MDL18

Romance Completed 508272

Tiara menatap tajam Sofea dan Roy yang duduk bertempek dan saling berpegangan tangan.Wanita itu kelihatan manja dan mesra dengan lelaki merangkap orang penting master devil.Pening kepalanya dengan permainan yang mereka sedang mainkan.

"Jangan termenung je Angel,cepat makan!"....Rara menegur Tiara yang asyik melihat kemesraan Roy dan Sofea.Mungkin gadis itu hairan dan tertanya-tanya tentang hubungan mereka.Zaynn hanya diam memerhati tanpa bersuara.Matanya kerap kali melirik pada jam ditangannya untuk memastikan mereka mengikut masa seperti dalam perancangan mereka.

"Listen carefully Angel!"...Rara mula serius dengan bicaranya.Matanya tepat memandang wajah polos Tiara.

"My name is Zarra Darilynn binti Mateen Darin,kembar kepada Zaynn Damien binti Mateen Darin iaitu your husband!"...Tiara sudah melopong ,matanya bersilih pandang pada wajah Rara dan Zaynn.Sememangnya mereka ada iras jika Rara tidak mengenakan sebarang makeup diwajahnya.

"Sofea and Roy is husband and wife!"

"She's our cousin,Sofea Allysa!..Uncle Alexander's daughter!"....Tiara menutup mulutnya kerana dia sangat terkejut dengan kebenaran yang sebenar.Wajahnya memucat kerana terlalu terkejut,otaknya ligat berfikir negatif dengan peristiwa Zaynn,Rara dan Sofea yang duduk bersama satu bilik dalam keadaan yang mencurigakan."

"Apa kamu semua menjalankan hubungan sumbang mahram?"...

"Whatttttt!!!!"....Tiara menikus ketakutan bila ketiga-tiga figura di depannya menjerit kuat ke arahnya sedangkan Zaynn Damien sudah ketawa lepas.Gadis itu terlalu polos dan jujur dalam berbicara.Fikirannya terlalu singkat dan tidak matang untuk hadap semua wayang yang mereka sedang mainkan.Rara sudah bangun mencekak pinggang,mukanya memerah dengan statement gadis itu.Hatinya berdongkol geram dengan gadis yang sudah menjadi isteri abangnya itu.

"It's just acting sayang!"....Zaynn mencelah bila ketawanya mula mereda,namun bibirnya masih tersenyum kerana hatinya masih digeletek rasa lucu.

"Yup,semua yang kami buat adalah lakonan semata-mata untuk mengelabui mata musuh-musuh yang mengintip kami di mansion!"....Rara menyambung bicara abangnya.

"Musuh!...Who they are?"...Tiara tidak senang duduk dengan info terbaru itu.Rasa takut bila mengetahui ada ancaman yang dia tidak ketahui selama berada di mansion.

Zaynn sedikit menggeleng kepalanya bila Rara melihat ke arahnya,memberi isyarat untuk adiknya tidak memberitahu suspek utama bimbang akan merumitkan lagi keadaan.Lebih baik mereka merahsiakan siapa yang menjadi tikus mondok yang bersembunyi di mansionnya bertahun-tahun untuk menjatuhkan dan memusnahkan waris Mateen Darin.

"Kami belum kenal pasti lagi individu tersebut!"....Rara mendekati Tiara dan memegang tangan Tiara.Dia tahu gadis itu ketakutan namun Tiara sekarang sudah menjadi sebahagian daripada keluarga mereka,keselamatan gadis itu juga mungkin akan ikut terancam sama.Mereka tahu siapa musuh yang bersarang dalam mansion cuma Zaynn masih bersabar dengannya selagi dia tidak mendatangkan bahaya kepada mereka.Mereka akan segera membasmi tikus-tikus itu sedikit masa lagi.

"The most important thing here is...!"....Rara menatap lama wajah Tiara yang kelihatan tidak sabar mahu mendengar bicaranya.

