Tiara menutup mulut dengan tangannya.Jujur dia sangat terkejut mendengar masa lalu seorang Zaynn Damien.Matanya tanpa segan silu mengalirkan airmata.Dia tahu sakit kehilangan dan pengkhianatan itu bagaimana kerana dia juga pernah merasainya,kehilangan ibubapa dan dicurangi oleh kekasihnya,Xavier Anderson.Namun situasi mereka jauh berbeza,Zaynn Damien lebih menderita berbanding dengannya sehingga lelaki itu berubah menjadi susuk lelaki kejam dan dingin.
"Jadi pakcik Nelson ialah bapa kepada Sabrina dan lelaki tua itu ditawan di sini kerana dosa kecurangan anaknya sendiri!"....
Tiara mengumam perlahan.Dia masih ingat kata-kata lelaki tua itu padanya sebelum ini tentang sebab dan kenapa dia ditawan di sini.Tanpa sedar kepalanya terangguk-angguk mula faham jalan cerita masa silam mereka.
"What are you two doing here?"...
Suara serak dan garau Zaynn melengking kuat mengejutkan Tiara dan Rara.Mata Zaynn mencerlung tajam menikam wajah Tiara yang berubah pucat.Tiara memegang lengan Rara,dia mula di kuasai rasa takut melihat kemunculan Zaynn Damien di depannya.Kenapa harus lelaki ini kembali pada waktu yang salah seperti ini.
Tiara perlahan-lahan bergerak ke belakang tubuh Rara cuba mencari perlindungan walaupun dia tidak yakin akan selamat atau tidak.Zaynn mula melangkah menghampiri kedudukan mereka dan berpeluk tubuh dengan wajahnya yang dingin membeku.Tiara hanya menunduk dan tidak berkutik di belakang Rara.
"I asked again,what are you two doing here?"...
Zaynn menjerkah kuat hingga terhenyut bahu Tiara di buatnya.Semakin kuat Tiara memegang lengan Rara,badannya mula berkeringat dan tubuhnya menggigil.Rara berpusing dan memeluk Tiara cuba meredakan rasa takut gadis itu.
"It's my fault,I brought Angel here!"...
Rara membalas jerkahan Zaynn dengan suaranya yang juga sama naik melengking membuatkan Zaynn tersulut dengan emosi.Sudahlah dia baru balik dari urusan yang melibatkan gadis itu,malah sekarang Tiara mengingkari perintahnya lagi,mencerobohi taman larangannya buat kali keduanya.Zaynn mencengkam lengan Tiara dan cuba menarik tubuh gadis itu ke arahnya namun Rara tidak mengalah,masih memeluk Tiara dengan sekuat dayanya.Suara tangisan Tiara sudah pecah didalam pelukan Rara.
"Let her go baby!"...Zaynn semakin mengemaskan cengkaman di lengan Tiara menyebabkan Tiara semakin takut dengan lelaki itu.
"No,I won't!"...Rara masih melawan dan cuba melindungi Tiara daripada Zaynn Damien walaupun dia tahu lelaki itu juga akan menghukumkan kerana berani mengingkari arahannya.
"Roy!"....Zaynn melaung kuat memanggil orang kuatnya.Roy yang sedang merokok di luar taman tersentak namanya di panggil lantang seperti itu terus berlari masuk mendapatkan tuannya.
"Hold her!"....Zaynn menunjuk jari telunjuknya ke arah Rara.Rara dan Tiara masing-masing panik dengan arahan Zaynn.Tiara semakin menenggelamkan tubuhnya dalam pelukan Rara. Roy menggaru keningnya yang tidak gatal bila rasa serba salah terbit di hatinya.Namun apalah pilihan yang dia ada,mahu tak mahu dia kena juga mengikuti arahan tersebut.
Roy bergerak mahu memisahkan mereka dengan cara menahan kedua-dua bahu Rara dari belakang sementara Zaynn melepaskan pelukan mereka secara paksa.Rara menjerit marah bila tubuh mereka berjaya dipisahkan.Tiara sudah berada di dalam genggaman Zaynn.Tiara di heret paksa untuk keluar daripada kawasan taman larangan namun Tiara mengeraskan badan dan menahan kakinya,enggan bergerak.Zaynn memberhentikan langkahnya,tidak mahu terus memaksa dan menyakiti wanitanya.
