Flashback
Country Height,Kajang
Zaynn duduk bersantai di ruang istirehat di balkoni villa milik keluarganya.Kawasan villa yang berstail resort yang luas,diselubungi rimbunan hijau tropikal dan mempunyai tanaman landskap yang indah terbentang didepan mata.Sudah tiga hari dia di sini,menghilangkan diri dari mansionnya terbang pulang ke bumi Malaysia setelah sepuluh tahun tidak pulang ke sini.Hanya jasadnya berada di bumi Malaysia,namun hati dan jiwanya bagaikan tertinggal di mansionnya di United Kingdom.
"I miss you badly Angel!"....Zaynn berbisik perlahan hanya untuk dirinya sendiri.
"Who is that lucky girl,abang long?"...Teguran mamanya,Thalia Rose mengejutkan Zaynn yang leka mengelamun jauh hingga lelaki itu tidak sedar kehadiran mamanya.
"My Angel,Tiara Angela...and she will be my wife soon!"....
Zaynn sudah nekad dia akan jadikan Tiara isterinya yang sah walaupun gadis itu menolaknya.Dia ingin memiliki wanitanya secara mutlak,kerana itu dia pulang ke tanah air untuk memaklumkan pada keluarganya.
"Boleh mama dan papa jumpa that lucky girl?"...
"No need mama,you will meet her after Angel becomes my wife!"...
Thalia terdiam dengan bicara dingin anak sulungnya.Sisi wajah anaknya diperhatikan lama,menghilangkan rasa rindu yang bersarang dalam hati seorang ibu.Thalia tidak berkecil hati dengan Zaynn kerana dia tahu seberat apa derita dan keperitan yang harus anaknya hadap dalam tempah masa sepuluh tahun ini.
"Orait son!...Jangan tunggu lama-lama,mama dan papa dah tua takut tak sempat...!"....
Suara wanita itu sedikit bergetar,rasa sebak mula menghurung hatinya.Zaynn yang menyedari kesedihan mamanya berpaling mengadap wajah mamanya yang semakin di mamah usia namun terlihat masih jelita pada pandangannya.Tubuh langsing mamanya di bawa ke dalam dakapannya untuk meredakan kegalauan hati wanita itu.
"I'm sorry mama!"...
Zaynn mengucup kepala mamanya,rasa bersalah kerana menyebabkan wanita yang melahirkannya kesedihan seperti ini. Tangisan mamanya semakin kuat kedengaran hingga papanya Mateen dan adik bongsunya,Zafran Daris bergegas mendapatkan mereka.
"What happened son?"...Mateen mendekati anak dan isterinya yang saling berpelukan.Isterinya yang sedang menangis ditarik perlahan ke arahnya.Risau jika isterinya sakit ataupun terluka.
"Why sayang?"...Mateen mengamati wajah sendu Thalia,cuba mencari punca kesedihan cinta hatinya.Thalia menggeleng perlahan,masih tenggelam dalam emosinya.
"Sayang nak cucu macam Mawar Maleana!"....Semua yang mendengar terpempan membisu tanpa bicara.
"Oh my god sayang!...Hubby boleh bagi baby bila-bila masa kalau sayang bagi green light hubby kahwin lagi satu!".....
Mateen cuba berseloroh mengusik isterinya,cuba mengusir segala rasa sakit kehilangan yang pernah mereka lalui sedekad yang lalu.Mata tuanya beralih pada wajah dingin anak sulungnya,mata mereka bertaut dan Mateen yakin ada sinar baru yang hadir dalam hati anaknya.Sinar matanya menggambarkan rahsia yang tersembunyi jauh di lubuk hati si devil.Ketawa mereka akhirnya pecah jua dengan gurauan dan rajuk pasangan tua yang masih romantis,setia dalam hubungan berumahtangga.
*****************
Intercontinental Bali Resort
Zaynn berjalan penuh keyakinan dengan gaya penampilan maskulin yang agak santai namun berjaya menarik banyak mata wanita nakal untuk mencuri pandang ke arahnya.Zaynn hanya memakai kemeja fit berwarna putih dengan Jeans skinny berwarna kelabu.Cermin mata hitam jenama Rayban bertenggek ditulang hidung mancungnya menambah lagi ketampanannya.
Dari jauh seorang lelaki melambai tangan ke arah mereka.Roy mengangkat tangan sebagai tanda menerima isyarat.Zaynn melangkah santai dengan tangan kirinya menyeluk poket seluar.Langkah mereka terhenti di depan dua susuk lelaki yang sedang berdiri menyambut kedatangan mereka,informernya dan bakal abang iparnya.
"Nice to meet you Jackson Chow!"....
Zaynn menghulurkan tangan kekarnya untuk berjabat salam.Anak muda yang bermata sedikit sepet dan berkulit cerah didepannya sedikit tersentak dengan teguran suara garau Zaynn.
"Nice to meet you too Mr.Zaynn Damien!"....
Jackson sedikit gugup berhadapan dengan figura di depannya malah dia sempat mengagumi ketampanan lelaki didepannya dengan menampilkan sisi macho seorang lelaki bertubuh sasa dan atletis.
"You already know why I'm here right Mr.Jackson!"...Zaynn memulakan bicara bila anak muda di hadapannya masih mendiamkan diri tanpa sebarang bicara.Jackson mengangkat wajahnya dan mengangguk kepala.Dia mula menegakkan duduknya untuk perbincangan yang lebih serius.
"What about my sister?Does she agree to be your wife?"....Jackson masih tidak yakin untuk melepaskan adik angkatnya pada lelaki di hadapannya kerana dia tidak mengenali lelaki itu.Cuma dia menghormati cara lelaki ini yang cuba mencarinya melalui orang yang dihantar untuk mencari waris keluarga Tiara Angela dan datang sendiri berjumpa muka dengannya.
"She has no other choice,if she wants to be safe from Xavier,so she has to marry me!"
"I will protect her from Xavier!..Trust me!"...Zaynn bersuara sedikit tegas bila mendengar keraguan dalam bicara lelaki itu.
"I want to see my sister first!"...
"No,you can't Mr.Jackson!...You can see her after we get married!"....Jackson terbungkam dengan ketegasan dan aura kedinginan yang terpancar pada figura di depannya menyebabkan dirinya berada dipersimpangan.
"I came here to ask your permission not discussion Mr.Jackson!"....Zaynn bangun dari duduknya dan berdiri sambil menghulurkan tangannya untuk mengundurkan diri.
"Awak boleh berfikir dahulu dan beri jawapan secepatnya kepada informer saya!"
"I do not accept any rejection Mr.Jackson!"....Zaynn mengenggam kemas tangan pemuda itu.Berkedut dahi Jackson menahan rasa sakit ditangannya.Ini bukan berjabat tangan tetapi gusti tangan namanya.
********************
Satu bulan kemudian,
Tiara menyusun makanan yang sudah di disediakan oleh Danny dan dua lagi tukang masak ke atas troli.Bibirnya diketap rapat bila rasa mual mula menjolok anak tekaknya.Perutnya yang rata dipegang bila rasa sebu membuatkan isi perutnya bergelodak.
"Tiara,are you orait?"...
Danny mendekati Tiara yang nampak gelisah dan tidak selesa.Namun entah kenapa,saat lelaki itu merapat,rasa loyanya semakin bertambah-tambah menyeksanya.
"Please stop Danny!... Don't come close to me!!".....
Tiara menjauh bila hidungnya tidak boleh menerima bau yang datang daripada lelaki itu.Kolam matanya sudah banjir dengan airmata menahan isi perutnya daripada keluar.Dadanya naik turun menyusun nafas.
"What's wrong Tiara?"....
Tiara hanya menggelengkan kepalanya dan berlari ke tangga untuk naik ke biliknya.Dia sempat terserempak dengan wanita-wanita peliharaan tuannya semasa mahu naik ke atas namun dia teruskan langkahnya tanpa mempedulikan mereka.Dia akan segera kembali melayan mereka selepas mengeluarkan isi perutnya nanti.Tiara masuk ke dalam biliknya dan segera masuk ke bilik air.Dia sudah tidak mampu menahannya lagi.
"Uwekkk....!!...uwekkk!!"....
Tiara memuntahkan segala isi perutnya,tertunduk-tunduk gadis itu dibuatnya.Setelah tekaknya terasa lega,dan rasa loya sudah menghilang,dia segera membersihkan mukanya.Tiara menilik wajahnya di cermin sekilas pandang,menyanggul tinggi rambutnya yang berantakan dan mengoleskan sedikit bedak compact di wajahnya supaya kelihatan lebih fresh dan lebih bermaya.Setelah yakin tiada yang akan perasaan keadaannya yang sebenar,Tiara kembali turun untuk meneruskan kerjanya yang tertangguh.
"Mana kau pergi hah,perempuan bodoh?"...Julie meradang dan bangun menarik lengan Tiara dengan kuat.
"Aku dah lapar tahu tak!"...Lily pula yang membentak dan mendorong kuat tubuh Tiara namun Sofea pantas menarik tangan Tiara dan menahan tubuh kecil gadis itu daripada tersungkur jatuh.
Rara yang duduk jauh daripada kedudukan Tiara mengenggam erat tangannya,dia bangun dan menerpa ke arah Lily,kedua tangannya mula menarik rambut wanita itu dan mereka mula bergasak sesama sendiri.Julie yang mahu masuk campur dihalang oleh Sofea namun wanita itu tetap degil dan menyerang Rara.
"Stay away!"...Sofea memberi amaran pada Tiara sebelum dia masuk campur cuba meleraikan pergelutan diantara ketiga-tiga wanita itu.Bunyi bising dari keributan yang terjadi menarik perhatian Zaynn Damien dan Roy.
Sofea yang berniat mahu meleraikan pergaduhan pada mulanya turut terjebak dan membelasah Julie yang sama-sama menyerangnya.Tiara berlari ke dapur meminta bantuan,Danny dan Loiusa tergesa-gesa mengekori Tiara ke dining room.
"Stop fighting!!!"...Roy menjerkah wanita-wanita peliharaan tuannya yang sedang galak bergusti tanpa menghiraukan arahannya.
Zaynn Damien hanya memandang scene itu dengan riak bersahaja sambil berpeluk tubuh.Hatinya sedikit terhibur dengan pertelingkahan mereka.Dia tidak perlu risaukan Rara,wanita itu ada ilmu taekwondo cuma dia berpura-pura menjadi seorang yang lemah.Tiada satu pun pukulan yang berjaya mengenai tubuhnya,malah dia yang mengambil kesempatan melepaskan geram dengan menampar dan menumbuk muka Lily.
"Danny,help them!"....Tiara kehairanan bila Danny langsung tidak bergerak.Lelaki itu hanya melihat sahaja kejadian itu tanpa berniat mahu membantu.
"Please stop!"...Tiara perlahan-lahan maju ke depan,cuba menolong walaupun Zaynn dan Roy hanya melihat tanpa meleraikan pergelutan mereka.Dia rasa bersalah kerana dirinya menjadi punca pergaduhan ini berlaku.
"Stay away!!!"....Sofea and Rara menjerit serentak ke arah Tiara yang semakin mendekat hingga langkahnya terkaku ditempatnya berdiri.Louisa mendekati Tiara dan membawa gadis itu menjauh kembali bila mendapat isyarat daripada tuannya.
"Orait,enough already!!"...Zaynn bersuara lantang,serta merta pergaduhan mereka berempat terhenti.Pakaian dan rambut mereka berantakan,hanya bunyi nafas kasar yang keluar dari mulut keempat-empatnya.Sofea dan Rara berdiri dan membetulkan kembali pakaian dan rambut mereka,sedangkan Lily dan Julie masih tergolek di lantai menangis kesakitan.
"Serves you right bitch!!"....Rara menyumpah dan meludah melepaskan geram dan sakit hatinya yang sudah lama membengkak di hatinya.
"All of you,come to my office now including you Tiara!"....
*******************
"Loiusa,I'm scared!"....
Tiara berbisik perlahan bila bergandingan dengan wanita itu naik ke ruang pejabat Zaynn Damien.Louisa tidak membalas hanya menepuk-nepuk tangan Tiara untuk menenangkan gadis itu kerana dia sendiri tidak tahu sebab mengapa mereka dipanggil.Keributan seperti ini baru pertama kali terjadi,jadi dia tidak tahu apa tuannya akan lakukan.Danny juga mengikuti mereka dari belakang.
