"Enough Jenny!!"...Suara jerkahan itu Tiara kenal dan suara itu milik Nelson tetapi siapa pula Jenny.Setahunya tiada sesiapa yang bernama Jenny di mansion ini.
"No,I won't stop!!"
"I will take revenge for the death of my daughters!"...
Wanita itu sedikit mengeraskan suaranya pada Nelson yang cuba menghalang rancangannya.Berkali-kali dia mencuba membalas dendam namun lelaki tua ini sentiasa melindungi Zaynn Damien.
"Jalanilah masa-masa tua kita dengan tenang Jenny!"...
"Aku menjaga rahsia kau bukan kerana aku mahu bersubahat bahkan aku mengharapkan engkau benar-benar mati pada hari itu tetapi kau ternyata begitu licik menjebak saudaramu sendiri!"
"Hargailah peluang kedua yang master sisakan pada engkau selama beberapa tahun ini!"....
"Tidak!!"...Aku tidak akan tenang selagi tidak membunuh lelaki devil itu!!"
Tubuh Tiara automatik menegang dan menggigil kerana ketakutan bila dia dapat mengenalpasti suara itu.Tangannya naik menekap mulutnya sendiri kerana takut suaranya terkeluar.Kakinya melemah hingga dia tidak mampu menggerakkannya untuk melangkah walau sedikitpun.
"Ummpppp!!"
Membulat mata Tiara bila ada tangan besar yang menekap mulutnya dari belakang.Badan kecilnya disauk dari belakang dan diangkat sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah bilik yang sempit serta gelap gelita.Tiara cuba meronta dengan kuat mahu melepaskan pelukan dibadannya.
"Shuhh!...It's me sayang!!"...
Tiara berhenti meronta bila suara Zaynn Damien berbisik dibelakang telinganya.Tiara terus berhenti meronta dan tubuhnya dibalikkan memeluk tubuh sasa suaminya.Zaynn membalas pelukan Tiara untuk menenangkan ketakutan isterinya.
"I'm scared!!...I'm scared!!"
"I don't want to live here anymore!!!".....
Tiara mengadu dalam tangisannya.Dia sangat takut mahu tinggal disini lagi,terlalu banyak musuh yang bersembunyi disebalik susuk yang terlihat baik padanya.
"I'm here sayang!!...I will protect you!!"....
Zaynn mengucup ubun-ubun Tiara,cuba memujuk isterinya.Diam-diam dia mengeluh mengingatkan betapa dia panik sebentar tadi.Kebetulan dia belum keluar jauh dari mansion sebelum berpatah balik semula.Sememangnya Zaynn tiada mood untuk bekerja hari ini disebabkan emosinya terganggu dengan tingkah adik bongsunya dan menyuruh Roy kembali ke mansion.Nasib mereka baik kerana Tiara tidak terlupa untuk memakai brooch mikrofonnya.Jika tidak mungkin Tiara sudah tertangkap dan entah apa yang akan dilakukan oleh Jenny kepada isterinya bila rahsianya terbongkar.
"Hey sayang!!"
"Listen!!"
"Sayang keluar dulu dan buat macam biasa,calm down dan jangan gelabah!"
"Naik bilik abang dan tunggu abang dekat sana!"
"Don't be afraid,I will follow you from behind!"
Zaynn membuka perlahan pintu kecil itu dan matanya meliar memerhati kawasan sekitar sebelum menolak keluar isterinya.Tiara tergesa-gesa melangkah untuk naik kembali ke atas.Zaynn menggeleng kepalanya dengan tingkah Tiara,kelam kabut walaupun sudah diberitahu supaya tidak menggelabah.
Zaynn mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghantar WhatsApp kepada Rara untuk menemani Tiara sebentar.Zaynn tidak naik semula ke atas sebaliknya dia melangkah turun ke aras bawah tanah untuk ke tempat haiwan peliharaannya.Langkahnya sengaja dikeraskan semasa menuruni anak tangga supaya sesiapa pun yang berada di bawah menyedari kehadirannya.