"Angel perlu rahsiakan status sebenar Angel sebagai isteri Zaynn Damien!"...Tiara segera menganggukkan kepala tanpa teragak-agak kerana itu merupakan peluang besarnya untuk dia menghindari diri daripada Zaynn Damien.

"No problem!..i will keep it as secret!"...Tiara tersenyum sedikit lega.Zaynn hanya menyembunyikan senyumannya kerana dia tahu maksud isterinya yang sebenarnya.Dia lebih dulu makan garam daripada Tiara dan dia jauh lebih licik daripada gadis itu.

"You should always wear this brooch with you!...Ini mikrofon dan abang akan turut mendengar semua conversation sayang dengan semua orang!"...Zaynn menerangkan dan memakaikan brooch yang berbentuk kumbang yang dihiasi batu berwarna-warni.

"Kita perlu pulang sekarang,dah hampir pukul lima petang!"....

Tiara bangun dan kembali semula ke bilik air untuk mengambil pakaiannya tanpa sedar Zaynn turut mengikutnya dari belakang.Tangannya ligat melipat dress yang dipakainya dan di masukkan semula ke dalam paperbag yang di bawa oleh Rara.Dia berpusing untuk keluar dari bilik air.

"Argggghhh!!!".....Jeritan Tiara terhenti bila Zaynn sudah mendiamkannya dengan cumbuan yang mendalam.Bibir Tiara dilumat oleh mulut Zaynn semahunya,menyalurkan keinginan hati yang sempat tertangguh sebentar tadi.Tiara mengenggam erat baju dibahagian dada suaminya.Sedikit demi sedikit dia cuba membalas ciuman suaminya namun dia belum arif dan masih sangat kekok.Nafas mereka saling bersatu walaupun Tiara hampir kehabisan nafasnya.

"Abang akan ajar sayang lebih lagi nanti!"....Zaynn bersuara menggoda membuatkan Tiara malu sendiri.Zaynn mengucup dahi Tiara sebelum melepaskan isterinya keluar.Mereka akan pulang secara berasingan sepertimana mereka datang tadi.

***********************

"Good morning Louisa!"....Tiara menegur wanita tua itu yang sedang menyiapkan sarapan di meja makan.Wajah tua itu kelihatan sedikit pucat dan tidak bermaya.

"Are you orait,Louisa?".... Tiara menyentuh lengan wanita tua itu yang sudah berkedut kulitnya.Rasa sedikit panas bila dia menyentuhnya.

"You have a fever,Louisa!...Please sit down and wait a moment!".....Tiara memaksa wanita itu menghentikan segala pekerjaannya dan menyuruh Louisa untuk duduk dan berehat di meja makan. Sementara Tiara pula masuk ke dapur untuk memasak sedikit bubur ayam untuk Louisa sebagai alas perut sebelum makan ubat.

"Wow...wow...wow!!!"

"Tengok siapa di sini?...wanita peliharaan master yang baru!!".....

Lily dan Julie masuk ke dapur,mula menyindir Tiara dan membuat kekacauan.Tangan Tiara ditarik kuat oleh Lily hingga tubuh gadis itu terbentur ke table top.Tiara merintih sakit,terasa berdenyut-denyut di bahagian belakang tubuhnya.Tidak cukup dengan itu,periuk panas yang sedang mendidih isinya diangkat dan sengaja dibuang ke lantai hingga sedikit terpercik mengenai kaki Tiara.

"Aaaa,pedih!!"....Tiara sedikit menjerit bila rasa panas dikulit kakinya.Tiara cuba menjauhkan diri namun Lily bertindak menolaknya hingga Tiara jatuh terduduk.Tiara hanya mampu menangis dengan perlakuan kasar kedua-dua wanita itu.Lily yang belum berpuas hati sengaja menjambak rambut Tiara dan menariknya dengan kuat hingga gadis itu meraung kesakitan.

