MDL16

Romance Completed 508539

"Everyone can come out except you,Angel!"...Zaynn duduk menyandar punggung di hadapan meja kerjanya,kaki disilangkan dan tangannya memeluk tubuh.Pandangannya tepat memandang ke depan.

Tiara memandang pada Danny yang turut melihat ke arahnya.Matanya berkaca-kaca dengan bibirnya bergetar ingin memohon pertolongan namun dia takut akan menyusahkan orang lain nantinya.Rara mendekati Tiara dan berbisik perlahan ditelinga gadis itu.

"Don't worry Angel,he won't hurt you!"...

Rara memeluk Tiara,jelas ada getaran pada tubuh itu.Hatinya jatuh kasihan dengan Tiara,gadis itu terlalu lemah untuk menghadapi hidup dalam mansion ini lebih-lebih lagi perangai abangnya si master devil.

Tiara menelan liur bila pintu bilik sudah tertutup rapat.Matanya tidak berani mahu memandang ke hadapan kerana dia tahu lelaki di hadapannya sedang memerhatikannya.

"Come here,Angel!"...Suara garau Zaynn terdengar sedikit lembut namun Tiara masih kaku ditempatnya berdiri tidak berani mahu mendekat.

"I said come here!"....

Zaynn menepuk meja dengan suaranya melengking tinggi menyentakkan Tiara.Gadis itu menikus ketakutan,bibirnya diketap kuat menelan tangisan yang ditahannya dari tadi.Zaynn menarik nafas dalam untuk meredakan emosinya yang sedikit memuncak.Tiara Angela tidak pernah gagal memancing emosinya dari semua situasi.Gadis yang terlihat lembut dan mengikut namun terselit kedegilan yang tersembunyi.

Zaynn berdiri tegak,melangkah mendekati Tiara yang masih berdiri sambil meramas tangannya sendiri.Langkahnya terhenti betul-betul di hadapan gadis itu.Kepalanya tertunduk didepan wajah Tiara membuat Tiara termundur ke belakang,cuba menjauhkan diri.Zaynn semakin maju ke depan,Tiara pula semakin mengundurkan langkahnya hingga belakangnya menyentuh dinding.Tiada lagi ruang yang memisahkan mereka saat ini,bau maskulin dari tubuh Zaynn semerbak masuk ke rongga hidungnya,Tiara memejam mata menikmati haruman yang membuatnya terasa tenang.

Kucupan hangat di dahinya menyedarkan Tiara daripada terus terhanyut dengan buaian perasaannya.Tangannya naik menutup mulutnya sendiri bila Zaynn ingin merapatkan bibir pada bibir mungilnya.Mata mereka saling bertaut,Zaynn tersenyum manis dan melabuhkan ciuman di belakang tangan Tiara.Zaynn perlahan-lahan menarik turun tangan Tiara.Gadis itu bagaikan disihir dan terpukau dengan senyuman si master devil.Tangan kanan Zaynn menarik dan merangkul erat pinggang Tiara sehingga badan gadis itu menempel di badannya,tangan kirinya pula menyauk leher Tiara memudahkannya memagut bibir gadis itu.

Zaynn membenam bibirnya ke bibir Tiara,ciuman yang bermula dengan kucupan ringan menjadi lumatan yang mendalam.Zaynn menghisap bibir atas Tiara berselang-seli dengan ulas bibir bawahnya.Sesekali dia menggigit lembut bibir itu untuk memancing suara desahan Tiara.Lidahnya mula menjalar mencari lidah manis milik Tiara,melilit dan menyedut sepuasnya.Dia tidak peduli dengan cubaan gadis itu yang meronta mahu melepaskan diri.Gegaran telefon dipoket seluarnya berjaya menghentikan cumbuan Zaynn yang semakin menggila.Tautan bibir mereka dilepaskan namun matanya masih tertunak ke arah wajah Tiara yang merona kemerahan.

"Hello!...Yes Mr.Jackson!"....Tiara mengangkat wajahnya melihat ke arah Zaynn bila mendengar nama itu.Adakah orang itu orang yang dia fikirkan atau hanya namanya sahaja yang serupa.Zaynn kenyitkan sebelah matanya menggoda Tiara sambil ibu jarinya mengusap bibir merah yang masih basah dengan ciumannya sebentar tadi.

"Yup,she's here with me!"....Zaynn menunduk dan berbisik ditepi telinga Tiara.

"Just answer yes Angel!"....Zaynn tekan button loudspeaker dan memberi isyarat untuk gadis itu menjawab panggilan.

"Ge ge!!"....Suaranya bergetar menahan sebak namun dia cuba menahannya sedaya upaya.Zaynn merapatkan iphonenya dekat pada wajah Tiara,rangkulannya semakin dikemaskan.

"Hello mei mei!"....Are you okay?"....Jackson bersuara panik di seberang sana.Setelah hampir tiga bulan kehilangan adiknya,baru kini dia dapat mendengar suara itu lagi.

"I'm okay ge ge but I miss you!"

"I'm sorry,I didn't listen to your advice about Xavier!"...Tiara sudah teresak menangis dengan sesalannya,Zaynn menunduk dan mencium ubun-ubun gadis itu cuba memujuk rawan dihati wanitanya.Belakang tubuh Tiara diusap perlahan.

"How about Zaynn Damien?Did he treated you well?"....

Tiara terkejut dengan pertanyaan abang angkatnya.Bagaimana abangnya mengetahui kewujudan lelaki devil ini.Zaynn meraup pipi Tiara supaya memandang ke arahnya,pipi lembut gadis itu dibelai perlahan dengan ibu jarinya.Mata hazel light milik Zyann tepat memanah anak mata Tiara memberi amaran.Gerakan bibirnya mengarahkan Tiara menjawab 'yes'.

"Mei mei,are you still there?"

"Yes ge ge,he treated me very well!"....Tiara mencebik mahu menangis bila Zaynn sudah tersenyum kemenangan.

"Marry him mei mei,you'll be safe with him!"...Tiara tersedak dengan air liurnya sendiri,matanya membulat sempurna.Sekali lagi Zaynn memberi amaran,dia berbisik perlahan di cuping telinga Tiara dan sempat mengucup hujung telinga gadis itu.

"Say yes sayang!"....Zaynn menekankan setiap kata-katanya.Matanya kembali menatap wajah Tiara yang serba salah.Bibirnya bergetar,dia tak mahu menurut tetapi lelaki didepannya ini memaksanya.Kebisuan Tiara menyebabkan Zaynn bengang,loudspeaker terus dimatikan dan dia mengambil alih menjawab panggilan daripada Jackson.

"Kami akan berkahwin dalam masa tiga hari lagi!"...

"I'll update you later!".....Zaynn mengambil keputusan sendiri,dia tidak peduli lagi tentang persetujuan Tiara,dia akan memaksa gadis itu untuk menjadi isterinya yang sah.Segala urusan dokumen dan maklumat diri Tiara sudah lengkap ditangannya,cuma menunggu keputusan daripada keluarga gadis itu sahaja.

"You're a bad guy!!!"...Tiara menjerit marah dan memukul Zaynn bertubi-tubi namun lelaki itu hanya membiarkan sahaja hingga Tiara yang kelelahan sendiri.

"Puas?"....Zaynn memegang kedua-dua belah tangan Tiara dan di bawa ke bibirnya.Berkali-kali dia mengucup tangan itu.

"Get ready to be my wife Tiara Angela!...You will be mine forever!"

************************

Tiara tergolek-golek berbaring diatas tilam dibiliknya.Sejak keributan yang terjadi diantara wanita-wanita peliharaan Zaynn Damien yang yang sudah turun pangkatnya menjadi hamba,Tiara langsung tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja-kerja atau membantu pelayan rumah yang lain.Dia hanya perlu menyediakan segala keperluan Zaynn Damien,Louisa yang banyak membantunya kerana wanita tua itu yang lebih tahu semua tentang tugas itu.