Zaynn muncul di aras paling bawah dengan langkah yang santai.Wajahnya hanya mendatar dan dingin,tidak menunjukkan sebarang ekspresi.Riak terkejut jelas terpancar pada wajah-wajah itu namun Zaynn mengabaikannya.
"Master!!"....Nelson menundukkan kepalanya sedikit.Zaynn hanya menganggukkan kepalanya dan melangkah ke sofa ruangnya berehat dan bermain dengan anak emas peliharaannya.Mata helangnya tidak lepas memandang wajah-wajah di depannya sebelum dia bersuara.
"What are you doing here?"
"Continue your work now!!"...Zaynn bersuara lantang.
"Yes master!"....Wanita itu terus memusingkan badannya dan beredar naik ke atas semula.Zaynn mengambil telefon bimbitnya di poket dan membuka CCTV yang sudah disambungkan ke telefonnya untuk mudah memantau keadaan isi mansionnya.Bila dia yakin tiada sebarang pergerakan yang mencurigakan di kawasan berdekatan dengan mereka,baru dia membuka mulut.
"Nelson,are you one of them?"....Nelson mengangkat wajahnya memandang wajah bekas menantunya.Ada sedikit riak terkejut diwajah tua itu bila Zaynn Damien bertanya sebegitu.Adakah tuannya sudah dapat menghidu tikus-tikus mondok yang bersembunyi di sini.
"No master!"...Nelson menjawab penuh keyakinan.
"So you already know who they are!"
"Yes master!"...Nelson menjawab perlahan.Dia rasa bersalah kerana menyembunyikan rahsia itu namun dia juga tiada pilihan kerana nyawanya juga menjadi taruhan disini.
"Good!!..I trust you!!"
*****************
"Rara,saya tak nak tinggal di sini lagi please!"
"Saya takut!...Tolong bawa saya pergi jauh dari sini!"....
Tiara masih menangis dalam pelukan Rara.Tiara tidak yakin dia mampu bertahan untuk tinggal sebumbung dengan mereka.Bagaimana jika mereka dapat tahu tentang status dirinya yang sebenarnya.Dia bukan seorang pelakon yang hebat seperti Rara dan Sofea.Perutnya diusap lembut,rasa risau mula membelenggu dirinya.
"Don't worry Angel!"
"Abang Long will protect us from them!"
"Jadi master sudah tahu siapa mereka?"...Tiara semakin terkejut dan kehairanan bila Rara mengangguk kepala untuk menjawab soalannya.
"Kenapa master tak ambil tindakan?"
"Abang Long masih memberikan mereka peluang selagi mereka tidak mendatangkan bahaya kepada kita!!"
"Tetapi mereka berniat jahat dan berdendam dengan master!"...Tiara kegeraman dan sedikit kesal kerana mereka memandang ringan terhadap musuh dalam selimut di mansion ini.
"Hey calm down!!"...Rara sedikit geli hati melihat kemarahan di wajah Tiara hingga pipinya merona kemerahan.
"Krekk!!"...
Zaynn masuk dengan riak bersahaja seperti tiada apa-apa yang terjadi walaupun wajah Tiara nampak takut dan tidak tenang.Zaynn dengan selambanya membuka kot dan baju kerjanya di depan mereka membuatkan Tiara berpaling ke arah lain.Rara hanya tersenyum kecil melihat gelagat mereka.Seorang duda terlebih hot dan seorang lagi bagaikan anak dara sunti walaupun bakal menjadi ibu tidak lama lagi.Zaynn bergerak ke arah balkoni di biliknya dengan hanya memakai seluar slack tanpa berbaju menampakkan kulitnya yang cerah dengan bentuk badan yang berotot.
"Stay here!...Jangan lari!!"...Rara turun dari katil dan bergerak ke pintu untuk keluar dari bilik abangnya.Tiara masih kaku di atas katil,tidak berani mahu mengangkat kepalanya.