"Stop it!"...Danny dan Louisa berlari masuk ke ruang memasak dan meleraikan Lily yang masih ingin mengasari Tiara.Tiara mula membongkokkan badannya bila perutnya terasa kramp dan sakit memulas.Dahinya berkeringat menahan rasa sakit itu,tangannya juga memegang perut kempisnya.Danny cuba mendekati Tiara dan mahu mengangkat tubuh itu namun di halang oleh Louisa.Wanita tua itu cuba membantu Tiara bangun namun gadis itu sedikit sukar untuk berdiri.

"What happened here?..Angel!"...Rara sudah tercegat di depan pintu ruang memasak.Matanya terbelalak melihat keadaan Tiara dengan rambut yang kusut dan menangis kesakitan.Laju langkahnya menerpa ke arah gadis itu,wajah Tiara di dongak memandang ke arahnya.

"Who did this to her?"....Rara bersuara lantang bertanya.Seluruh badannya dipenuhi dengan amarah yang tidak bertepi.Dia akan pastikan sesiapa yang terlibat akan mendapat balasan yang lebih teruk daripada abangnya.

"Louisa help me!...Saya akan bawa Tiara ke hospital!"...Rara dan Louisa menahan tubuh kecil Tiara dan membawanya keluar dari ruangan itu.Lily dan Julie hanya mendiamkan diri.Mereka mula diserang rasa takut jika tuan mereka mengetahui tentang perkara ini.

"Danny,please help us!"...Lily memegang tangan Danny memohon pertolongan.Jika sebentar tadi mereka rasa puas hati kerana menyakiti gadis bodoh itu namun tidak lagi sekarang.Hanya rasa takut menghantui mereka saat ini.

"Kau berdua pasti akan mati kali ini!"...Danny merengus dan berlalu pergi meninggalkan wanita-wanita itu.Hatinya sakit bila melihat Tiara diperlakukan seperti itu.Jika sahaja dia berada di dapur sebentar tadi,mungkin dia boleh menghalang kejadian ini daripada berlaku.Dia pasti tuannya akan mengamuk dengan keributan yang berlaku di mansionnya nanti.Entah apa hukuman yang menunggu wanita-wanita itu.

"This is all your fault!"....Julie mula menyalahkan Lily yang mengajaknya untuk membuli Tiara walaupun dia juga sakit hati pada gadis bodoh itu namun dia belum berniat mahu menyakiti Tiara.Dia hanya ikut menyindir untuk menyakitkan hati Tiara namun dia tidak langsung mengasari gadis itu.Semua kekasaran dilakukan oleh Lily bukan dirinya.

"Aku akan beritahu master engkau yang memukul Tiara!"...Julie terburu-buru ingin melangkah pergi namun Lily bertindak menghalang wanita itu.Tangannya mencapai pisau pemotong daging dan cuba menikam Julie.Pergelutan berlaku di antara kedua-duanya.Lily yang bagai kerasukan syaitan duduk diatas badan Julie dan menikam beberapa kali tubuh wanita itu hingga terpercik darah ke mana-mana.Tubuhnya menggigil hebat bila menyedari keterlanjurannya.Pisau ditangannya terlepas dan dia mula meraung kuat.

Danny dan Jonathan yang baru ingin memulakan tugas memasak tergamam melihat kejadian itu.Danny juga tidak sangka pergaduhan sebentar tadi akan berakhir seperti ini.Fikirnya kedua-dua wanita itu sudah bersurai dan kembali ke tempat masing-masing.Jonathan berlari keluar mencari anak buah Zaynn Damien yang bertugas menjaga keamanan dan keselamatan di kawasan luar mansion.

"Danny,help me!"....Lily bersuara terketar-ketar meminta simpati.Danny menggelengkan kepala ,dia tidak mungkin melibatkan diri,dia perlu memilih nyawanya sendiri berbanding orang lain walaupun dia perlu kehilangan berapa banyak orang di sekelilingnya.Dia tidak mampu melawan master devil seperti Zaynn Damien yang mempunyai kekuasaan dan penaklukan dalam dunia kegelapan.