"Why are you so stubborn,sayang!"...
Zaynn berdiri tegak dihadapan Tiara,kepalanya sedikit menunduk melihat gadis itu yang jauh lebih rendah daripadanya.Zaynn menurunkan sedikit tubuh sasanya dan mengendong tubuh kecil Tiara.Tiara yang terasa dirinya melayang dengan kepalanya terjuntai di bahagian belakang Zaynn menjerit dan cuba meronta untuk melepaskan diri.
"Please help me Rara!"...Tiara merayu dan memohon pertolongan dalam esak tangisannya.
"Let her go Zaynn Damien!...Rara menjerit kuat,dia juga cuba melepaskan diri dari pegangan Roy yang masih menahannya daripada mendekati Tiara.
"Abang Longg!!...Let her go!!"
*************************
"Let me go Roy!"...
Rara menjerit dan menghentak kuat kaki Roy menyebabkan pegangan Roy terlepas.Rara mengambil peluang itu dan mengejar Zaynn Damien dari belakang.Dia tidak peduli lagi jika penyamarannya selama ini terbongkar.
Kekecohan dari suara jeritan Rara yang sedang mengamuk marah bertingkah dengan suara tangisan Tiara menarik perhatian semua penghuni mansion.Masing-masing menjengukkan kepala cuba mencari tahu punca kejadian.Bukan setakat pelayan,tukang masak dan termasuk tiga perempuan peliharaan master devil turut munculkan diri ingin mencari cerita untuk dijadikan bahan gosip mereka nanti.
"Louisa,Danny!!...Please help me!"....
Tangannya terkapai-kapai meminta pertolongan.
Danny berlari mahu mendekati Tiara yang sedang dikendong Zaynn Damien namun di halang oleh Roy.Berkali-kali Danny mencuba dan akhirnya dia yang dibelasah oleh pengikut Zaynn Damien. Louisa pula hanya mampu melihat gadis itu menjerit memanggil namanya meminta tolong namun apa dayanya,dia hanya hamba di sini,tak mungkin dia berani melawan tuannya sendiri.Wanita tua itu menelan tangisannya memikirkan nasib Tiara.
Zaynn laju menuju ke arah laluan untuk turun ke ruang bawah tanah,aras paling bawah yang menempatkan anak emasnya kerana dia tahu kelemahan gadis itu.Rara masih cuba mengejar namun tetap juga dihalang oleh Roy dan anak buah Zaynn yang lain.
"Nelson open the door!"...Zaynn memberi arahan bila dia sudah sampai di depan pintu bilik kaca yang menempatkan ular-ular python kesayangannya.
"Master!...Please forgive her!"...Nelson cuba merayu namun apa yang dia dapat hanya tengkingan daripada Zaynn.
"I said,open the door!"....Zaynn menjerkah lelaki tua itu yang pernah menjadi lelaki yang paling dia hormati seketika dulu,namun tidak lagi sekarang.Tubuh tiara diturunkan dan didorong masuk ke bilik kaca itu secara paksa walaupun gadis itu cuba memberontak beberapa kali.
"Aaaaaaaaaa!!!!"...Tiara menggeletak ketakutan dan bergerak ke penjuru bilik kaca.Kakinya lemah melonglai dan dia menempelkan badannya di dinding kaca cuba menyembunyikan wajahnya dilututnya yang sudah menggeletar kuat.Seluruh badannya menggeletar seperti terkena penyakit Parkinson,rasa mual dan loya yang menyeksakan memaksa tekaknya mengeluarkan cecair kuning kehijauan.Dia belum pernah berada sedekat ini dengan haiwan yang dia paling takuti,tidak dapat dia gambarkan bagaimana takutnya dia saat ini.Rasa sejuk yang menjalar di kakinya membuatnya terasa ingin pengsan ataupun dia sememangnya sudah pengsan dan tersedar kembali.
****************************
Zaynn duduk menyandar di dada sofa yang tersedia di ruangan bawah tanah.Tempatnya bermain dengan haiwan peliharaannya.Matanya tidak lepas memerhatikan Tiara yang masih berada di dalam bilik kaca yang menempatkan keempat-empat ekor ular phyton kesayangannya.Dia tersenyum nipis bila seekor python kuning cuba bermanja dengan Tiara,namun gadis itu kaku tidak bergerak langsung,entah tidur ataupun mungkin sudah pengsan kerana fobianya.
