MDL06

Romance Completed 508272

Bunyi dentuman petir yang kuat dan cahaya kilat yang membelah langit mengejutkan lena Tiara Angela.Tiara menggosok dan memejam celik matanya beberapa kali menghilangkan rasa pening dikepalanya.Kakinya diturunkan ke bawah katil dan badannya diangkat bangun.Dia berjalan terhuyung-hayang memerhatikan sekitar ruangan bilik yang terlihat seperti bangunan lama seperti dalam cerita-cerita inggeris.Otaknya berpusing ligat mengingati kejadian yang menimpanya.Tiba-tiba Tiara menjadi cemas,kakinya laju menuju ke pintu dan melangkah keluar dari bilik itu.Jantungnya berdetak kencang melihat betapa luasnya kawasan rumah ini,hingga dia tidak tahu mahu ke mana.Mata dan telinganya berwaspada bimbang ada yang menyerangnya.

Tiara melangkah menuruni anak tangga perlahan-lahan tanpa membuat sebarang bunyi.Bila kakinya sudah menyentuh lantai paling bawah,matanya meliar mencari pintu utama untuk keluar dari tempat itu.Bunyi guruh masih kuat berdentum namun dia lebih takut memikirkan nasibnya bila berada di tempat lelaki botak itu.Dalam fikirannya,dia telah ditemui oleh orang-orang mafia tua yang mahukan tubuh badannya.Dia lebih rela dipanah petir daripada menyerahkan dirinya kepada mafia tua itu.

"Klackk!"

Tiara tersenyum senang bila pintu utama langsung tidak terkunci.Thalia melihat badannya yang tersarung dress putih sutera yang nipis dan dia tahu disebalik pakaiannya langsung tiada alas yang menutupi kawasan peribadinya.Jika dia basah segalanya akan terlihat secara terang-terangan,namun itu bukan masalah baginya kerana suasana malam tidak akan memperbolehkan sesiapa melihatnya.

Kepalanya menjenguk ke kiri dan kanan seperti seorang pencuri untuk mengelakkan sesiapa melihatnya.Hatinya terasa aneh bila rumah sebesar ini terlalu sunyi dan diluar kawasan rumah juga langsung tiada yang mengawalnya.Seolah-olah hanya dirinya seorang berada di rumah sebesar itu.Tiara memeluk tubuhnya bila rasa seram dan bulu romanya merinding apabila matanya berpaling melihat bangunan lama yang berdiri gah dalam kegelapan malam dihadapannya.Matanya sempat menangkap satu bayangan hitam dari balkoni tingkat tiga yang memandang tepat ke arahnya.Tiara terjerit dan tangannya pantas menutup mulutnya sendiri kerana terkejut hingga dia jatuh terduduk mendongak ke atas.

Tanpa mempedulikan rasa sejuk yang mula mencengkam ke tulangnya,Tiara berpaling dan berlari laju keluar dari pintu gerbang.Sepanjang jalan langsung tiada cahaya yang membolehkannya melihat arah lariannya.Hanya bersuluhkan pancaran kilat yang menyentakkannya.Tiara tidak tahu di mana keberadaannya,namun dia pasti tempat ini berhampiran dengan kawasan laut atau pantai.Tiara berhenti berlari bila tiada orang yang mengejarnya.Dia yakin hanya dia yang di tinggalkan di bangunan lama itu kerana tiada seorang makhluk bernyawa pun yang kelihatan kecuali susuk bayangan serba hitam yang memerhatikannya sebentar tadi.

Tiara Angela hanya berjalan lesu sambil memeluk tubuhnya dengan kepalanya tertunduk ke bawah.Dia kesejukan dan kelelahan.Bunyi ombak yang mengganas dan angin yang bertiup kencang begitu menakutkan dan menyeksa tubuh kecilnya.Giginya mula berlaga sesama sendiri menahan badannya yang bergementar.Tiara pasti dia akan mati kesejukan menunggu hari esok tiba.Hujan langsung tiada tanda mahu berhenti malah langit semakin galak menangis sepertimana dia menangisi nasib malangnya.

"Jessy!!!"

"Ge ge!!!"....

Tangisannya pecah kembali dengan seribu penyesalan yang bergayut dihatinya.Perutnya kelaparan,badannya pula semakin melemah dengan emosinya yang memburuk.Bibirnya bergetar kebiruan dan badannya semakin memucat seperti mayat hidup.

"Bukkkk!!!"

Tiara terdorong ke belakang bila tubuh dan kepalanya merempuh objek keras didepannya menyebabkan kepalanya pusing.Dia tidak tahu apa yang sudah dilanggar namun badannya sedang dirangkul erat oleh satu lingkaran yang hangat.Matanya membesar bila cahaya kilat memancar dan bayangan susuk hitam yang besar dan tinggi berada di depannya.

