KOTA LONDON
Tiara Angela tersenyum manis membelek cincin berlian di jari manisnya.Senyumannya begitu mekar menghiasi wajah gadis itu,menzahirkan rasa gembira dan bahagia dalam dirinya.Hatinya lega kerana mengambil keputusan untuk terbang ke Kota London bertemu dengan kekasihnya Xavier Anderson walaupun keputusannya di tentang hebat oleh kawan baiknya Jessica.
"Are you happy love?"
"Hmmm!!!...I love you Xavier!"...
Tiara membalas pelukan kekasihnya yang sedang mengucup kepalanya sedangkan lelaki itu masih berperang dengan batinnya kerana rasa bersalah yang menghantuinya.Kecurangannya yang masih berjaya dia sembunyikan dengan rapi dari pengetahuan Tiara Angela.Namun hatinya sedikit lega dengan mengikat gadis kelahiran Indonesia ini sebagai tunangannya walaupun secara tidak rasmi.Mereka berlainan agama namun kerana cinta Xavier dan rasa ingin memiliki gadis secantik Tiara Angela,Xavier Anderson sanggup mengikut kefahaman agama gadis itu,namun masih dalam perancangannya.
Tiara hanya membiarkan Xavier mengucup tangannya sambil sebelah tangannya memegang stereng kereta.Mata kebiruan Xavier fokus memandang ke jalanraya kota london yang sangat sesak dengan kenderaan.Bangunan-bangunan pencakar langit begitu pesat disekeliling jalan,sepanjang perjalanan mereka hingga tiada hidupan hijau kelihatan.Tiara masih dengan perasaan bahagianya kerana di lamar oleh Xavier.Terasa berbaloi kerana mempertahankan hubungan mereka walaupun bestfriendnya Jessica dan abang angkatnya Jackson Chow melarangnya keras datang bertemu dengan Xavier kerana mereka menuduh Xavier mengkhianati perhubungan mereka dan berselingkuh di belakangnya.
Tiara menyandarkan kepalanya ke dada Xavier bila tangan kekar lelaki itu menyauk bahu Tiara ke arah tubuhnya.Jelas kedengaran detak jantung Xavier yang laju memalu di dadanya.Tiara memejam matanya menghayati bunyi irama dari dada kekasihnya merangkap tunangannya.
"I love you,love!"...Xavier mengucup pucuk kepala Tiara dan gadis itu masih menutup matanya di dada lelaki tampan itu.
"I love you more Xavier!"....
Tiara berbisik perlahan dan mengucup dada kekasihnya.Wangian maskulin lelaki itu memenuhi rongga deria baunya,begitu menggoda jiwa seorang anak gadis sepertinya yang baru mencecah umur 21 tahun.Lebih-lebih lagi Xavier Anderson merupakan cinta hatinya yang pertama.
Tiara dan Xavier sudah berhubungan percintaan jarak jauh selama hampir dua tahun lamanya.Tiara menetap di Indonesia bersama dengan kawan baiknya Jessica manakala Xavier pula di Kota London meneruskan perniagaan keluarga Anderson.Keluarga Anderson sememangnya keluarga yang cukup kaya dan Xavier sendiri mempunyai syarikat dan hidup penuh dengan kemewahan dengan hasil titik peluhnya sendiri.
Tiara Angela tidak sangka Xavier Anderson akan melamarkan secepat ini,sekaligus menidakkan tuduhan-tuduhan kecurangan yang di lemparkan oleh Jessica dan Jackson.
"I akan lamar you secara rasmi nanti,bersabarlah love!"....
Tiara hanya mengangguk kepalanya mengiakan kata-kata kekasihnya.Perjalanan mereka berakhir bila lelaki itu membelok masuk ke arah syarikatnya.Mereka berjalan beriringan mesra menuju ke ruangan pejabat Xavier Anderson.
*********************
"Tok....Tok....Tok!!"
"Come in!"...Xavier bersuara agak kuat membenarkan orang itu memasuki ruangan pejabatnya.Seorang wanita yang sangat seksi dan cantik melangkah masuk untuk memperingatkan bosnya tentang jadual kerja lelaki itu.
"Maaf tuan,sekejap lagi ada mesyuarat penting dengan pelabur-pelabur syarikat!"
"Oh!,Baiklah!..."
"Love,I tinggal you sekejap untuk mesyuarat boleh?"...
"Boleh sayang!..Don't worry about me,I'll be fine!"...
Tiara hanya tersenyum dengan wajahnya yang polos dan suci.Jasmine pula melirik dengan wajahnya yang sombong ke arah Tiara yang tersenyum ke arahnya.Jelingan dan lirikan mata Jasmine dapat menangkap kilauan cincin berlian di jari manis kiri Tiara Angela.Muka Jasmine berubah riak walaupun dia jelas tahu tentang hubungan majikannya dengan gadis yang kelihatan bodoh dan naif itu.Xavier mengucup dahi Tiara sekilas dan bergegas keluar untuk ke bilik meeting.
Jasmine hanya memusingkan matanya ke atas tanda menyampah bila melihat wajah majikannya yang berbunga-bunga dengan senyuman.Dasar lelaki playboy yang hanya tahu memujuk rayu wanita-wanita dan gadis yang di lamarnya ternyata terlalu bodoh untuk mengesan kecurangan kekasih hatinya dengan cara disogokkan sebentuk cincin dan sebuah lamaran.Jasmine cukup tahu kebusukan Xavier di belakang kekasihnya itu kerana dia merupakan kawan baik kepada lelaki itu.
Lirikan mata tajam Jasmine membuatkan Xavier mendecit tidak suka.Dia tahu maksud pandangan wanita itu,tentunya Jasmine sudah tahu tentang cincin berlian di jari Tiara Angela.Xavier mendengus kesal dan membalas pandangan Jasmine secretary yang merangkap kawan baiknya.Xavier tidak suka Jasmine mencampuri hal peribadinya malahan wanita galak itu juga sering menggodanya ke ranjang.Walaupun kebusukan dan kecurangannya Xavier di belakang Tiara Angela namun lelaki itu bersungguh-sungguh mahu mengikat gadis itu menjadi miliknya seikhlas hati kerana dia sangat mencintai Tiara Angela.
"What's your problem Jasmine?"....Xavier bertanya dengan serius namun langkahnya masih melaju ke tempat yang perlu dia tuju.
"What do you care about me?....Cincin berlian tu nampak sangat bagus dan harganya mestilah sangat mahalkan?".....Jasmine sengaja membuat Xavier kesal dengan menyindir lelaki itu.
"Jadi apa yang kau beri untuk perempuan jalang yang setiap malam menghangatkan dan melayanimu di ranjang?"...Xavier berhenti melangkah dan berhadapan dengan Jasmine yang sudah dikuasai emosi.
"Tidak perlu aku nyatakan seberapa banyak aku laburkan harta aku kepada wanita jalang yang menemaniku diranjang setiap malam bahkan melebihi nilai cincin berlian yang aku sarungkan pada jari kekasihku!"
"Kenapa?....Wanita jalang itu mahu cincin berlian?"...Xavier bertanya dengan sinis melihat riak wajah Jasmine yang sudah berubah warna.
"Maybe!"....Jasmine menjawab pantas.
"Sampaikan pesan ku pada wanita jalang itu,guna duit yang aku bayar perkhidmatannya melayan malam-malam aku dengan bijak bukan menghabiskan hasil menjual tubuhnya dengan berjudi!"
"Suruh dia berhenti berjudi hingga hutangnya sudah sekeliling pinggang.Jangan sampai aku tidak ingin melanggani wanita jalang itu lagi!"....Xavier tersenyum sinis bila Jasmine terlihat marah dengan ugutannya.
"Kau mengancam dia!"....Jasmine mengepal tangannya menahan suaranya yang bagaikan mahu menjerit menyumpah Xavier.
"Jika kau mengancamnya,kau tak takut dia memberitahu dan membocorkan semua perbuatan busuk kau di belakang Tiara Angela?".....
Jasmine berkata lantang dengan matanya yang tajam memanah anak mata kebiruan Xavier.Xavier menghentikan langkahnya dan kembali mengadap Jasmine.Dia sudah lelah mahu melayan perempuan jalang itu yang mengejarnya hampir setiap malam.Xavier sudah tidak peduli dengan wanita yang hanya menjual tubuhnya demi mendapatkan wang untuk kebutuhannya yang terlalu suka berjudi.
"Jika dia berani mencari masalah dengan kekasihku,aku akan membunuhnya dengan tangan aku sendiri!"