"Master,ini minuman dan makanan yang master pesan!"....Louisa mendekati tuannya bersama dengan dulang yang terisi minuman dan makanan.Beberapa botol air mineral juga turut di bawa untuk Tiara.
"Emmmm!!"...
"Master,boleh saya jumpa Tiara sekejap?Dia belum makan apa-apa lagi dari tadi!".....Louisa bertanya sambil meramas jari-jemarinya.Besar harapannya jika lelaki itu memberi keizinan walaupun sekejap cuma.
"Nope Louisa!...Go back to upstairs,continue your works!....Zaynn hanya menjawab mendatar.Wajahnya tidak beriak apa-apa,tiada yang dapat menebak isi hatinya seperti apa.Lelaki itu hanya terlihat kejam dan dingin dimata sesiapa pun yang memandangnya.
"But master....!".....Bicara Louisa terhenti bila Zaynn mengangkat wajahnya.
"I don't like people objecting to my orders Louisa!"....Suara lelaki itu masih mendatar,matanya masih kekal pada figura yang langsung tidak bergerak disebalik bilik kaca.Jam ditangannya dikerling sebentar,baru dua jam gadis itu terkurung di sana.Dia akan mengurung Tiara selama lima jam sebagai hukumannya.
"I'm sorry master!"...Louisa memandang sekejap ke arah Tiara yang terperuk di penjuru bilik kaca itu.Matanya memanas dan terasa kabur dengan air mata,hati tuanya berbisik kemaafan kerana tidak mampu membantu gadis kecil itu.Dia bimbang gadis itu akan menjauh daripadanya selepas ini.Dalam penuh keterpaksaan Louisa kembali semula ke atas,sesuai dengan perintah tuannya.
Zaynn tidak senang duduk,dia sedikit gelisah bila Tiara masih tidak bergerak dari tadi.Masih kaku ditempat yang sama dalam kedudukan yang serupa.Buku limanya digenggam kuat,menahan rasa hatinya yang berbisik supaya mengalah dan membawa gadis itu keluar dari sana.
Zaynn mendadak bangun bila suara batinnya saling bertingkah dalam dirinya membuatkan dia semakin gundah,satu bahagian menyuruhnya berhenti menghukum,satu sisi lagi berbisik menghasutnya untuk meneruskan hukuman.Sememangnya benar malaikat dan iblis tidak mungkin berdampingan,tugas iblis sentiasa membisikkan kejahatan,dan sebaliknya malaikat mengingatkan kebaikan.
"Nelson,go and check that girl!"....Nelson yang sememangnya risaukan Tiara segera mendekati bilik kaca dan membuka pintu dengan tergesa-gesa.Telinganya dapat mendengar esakan kecil gadis itu.Python putih yang menjalar di tubuh Tiara dialihkan segera sebelum dia bersuara menyedarkan Tiara kerana dia tidak pasti keadaan gadis itu sekarang.
"Tiara!...Don't scared I'm here!"...Nelson cuba memanggil Tiara beberapa kali namun tiada sahutan dari gadis itu.
"What happened to her,Nelson?"....Zaynn berlagak tenang walaupun hatinya sudah tidak keruan.Jujur dia sangat risaukan gadis itu tetapi egonya juga tinggi melangit.
"I think she fainted,master!!"....Nelson teragak-agak menuturkan bicara,kerana tuannya tidak mungkin peduli apa terjadi pada orang yang menjadi hambanya walau mati sekali pun.
Zaynn yang sudah tidak sanggup menahan kegusaran hatinya melangkah laju mendekati mereka.Egonya yang mencanak,jatuh berguguran.Tubuh kecil Tiara diangkat keluar dan di bawa ke sofa.Air mineral yang dibawa oleh Louisa di sapu ke wajah Tiara beberapa kali.Semestinya Nelson yang melihat tingkah lelaki devil itu tercenggang dengan rasa tidak percaya.Ini kali kedua dia melihat keperihatinan tuannya terhadap gadis itu.Hati tuanya berbisik sesuatu dan dia berdoa semoga benar telahannya.
