"Prangg!!"....
Tiara yang terkejut dengan rangkulan Zaynn Damien menyebabkan dulang terlepas dari tangannya.Tiara memberontak sekuat tenaganya bila Zaynn membawanya ke suatu ruang melalui pintu yang bersambung terus dari bilik permainannya.Badan kecil Tiara dihempaskan ke atas tilam.Tiara cuba bangkit mahu melarikan diri namun kakinya ditarik hingga badan kecilnya kembali terbaring terperosok di bawah kepungan badan besar Zaynn Damien.
Tiara cuba meronta untuk melepaskan diri namun Zaynn sudah mengunci tangan dan kakinya terlebih dahulu.Rontaannya hanya menyebabkan dirinya keletihan tanpa sebarang hasil.Nafasnya terengah-engah dengan dadanya yang berombak kasar kerana kelelahan dan ketakutan.Penat dia menangis namun lelaki devil itu langsung tidak menunjukkan rasa simpati.Zaynn masih dalam posisinya menindih badan kecil Tiara.Matanya menatap wajah gadis di bawah badannya yang masih menangis seperti anak kecil.
"What was your mistake Angel!"...Zaynn merapatkan wajahnya ke cuping telinga Tiara.Dia sengaja menggigit cuping telinga Tiara menyebabkan gadis itu mendesis kesakitan diselangi kegelian.
"I didn't do anything wrong master!"....Tiara menjawab bersama esakannya.
"You're a liar!!"
"You disobeyed my orders!"....Zaynn menjerkah kuat di depan muka Tiara.Tiara menggelengkan kepalanya tidak terima tuduhan Zaynn Damien.Lelaki itu hanya tahu menuduhnya melakukan sesuatu perkara yang dia tidak pernah lakukan.
"No!!...I never did anything wrong!"
"I'm not a thief and I'm not a liar!"...Tiara menjerit kuat membalas tuduhan Zaynn Damien.
"You....You're actually evil!!"
"You're a beast!!"....Tiara menjerit sekuat hatinya melepaskan rasa sakit hati kepada lelaki itu.Zaynn yang tercabar egonya semakin kuat mencengkam pegangan di tangan Tiara.Mata mereka saling bertaut dan tatapan Zaynn memancarkan aura yang mengerikan.Tubuh Tiara kaku seketika,dia berhenti memberontak bila pandangan tajam dari mata indah itu terselit kesakitan dan kesedihan.
"Yes I am!".....Zaynn bersuara berat dan perlahan.Zaynn melepaskan pegangannya dan membiarkan Tiara bebas dari kepungan badannya.
"Pergi,sebelum aku betul-betul rogol kau!"....Demi mendengarkan kata-kata ancaman Zaynn,Tiara segera berlari ke pintu menyelamatkan diri.
**************
Tiara hampir selesai membantu Nelson membersihkan kandang singa dan buaya namun Tiara hanya berani mengerjakan tugasnya dari jauh.Dia masih tidak berani mahu mendekati dua spesis haiwan karnivor peliharaan tuannya itu.Selesai tugasan mereka di sana,Nelson bergerak ke aras yang menempatkan anak-anak emas Zaynn Damien.Tiara cuba menguatkan mentalnya untuk berhadapan dengan fobianya terhadap spesis haiwan itu.Namun Tiara tetaplah Tiara,gadis malang itu masih mual dan muntah-muntah bila melihat haiwan itu.Nelson hanya menggelengkan kepala melihat keadaan Tiara yang bersandar lesu di dinding dengan mukanya yang pucat-pasi.
"Pakcik Nelson!...Tak ada jalan keluar ke dari sini?"...Tiara bertanya tiba-tiba menyebabkan Nelson memberhentikan pekerjaannya.
"Ada sahaja Tiara,tetapi engkau tetap juga akan mati sebelum dapat keluar dari situ!"