"Aaaaaaaaaa!!!!!".....

Tiara menjerit ketakutan dan badannya melembik dan dia dapat rasakan badannya melayang dan kawasan disekelilingnya dipenuhi dengan siraman lampu yang terang.Tiara cuba fokus untuk membuka matanya melihat siapa yang sedang membawanya.Tangan kecilnya menggapai sembarangan tempat untuknya bergantung mencari sedikit kehangatan,badannya terasa melekap pada sesuatu yang hangat dan Tiara memeluknya dengan kuat hingga telinganya dapat mendengar dengan jelas bunyi degupan jantung yang berlari.

"Hmmm!!!You feel so warm!!"....bibirnya mengumam perlahan dengan mata yang masih tertutup rapat.

Tiara membuka matanya melihat ke arah orang yang sedang mencempungnya.Matanya menatap lelaki berhoodie yang berpakaian serba hitam dihadapannya.Wajah itu masih tersembunyi disebalik hoodie namun matanya yang setajam helang juga saling berbalas pandangan dengan Tiara Angela.Tiara menahan nafasnya bila duduk sedekat ini dengan lelaki yang dia belum pernah kenali.

Lelaki itu mengangkat sedikit wajahnya.Tiara dengan perlahan menolak hoodie yang menutup wajah misteri disebaliknya.Kedua pasang mata mereka saling bertemu dan Tiara tersentak seketika melihat wajahnya yang indah seperti bidadara jatuh dari langit kerana ketampanannya dengan iris matanya berwarna hazel light.Tatapan matanya yang sedingin salju bagaikan menyihir Tiara untuk terus menatap pada wajah itu.Namun semua itu hanya indah buat sementara sahaja bila sampai di mansion yang sudah terang benderang dan terlihat deretan lelaki berpakaian serba hitam menunduk kepala kepada tuannya.

Tiara dijatuhkan pada sofa namun tubuh lelaki itu masih menghimpit badannya yang hanya melekat dengan kain tipis yang sudah basah dan menampaknya warna kulitnya.Kedudukan mereka begitu rapat sehingga tiada mata yang boleh melihat gadis itu.Gadis itu ibarat tenggelam ditelan oleh badan tuan mereka.Tangan kekar lelaki itu sudah mencengkam lehernya hingga Tiara sukar untuk bernafas.Mata putihnya mula memerah dan air matanya jatuh mengalir ke lekuk pipinya.Tangan Tiara jatuh terkulai layu bila oksigen gagal sampai ke otaknya.Tiara kelelahan dengan semua yang berlaku padanya hari ini.

"Master!!Let her go!!"...

"Master!!!"....Suara seorang perempuan yang menjerit lantang berjaya menghentikan bayangan yang amat dibenci oleh seorang Zaynn Damien.

Zaynn Damien melepaskan cengkamannya bila Roy menjerit memanggil dan menariknya beberapa kali.Wajahnya yang bengis bertukar sedikit demi sedikit bila kesedarannya semakin nyata.

"Call Dr.Phillip!!"....

Zaynn Damien mencempung tubuh Tiara dan membawanya naik ke bilik yang menempatkan wanita itu.Selimut nipis di ambil dan menutup tubuh gadis itu yang menampakkan setiap lekuk tubuhnya malah hampir keseluruhan dapat dilihat oleh lelaki itu seperti melihat susuk tubuh tanpa pakaian.Zaynn memeriksa nadi dan denyut jantung Tiara,dia menghela nafas lega bila denyutan nadi gadis itu kembali normal.

Zaynn menumbuk dinding batu bilik itu berkali-kali melepaskan rasa kesal pada dirinya sendiri hingga kesan darah menempel di dinding berbatu.Dia benci dengan bayangan wanita jalang yang hadir dalam benaknya.Dia juga tidak suka dengan rasa yang tumbuh dalam jiwanya bila pertama kali melihat gadis itu.Dia benci dengan perasaan hangat yang menyelimuti hatinya dengan kehadiran gadis ini.

"I hate you Angel!"....

*****************

Sinar mentari menyinari wajah cantik Tiara bila cahaya menyusup masuk melalui tingkap yang sudah terkuak sedikit daun pintunya.Pandangannya sedikit silau dan tangannya naik menutupi wajahnya.Badannya yang masih terasa penat digagahi bangun dan bersandar ke kepala katil.Matanya memerhatikan ruangan disekelilingnya.Dia masih berada ditempat yang sama seperti semalam.Matanya ditutup sebentar memanggil memori semalam.

"Duppp!!!"....Tiara memegang dadanya bila panahan mata berwarna hazel light muncul dibenaknya.Wajah misteri lelaki itu mula kembali bermain di kotak ingatannya.Pandangan yang penuh kedinginan tanpa memiliki jiwa didalamnya.