"You can go now Nelson!"....Zaynn bersuara dingin memberi arahan.Nelson tidak membantah,lelaki tua itu segera berlalu mengundurkan diri untuk kembali ke aras atas meninggalkan Zaynn Damien bersama Tiara.Hatinya sedikit lega bila gadis itu sudah di bawa keluar dari bilik kaca haiwan peliharaan tuannya.
"Angel!!"....
"Sayang,open your eyes!!"...Bebola mata Tiara kelihatan bergerak-gerak dengan bulu mata lentiknya bergetar menandakan gadis itu mula sedarkan diri.Zaynn menggosok lembut pipi pucat Tiara sambil menyeru namanya berkali-kali.
Tiara membuka matanya mengejut,pandangannya berlaga dengan iris hazel light Zaynn dan tidak semena-mena Tiara menerpa masuk ke dalam pelukan lelaki itu.
"Takut...saya takut sangat!!"....
Zaynn yang tidak bersedia dengan tindakan Tiara terdorong ke belakang dan terduduk di lantai dengan tubuh Tiara yang sudah melekat di badannya.Gadis itu bagaikan mahu menanam dirinya ke dalam tubuh lelaki itu.Tiara memeluknya kemas,wajahnya dibenamkan ke leher Zaynn bagaikan cuba mencari tempat untuk bersembunyi.Badan kecil itu masih menggeletar dan posisi mereka sekarang boleh dikatakan dalam zone bahaya dan terlihat sangat intim.
"Oh my god Angel!...You make me turn on sayang!"....Zaynn mengumam perlahan sambil menutup matanya menahan desiran panas dalam pembuluh darahnya bila gadis itu mengendus-endus wajah pada lehernya.
**********************
Tiara membuka matanya perlahan,dia memegang kepalanya yang terasa berpusing-pusing.Dia memejam kembali matanya untuk menghilangkan rasa peningnya namun seketika Tiara kembali mencelikkan mata bila terasa ada sesuatu yang melingkar diperut kempisnya.
Wajahnya dipalingkan ke sisinya,nafas lega terhembus dibibir bila melihat wajah cantik Rara yang tertidur disebelahnya.Wajah cantik Rara yang polos tanpa sebarang olesan makeup di tatap lama.Dahinya berkerut bila wajah itu mengingatkannya pada master devil.
"Apa hubungan mereka berdua sebenarnya?"...Suara hatinya tertanya-tanya sendiri.
"Mengapa wanita ini terlalu baik padanya walaupun dia salah satu wanita peliharaan master!"...
"Krekkk!!"....
Bunyi pintu bilik terbuka menyebabkan Tiara Angela menutupkan kembali matanya berpura-pura tidur.Derap langkah kedengaran dan terhenti di sisi katil sebelah dengan tempat pembaringannya.Tiara diam membeku,cuba mengawal nafasnya yang semakin melaju dengan denyut jantungnya yang semakin berlari tidak menentu.
Zaynn melabuhkan duduknya diruang tilam yang tersisa di sebelah tubuh Tiara yang terbaring.Ditatap wajah lembut gadis itu yang berjaya menghidupkan kembali jiwanya yang sudah lama mati,menyuburkan laman hatinya dengan bunga-bunga cinta seindah taman larangannya.
"I love you my Angel!"...Zaynn mencium tangan Tiara,dia membongkokkan sedikit badannya dan mengucup lama dahi gadis itu sebelum bibirnya menindih bibir Tiara seketika cuma.Zaynn bangun dan berlalu dari bilik Tiara,matanya sentiasa berwaspada agar tiada sesiapa yang melihatnya masuk ke sini.Dia sedia tahu di mansionnya ada tikus mondok yang bersembunyi menjadi mata-mata kepada musuhnya.
Tiara membuka matanya setelah yakin master devil sudah betul-betul keluar dari biliknya.Jantungnya berdegup kencang,bukan kerana takut tetapi kerana sesuatu rasa yang hadir dalam dirinya bila lafaz itu meniti di bibir master devil.Rasa yang pernah singgah dihatinya dulu bila bersama dengan kekasihnya Xavier.
"Am I fallen in love with master devil?"....
Share this novel