"Pintu keluar semuanya ada di bawah sini!"....Tiara menegakkan badannya,sedikit teruja untuk mengetahui pintu rahsia untuk keluar dari mansion master devil.
"Sana tu pintu keluar!"...Mata Tiara menyorot tangan Nelson yang terarah pada satu pintu merah yang terdapat dalam bilik kaca si 'King and Queen',tidak lain dan tidak bukan bilik kaca yang menempatkan ular gergasi yang seperti anakonda.
"Dua lagi pintu ada di dalam kandang buaya dan singa!...Engkau boleh memilih satu diantaranya!"....Tiara yang mendengarnya sudah berpeluh,seram sejuk badannya.Langsung tiada pilihan yang boleh menyelamatkannya malahan boleh diibaratkan melemparkan diri terus pada kematian.
"Huhhh!!!....Hilang nafsuku untuk melarikan diri pakcik..Aku lebih rela hidup menua menjadi hamba abdi di sini daripada membunuh diri dan menjadi makanan buat haiwan peliharaan master!"...
"Ya,itu pilihan yang terbaik yang kau ada,Tiara!"...Nelson ketawa kecil mendengarkan jawapan gadis itu.Kehadiran Tiara sedikit sebanyak mengembalikan tawa dan senyuman yang sudah lama hilang dari bibirnya.
"Master tidak takut di makan haiwan peliharaannya sendiri bila bermain dengan mereka?"..Tiara tertarik untuk membahaskan lelaki devil itu.
"Mereka jinak dengan master!..Aku belum pernah melihat master cedera kerana mereka!"
"Dia memang devil hingga binatang merbahaya juga takut padanya!"...Tiara menyuarakan pendapatnya atau sebetulnya dia sedang mengutuk Zaynn Damien.
"Pakcik tak pernah cuba keluar dari sini?...Kenapa pakcik ditawan di mansion master?"....Nelson tersenyum hambar,wajah tua itu menyimpan kesakitan dan derita yang tidak tertanggung di jiwanya.
"Aku terkurung di sini kerana dosa besar anak perempuanku!...Kesalahan yang menyebabkan aku menyesal dia terlahir dari benihku!...
"Sebagai hukumannya,aku dan isteriku menjadi hamba abdi di sini,tetapi.....!"....Nelson terjeda seketika bila dadanya sesak dihambat rasa sebak yang bertamu.
"Pakcik!...Tidak perlu teruskan jika cerita itu membuatkan pakcik sedih!"
"I'm sorry pakcik sebab buat pakcik rasa sedih!"....Nelson menggelengkan kepalanya,sudah masanya dia berkongsi sedikit kesedihannya dengan seseorang untuk meringankan derita dihatinya.
"It's okay Tiara,not your fault!"...
"Isteri aku,Jennifer mati di baham singa kerana cubaan kami meloloskan diri dari sini dan aku hanya mampu melihatnya menjadi makanan ketiga-tiga kucing kesayangan master tanpa dapat menolongnya!"...Tiara ikut sebak dan menangis mendengarkan kisah tragis Nelson.
"Lelaki itu memang The Beast!!..Aku doakan dia cepat-cepat mati dipanah petir!!"..Tiara berkata lepas kerana di kuasai emosi.
"Master menjadi kejam dan dingin kerana suatu peristiwa Tiara!"...Nelson bergeming seketika.Matanya sedikit berkabus bila peristiwa sepuluh tahun yang lepas terlayar di benaknya.
"Maksud pakcik apa?"....Rasa ingin tahunya mula membuak-buak bila mendengar bicara lelaki tua itu.
"Master berubah kerana sebuah kecurangan dan kematian!".....Nelson memegang dadanya yang terasa perit.Tiara sedikit panik melihat keadaan Nelson seperti itu.Tiara segera berlari ke atas meminta pertolongan.
