MDL43(FINAL)

Romance Completed 508272

Waktu sudah menunjukkan pukul 5petang.Villa kediaman Mateen Darin mula dikunjungi oleh para tetamu yang menghadiri jemputan majlis meraikan cucu-cucunya.Beberapa khemah didirikan di halaman villa dengan aneka makanan yang tersedia untuk pada tetamu.Tidak lupa juga kumpulan yassin dan marhaban untuk menyerikan lagi majlis kesyukuran dengan bacaan doa selamat.Mateen Darin dan Thalia Rose begitu ramah melayani tetamu dari kalangan saudara mara mahupun rakan -rakan perniagaannya.

Zaynn Damien dan Tiara turut mengenakan pakaian dari rona warna yang sama.Zaynn kelihatan segak bergaya dengan baju melayu berwarna biru nila begitu juga Tiara yang sungguh cantik dengan baju kebaya peplum.Sementara baby Raid yang dipangku oleh Zaynn dipakaikan dengan baju melayu sama seperti babanya.Baby Raid yang sudah berusia 6bulan sangat comel bila lengkap dengan kopiah kecil dikepalanya.Sangat hensem dan semakin iras dengan Zaynn Damien,sesekali suaranya kedengaran ketawa bila diagah dan digomol oleh Zaynn Damien.

"Abang!...Mana Rara dan Xavier?...Mereka belum sampai?"

Tiara tercari-cari adik iparnya yang masih dalam berpantang kerana baru sebulan melahirkan bayi kembar mereka.Dan nampak gayanya umur mereka sangat panjang,baru disebut-sebut sudah nampak batang hidungnya.Xavier yang lengkap berpakaian baju melayu putih kelihatan berhati-hati memimpin Rara yang ayu mengenakan jubah putih dan berselendang.Dari belakang kelihatan dua orang pengasuh yang diupah khas untuk membantu Rara menguruskan bayi kembar mereka.Xavier memilih untuk membeli sebuah kediaman berdekatan dengan kawasan kediaman Mateen Darin kerana isterinya tetap enggan pulang ke London dan selama itu Christina dan Boy yang menjadi peneman Rara.Dalam tempoh itu,Xavier terpaksa berulang-alik ke London dan Malaysia selang dua minggu sehingga kelahiran anak kembarnya baby Cairo Carmen dan Carina Caroline.

"Darling,please slow down!"....

Xavier menegur bila Rara berjalan agak laju.Rara yang sememangnya seorang yang lasak berasa sedikit rimas dengan aturan Xavier yang terlalu ketat padanya sepanjang tempoh berpantang.Xavier mengambil cuti panjang sepanjang tempoh pantangnya yang akan berlangsung selama 44 hari dan lelaki itu benar-benar mengikut cara berpantang tradisional membuatkan Rara tidak boleh mengelat dan mencelah walau sedikitpun.

"Hubby jalan macam siput!...Siapa yang dalam pantang sekarang?Me or you?"....

Rara mengeluh kesal,geram dengan sikap posesif Xavier namun lelaki itu tidak mengendahkan dan terus memimpinnya dengan perlahan.Bila Rara memprotes tangan lelaki itu mula merangkul pinggang isterinya.Zaynn hanya memerhati pasangan itu bertingkah mulut.Itulah Rara sentiasa dengan kedegilannya dan untung sahaja Xavier seorang yang kebal melayan sikap isterinya.

"Hai Rara!"....Tiara mendekati adik kembar suaminya dan mereka berpelukan sebentar sebelum Tiara mendekati pengasuh dan mengambil alih mendukung baby Carina sementara Xavier mengambil baby Cairo.

Where's Tina?"....Tiara kehairanan bila kelibat wanita itu tidak kelihatan bersama Xavier dan Rara.Setahunya Tina belum pulang ke London lagi.

"Tina dengan Boy dekat depan,tolong layan tetamu!"...Tiara mengangguk faham.Hubungan Boy dan Tina agak rapat sejak akhir-akhir ini,entah hanya sekadar berkawan atau ada hubungan istimewa diantara mereka belum dapat dipastikan lagi.

"Hai sweety!"....Tiara mencuit-cuit pipi tembam baby Carina.Bayi kecil itu menggeliat dan mengeluarkan tangannya dari bedungannya.Zaynn mendekati isterinya dan berbisik bila melihat Tiara mencium pipi anak saudaranya itu.

"Next baby kita proses baby twins ye sayang!"....Usikan Zaynn membuatkan pipi Tiara merona merah.Tiara mencubit perut Zaynn Damien bila bisikan yang agak kuat itu turut didengar oleh Rara dan Xavier hingga mereka ikut ketawa dengan gurauan Zaynn Damien.

"Assalamualaikum cousin!"....Empat pasang mata berpaling pada suara garau dari muka pintu utama.Roy dan Sofea muncul dengan membawa beberapa hadiah untuk baby Raid dan baby twins.Sofea tersenyum bahagia melihat Tiara dan Rara disamping suami masing-masing bersama buah hati penyambung legasi mereka.Tidak lama lagi tiba gilirannya pula untuk merasai nikmat melahirkan zuriat buat suami tercinta.Mereka bersalaman dan berpelukan untuk seketika kerana majlis hampir bermula.

Majlis dimulai dengan bacaan yassin diikuti majlis potong jambul untuk bayi kembar Cairo Carmen dan Carina Caroline.Majlis akikah juga diadakan untuk baby Raid dan twins dengan tumbangnya 5ekor kambing.Majlis berlangsung dengan sangat meriah dengan kehadiran tetamu yang tidak pernah surut.Agak memenatkan bagi mereka sekeluarga namun juga terselit kebahagiaan untuk keluarga besar Mateen Darin kerana akhirnya anak-anaknya dapat berkumpul bersama-sama.

************

2bulan kemudian,

"Hello Zaynn!....Maaf menganggu!"...Hilman menghubungi Zaynn Damien hampir larut malam jika di bumi Malaysia.Zaynn juga sudah terlena namun matanya cerah bila mendengar berita yang disampaikan padanya.

"Uncle nak beritahu,Nelson baru sahaja meninggal dunia!"....Zaynn terbangun dari baringannya.Gerakannya yang tiba-tiba turut menyebabkan Tiara turut terjaga dari tidurnya.Zaynn terbungkam seketika tanpa sebarang bicara.Tiara hanya mendiamkan diri disamping suaminya yang kelihatan terkejut.

"Nelson ada permintaan terakhir!"....Hilman terjeda sebelum meneruskan bicaranya kerana Zaynn Damien hanya mendiamkan diri.

"Ya uncle,apa permintaannya?"....Akhirnya Zaynn Damien bersuara membuatkan Hilman menghembus nafas lega.

"Dia mahu bersemadi dekat dengan cucunya!"....Zaynn memejamkan matanya,agak keberatan kerana mereka berlainan agama.Zaynn tidak memberi kata putus tetapi Hilman bagaikan mengerti apa yang menjadi permasalahannya di sini.

"Zaynn,Nelson seorang muslim!...Uncle yang bawa dia ke masjid Redbridge Islamic Center untuk di islamkan dan uncle serta aunty menjadi saksi keislamannya.

"Maafkan dia Zaynn!...Dia hanya mangsa keadaan yang terpaksa menanggung dosa anak dan isterinya!"....Akhirnya airmata Zaynn Damien jatuh jua.Kepalanya tertunduk bersama tangisannya.Tiara segera memeluk Zaynn Damien bila suara tangisan Zaynn Damien semakin kuat melepaskan dendam yang terbuku dalam hatinya.Zaynn menghamburkan segala kesakitan,amarah dan dendamnya dalam tangisannya.

"It's okay abang!...Let it go!...Let it go!"

"I'm always here with you!"....Tiara memujuk suaminya yang mengongoi menangis.Tiara membelai rambut lebat suaminya yang masih menangis didadanya.Bila tangisannya semakin reda dan emosinya sudah membaik,Zaynn kembali menelefon Hilman.

"Hello uncle!"

"Uruskan pengebumiannya,saya izinkan dia dikuburkan bersama ditaman Mawar Maleana!"....Zaynn menarik nafas sedalamnya.Tiara masih setia disampingnya memberi semangat buat suaminya yang tercinta.

"Syukur Alhamdulillah!!...Terima kasih Zaynn sudi memenuhi permintaan terakhir Nelson!"....Hilman bersuara sedikit ceria sebelum mengucapkan salam dan memutuskan talian.

"Abang thank you sebab sudi maafkan pakcik Nelson!"....Tiara bersuara memecah keheningan yang tercipta.Zaynn menatap wajah Tiara yang memerah akibat ikut menangis bersamanya.Zaynn meraup wajah kecil Tiara,dan mengucup dahi isterinya.

"Thank you sayang sebab hadir dalam hidup abang dan maafkan abang atas apa yang pernah abang lakukan dulu!"....Zaynn membawa kedua-dua tangan isterinya ke bibir dan mengucupnya lama,menyalurkan rasa cintanya terhadap Tiara Angela.

"And thank you too abang sebab sudi memaksa sayang kahwin dengan abang!"....Tiara tersenyum manja bila Zaynn Damien menariknya ke dalam dakapan suaminya.

"Do you love me sayang!"...

"A hundred hearts would be too few to carry all my love for you!...I do love you master devil!"....

"And you're not my number one but you're only one for me my Angel!...I love you with all my heart,sayang!"

********

******************

MDL melabuhkan tirai..Tq untuk yang menyokong saya hingga selesai walaupun ada drama dipermulaan karya ini..salam sayang buat semua dan semoga kita berjumpa lagi.

Share this novel

Norismah Ab Moin
2024-12-14 20:14:53 

best

Hawani Hashim66
2021-08-13 19:38:52 

tqvm hermey

EMAacik1974
2021-08-12 00:08:15 

tq you best story sis


NovelPlus Premium

The best ads free experience