Danny membuka pintu dan mereka melangkah masuk ke ruang peribadi Zaynn Damien yang sangat luas.Tiara juga belum pernah masuk ke sini kerana hanya Louisa yang melayani semua keperluan lelaki itu.Keempat-empat wanita peliharaan tuannya sudah berada di dalam ruangan itu.Mereka hanya menunduk,bagaikan pesalah yang menunggu hukuman dari tuannya atau mungkin mereka ketakutan dengan si devil yang sedang menggosok pistol antik ditangannya.
"Master,semua sudah sampai!"....Roy bersuara memecah keheningan diantara mereka.
"Anyone explain what happened just now!"....
Zaynn membuka mulutnya membuka bicara.Mata helangnya cukup tajam memerhatikan setiap wajah yang berada di dalam ruang peribadinya.Matanya berhenti dan statik pada Tiara Angela.
"You Angel!...Explain now!"....Suara garang Zaynn mengejutkan Tiara bila namanya di seru oleh lelaki itu.Seram sejuk badannya kerana rasa takut mula menyelimuti hatinya.
"I'm sorry master!....Salah saya kerana lambat menyediakan sarapan untuk wanita master."
"Not my woman but my mistress!"...Zaynn bersuara lantang mencelah bicara Tiara.Terdiam terus Tiara,badannya terus merapat ke arah Louisa,lengan wanita tua itu dipeluk kuat.
"So what happens next?Julie and Lily answer me!"....Zaynn mula berdiri dan bergerak mendekati setiap orang yang berada di dalam ruang peribadinya.Langkahnya terhenti di hadapan Lily yang sudah memucat dan menggigil ketakutan.
"What your answer Lily!"....Zaynn memandang tepat pada wanita cantik dan bermata biru yang masih diam menunduk.
"That's stupid girl....!Pangggg!!!"....
Bergema bunyi tamparan Zaynn dalam ruangan yang sunyi sepi itu.Lily terdorong ke belakang tepat ke badan Danny.Lelaki itu memegang kedua-dua lengan wanita itu,menahan tubuh Lily daripada terjatuh.Wajah Danny berubah tegang,rahangnya mengeras dengan riak amarah.Tangisan Lily sudah kedengaran dan wajahnya sudah memerah dengan pipinya berbirat kesan jari Zaynn Damien.
Zaynn berlalu dan melangkah pula ke arah Julie.Wajah wanita itu di cengkam kuat hingga terbit urat kekar ditangannya.
"You want to say something?"....Julie hanya mengerakkan sedikit kepalanya menidakkan pertanyaan Zaynn Damien.Zaynn menghempaskan tangannya dengan kuat hingga tubuh Julie turut terikut dan tersungkur di kakinya.
"Starting today,you two are no longer my mistresses!"...Zaynn bersuara tegas,tangannya kirinya di tadah ke sisi dan Roy meletakkan pakaian pelayan ke tangannya.
"Both of you will be my servant!"....Zaynn mencampakkan pakaian seragam pelayan mansion ke arah ke dua-dua wanita yang sedang menangis di depannya.
"Master,please forgive us!"....Julie cuba memegang kaki Zaynn Damien namun lelaki itu menolak wanita itu menjauh menggunakan kakinya,tidak sudi disentuh.
"There's is no second chance in my life principles!"...
"And you Tiara Angela will be my personal assistant to replace Louisa!"....Tiara terkejut besar menerima arahan baru dari tuannya.Wajahnya bertukar pucat,kepalanya tanpa sedar menggeleng tidak setuju.
"Master,you can't do that to her!"...
Danny bersuara lantang dan maju ke depan tanpa gentar.Zaynn berpaling dan wajahnya mula menggelap,pistol di hala tepat pada dahi Danny yang sudah terbungkam kerana terkejut dengan tindakan pantas tuannya.
"Don't shoot him,I will follow your orders master!"...
Tiara terburu-buru berkata,airmatanya sudah menitis laju,dia tidak rela mempertaruhkan nyawa orang lain demi dirinya.Zaynn yang mendengar sudah tersenyum senget,pistol ditangannya diturunkan.
"Good choice Angel!"....Zaynn melangkah ke meja kerjanya.
"Everyone can come out except you,Angel!"
Share this novel