*********************
"Master menjadi kejam dan dingin kerana suatu peristiwa!"....Kata-kata Nelson bermain-main di benaknya hingga hilang fokusnya melakukan kerjanya.Dia tertanya-tanya sendiri peristiwa apa yang boleh menyebabkan seorang Zaynn Damien berubah menjadi devil sebegitu.
"Kecurangan dan kematian?"....Tanpa sedar Tiara mengetuk-ngetup dagunya sambil berfikir.Riak wajahnya begitu serius berfikir seolah-olah sedang berfikir masalah yang melibatkan urusan negara hingga dia tidak sedar Danny menghampirinya.
"Hey si cantik!...Apa yang kamu fikirkan?"....Tiara tersentak bila Danny menyentuh tangannya.Tiara refleks menarik tangannya dari pegangan Danny bila mengingatkan amaran dari Zaynn Damien.Dia tidak mahu mengambil sebarang risiko dan membuatkan lelaki devil itu murka padanya lebih-lebih lagi peristiwa semalam yang hampir-hampir meragut maruah dirinya.Danny yang perasaan tingkah gadis itu hanya tersenyum nipis.
"I'm sorry!"...Tiara mengangkat wajahnya bila terdengar perkataan maaf dari lelaki itu,wajah Danny terlihat sedikit suram,mungkin terasa dengannya.Tiara terasa canggung bila Danny hanya duduk mendiamkan diri dihadapannya.Tiada usikan dan gurauan dari lelaki lumayan segak itu.
"Danny maafkan aku!...aku hanya memikirkan keluargaku yang mungkin sedang mencariku!...Aku tidak bermaksud membuat kau berkecil hati denganku!".....Tiara berbohong sunat untuk menutup rasa bersalahnya sebentar tadi.
"I'm sorry okay handsome!!"...Tiara tersenyum manis ,matanya dikelip-kelipkan beberapa kali cuba kelihatan comel di mata Danny dan akhirnya Tiara berjaya memujuk lelaki itu bila Danny meletuskan tawa yang bergema di ruang dapur.Danny mencuit hidung gadis manis itu membuatkan Tiara juga ketawa senang tanpa sedar ada mata yang memerhatikan kemesraan mereka.
"Shitt Danny!!"....Zaynn menyumpah melihat monitor CCTV di depannya.Walaupun dia berada di syarikatnya namun dia tahu segala apa yang berlaku di mansionnya.Dia tahu siapa yang menjadi musuhnya dalam selimut dan siapa kawan yang berada di mansionnya.Setiap ceruk kawasan mansionnya terpasang CCTV yang sukar untuk dikesan.
"Wait for my punishment Angel!"...Zaynn mengepal tangannya menahan marah ataupun cemburu yang sudah lama tidak menjejaki hatinya.Kehadiran Tiara membuatkan jiwanya jadi kacau dan berantakan.
"Roy come in!"....Zaynn menekan intercom dan memanggil orang kuatnya merangkap kaki dan tangannya dalam dunia legal mahupun illegalnya.
"Apa jadual aku hari ni?"...Zaynn bertanya serius kerana tersulut dengan emosi amarahnya.
"Master ada perjumpaan dengan dengan geng The Bloods malam ini!"
"Aku sudah uruskan tempatnya dan kita akan berangkat ke Millennium Blitmore Bars pukul lapan malam!"
"Baik!...Kita akan pulang awal ke mansion untuk bersiap!"...
Roy hanya menundukkan kepalanya dan keluar meninggalkan ruangan pejabat tuannya.Roy agak kehairanan melihat tingkah tuannya yang aneh tidak seperti biasa.Bibirnya tersungging dengan senyuman bila mengingatkan si gadis kecil di mansion.Hatinya kuat mengatakan master devil bakal tunduk pada seorang Tiara Angela yang hadirnya bagai malaikat untuk mengubat luka dan lara seorang devil seperti Zaynn Damien.
Share this novel
sama seperti yang lain..tetap nak guna duit juga