********************

Cromwell Hospital

Rara dan Louisa bergegas keluar dari kereta selepas pemandu memberhentikan keretanya di kawasan kecemasan.Tiara sudah longlai tidak sedarkan diri.Louisa berlari menuju ke kaunter untuk meminta pertolongan daripada petugas hospital.Beberapa ketika kelihatan Louisa kembali bersama petugas bersama wheelchair.Seorang petugas lelaki membantu mereka mengalihkan Tiara ke wheelchair sebelum mereka mengikut petugas itu membawa masuk Tiara ke ruang rawatan.

Rara menepuk dahinya kerana terlupa memberitahu Zaynn tentang kejadian ini kerana terlalu cemas dan panik.Tangannya meraba-raba mencari handphone di dalam handbagnya.Beberapa kali dia cuba menghubungi abangnya namun masih gagal.Panggilan bersambung namun tidak di jawab.Mungkin abangnya ada perjumpaan penting di syarikat hingga tidak dapat dihubungi.Rara turut menghubungi Roy dan keputusannya juga sama,jadi dia hanya meninggalkan pesanan WhatsApp dan share Location kepada Zaynn Damien.

Doktor Phillip mendekati Rara yang masih menunggu di depan bilik rawatan.Louisa sudah disuruh pulang terlebih dahulu kerana wanita tua itu juga tidak berapa sihat.Oleh kerana Doktor Phillip merupakan doktor peribadi Zaynn Damien jadi Rara menghubunginya untuk memantau keadaan Tiara nanti.

"Tiara Angela!...Who is the patient's family?"....

Rara bangun bila mendengar nama Tiara disebut.Begitu juga dengan Doktor Phillip.Mereka mengikut jururawat yang memanggil waris keluarga dan masuk ke ruangan rawatan yang menempatkan Tiara.Gadis itu terbaring lemah,masih tidak sedarkan diri.Tangan kirinya dicucuk dengan branula untuk memasukkan air drip.Kaki kanannya yang terkena bubur panas sedikit merah kesan melecur namun tidak parah hanya mengalami lecur di bahagian epidermis kulit sahaja.

Rara duduk di atas kerusi yang disediakan untuk pelawat sementara Doktor Phillip sudah menghilang ke bilik doktor yang merawat Tiara sebentar tadi untuk berbincang tentang tahap kesihatan Tiara Angela.Tangan kanan Tiara diraih dan digenggam lembut.Baru semalam gadis kecil ini menjadi isteri abangnya,hari ini sudah terjadi sesuatu seperti ini.Dia tidak dapat membayangkan bagaimana reaksi Zaynn Damien nanti bila mengetahui tentang hal ini.Bunyi handphone di dalam handbagnya mengejutkan Rara dan segera menjawab panggilan.

"Hello Abang Long!"...Rara menggigit bibirnya bila mendengar suara cemas abangnya diseberang sana.

"Angel belum sedar,masih pengsan lagi!...Doktor Phillip tengah discuss dengan doktor yang merawat Angel!"

"Abang Long datanglah cepat!"...

Rara menyeka airmata cuba menahan sebak.Hatinya rasa bersalah gagal melindungi kakak iparnya walaupun dia ada di dalam mansion yang sama tadi.Dia yakin Tiara lupa memakai brooch seperti yang di arahkan oleh Zaynn Damien akibatnya abangnya tidak dapat mengetahui apa yang terjadi pada isterinya.Tetapi mereka akan mencari tahu selepas melihat CCTV yang tersembunyi nanti.Tikus-tikus mondok itu tidak akan pernah selamat jika berani menganggu milik abangnya.

Hari ni last saya update ye...saya akan cuti 3hari untuk sambut raya korban..

Share this novel

Najihah Hashim
2021-07-22 06:04:33 

cepat lah sambung bang herman , tak tahan nak tahu apa yang jadi dekat tikus ahaha

Monalissa Lissa
2021-07-21 12:56:04 

sambung


NovelPlus Premium

The best ads free experience