"Sayang,come here!...I'll show you something!"...Zaynn tersenyum di pintu balkoni,senyuman devil itu bagaikan memukau matanya untuk menatap dan terus menatap wajah tampan itu.
"Hey!!"....Zaynn memetik jarinya didepan muka Tiara menyebabkan isterinya tersedar dari terus hanyut dalam lamunannya.Terkebil-kebil mata bulat Tiara memandang suaminya yang sudah berada di depannya.Dia hanya menurut bila Zaynn menarik tangannya turun daripada katil menuju ke balkoni.
"Oh my god!...Masya Allah!"...it's so beautiful!!"...Tiara teruja melihat taman larangan milik Zaynn Damien yang terlihat seperti sebuah lukisan bila dilihat dari tempat yang tinggi.Hanya bilik Zaynn Damien yang mempunyai balkoni yang menghadap ke arah taman larangannya.
"Mawar Maleana!!"....Tiara berbisik perlahan nama anak syurga Zaynn Damien membuatkan Zaynn tersentak seketika.Tiara menutup matanya menitipkan bacaan Al-Fatihah.
Kucupan di bahunya menyedarkan Tiara dengan kehadiran Zaynn Damien.Hatinya terasa sebak bila membayangkan saat-saat akhir anak itu bagaimana seksanya diracuni oleh ibunya sendiri dengan ubat tidur yang berlebihan.Hanya kerana ingin melayani nafsu dan bimbang terganggu dengan anaknya.Apakah masih wujud ibu seperti itu di dunia ini?
"You know about her?"....Zaynn memeluk tubuh kecil Tiara dari belakang dan mencium ubun-ubun isterinya.Haruman yang terbit dari syampu dirambut Tiara disedut dalam.
"Hmmmm!!!"....Tiara beralih memusingkan badannya mengadap ke arah suaminya.Tiara mendongak memandang wajah suaminya yang menunduk ke arahnya.Tangannya naik membelai pipi suaminya,mata mereka saling bertaut cuba menyelami hati masing-masing.
"You are a good father to her!"....Tiara berjengket dan merendahkan sedikit kepala suaminya.Dahi suaminya dikucup lama.Tertutup mata mereka menikmati rasa indah yang menjalar di hati masing-masing.
"I love you sayang!"...Zaynn melekapkan tangan kirinya di pipi gebu Tiara,ibu jarinya mengusap lembut hujung bibir isterinya sebelum menunduk dan menindih ulas bibir mungil Tiara.
************************
Tiara mengawal tangannya yang menggeletar ketika dia menyusun makanan di dalam tray makanan.Badannya jadi seram sejuk dengan pandangan seseorang kepadanya.
"Ya Allah,bantulah aku bertenang!"....
"Are you okay Angel?"....Boy mendekati Tiara dan bertanya prihatin.Dahi Tiara sudah terbit peluh dingin.
"Ya saya okey Boy!...Saya cuma rasa pening sedikit!"...
"Awak nampak sangat pucat Angel!"...Semua mata terarah pada Tiara menyebabkan gadis itu semakin menggelabah.Danny juga turut mendekati Tiara dan meletakkan belakang tangannya di dahi Tiara.Boy tidak senang dengan cara lelaki itu melayan kakak iparnya.
"Errr....saya nak naik hantar makanan dekat master!"....Tiara menepis perlahan tangan Danny menjauhi mukanya.Wajah lelaki itu berubah riak,matanya tajam menatap wajah Tiara.Rahangnya diketap kuat menahan rasa marah kerana Tiara sering menolak kehadirannya walaupun dia melayan gadis itu dengan baik.Egonya bagai tercabar bila gadis itu menolaknya secara terang-terangan.Tiara segera keluar dari kawasan dapur dan melangkah laju ke arah tangga.
Danny yang tidak dapat menerima penolakan demi penolakan Tiara mengejar langkah Tiara.Boy yang melihat tingkah lelaki itu turut mengikut dari arah belakang,bimbang Danny melakukan sesuatu pada Tiara.Danny yang dikuasai rasa amarah bagaikan lupa di mana dia berada dan dengan siapa yang dia bakal hadapi.Tangannya terus merentap tangan Tiara.
"Arghhh!!!"
"Pranggg!!!!"....
Terlepas dulang dari pegangan tangan Tiara.Badannya terdorong sedikit ke belakang. Pergelangan tangannya dicengkam kuat oleh Danny.Wajah lelaki itu menggelap bila sudah berdiri bertentangan dengan gadis kecil itu.Tiara turut membalasnya dengan pandangan marah.Dia sangat marah saat ini kerana lelaki ini hampir membahayakan kandungannya.Dadanya berombak kasar.
"Lepas!!"...Tiara memekik kuat,tangannya cuba ditarik dari pegangan Danny namun tenaga lelaki itu lebih kuat daripadanya.Matanya mencerlung marah melihat wajah bengis didepannya.
"Kenapa awak selalu reject saya Tiara?"
"Saya tak cukup baik layan awak ke selama ini?"...Danny menjerkah Tiara yang berani menaikkan suara padanya.
"Abang Danny janganlah macam ni!...Benda boleh bincang!"...Boy mencelah dan cuba meleraikan cengkaman tangan lelaki itu pada tangan Tiara.Boy berdiri betul-betul di belakang Tiara,berwaspada untuk sebarang kemungkinan yang berlaku.
"Kau diam Boy!!"....
"What's your problem Danny!"...
"Apa yang kau nak sebenarnya?"...Tiara menyoal garang.Wajahnya cukup membahang kerana rasa marah yang memenuhi rongga badannya.
"I just want you to be mine!"...
"Pangg!!!"
Danny dan Boy terkedu dengan tamparan yang dilayangkan oleh Tiara pada lelaki itu.Tiara bernafas laju melawan rasa marah dan juga terselit rasa takut dalam dirinya.Bibirnya bergetar dan matanya sudah mengalirkan airmata.
Zaynn dan Roy sudah berdiri di hujung tangga bertentangan dengan mereka yang sedang bertengkar.Tangannya yang memegang pistol menggeletar menahan marah.Terasa ringan tangannya mahu menembak mati Danny namun Roy tetap menahan tangannya.
"I am a married woman Danny!!"....Semua orang terbungkam bila ayat itu meluncur dari bibir Tiara malah Zaynn Damien juga terkejut dengan apa yang didengarinya.Jantungnya bagaikan berhenti berlari menunggu pengakuan yang bakal isterinya bongkarkan.
"Angel!!"....Rara menjerit dari atas.Terburu-buru Rara berlari turun mahu mendapatkan Tiara Angela sebelum gadis itu meneruskan kata-kata.
"Awak dah kahwin!!"....Danny bagaikan terpana tidak percaya.Cengkaman pada tangan Tiara melonggar dan terlepas dari tangan Danny.
"Ya,saya dah berkahwin sebelum saya ditawan di sini atas kesalahan suami saya!"
"Saya memilih menjadi seorang hamba kerana saya adalah seorang wanita yang sudah memiliki suami!"....
"Puas hati awak hah!!!"....Tiara menjerit kuat dan terus berlari naik ke atas tanpa mempedulikan semua orang yang terkaku di tempat masing-masing.Zaynn Damien yang turut melihat kejadian itu menghela nafas lega atas kepintaran isterinya memutar belitkan kenyataan yang sebenarnya.Diam-diam bibirnya mengukir senyuman nipis.Hatinya bersorak kemenangan kerana selepas ini tiada sesiapa akan cuba menggoda Tiara lagi kerana statusnya dan hasrat adik bongsunya untuk berlakon menjadi kekasih Tiara automatik terbatal.
"Clever girl!!"
Share this novel