"Bosannya!"...Tiara mengumam sendiri.Matanya melirik jam di dinding yang baru menunjukkan pukul sepuluh pagi.Kakinya di bawa turun dari katil,niatnya mahu ke dapur menganggu Louisa ataupun Danny yang tentunya sedang menyediakan bahan-bahan untuk menu makan tengahari.

Tiara sengaja berjalan perlahan-lahan tanpa membuat sebarang suara,dia mengintip sedikit ruang dapur yang kelihatan sunyi sepi.Dahinya berkerut hairan,mana semua orang menghilang.Hilang niatnya mahu mengusik,kakinya bergerak ke peti ais mencari sesuatu yang boleh di jadikan kudapan.Tekaknya terasa ingin makan sesuatu yang sejuk dan manis.Dia membongkar isi peti ais dan bibirnya tersenyum lebar bila berjaya menjumpai aiskrim perisa vanila caramel.

"Aaaaaa!!!".....Tiara terjerit terkejut saat Danny muncul secara tiba-tiba di depan pintu hampir-hampir saja merempuhnya.Dibelakangnya pula muncul susuk Lily yang terlihat kacau.Tiara melopong tidak percaya bila melihat lipstik merah yang dipakai oleh Lily berantakan,matanya beralih pula ke wajah Danny.Dibibir lelaki itu juga terdapat kesan lipstik yang terpalit sama.Tiara menelan liur cuba menghilangkan rasa canggung yang tiba-tiba menyelubunginya.

"Tiara buat apa dekat sini?"....Danny bersuara sedikit cemas bila melihat Tiara.Tiara hanya tersenyum nipis sambil menunjukkan aiskrim ditangannya.

"Nampak Louisa tak?...Saya cari dia tapi tak jumpa!"....

Tiara cuba mencari alasan untuk menghindarkan diri dari dua manusia didepannya.Lily menjelingnya tajam,hampir terbalik bola matanya menjeling benci pada Tiara.Wanita itu sengaja melanggar bahu Tiara ketika melintasi gadis itu.

"Err....Tiara,saya dengan Lily tak ada apa-apa!...please do not misunderstand!".....Danny meraih lengan Tiara cuba menjelaskan keadaan sebenarnya.

"Don't worry Danny,saya tak masuk campur urusan peribadi awak!"...

"Tapi Tiara saya suka....!"....

"Angel,here you are!"....

Rara bergegas mendekati Tiara bila dia nampak Danny memegang lengan Tiara.Badan Tiara ditarik ke arahnya,menjauh sedikit daripada Danny.Matanya memandang tajam wajah Danny,dan matanya melirik sekilas ke wajah Tiara atau lebih tepat ke bibir gadis itu untuk memastikan sesuatu.

"Jom ikut saya,awak perlu bersiap,kita akan keluar sekejap lagi!"....

"Are you serious?"

"You're not kidding,are you?"....Tiara bertanya tidak percaya.Tangannya memegang erat tangan Rara meminta kepastian.Anggukan Rara bagaikan sesuatu yang berharga baginya.

"Yeayyy!!!!"....Tiara ketawa gembira dan tanpa sedar dia melompat-lompat seperti kanak-kanak rubena yang keriangan.Danny juga ketawa lepas melihat tingkah Tiara yang kelihatan sangat teruja.

"Danny saya pergi dulu ye!"...Tiara melambai-lambai ke arah Danny bila Rara sudah menarik tangannya keluar dari ruang dapur.

"Don't get too close to that man,Angel!"...Rara menegur bila mereka sudah sampai di biliknya.Berkerut dahi Tiara dengan bicara wanita cantik itu.

"Maksud awak Danny!"

"Saya hanya anggap dia kawan saya di sini tidak lebih daripada itu!"

"Lagipun saya tidak layak untuk sesiapa kerana tubuh saya kotor dan jijik!"....Tiara bersuara lirih,ada sendu dalam bicaranya namun dia cuba bertahan dan tidak mahu menangis untuk nampak lebih kuat.

"Please don't talk like that,Angel!"...Rara memeluk Tiara erat.

"Bahagia akan jadi milik awak Tiara Angela!"....Rara berbisik perlahan dan melonggarkan pelukan mereka.

"Hurry up girl,we'll be late!"...

Rara mendorong Tiara masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.Sementara menunggu Tiara membersihkan diri,Rara menyediakan pakaian untuk di pakai oleh gadis itu.Sehelai dress berona off white daripada fabrik shiffon dan dihiasi taburan batu swarovski.Terdapat juga beberapa kuntum bunga yang menjadi penghias di bahagian dada juga dari warna yang sama.

"Wear this dress,Angel!"....

Tiara yang baru melangkah keluar dari bilik air terkejut dengan teguran Rara yang masih setia menunggunya.Sofea juga turut berada di dalam biliknya bersama alatan makeup.Tiara jadi kehairanan,bagaimana wanita peliharaan si devil yang paling hot dan sombong itu sudi membantunya bersiap.

"Kita mahu ke mana Rara?"....

Tiara yang melihat dress putih itu jadi tertanya sendiri namun hanya sekejap saja persoalan itu bermain dimindanya kerana Rara dan Sofea turut mengenakan dress berwarna putih.

Tiara mengenakan dress putih yang sangat cantik baginya dan secara jujurnya dia sangat sukakan pilihan Rara.Bila dia sudah siap berpakaian,Sofea mula mengambil tempat dihadapannya yang sedang duduk di kerusi meja solek dan memulakan tugaskan sebagai 'jurusolek terjun'.Hampir satu jam wajahnya disolek oleh Sofea,naik lenguh dirinya menahan wajahnya menjadi kanvas untuk diwarnai oleh Sofea.Beberapa kali juga Tiara terlentok kerana terlelap dan tanpa sedar Rara diam-diam merakamkan detik lucu itu menggunakan handphonenya dan dihantar pada pada Zaynn Damien yang sedang bersiap di hotel.

"We're done Angel!"...Tiara terpinga-pinga mendengar suara Sofea kerana dia sedang hanyut diantara dunia nyata dan alam mimpi.Sofea dan Rara hanya mampu ketawa melihat tingkah Tiara yang kadang-kadang boleh mendatangkan rasa geram bila berhadapan dengannya.

"Woww!!"...Tiara menekup mulutnya tidak percaya melihat pantulan figuranya di cermin.Dia terlihat sangat berbeza dari dirinya yang asal.

"Is that really me!"...Tiara menunjuk ke arah cermin yang memaparkan imej dirinya.Rambutnya juga sudah didandan cantik dan kemas dihiasi aksesori rambut.Tiara memeluk Rara dan Sofea sebagai tanda terima kasihnya.

"Orait,kita gerak sekarang!"...

Rara berganding tangan dengan Tiara sementara Sofea mengikut mereka dari belakang.Mereka sempat berpapasan dengan Danny di pintu utama.Lelaki itu tidak berkelip melihat Tiara yang sudah bertukar wajah dan penampilannya.

"Tiara,you look so beautiful!"....

Tanpa rasa segan dan peduli pada Rara dan Sofea,Danny merapati Tiara.Matanya menatap lama wajah jelita Tiara,tangannya mahu mencapai tangan Tiara namun Rara segera menarik Tiara merapat padanya dan berlalu pergi meninggalkan Danny yang termanggu-manggu sendiri.Sementara dua pasang mata lagi memerhatikan ketiga-tiga wanita itu dengan penuh rasa marah,benci dan iri hati yang membuak-buak.

**********************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience