar cruise,hanya Rara dan Xavier berada di bahagian atas.

Xavier menarik tubuh isterinya ke dalam pelukannya.Terasa tubuh wanita itu menggeletar kesejukan,wajahnya disembunyikan diceruk leher Xavier cuba mencari sedikit kehangatan,tangannya juga tanpa segan silu memeluk badan suaminya dan akhirnya tangisan dan tembok keegoannya pecah didalam dakapan lelaki itu.Xavier menghela nafasnya,tangannya mengusap rambut hitam isterinya.Matahari sudah semakin melabuhkan tirainya,langit mula kelam dan hanya lampu dari pinggir jalan dan cahaya dari ikon London yang menerangi suasana.

Xavier mendongakkan wajah Rara,menatap dalam anak mata isterinya yang lembap dengan airmata.Dalam cahaya kelam Xavier merapatkan bibir mereka dan mengucup bibir mungil Rara yang menggigil dan buat kali pertamanya wanita itu menyambut permainan bibirnya.Cumbuan mereka semakin mendalam hingga Rara hampir lupa untuk bernafas dan mula menolak dada Xavier untuk mencari oksigen.Xavier hanya tersenyum melihat isterinya yang terengah-engah menyusun nafas.

"I love you,Darilynn!!"....Xavier berbisik perlahan sebelum kembali menarik isterinya ke dalam pelukan,saling berkongsi kehangatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience