MDL13

Romance Completed 508272

"Tok...Tok!!...Angel!"

"Angel,are you in there?"....

Rara mengetuk pintu bilik gadis itu beberapa kali namun tiada jawapan dari dalam sana.Rara berlalu pergi ke box yang menyimpan kunci pendua semua pintu bilik di mansion dan langkahnya tergesa-gesa kembali untuk membuka pintu bilik yang menempatkan Tiara.

"Krekkk!!...Angel,where are you!"....

Rara melangkah masuk ke ruangan bilik yang sunyi dan gelap gelita.Tangannya meraba-raba ke dinding untuk menekan suiz lampu.Saat ruang disimbah dengan cahaya lampu,matanya membulat melihat sekujur tubuh yang masih polos tanpa sebarang pakaian,tubuhnya hanya ditutupi oleh selimut nipis sahaja.Tubuh kecil itu terbaring kaku dilantai tidak bergerak langsung walaupun Rara beberapa kali cuba mengejutkan Tiara.

"Angel,wake up!...Angel!!"....

Rara menepuk-nepuk perlahan pipi lembut Tiara yang memucat.Badannya membahang panas,kaki dan tangannya juga terasa sejuk bila Rara memegangnya.

"Help!...Somebody help me!!"...

Rara menjerit kuat meminta tolong.Zaynn yang sudah lengkap dengan pakaian formal untuk ke pejabat kebetulan berada di aras dua terdengar jeritan disebalik bilik Tiara.Zaynn melangkah laju diikuti oleh Roy di belakangnya.Daun pintu dikuak kasar,jantungnya tersentap melihat sekujur tubuh itu.Zaynn menerobos masuk dan tunduk mengangkat Tiara lalu mencempung badan Tiara membawanya ke katil.Tangannya naik menyentuh dahi dan leher Tiara memeriksa suhu badan gadis itu.

"Roy,call Dr.Philip!!"...

Zaynn bersuara sedikit panik,suaranya bergetar,begitu juga dadanya yang sedang kuat berdetak.Tangannya menggosok-gosok tangan dingin Tiara,menyalurkan haba dari geseran yang terhasil dari gerakan tangan mereka.Sesekali tangan kecil gadis itu di bawa ke mulutnya dan Zaynn menghembus nafasnya yang hangat.Zaynn bangun dari duduknya dan buru-buru membuka pakaiannya,membuangnya sembarangan ke lantai,hanya tersisa boxernya sahaja.Rara yang melihat perbuatan lelaki itu berubah panik dan lari ke pintu untuk menutup dan menguncinya dari dalam.

"What...what do you want to do master?"...

Rara mendekati Zaynn yang sudah menyusup masuk ke dalam selimut yang sama dengan Tiara.Tubuh kecil Tiara yang membahang panas ditarik merapat ke badannya,tangannya melingkar memeluk Tiara yang menggigil kesejukan.

"Shut up your mouth baby!...Get some water and face towel too!"...

Rara mendecit marah bila Zaynn memarahinya.Semuanya kerana seorang Tiara Angela.Kakinya membentak dan langkahnya sengaja dihentak tanda protes.Tunggu sahaja Zaynn Damien,dia sendiri akan membalas setiap perbuatan lelaki itu nanti.Zaynn langsung tidak menghiraukan kelakuan Rara,dia hanya fokus pada susuk tubuh yang berada di dalam pelukannya.

"I'm sorry sayang!"...Zaynn berbisik perlahan dan bibirnya mengucup lembut dahi yang terasa cukup panas.

"Jangan nak lebih-lebih!"....Rara menghadiahkan jelingan tajam pada Zaynn yang masih mengucup dahi Tiara.

"Why?...Are you jealous baby!"

"I've always kissed you like this,so there's no need to be jealous!"...Zaynn bersuara selamba sebelum menyambung kucupan demi kucupan di dahi dan kepala Tiara.Rara pula menyampah dan rasa sebal dengan kelakuan si devil master.

******************

Tiara membuka perlahan kelopak matanya,dia mengeluh perlahan bila tekaknya terasa kering dan haus. Berkali-kali dia menelan liur untuk mengurangkan rasa perit ditekaknya.Nafas dan hawa yang terbit dari mulutnya sungguh panas.Tiara cuba menggerakkan badannya yang terasa lenguh berbaring.Dia bangkit dan cuba duduk bersandar di kepala katil.

"Aauchhhh!!!"...

Tiara mendesis kesakitan dan tangannya automatik memegang bawah perutnya.Tiara menunduk melihat ke arah tubuhnya yang sudah tersarung dengan dress tidur berwarna putih.Tiara menggigit bibirnya bila benaknya memutarkan kembali kejadian hitam semalam.Dia jadi jijik dengan dirinya sendiri,kini dirinya tidak ubah seperti keempat-empat wanita peliharaan master devil.Dia benci bila dirinya disentuh oleh lelaki yang berhubungan dengan banyak wanita.Tiara menekup mukanya dan menangis buat sekian kalinya melepaskan rasa kekecewaannya.

"Awak dah bangun Angel?"....Rara melangkah masuk ke bilik Tiara dan mendekati gadis itu yang masih terpuruk dengan emosi,bahunya terhenyut-henyut menahan esakan.Rara duduk di birai katil dan menarik badan Tiara ke dalam dakapannya.Badan gadis itu masih terasa panas tetapi lebih membaik dari sebelumnya.Bila tangisan Tiara semakin mereda,Rara melonggarkan pelukannya.Matanya meliar memerhatikan wajah pucat-pasi yang masih lencun di hadapannya dan matanya terhenti pada beberapa kesan merah kebiruan yang ternoda dileher putih Tiara.Rahangnya mengeras,hatinya mengumpat sendiri.Dia yakin leher itu masih bersih tanpa sebarang noda semasa memakaikan pakaian tidur di badan Tiara dan bila pula si devil itu masuk ke sini meninggalkan kesan pemilikannya itu.

"Rara apa nasib saya nanti?...Saya tidak mahu menjadi perempuan peliharaan master!"...Tiara memecahkan suasana sunyi diantara mereka.

"Saya tidak mahu menjadi salah seorang pemuas nafsu master!..Saya tak rela berkongsi lelaki yang sama seperti mana awak berempat lakukan!"...Rara menggigit bibirnya mendengar luahan gadis itu.Hatinya sedikit nyilu mendengar bicara Tiara.

"Jika diberi dua pilihan antara menjadi perempuan peliharaan dan kematian,saya lebih memilih pilihan kedua untuk kematian!"...Tiara mula menimbang-nimbang idea untuk melarikan diri daripada mansion melalui pintu maut yang dikatakan oleh Nelson.

"Apa saya perlu melarikan diri melalui pintu maut di bawah?..Hidup atau mati sama sahaja bagi saya sekarang!...Lebih baik saya menjadi makanan haiwan peliharaan master sahaja daripada menjadi pemuas nafsunya setiap malam!"

"Siapa beritahu kamu tentang pintu itu Angel?...That's the old man huh!"...Tiara terkejut mendengar suara Rara yang naik tinggi menengkingnya.Tangan Rara memegang dagu Tiara dan mengangkat wajah itu supaya melihat wajahnya.

"Saya tak akan izinkan benda itu berlaku!...Jangan awak berani-berani berfikir untuk melakukan perkara sebegitu!"...Tiara menikus sendiri melihat wajah berang Rara.Entah mengapa wanita didepannya terlihat seperti jelmaan master devil dalam version perempuan.Cantik terlihat tetapi mempunyai sikap pembengis.

"Please forgive me Rara but you should be happy if I not here right!"...Tiara memberanikan diri membalas bicara wanita itu.

"Why do I have to feel like that way?"...Rara pula yang memulangkan pertanyaan kepada Tiara sambil memeluk tubuhnya di hadapan Tiara!"...Rara mengeraskan riak wajahnya,dia harus akui gadis naif dihadapannya ini mempunyai kedegilan yang tersembunyi cuma belum terlihat lagi.Dia perlu sentiasa mengawasi pergerakan Tiara bimbang jika gadis itu bertindak nekad untuk melarikan diri melalui pintu maut.

"You still virgin until last night right Angel!"...Rara menyembunyikan senyuman bila melihat wajah pucat Tiara merona merah.

"You know something Angel,master isn't like what do you think!"

"Dia hanya pernah menyentuh dua orang wanita dalam hidupnya!"

"Dan awak salah satu daripadanya?"....Soalan maut Tiara berjaya membuatkan Rara mati kata.Wanita itu menjeling menatap tajam wajah polos Tiara yang begitu naif dan lambat tangkap maksud yang tersirat membuatkannya kegeraman sendiri.

******************

"Come Angel,I'll show you something!"...

Rara menarik tangan Tiara keluar dari mansion menuju ke arah pintu besi yang tinggi dimana letaknya sebuah taman larangan yang menjadi titik rahsia seorang Zaynn Damien.Ketiadaan Zaynn yang menghilangkan diri beberapa hari lepas selepas kejadian malam itu sedikit melegakan Tiara.Setidaknya dia tidak perlu bersusah payah menghindarkan diri daripada master devil yang hanya akan mengingatkan kembali semua perlakuan lelaki itu terhadap dirinya.

"Are you ready Angel?"...

Rara tersenyum manis pada Tiara yang kelihatan teragak-agak untuk mendekati pintu besi yang pernah hadir dalam mimpi basahnya bersama master devil.Tanpa mempedulikan reaksi Tiara yang sempat berkhayal,Rara menolak pintu besi lumayan beratnya.

"Krekkkk!!!".....

Tiara terkaku ditempatnya berdiri.Riak terkejut beruknya terlalu zahir di wajahnya.Beberapa kali dia menidakkan pandangan matanya dengan memejam celikkan matanya,namun itulah kenyataan yang terbentang di depan matanya.Apa yang berlaku di sini sebenarnya.Adakah dia masih sedang bermimpi seperti sebelum ini atau sekarang dia berada di dunia nyata.

"Jom Angel!!"

Tiara tersentak bila Rara menarik tangannya masuk ke dalam kawasan taman larangan.Haruman bunga ros menusuk masuk ke dalam deria baunya,matanya menikmati pemandangan didepan matanya.Tiada kata yang boleh dia luahkan,hanya rasa kagum melihat hamparan bunga Ros merah dan hitam.Sememangnya sangat sama dengan mimpinya pada malam itu.Tiara menajamkan pandangan ke arah sesuatu yang berwarna putih ditengah taman.Pusara misteri yang menjadi tanda tanya.

"Hey girl!...Look at here!"...
Rara memalingkan wajah Tiara mengadap ke arahnya.Penat dia bercakap,gadis itu pula hanya mengelamun.Bukan dia tidak tahu apa yang sedang bermain dalam kotak fikiran gadis itu tentang malam gadis itu menceroboh ke dalam taman larangan namun mungkin peristiwa itu boleh dianggap mimpi sahaja kerana Zaynn Damien telah memengsankan Tiara. Dia sengaja mahu mendera mental Tiara dan biarkan gadis itu tertanya-tanya sendiri.Rara menarik Tiara ke arah gazebo kayu yang berada di suatu sudut di taman itu.

"Kubur siapa tu Rara?"....

Tiara menunjukkan jarinya ke arah pusara kecil di tengah-tengah taman.Rara hanya terbungkam seribu bahasa,tiada tanda wanita itu mahu menjawab soalannya jadi Tiara hanya mendiamkan diri,menelan kembali rasa ingin tahunya.

"The tomb belongs to someone very special in Zaynn Damien's heart!"

"Mawar Maleana binti Zaynn Damien!...Bunga mawar yang sentiasa dikenang sepanjang masa maksud namanya!"....Rara bersuara lirih,terselit sendu dalam nadanya walaupun cuba di selindungkan.

Rara bangun dan berdiri membelakangi Tiara yang sudah ternganga mulutnya demi mendengarkan kenyataan itu.Wanita itu hanya memandang jauh ke arah pusara putih yang bagaikan mengembalikan segala kisah tragis berdarah sepuluh tahun yang lalu,sekaligus mengubah kehidupan seorang Zaynn Damien kepada master devil.Tiara pula semakin penasaran dengan rasa ingin tahu yang menggebu,dia mula membuat kesimpulan sendiri. Ternyata lelaki devil itu pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak.

**********************

"Honey!...I'm back!"....Zaynn tidak sabar mahu melihat wajah-wajah kesayangannya.Sengaja dia tidak memberitahu kepulangannya hari ini.Zaynn melonggarkan tali lehernya yang membuatkannya terasa lemas.Badannya terasa lesu di sebabkan oleh penerbangannya yang memakan masa yang agak lama,kesan jetlag juga masih belum hilang sepenuhnya.Kakinya melangkah masuk ke ruang mansion yang terasa sunyi sepi.Ke mana semua orang pergi,seorang pelayan pun tidak terlihat bayangnya malah guard di depan juga menghilang.Zayne berlalu ke dapur untuk menghilangkan rasa dahaganya.Dia duduk di counter bar,berehat sekejap menghilangkan rasa lelah sambil meneguk air sejuk.

"Don't move!!"...Zaynn dikejutkan dengan suara tengkingan,memancingnya untuk mencari punca datangnya suara itu.Langkahnya terhenti di depan pintu bilik yang menempatkan para pelayan.Pintu yang sedikit terbuka membolehkan Zaynn mengintai ke dalamnya.Kelihatan beberapa pelayannya duduk menunduk dengan kaki dan tangannya terikat serta mulut mereka di tutup dengan tape.Kelibat beberapa orang yang mengawasi mereka di dalam bilik menyedarkannya mansionnya sedang ditawan.

Langkahnya di bawa menjauh dan perlahan-lahan dia menyelinap masuk ke dalam ruang rahsia yang menyimpan senjata dan CCTV yang memantau segala kegiatan di dalam mansion.Hanya dia seorang yang mempunyai excess untuk masuk ke dalam ruangan rahsia ini kerana menggunakan imbasan anak mata sebagai password.Tangannya lincah mencari kedudukan anak dan isterinya untuk memastikan keadaan mereka.Rakaman cctv di bilik anaknya menunjukkan Mawar sedang tertidur,tiada sebarang pergerakan yang mencurigakan didalam ruangan bilik anaknya.Dia mencari pula kedudukan isterinya.

"Duppp!!!".....Jantungnya bagaikan ditikam belati melihat perlakuan isterinya yang sedang melayan dua orang lelaki di ranjang bilik mereka.Darahnya semakin mendidih bila video rakaman diputar ke belakang untuk memahami situasi yang sebenarnya berlaku di mansionnya.Fahamlah dia selama ini dia hidup berdampingan dengan wanita ular.

"Hello Roy!..Red code!"...Zaynn menghubungi orang kanan pakciknya yang berada di markas Alexander Izrael di London.Red code membawa makna ancaman bahaya jadi anak-anak buah Alex sudah faham dengan bahasa code yang mereka guna pakai.Beberapa pucuk pistol di selit ke pinggangnya sebelum menyarung jaket kalis peluru.Dia perlu bertenang seketika sebelum anak-anak buah Alexander sampai.

Zaynn menyelinap keluar dari bilik rahsianya dan sentiasa berwaspada dengan pistol ditangannya.Bila yakin tiada ancaman,dia menuju ke arah tangga untuk mendapatkan anaknya di aras dua.

'"Klakk!"....Zaynn membuka perlahan pintu bilik anaknya,cuba tidak menghasilkan sebarang bunyi yang boleh menarik perhatian dan segera masuk serta menguncinya dari dalam.Dia tidak pasti berapa ramai musuh yang ada di dalam mansionnya,apa yang perlu dia buat adalah selamatkan anaknya dahulu.

"Baby Baba!!"...Zaynn mendekati anak kecilnya yang berumur dua tahun yang terlihat tertidur lena namun jantungnya bagaikan direntap bila wajah pucat anaknya dengan mulut yang mengeluarkan buih terpapar pada pandangan matanya.Zaynn jatuh melutut di lantai,badannya bergetar dengan tangisan.Dia memalu dadanya sendiri,entah bagaimana mahu menggambarkan perasaannya saat itu.Apa salahnya,dia belum pernah mengambil nyawa sesiapa,mengapa nyawa anaknya boleh di cabut dengan cara sebegini.Botol kaca kecil berwarna coklat yang tergolek dilantai dicapai dan di baca sekilas labelnya.Zaynn cuba menguatkan hatinya mendekati tubuh anak kecilnya yang sudah kaku dan mendingin.Di angkat anaknya ke pangkuan.Wajah comel dan montel itu ditatap dalam,tiada lagi senyuman yang menghiasi bibir kecilnya,tiada lagi pandangan bercahaya daripada kedua anak mata kebiruan anaknya.Sekelip mata semuanya hilang dirampas darinya.

"Arghhhhhhh!!!!!"....Zaynn menjerit semahunya melepaskan beban perasaannya.Dia tidak peduli lagi jika musuh-musuh yang berada dalam mansionnya mendengar suara jeritannya.Wajah kecil Mawar dicium sepuasnya.Tiada kehangatan di tubuh anaknya hanya sekujur tubuh yang sejuk dan dan terkulai layu.Bunyi derap langkah diluar bilik menyedarkan Zaynn ancaman bahaya semakin dekat dengannya.Rahangnya mengeras,mata hazelnya bertukar merah saga dengan airmata masih memenuhi kolam matanya.

"Wait a while baby,baba will come back to you!"...Zaynn meletakkan kembali jasad tidak bernyawa anak kecilnya.Pistol di tangannya digenggam kemas,matanya ditutup rapat dan nafasnya ditarik dalam.Saat matanya terbuka aura kedinginan memancar dari pandangannya,hatinya tekad akan membunuh semua orang dalam mansion ini.

Zaynn membuka langkahnya maju ke depan dan tanpa gentar nyawanya bakal melayang dia membuka pintu dan bersedia menembak.Luckily dia memang dilatih oleh Alexander Izrael dalam ilmu menembak tepat dan mempertahankan diri.Sekarang masanya dia mempraktikkan ilmu yang tersembunyi dalam dirinya.

"Bang!...Bang!!"...Dua das tembakan dilepaskan dan mengenai tepat pada musuh yang berkeliaran di luar bilik anaknya.Bunyi tembakan membuatkan semakin ramai musuh menampakkan diri.Mereka bergegas naik ke aras dua namun Zaynn tidak peduli dan tanpa perasaan takut sedikitpun dia melepaskan tembakan tepat pada semua manusia yang berlari dan menembak ke arahnya.Bunyi tembakan yang bertalu-talu dari aras bawah menandakan Roy bersama anak buah Alexander sudah sampai ke mansion memberi bantuan.

Zaynn bergerak ke aras tiga di mana biliknya berada.Pintu yang terkunci dari dalam ditembak dari luar di bahagian tombol dan dia menerobos masuk melepaskan tembakan rambang hingga tumbangnya dua lelaki yang bersama dengan isterinya,Sabrina Nelson.Zaynn memegang lengannya yang berjaya dibolosi beberapa biji peluru namun dia mati rasa buat masa sekarang.Seluruh tubuhnya hanya dipenuhi rasa ingin membunuh lebih-lebih lagi manusia di hadapannya sekarang.

"Don't move Zaynn!"...Sabrina memberi amaran dengan menghalakan muncung pistol pada Zaynn Damien.Zaynn mengangkat tangannya untuk menembak tetapi Sabrina terlebih dahulu melepaskan tembakan mengenai tubuhnya membuatkan Zaynn terundur beberapa langkah ke belakang kerana impak daripada tembakan.Zaynn ketawa kuat dan menerpa ke depan sambil melepaskan beberapa das tembakan mengenai susuk tubuh isterinya.

"Go to hell Sabrina Nelson!!"....Zaynn menatap tepat wanita yang sudah terduduk di tepi katil.Pistol ditangannya dihalakan tepat pada kepala Sabrina sebelum melepaskan tembakan yang bertalu-talu hingga terpercik darah ke seluruh tubuhnya.Wanita didepannya sudah tidak berupa wajahnya,hancur dan mengerikan.

"Zaynn!!!"....Roy menerpa ke arah Zaynn yang sudah jatuh ke lantai.Lelaki itu meraung semahunya,raungan kesakitan kerana dikhianati oleh wanita yang pernah dia cintai dan kehilangan satu-satunya permata hatinya,Mawar Maleana.

tq untuk semua follower yang masih setia support saya,saya sangat hargainya. Maaf jika saya tidak balas semua komen anda,bukan saya sombong tetapi peminat novel semuanya ada imaginasi yang berbeza bila membaca novel.jika mereka menjiwainya,mereka boleh masuk dan menjadi watak dalam cerita itu. Saya suka semua pembaca membuat andaian chapter seterusnya, kerana semua pembaca bijak dapat meneka.kadang2 tekaan you all mendatangkan idea juga.Sesiapa yang pernah baca cite dreamy BTML boleh nilaikan sendiri dan bezakan termasuk karya saya CL dengan karya Mr.darcy Saya bukan budak-budak nak bergaduh dekat sini,saya penulis amateur hanya mengisi masa untuk sama2 hilangkan stress pandemic covid19. Jiwa saya belum koyak rabak lagi untuk berhenti menulis untuk semua yang sukakan saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience