"Aku tak akan pergi tanpa Angel!"
"Let her go Xavier!"....Rara cuba berdiri teguh berhadapan dengan Xavier walaupun hatinya semakin rapuh.Matanya yang berkaca-kaca cuba ditahan supaya airmatanya tidak jatuh lagi dihadapan lelaki monster ini.Xavier hanya memandang wajah sendu Rara yang cuba disembunyikan dengan kedegilan wanita itu.
"I will give you a second chance!...Will you marry me Zarra Darilynn?"....
Rara terbungkam,bibirnya bergetar menahan tangis.Hatinya berbolak-balik jadinya.Hati dan fikirannya hanya memikirkan Tiara Angela dan keluarganya hingga dia terlupa sebentar memikirkan tentang dirinya sendiri.Xavier semakin mendekat,tangannya naik mengusap air jernih yang mengalir dipipi wanitanya.
"Let's get married and everything will be back to normal!".....
Rara bagaikan terhipnosis dengan suara Xavier yang menjanjikan keselamatan untuk ahli keluarganya.Dia mula pasrah walaupun dia tidak tahu sejauh mana lelaki itu mampu memberi perlindungan kepada ahli keluarganya.Separuh hatinya masih memberontak mahu menolak lelaki itu namun dia tidak mahu mengikut perasaannya lagi.Dalam keterpaksaan Rara menganggukkan kepalanya kerana nasib tidak menyebelahinya,dia tidak mampu lari dari Xavier demi keluarganya.
"Thank you darling!"...I'll make sure you're happy with me!".....Xavier mencapai tangan Rara dan mengucupnya lama.Hatinya menjadi lapang bila wanita itu bersetuju menjadi isterinya yang sah.
Rara hanya mengeraskan badannya saat Xavier merangkulnya ke dalam dakapan lelaki itu.Haruman lelaki itu memenuhi rongga hidungnya dan degupan jantung Xavier yang laju memalu dadanya jelas kedengaran ditelinga.
Rara menutup kelopak matanya cuba menenangkan hatinya yang resah bila terlalu dekat dengan Xavier.Traumanya pada lelaki ini masih terkesan hingga badannya bertindakbalas mahu menolak tubuh lelaki itu menjauh.Xavier yang dapat mengesan bahasa tubuh Rara yang panik cuba menolaknya semakin memperketatkan pelukannya.
"Calm down darling!...I never hurt you again!!"....Xavier begitu sabar memujuk dan menenangkan emosi Rara yang pasang surut sehingga Rara lena di buai mimpi.
"Huh!!!"....Xavier mengeluh berat,lama matanya menatap wajah Rara yang terlena.Jarinya bermain-main diwajah itu sebelum kucupan hangat singgah di dahi Rara.
"Three more days,you will be mine,Zarra Darilynn!!"
"Aku akan ubati luka yang pernah aku tinggalkan pada kau!"....
Xavier berbisik perlahan sebelum dia bergerak keluar dari biliknya untuk berjumpa dengan seseorang yang turut tinggal bersama di villanya.Xavier melangkah turun ke aras dua dan menuju ke arah bilik yang bertentangan dengan bilik tetamu yang diduduki oleh Tiara Angela.
"How is she?...Still mad at you?"....
Suara garaunya menyapa bila kelibat Xavier masuk ke biliknya. Bibirnya tersenyum sinis melihat tatapan marah Xavier kepadanya.Tanpa menghiraukan Xavier yang tersulut dengan emosi,dia menghirup black coffee yang disediakan untuknya sambil matanya tetap fokus melihat rakaman pada skrin laptopnya mengintip seseorang.Xavier pula mengambil tempat di sofa bertentangan dengan lelaki itu.
"Did she agreed to marry with you?"....
"Hard to say but she had to agree for sake of her family!"....Xavier menyandarkan badannya ke dada sofa dengan keluhan panjang yang terbit dibibirnya.
"Try to win her heart!!...She is gentle woman even though she is stubborn twins!"....
"I'll make her melt on me after marriage!!"....Xavier menjawab yakin hingga lelaki di depannya mempamerkan riak mengejek.
"Best of luck bro!!"...Lelaki itu membalas penuh dengan nada sarkastik.
"How about The Red Blood Mansion?"
"Everything is under control!!...Danny and Jenny still alive!!...How lucky they are!!"...
Senyuman bergayutan dibibir lelaki itu,matanya memancarkan aura teruja tetapi lebih mengerikan,tidak sabar untuk berjumpa dengan dua makhluk yang mempunyai talian hayat yang begitu panjang.
"Surprisingly!!"
***************
Rara menggeliat di bawah selimut tebal yang menutupi badannya hingga ke paras pinggang.Dia bangun dan merenggangkan sedikit badannya kerana terasa lenguh diseluruh badannya mungkin kerana terlalu lama dia tertidur.Matanya beralih mengamati bilik tidur yang berwarna kelabu yang luas,haruman milik Xavier menyeruak masuk memenuhi ruang udara di ruangan itu.
"Angel!!"....
Riak wajahnya berubah panik bila teringatkan Tiara Angela turut di bawa ke villa ini oleh Xavier.Dia menyelak selimut dan tergesa-gesa turun daripada katil menuju ke arah pintu dan membukanya.
"Madam!!!"....
Rara terkejut dengan kehadiran dua lelaki berkulit hitam dan berpakaian sut lengkap berwarna putih berada di luar bilik.Kakinya refleks termundur ke belakang beberapa langkah kerana terkejut dengan sapaan daripada mereka.Rara menelan air liurnya melihat rupa serius dua lelaki dihadapannya,kakinya perlahan-lahan bergerak maju ke depan berniat mahu keluar dari bilik Xavier.
"Sorry madam!..You are not allowed out of here!"...
Langkah Rara terhenti bila lelaki itu menghadang laluannya.Matanya melawan pandangan lelaki Negro itu yang tampak sangat bengis dan menakutkannya.
"I...I need to take my stuff!!"....
Rara tergagap-gagap berbicara kerana takut dengan tatapan dua lelaki berkulit gelap itu.Xavier betul-betul tahu bagaimana mahu membuatnya ketakutan.
"All your stuff already be here madam!!...
Rara menggigit bibirnya,buntu mahu mencari alasan apa lagi.Dia sangat risaukan Tiara Angela saat ini,entah bagaimana keadaan gadis itu.Bagaimana jika Xavier melakukan sesuatu yang tidak baik pada kakak iparnya.Rara tidak tenang selagi tidak melihat keadaan Tiara dengan mata kepalanya sendiri.
"I want to....!"
"Sorry madam!!"...Rara terkedu saat salah seorang daripada mereka bertindak menutup pintu walaupun dia belum menghabiskan percakapannya.Rara mengepal tangannya dan kakinya menendang angin melepaskan geram sedangkan Xavier yang melihat tingkah Rara melalui CCTV mengekeh ketawa.
Rara mundar-mandir berjalan,cuba berfikir bagaimana caranya mahu keluar dari bilik Xavier jika ada yang mengawalnya dari luar.Bila gagal menemukan sebarang cara,Rara mengambil keputusan untuk membersihkan dirinya.Hampir satu jam Rara memanjakan dirinya berendam dalam bathtub dan membersihkan diri.Sehelai tuala di capai dan membalut tubuh polosnya.Sehelai tuala lagi membungkus rambutnya yang basah.Badannya terasa segar dengan haruman lemon citrus yang melekat di seluruh badannya.Rara melangkah keluar sambil bersenandung kecil tanpa menyedari kehadiran Xavier yang sedang bersandar di tepi pintu bilik air menunggunya selesai mandi.
"Hello sweet darling!!"...
"Argggghhh!!!!"...
Bagaikan mahu melayang nyawanya mendengar suara serak Xavier dari tepi wajahnya.Terlalu dekat hingga hembusan nafas lelaki itu menampar wajahnya.Rara cuba berundur namun tangan lelaki itu lebih dahulu merangkul pinggangnya merapatkan kedudukan mereka.
Rara ingin memberontak namun menyedari keadaannya yang hanya bertuala menyebabkan Rara mengurung niatnya.Tangannya kuat mengenggam ikatan tuala bila Xavier mendekati wajahnya.Detak jantung mereka berlari laju,hidung mancung Xavier mula menyelusuri lekuk pipi Rara dan bibir nipisnya mula mencari bibir mungil wanitanya.Rara terperangkap bila tangan kekar Xavier menahan kuat belakang tengkuknya dan melumat bibirnya dengan liar bahkan lidah Xavier meneroka segala isi mulut Rara.Xavier hanya melepaskan tautan bibir mereka bila Rara hampir kehilangan nafas.
"I'm really sorry darling,I can't control myself!!"....Xavier merapatkan dahinya pada dahi Rara yang masih cuba mengatur nafasnya.Xavier mengusap ulas bibir Rara yang sedikit membengkak akibat sedutannya.
"Get ready,we'll have dinner together!"....Xavier menjauhi Rara dan beransur ingin keluar dari bilik tidurnya.Jika dia lebih lama di sini entah apa lagi dia akan lakukan pada wanita itu.
"Xavier,wait a minute!!"...
"Yes darling!!"...Xavier berpaling semula bersama senyuman yang menggoda.
"I want to see Angel!!"...Rara hanya menundukkan kepala bila melihat senyuman Xavier yang memekar pada wajahnya.
"Sure darling!!...Angel dekat ruang tamu!"....Xavier berpaling semula dan keluar dari bilik tidurnya dengan hati yang senang.
Rara bergegas bersiap ala kadar sahaja hanya mengenakan sepasang pijama tidur berkain satin berwarna putih susu.Langkahnya laju menuruni anak tangga ke aras bawah.
"Angel...Angel!!"....
Tiara tersentak bila namanya di seru,tangannya cepat-cepat menyapu airmata di pipi.Dia cuba bertenang sebelum berpaling ke arah Rara yang seperti mahu menerkam ke arahnya.
"Are you okay?...Did he do something bad to you?"..
Rara memegang tangan kecil Tiara dan membelek-belek tubuh Tiara bagaikan seorang ibu membuat spot check pada anaknya.Sangat posesif seperti abang kembarnya.Mata Rara memandang tepat ke arah mata Tiara yang sembap dan merah,tiada lagi seri di wajah manis Tiara yang pucat pasi tetapi gadis itu cuba tersenyum walaupun nampak canggung.
"Xavier is good to me!!..He treat me well!!"....
Rara mengemam bibirnya dengan jawapan Tiara.Dia tahu Tiara cuba menyimpan duka sendiri.Entah bagaimana gadis ini menempuhi tempoh kehilangan Zaynn Damien sendirian tanpa sesiapa ada sebelum ini kecuali Sofea dan Roy.
I'm sorry Angel!!...I'm not with you in difficult time!"...Rara memeluk tubuh kecil Tiara bila mata bulatnya mula berkaca-kaca mahu memuntahkan airmata buat sekalian kalinya.
"I need him Rara!...I really need him!"
"Kalau dia mati di mana kuburnya!"....Rara semakin mengemaskan pelukannya bila tangisan Tiara semakin kuat kedengaran.Terhenjut-henjut badannya dengan esakan,kali ini dia betul-betul melepaskan rasa sakit dan bebanan perasaannya.Secebis hatinya masih mengharapkan kepulangan suaminya namun bagaimana lagi dia mahu menidakkan kenyataan yang terjadi di depan matanya sendiri.
"I don't think she can handle it anymore!"...
Xavier dan seorang lelaki memerhati gelagat Rara dan Tiara dari atas.
"Hmmm!!!"....Lelaki itu hanya mengumam perlahan tetapi manik matanya masih mengamati figura dua orang wanita yang masih hanyut dalam tangisan mereka tanpa menyedari ada dua pasang mata yang memerhatikan mereka dari awal lagi.
"Madam!..Dinner is already done!"....Rara terkejut dengan teguran pelayan villa dan sedikit menolak tubuh Tiara untuk menjarakkan kedudukan mereka.
"Kita makan dulu Angel!...Badan awak semakin kurus!"....Rara memimpin Tiara ke ruang makan dan mendudukkannya.Esakan Tiara masih tersisa walaupun sedang menjamah makanan.
"Hai Love!!"....Xavier menegur Tiara dengan bersahaja menyebabkan gadis itu menghentikan suapan di mulutnya serta -merta.Rara pula menatap Xavier bagaikan mahu terkeluar bebola matanya.
"I'm full!...Saya nak naik rehat dulu Rara!"....Tiara bingkas bangun dari duduknya,dia tidak sudi untuk makan satu meja dengan pembunuh suaminya apatah lagi terpaksa duduk berhadapan seperti ini.
"Angel!...Wait for me!!"
Rara juga berkira-kira mahu melangkah namun Xavier lebih pantas mencapai tangannya.Lelaki itu kelihatan menggelengkan kepalanya menegahnya menyusuli Tiara.Rara yang tidak berpuas hati terus menarik tangannya cuba meronta untuk meloloskan diri.
"Please darling,stop fighting on me!"
"Sit down and eat your food before I eat you!"....
Xavier menekan kata-katanya,terselit nada ugutan dalam bicaranya membuatkan Rara mula mengalah.Lelaki monster seperti Xavier tidak boleh dipercayai,mungkin dia akan mengotakan setiap kata-katanya.Xavier memandang belakang tubuh Tiara yang semakin menghilang,tersungging senyuman nakal di bibirnya.
Tiara berhenti betul-betul di depan bilik tetamu.Hatinya berdebar-debar bila bulu romanya meremang tiba-tiba seperti ada aura disekelilingnya yang membuatkan badannya bertindakbalas.Tiara memeluk tubuhnya dan menggosok lengannya seketika.
Matanya memerhatikan kawasan sekitar untuk memastikan tiada sebarang ancaman.Saat Tiara mengapai tombol pintu,pintu bilik dibelakangnya terbuka dan ada sepasang tangan kekar merangkul tubuh dan menutup mulutnya dari belakang sebelum mengangkatnya masuk ke dalam bilik yang bertentangan dengan tetamu.
Haruman maskulin yang memenuhi ruangan semakin membuatkan Tiara menjadi panik kerana haruman itu serupa dengan haruman yang dipakai oleh Xavier.Tiara mula memberontak mahu membebaskan dirinya.Dia sangat ketakutan saat ini kerana bilik itu gelap gelita dan dia tidak tahu siapa bersama dengannya.
"Shuhh!!!".....
Tubuh Tiara menegang bila suara bisikan itu menyapa hujung telinganya.Deru nafas beraroma mint menyapa hidungnya membuatkannya membekukan diri.Mulutnya tidak lagi ditutup dan pelukan ditubuhnya juga semakin melonggar bila Tiara berhenti meronta.Perlahan-lahan figura dibelakangnya menjauhinya bergerak dalam kegelapan.
"Abang!!!"....Tiara mengumam perlahan walaupun dia tidak pasti.Dia hanya percaya dengan naluri hatinya.
"Abang!!!...It's that really you!!"....
Share this novel