"Krekkk!"

"Kamu dah bangun!....Mari kita sarapan dulu!"...Seorang wanita berumur mendekati Tiara bersama dulang yang berisi sarapan pagi.Senyuman manis memekar dibibir wanita paruh baya itu melihat wajah Tiara yang kembali memerah,tidak seperti semalam yang pucat seperti mayat.

"Aku Louisa!....Siapa nama kamu gadis manis?"...Louisa bertanya ramah bila melihat gadis itu sedikit ketakutan.Tangan tuanya mencapai tangan kecil Tiara dan dia menepuk-nepuk perlahan cuba memujuk.

"I'm Tiara!"...

"Baiklah gadis manis,kamu sarapan dulu.Nanti aku bawakan pakaian baru untuk kamu!"...

"Terima kasih,Louisa!"...

Tiara tersenyum nipis pada wanita itu sebelum dia melangkah keluar meninggalkannya sendirian.Tiara merasa sedikit makanan yang dibawa oleh Louisa.Bila terasa tekaknya boleh terima,dia mula meneruskan suapan sehingga habis makanan yang ada.Selesai mengisi perut,Tiara menurunkan kakinya membawa langkahnya mendekati balkoni kecil yang terletak di luar bilik.

Rambut ikal Tiara yang panjang mengurai dan dress nipis yang membaluti badannya berkibaran dihembus angin bila badannya sudah menjejakkan kaki ke balkoni.Tiara memeluk tubuhnya bila angin sejuk menyapa.Didepannya terpampang pandangan yang indah namun menakutkan.Ombak menggulung tinggi menghempas cerun yang dalam.Tiara menutup mata bila rasa sebak mula mencengkam,otaknya menghadirkan bayangan pengkhianatan Xavier bersama Jasmine.Walaupun lelaki itu berbuat jahat padanya namun lelaki itu juga cuba melindunginya.Pipi dan hidung kecilnya mula memerah,bunyi tangisannya langsung tidak kedengaran kerana ditelan bunyi hempasan ombak yang kuat.

*******************

Mata Zaynn Damien menyorot tajam melihat gadis tanpa nama itu menangis hingga bahunya terhenjut-henjut menahan esakan.Gadis itu langsung tidak menyedari kehadirannya didalam biliknya.Zaynn masih diam disofa di satu penjuru,kaki panjangnya bersilang dengan postur duduknya yang tegak melihat belakang tubuh kecil gadis itu.Tiada sebarang suara yang kedengaran hanya hempasan ombak yang memenuhi ruangan itu bila pintu balkoni terbuka.Mata helangnya tidak lepas melihat gadis itu,bayangan lekuk tubuh gadis itu terlihat jelas bila cahaya menembusi dress putih yang membaluti tubuh itu.

Tiara membalikkan tubuhnya dan berjalan masuk ke dalam ruangan bilik bila badannya sudah menggigil kesejukan.Esakannya masih tersisa dan wajahnya memerah.Pintu balkoni di tutup rapat dan suasana bilik kembali suram,hanya sedikit cahaya yang mencuri masuk melalui bukaan kecil tingkap.

"Siapa hantar kau?"...

Suara serak dan garau Zaynn Damien menyentakkan Tiara.Badannya yang sedia menggigil semakin kuat goncangannya.Dia takut dengan lelaki yang hampir membunuhnya semalam.Lelaki kejam berupa bidadara tanpa sayap yang merenungnya dengan tajam menikam ke wajahnya.Tiara menikus ketakutan bila lelaki itu mula bangun dan bergerak perlahan ke arahnya.

Tiara bergerak mengundur cuba menjauhi lelaki itu namun langkah mundurnya terhenti di dinding dan langkahnya terus mati.Zaynn mengepung kedudukan Tiara yang sudah terperangkap ke dinding,nafas Tiara sesak hingga dia lupa bagaimana mahu bernafas bila Zaynn Damien sudah menghimpit badannya ke dinding.Tangan Tiara naik menahan perut lelaki itu yang menghimpit dadanya,wajahnya pula hanya berada di bawah dada Zaynn Damien.Betapa kecilnya tubuh badan Tiara jika mahu dibandingkan dengan lelaki tinggi lampai dan sasa seperti Zyann Damien.

"I asked you one more time!"

"Who send you to spy on me huh?"...Zaynn menjergah Tiara yang terbungkam seribu kata dengan tuduhan lelaki itu.

Share this novel

AYKA
2021-07-14 12:15:02 

Hi sis, contact sy di wasap +. Ada sesuatu sy nk ckp, penting bagi awk


NovelPlus Premium

The best ads free experience