Tubuh Lily bergetar hebat saat ini.Dia dapat melihat manik mata hazel Zaynn Damien yang sudah siap mahu menghukumnya.Lelaki itu kelihatan seperti jelmaan iblis dengan aura kegelapan yang memenuhi seluruh tubuhnya.Semua penghuni di mansion dipanggil berkumpul di aras bawah tanah untuk menyaksikan sendiri hukuman yang akan di jalankan kecuali Tiara Angela.Zaynn yang mengenakan face mask di wajahnya menatap lurus ke arah Lily yang sedang meraung ketakutan.
"No master!"
"Please don't kill me!"
"I will do anything as long as you don't kill me!"....Lily sudah terjelepuk ke lantai.Badannya dibongkokkan ke lantai dengan tangannya merapat memohon simpati.
"Siapa lagi yang bersubahat dengan kau di sini?"....Zaynn bersuara sambil bermain-main dengan pistol di tangannya.
"Answer me in five seconds!"....
Zaynn tidak memandang langsung ke arah wanita itu namun matanya tajam memerhatikan kesemua penghuni mansion yang sedang berkumpul.Senyum sinisnya terbentuk di balik face mask yang dia pakai.Badannya di bawa bangun dari sofa dan melangkah melintasi setiap satu wajah penghuni mansionnya.Pelbagai riak yang terlukis di wajah mereka.Ada yang sudah menggigil,ada yang berwajah pucat dan ada yang gelisah seperti cacing kepanasan.
"Your times is up!...So what's your answer Lily?"....
Lily mendongak ke arah Zaynn yang berdiri di samping Louisa dan Danny.Matanya memerah kerana terlalu banyak menangis dan keadaannya sangat menyedihkan.Matanya lama memandang ke arah Zaynn Damien,ada kesayuan dan kepiluan dalam anak mata biru itu.Bibirnya bergetar mahu menjawab.Nyawanya sudah berada dihujung tanduk,sesalan juga sudah tiada gunanya saat ini.
"No one master!!"....
"Danny!!!"....
Zaynn menjergah lelaki Asia itu menyebabkan Danny terperanjat.Kegusaran diwajahnya jelas terlihat bila pistol dihalakan ke arah dadanya.Halkumnya bergerak-gerak menelan air liur,keringat jantan terembes di dahinya.
"Shoot her!!"....Zaynn menghulurkan pistolnya ke tangan Danny.Terketar-ketar tangan Danny menyambut huluran tuannya.Zaynn mendorong tubuh Danny ke arah Lily.Danny melangkah gontai ke depan wanita itu.
"I said shoot her!!"....Zaynn bersuara lantang hingga suaranya bergema memenuhi ruangan.Danny mengangkat tangannya perlahan-lahan ke arah wanita itu yang sedang meraung.
"I'm sorry!!...I'm so sorry Lily!!"...
"I had to shoot you!!"....Lily menatap lama wajah Danny dengan pandangan yang penuh maksud yang tersirat.Kepalanya diangguk pasrah dan matanya ditutup rapat menunggu nyawanya diambil.
"Now!!!"....
"Bang!!!....Bang!!!"....
Bunyi tembakan memekakkan telinga.Danny terjelepuk jatuh ke lantai.Bahunya terhenjut-henjut menangis.Kepalanya tertunduk mengadap sekujur tubuh yang kaku sudah tidak bernyawa.Dua das tembakan yang tepat mengenai kepala wanita itu menghancurkan tempurung kepala dan otaknya.Roy mendekat dan mengambil pistol yang berada di dalam pegangan Danny.
"Nice shoot,well done Danny!"....Zaynn menepuk tangannya.Seorang amateur tidak akan dapat menembak sebaik itu.
"Nelson!...Buang kedua-dua mayat ke dalam kandang buaya dan bersihkan tempat ini!!"
"Ini merupakan hukuman untuk pengkhianat yang berani membuat kacau di sini."
"So think wisely before you become a traitor here!"
"The punishment for a traitor is death!"
Zaynn membawa langkahnya beredar usai memberi peringatan kepada semua penghuni mansion.Hatinya puas dapat menghapuskan salah satu tikus yang bersembunyi di mansionnya.Tikus-tikus yang tidak tahu diuntung itu semuanya dalam pemerhatiannya,menunggu masa sahaja untuk menghapuskan mereka.
****************
"Uwekkkk....uwekkk!!!"
Tiara memegang perutnya yang bergelodak.Tubuhnya disandarkan seketika di dinding tandas,cuba meredakan rasa mual yang tersisa.Beginilah rutinnya setiap pagi sebelum memulakan harinya yang baru.Setiap kali ingin memberus gigi,dia perlu hadap 'morning sickness' yang menyeksakan seperti ini.
Tiara segera membersihkan dirinya dan bersiap-siap untuk menjalankan tugasnya.Sudah hampir seminggu sejak peristiwa itu,Tiara tidak pernah terserempak dengan Zaynn Damien.Dia cuba sedaya upaya mengelak daripada lelaki itu bahkan dia turut menjauhkan diri daripada Rara.Wanita itu juga jarang terlihat sejak kebelakangan ini,jadi itu lebih memudahkannya untuk menjarakkan diri.Tiara takut Zaynn Damien akan memarahinya lagi seperti malam itu jika dia berdekatan dengan Rara,entah atas alasan apa yang menyebabkan suaminya naik berang dengannya pada malam itu.
Tiara berjalan menuju ke arah dapur,seperti biasa Danny dan Jonathan sedang sibuk menyediakan sarapan.Tiara hanya duduk termenung melayan perasaannya sendiri.Hatinya sering tertanya-tanya ke mana menghilangnya Lily dan Julie.Sudah seminggu kelibat dua orang wanita itu tidak kelihatan.Louisa turut mengelak bila soalan berkaitan dengan mereka di ajukan kepadanya.Apakah mereka sudah dibebaskan dari sini?
"What are you thinking girl?"....Danny muncul dengan hidangan yang telah siap di masak.Senyuman manis menyapa pandangan matanya,lelaki ini sentiasa baik dalam melayaninya membuatkan rasa rindunya pada abang angkatnya,Jackson Chow semakin kuat.Tiara hanya tersenyum nipis membalas seadanya.
"Danny!...May I ask you something?"....Tiara teragak-agak bersuara.Bimbang soalannya boleh membuatkan orang salah faham.
"Boleh saya tahu di mana Lily dan Julie?"
"I haven't seen them almost a week!"....Tiara mengerutkan keningnya bila melihat perubahan riak di wajah lelaki itu.
"Tell me Danny!!"
"What happened?"....Tiara sedikit mendesak bila Danny enggan menjawab pertanyaannya sedangkan rasa ingin tahunya membuak-membuak mahukan jawapan.
"They are gone!!"....
"Gone?...What do you mean?"....Tiara terkejut hingga terbangun dari tempat duduknya.Wajahnya yang beriak terkejut tidak mampu dia sembunyikan.Matanya membulat melihat ke arah Danny menuntut jawapan yang masih dibiarkan tergantung.
"They have been killed by master!"....
"Whattt!!!"....
Tiara terjerit tidak percaya hingga langkahnya terundur beberapa langkah ke belakang.Tangannya naik menekup mulutnya sendiri.Tiara nanar sendiri,rasa bersalah tiba-tiba menghurungnya.Adakah kerana dirinya si devil itu membunuh mereka.Airmatanya jatuh berderai,Tiara ketakutan dan berlari naik ke biliknya.Rara dan Sofea yang mahu turun bersarapan terpinga-pinga melihat gadis kecil itu berlari sambil menangis seperti itu.
"Angel!!"...Rara dan Sofea berpatah balik mengikut langkah Tiara namun gadis itu sudah mengunci dirinya di dalam bilik.
"Tok...Tok...Tok!!!"
"Angel!!...open the door!!"....Rara mengetuk pintu berkali-kali namun tiada sebarang sahutan dari dalam.
"What happened?"...
Roy muncul dari belakang mereka.Kebetulan dia juga mencari keberadaan Tiara kerana tuannya mengarahkannya memanggil Tiara.Sarapan dan pakaian untuk tuannya gagal disediakan pagi ini membuatkan Zaynn emosi sendiri.
"We don't know!!"....
Sofea mengangkat bahunya menjawab pertanyaan suaminya itu.Roy memicit pelipisnya,sudah hampir seminggu dia pening melayan amukan Zaynn Damien.Mood tuannya yang tidak menentu sudah pasti berkait rapat dengan Tiara yang sengaja menjauhkan diri daripada si devil.Awal pagi lagi hari ini angin puting beliung Zaynn dah melanda bila sarapan dan pakaiannya tidak disediakan oleh isterinya.
"What's going on here?"....
Suara Zaynn mengejutkan mereka yang masih setia di depan pintu bilik Tiara.Zaynn yang hanya mengenakan bathrobe memandang tajam ke arah mereka menuntut jawapan walaupun dia sudah tahu apa yang berlaku.Jelas dia mendengar segala perbualan diantara isterinya dengan Danny melalui brooch yang dipakai oleh Tiara Angela.
"She's cried,we don't know why!"....Zaynn menghampiri mereka dengan wajahnya yang serius.
"Roy,ambil kunci pendua!"...
Zaynn tidak mengetuk pintu kerana takut mencuri perhatian sesiapa.Matanya liar memerhati kawasan sekeliling begitu juga Rara dan Sofea.Kebetulan bilik Tiara berada di bahagian lorong paling hujung di aras dua,jadi kedudukannya lebih terlindung dari pandangan.Roy terkocoh-kocoh datang membawa segugus kunci kepada tuannya.Zaynn memasukkan kunci dan membuka pintu.Bila Zaynn sudah menerobos masuk,ketiga-tiga mereka bersurai dan beriak seperti tiada apa-apa yang terjadi.
"Apa master buat dekat bilik saya?"....Tiara terkejut dengan kemunculan Zaynn secara tiba-tiba.
"Why are you crying sayang?"...
Tanpa menjawab,Zaynn mengajukan soalan kepada isterinya.Wajah memerah Tiara dipandang lama.Zaynn melangkah perlahan mahu mendekati isterinya namun Tiara semakin menjauhkan diri.Tiara kelihatan takut akan dirinya.
"Why did you kill them!"...Tiara bersuara lantang melawan esakannya.
"Abang bunuh siapa?"....Zaynn cuba bermain tarik tali walaupun dia sedia tahu apa yang di maksudkan oleh isterinya.Kakinya kembali melangkah mendekatkan jarak kedudukan mereka.
"You are a killer!!"....Tiara menjerit bersama dengan tangisannya.Hilang rasa takutnya pada master devil saat ini hingga dia dengan beraninya membentak lelaki itu.Rasa bersalahnya lebih tinggi menggunung daripada rasa takutnya.
"Sayang ada bukti abang bunuh mereka?...Kalau ada tunjukkan!"....Tiara terkedu bila Zaynn menjerkahnya kembali.Airmatanya semakin laju mengalir membasahi pipinya.Dia terbungkam seribu kata kerana benar kata suaminya,dia tidak mempunyai sebarang bukti untuk menuduh lelaki itu.
"I didn't kill them!"....Zaynn mengusap airmata di pipi Tiara,dahi isterinya dikucup sayang.Terubat rindunya selama seminggu tidak bersua muka dengan isterinya.
"Believe me sayang!"
"Abang ada bukti,abang tak lakukannya!"....Zaynn menghela nafas lega.Mujur sahaja bukan dia yang menembak Lily saat itu.Jika tidak sudah tentu dia tidak mempunyai sebarang alasan untuk menolak tuduhan isterinya.
"Jangan pernah percayakan orang lain selain abang!"...Zaynn memeluk tubuh kecil isterinya erat.Cuba memujuk dan meredakan tangisan Tiara Angela.
"Remember not to be easily fooled by anyone!...understand sayang?"...Tiara hanya mengangguk kepalanya,rasa menyesal menuduh suaminya tanpa bukti yang sahih.
************
Zaynn fokus memerhatikan rakaman CCTV dibahagian dapur pada waktu pagi tadi.Kelihatan isterinya termenung sebelum Danny mendekatinya.Dari tingkah laku isterinya,Zaynn dapat meneka apa yang dikatakan oleh Danny kepada isterinya seperti yang dia dengari.Jelas dia nampak senyuman terukir di wajah Danny selepas Tiara berlari keluar dari ruang dapur.
"Danny!!....Danny!!"
"You cross the line!...You will regret it later!!"...
Zaynn menghentak kuat meja kerjanya melepaskan amarah.Rahangnya mengeras menahan geram.Nampaknya lelaki itu semakin berani mencabar kesabarannya saban hari dengan menganggu isterinya tetapi dia yakin lelaki itu dan penghuni mansion lain belum mengetahui status sebenar Tiara Angela.
Zaynn menyandarkan badannya sedikit kasar ke dada kerusi,matanya dipejamkan seketika bila rasa mual mula menjengah kembali.Dia tidak pasti apa kena dengan dirinya sejak kebelakangan ini.Emosinya juga tidak menentu lebih-lebih lagi jika hal berkaitan dengan isterinya,Tiara Angela.Gegaran telefon bimbitnya berjaya menyedarkan Zaynn daripada terus hanyut melayan perasaannya.
"Hello!!"...Zaynn menjawab datar sahaja panggilan itu.
"Hello Abang Long!"
"I'm here!"....Zaynn membuka matanya luas bila mendengar suara ceria diseberang sana.
"Where are you?"....Zaynn terburu-buru bertanya untuk memastikan adik bongsunya tidak bergurau.
"Yup I'm here!....Heathrow Airport!!"...Zafran Daris menjawab selamba tanpa peduli jika abangnya marah.Dia di sini demi keluarganya,dia juga tahu apa yang telah menimpa kakaknya.
"Tunggu dekat sana,Abang Long datang!"...
"It's okay Abang Long,Kak Rara dah on the way ke airport!".....
"Huhhhh!!!"....Zaynn mengeluh perlahan,tangannya memicit kepalanya.Terasa sedikit pening kepalanya bila menerima kejutan kedatangan adik bongsunya.
"Don't worry Abang Long,I know what I'm doing!".....Zafran Daris langsung tidak terasa jika Zaynn Damien tidak mengalu-alukan kedatangannya kerana dia tahu abangnya risau tentang keselamatannya.
"Boy dah besar bukan budak-budak yang senang di buli lagi!!"
"I'm good at acting!!"...Zaynn hanya ketawa kecil mendengar celoteh adiknya.Dia agak terharu dengan kesungguhan adik-adiknya yang sentiasa menyokongnya dari belakang.
"Boy akan menyamar sebagai kekasih kepada Tiara Angela!"
"Whatt!!!"....Zaynn terkejut hingga terbangun dari duduknya.Mahu meledak jantungnya mendengarkan rancangan adik bongsu dan si kembarnya.Dalam banyak-banyak watak kenapa harus watak kekasih kepada Tiara Angela yang dipilih oleh mereka?
Share this novel