"Jadi berhenti mengancam aku dan jangan cuba-cuba membocorkan rahsia aku!"....Xavier menatap tepat di wajah Jasmine yang masih berani melawan pandangannya yang seperti mahu membunuh orang saat itu.
"Wanita jalang tetaplah wanita jalang,jangan berangan mahu menjadi sebahagian dari keluarga aku.Kau hanya pemuas nafsu ku diranjang bukan untuk menjadi isteriku!"....Xavier menjeling tajam Jasmine dan menyambung langkahnya ke bilik mesyuarat.
************************
Tiara Angela bermalasan di ruangan pejabat Xavier.Matanya melirik gambarnya yang dipeluk oleh Xavier ketika lelaki itu bercuti ke Indonesia.Hatinya berbunga mekar bila kekasihnya menjadikan gambar mereka sebagai penemannya di meja kerja lelaki itu.Xavier melayannya sangat baik dan dia yakin lelaki itu menyayangi dan mencintainya sepenuh hati,jadi segala kata-kata Jessica yang memintanya untuk meninggalkan Xavier dia akan cuba tepis dan mempertahankan hubungan mereka dengan membuktikan tuduhan kawan baik dan abang angkatnya salah tentang Xavier namun dia sedikit ralat bila menjumpai sesuatu di dalam laci meja kerja milik Xavier.
"Nice ring!"....Tiara tersentak dengan teguran Jasmine yang tiba-tiba.Mungkin dia berangan hingga tidak perasaan secretary Xavier sudah masuk ke bilik itu.
"Thank you!...Ini cincin lamaran dari Xavier!"....Tiara tersenyum manis sambil jarinya mengusap lembut berlian yang berkilauan di jari manisnya.Jasmine mengetap kuat rahangnya bila rasa terbakar dadanya melihat kebahagiaan gadis naif itu.Tangannya mengenggam membentuk penumbuk,jiwanya memberontak seperti mahu merampas cincin berlian itu dari Tiara Angela.
"Shittt....That ring should be mine!"....Suara batin Jasmine bergema dalam tubuhnya sendiri.Tangannya terlihat sedikit menggigil menahan amarah yang bergejolak di dalam dadanya.
"Love...!!!!".....Xavier melangkah masuk dan mendekati Tiara Angela.Tubuh gadis itu dipeluk erat dan matanya naik menikam wajah Jasmine memberi amaran dan isyarat supaya meninggalkan mereka.Namun Jasmine masih berdiri kaku ditempatnya enggan mengikut arahan bosnya.Wajah Xavier mula berubah bengis,hatinya terdetik risau jika Jasmine membocorkan rahsia kecurangannya yang memiliki wanita lain kepada Tiara.
"Love,jom balik!...I hantar you rumah Tina!"...
"Jessica asyik ganggu and warning I jangan apa-apakan you!"...
"She too much,love!...I hate her!"
Xavier mengadu seakan berbisik dan menggoda gadis kesayangannya.Tiara hanya ketawa kecil melayan kekasihnya yang cuba mencari perhatian baginya,tanpa sedar Xavier cuba menyakitkan hati Jasmine yang melihat kemesraan mereka dengan penuh dendam dimatanya.
"Don't said like that!..She's my best friend!"...Tiara Angela memukul perlahan dada Xavier,dia tidak senang bila lelaki itu berkata sedemikian terhadap kawan baiknya.Tiara tahu Jessica risaukannya yang tiba-tiba melarikan diri datang bertemu dengan Xavier walaupun tanpa kebenaran abang angkatnya yang selalu melindungi dirinya.Xavier hanya ketawa lepas bila wajah gadis kesayangannya mula mencebik tanda merajuk.
"Let's go love!"...Xavier merenggangkan pelukan dan mencapai keperluannya sebelum merangkul erat pinggang Tiara Angela dan mengorak langkah meninggalkan Jasmine yang terhenyak dengan rasa sakit hati.
"Awas kau Xavier!!!".....Jasmine mendengus marah.
MDL mengandungi mature contain,jadi sesiapa yang tidak boleh menerima cerita sebegini diminta jangan membaca karya ini.
Share this novel
Selalu hermey suka update chapter tgh malam kan. sy punya xsabar nak tahu sambungan cerita ni, kalau terjaga tgh malam tengok henset.. kalau dah update sanggup celik mata baca..terima kasih ya hermey kerana awak update hari2
cepat taksabarrrr
selamat hari raya Aidil Adha sis❤️