MDL27

Romance Completed 508272

Zaynn berlari naik semula ke atas dari aras bawah tanah.Nafasnya tersekat-sekat kerana risaukan keadaan isteri dan adik-adiknya.Dia langsung tidak peduli dengan bunyi tembakan dan letupan di luar mansion yang masih kedengaran jelas di corong telinganya.Dia yakin pengikutnya sedang berperang dengan musuh yang cuba menceroboh mansionnya.

"Sayang!!"...

Matanya meliar mencari kelibat susuk Tiara dan Rara diantara pelayan-pelayan yang sedang berkumpul diruang tamu.Masing-masing kepanikan dan menjerit hingga membuatkan suasana menjadi hingar-bingar dengan suara ketakutan mereka.Jantungnya mengepam laju membuatkan bunyi detakan didadanya boleh didengari oleh sesiapa yang berdekatan dengannya.

"Sofea!!"....Roy berlari ke arah isterinya yang tergesa-gesa turun dari aras dua.Wanita itu kelihatan panik dan cemas.

"What's wrong!!"...Roy memegang bahu isterinya cuba menenangkannya.Mahu sahaja dia memeluk Sofea namun lakonan mereka belum tamat lagi,dia perlu menahan dirinya walaupun rasa risau menghurung hatinya.

"Louisa!!...Louisa!!"

"She's crazy!!...She's trying to kill Rara!!"

Zaynn yang mendengar butir bicara Sofea terus melompat naik dengan langkahnya yang besar. Lelaki itu bagaikan pelesit kerana gerakannya yang laju serta pantas.Jika wanita tua itu berani mencederakan adiknya walaupun sedikit dia akan menghapuskan Jenny tanpa teragak-teragak lagi.

"Louisa please,let her go!...Don't do this!"...

Tiara cuba merayu bila Jenny meletakkan pisau kecil di leher Rara.Lengannya pula melingkari leher Rara hingga wanita itu sedikit terbatuk-batuk kerana tercekik dan sukar bernafas.Hujung mata pisau sudah pun mengenai permukaan kulit leher Rara menyebabkan darah mula mengalir dari kesan goresan kecil itu.Tiara yang panik dengan keadaan itu lebih-lebih lagi bila melihat darah mula mendekati kedudukan mereka.Jenny mengalihkan pisaunya dan melibaskan ke arah Tiara.

"Arghhhh!!!"....Tiara menjerit kesakitan bila libasan itu terkena pada lengannya.Rara dan Jenny terkedu seketika,tangan Jenny mula menggeletar kerana dia tidak berniat mahu mencederakan gadis itu.

"Angel!!"....Rara menjerit memanggil Tiara bila gadis itu mula terhuyung-hayang berdiri.

Tiara memegang kesan torehan dan darah mengalir laju dari luka itu.Tiara bagaikan mahu pitam melihat darahnya sendiri.Tubuhnya jadi seram sejuk dengan rasa mual bila tercium bau hamis darah dan rasa sakit.Pandangannya berbalam-balam,perutnya bergelodak mahu mengeluarkan isi perutnya.Badan Tiara melembik dan jatuh ke lantai.Rara mengambil kesempatan itu untuk menyiku ke wajah Jenny hingga wanita tua itu terundur menjauhinya.

"Bummm!!!"....

Zaynn muncul didepan pintu dengan wajah yang membengis.Matanya bagaikan mahu mengeluarkan api kemarahannya bila melihat isterinya sudah longlai di lantai.

"Banggg!!"...

Tangannya naik dan memuntahkan peluru tepat di atas dada Jenny.Dia sengaja tidak menembak tepat ke jantung atau kepala kerana dia rasakan ada yang lebih layak membunuh wanita iblis seperti Jennifer dan orang itu adalah Nelson.

"Sayang bangun!!"....

Zaynn mendekati Tiara dan menepuk-nepuk perlahan pipi isterinya yang berada dalam keadaan separuh sedar.Bunyi tembakan yang semakin mendekat menyedarkannya musuh sudah berjaya menembusi pertahanan The Red Blood Rose.

"Baby,cepat ikut Abang Long!!"....

Zaynn mencempung tubuh Tiara dan membawanya turun menuju ke bilik rahsianya diikuti oleh Rara.Langkahnya dilajukan,hampir berlari langkahnya menuruni anak tangga kerana dia sangat yakin musuh akan menyerang isi mansionnya sekejap lagi.Dia perlu menyelamatkan isteri dan adik-adiknya dahulu.Tiara yang masih terasa mamai memeluk kuat leher suaminya bila bunyi tembakan dan letupan mengegarkan seluruh kawasan mansion.

"Stop!!"

Suara bariton seseorang di muka pintu utama mematikan langkah Zaynn Damien.Roy dan Sofea turut mengacukan pistol ke arah lelaki itu namun pengikut-pengikutnya yang berpakaian serba putih menyerbu masuk dan menawan sepenuhnya mansion The Red Blood Rose.Bunyi tembakan dan raungan masih kedengaran di luar mansion.Entah berapa banyak jiwa yang terkorban di sebabkan serangan ini.

Rara mendekati badan Zaynn Damien dan tangannya mencengkam kuat jacket kulit abangnya.Nafasnya tiba-tiba sesak dan terburu-buru bila mata biru itu menatapnya tajam dengan senyuman yang menyeringai di bibirnya.Rara bagaikan mahu menyembunyikan wajahnya di celah tubuh Zaynn Damien bila lelaki itu mula membuka langkahnya mahu mendekati mereka.

"Lari Rara,sembunyi dekat secret room!...abang akan cover dari belakang!"....

"Sayang ikut Rara!...I will be okay!!"

Zaynn menurunkan isterinya dari dukungannya.Rara mula menarik tangan Tiara namun dia enggan bergerak.Dia tidak mahu berjauhan dengan suaminya.Lelaki yang berpakaian serba putih itu semakin melangkah mendekati mereka .Tiara menggosokkan matanya yang masih berpinar-pinar,bila pandangannya semakin jelas,matanya membulat sempurna.

"Xavier!!"....

"Hi,Love!!...Do you miss me?"....

Xavier sengaja ingin memprovok Zaynn Damien dengan berkata begitu sedangkan tubuh Tiara terus bertindakbalas bila mendengar suara itu,badannya menggigil ketakutan dan wajahnya memucat.Tangannya kuat mengenggam tangan Rara. Rara pula sedaya upaya melawan rasa traumanya bila berhadapan secara langsung dengan lelaki itu.Rara semakin kuat menarik Tiara supaya mengikutnya secepat yang mungkin.Entah mengapa dia dapat rasakan anak mata biru laut itu bukan melihat ke arah Tiara namun lebih tepat sedang menelanjangi seluruh tubuhnya disebalik pakaiannya dengan pandangan yang menakutkan.

"Go!!!...

"Bang....Bang....Bang!!!!"

Zaynn bertempik kuat dan serentak itu dia berpaling dan memuntahkan peluru ke arah Xavier namun nampaknya lelaki itu lebih dulu melepaskan tembakan didadanya bertubi-tubi.Darah segar mengalir laju dari lubang peluru di tubuh Zaynn Damien.Tubuh Zaynn terdorong ke belakang akibat daripada impak tembakan dan Zaynn jatuh terkulai di lantai.

"Abangggg!!!!"

Rara Dan Tiara menjerit dan menerpa ke arah tubuh Zaynn Damien yang kaku tidak bergerak.Di wajah Zaynn penuh dengan percikan darah,begitu juga dilantai yang mula bertakung cecair merah yang pekat.

"No...no...Please Abangg!!!"....

Tiara meraung kuat sambil memeluk tubuh suaminya.Tiara tidak peduli lagi jika rahsia mereka terbongkar. Dia yang sedia lemah sudah longlai di dada suaminya.Walaupun dalam tidak sedar,esak tangisnya jelas kedengaran.Boy yang diselamatkan oleh Leo dan Jonathan semasa serangan sudah ditawan kembali oleh pengikut White Dragon dan di bawa ke hall.Anak muda itu jatuh melutut melihat melihat keadaan abangnya.Tanpa dapat ditahan air matanya jatuh meratapi kehilangan abangnya.

"Congratulations sir!!"....

Suara Danny kedengaran senang sambil menepuk tangan bila melihat Zaynn Damien berlumuran darah di lantai.Wajah senangnya berubah riak bila melihat Tiara Angela yang longlai di dada Zaynn Damien sambil memeluk tubuh lelaki itu.Dia mendekati tubuh Tiara dan cuba mengangkatnya namun Rara pantas menahan tangannya.

"Don't you dare touch her!"....

Rara menjerkah Danny dengan berani.Rara tidak akan izinkan sesiapa pun membawa pergi isteri abangnya.Danny tersenyum sinis melihat kelancangan perempuan peliharaan Zaynn Damien,tangannya menjambak rambut Rara dengan kasar hingga wajah wanita itu terdongak ke arahnya.Xavier segera mencampakkan pistol ditangannya dan segera menarik pistol baru yang terselit dicelah pinggangnya.

"Let her go Danny!"....Xavier mengacukan muncung pistolnya ke arah Danny.Xavier memasang wajah serius tanda dia memaksudkan kata-katanya namun Danny tetap tidak mahu melepaskan Rara malah dengan selambanya dia melayangkan sebuah tamparan pada pipi Rara bila wanita itu melawannya.Xavier yang sudah terbakar melihat wanitanya di sentuh dan disakiti oleh orang lain mula mengamuk.

"How dare you!!!"...

"Banggg...Bangg!!"....

Xavier melepaskan dua das tembakan tepat pada dada dan perut Danny.Tembakan yang akan terus mematikan mangsanya.Tersembur darah dari mulut Danny sebelum jatuh meniarap berdekatan dengan jasad Zaynn Damien.

Xavier bergegas mendekati tubuh Tiara Angela yang masih pengsan dan mula mencempungnya.Rara menjadi panik,begitu juga Boy.Xavier tidak mengendahkan Rara yang cuba menghalangnya dan mula membuka langkah untuk keluar dari mansion Zaynn Damien namun Rara masih mengejarnya dari belakang.

"Please,I'm begging you!!"....Rara menjatuhkan dirinya,melutut dan merayu di lantai bersama tangisannya.Empangan air matanya bagaikan pecah mengalir tanpa henti.

"She belongs to my brother!"...

"Please let her go!"....Rara bagaikan mahu meraung bila Xavier tetap melangkah pergi membawa Tiara Angela bersama.Hatinya berbelah bahagi namun bila mengingatkan Tiara mengandungkan anak abangnya dia membulatkan hatinya.
"Saya akan ikut awak sebagai gantinya!!"....Boy terkejut mendengar kata-kata kakaknya.Sofea dan Roy turut mengangkat kepala mereka,mereka hanya mampu menggelengkan tidak setuju kerana mulut mereka ditutup dengan pita pelekat. Langkah Xavier juga terhenti mendadak,senyuman jahat mula tergaris di bibirnya.Tubuhnya di pusingkan dan kembali mendekati Rara.Tubuh Tiara perlahan-lahan di letakkan kembali di lantai di depan wanita itu.

"Time to go sweet darling!!"

"We have no more time!!"...Xavier berkata perlahan dan melangkah keluar dari mansion ke kenderaannya bersama pengikut-pengikutnya.Dia akan menunggu wanitanya di dalam kereta sahaja.Masa mereka terhad,mereka perlu pergi sebelum musuh mereka sedar.

"No!!!....Kak Rara you can't do this!!"....Boy yang sudah dilepaskan oleh pengikut Xavier terus menerpa ke arah kakaknya.Roy dan Sofea masih terikat tangannya begitu juga dengan semua penghuni mansion.

"I had to Boy!!"....Rara memeluk tubuh adiknya seketika sebelum beralih mencium dahi Tiara Angela.Rara mendekati jasad abangnya,wajah yang bagaikan sedang tidur itu dipandang lama sebelum satu kucupan singgah di dahinya buat kali terakhir dan airmatanya jatuh lagi saat itu.

"Good bye Abang Long!!"

******************

Sepanjang perjalanan hanya keheningan yang menemani mereka.Tangisan Rara langsung tidak menyurut,airmatanya bagaikan tidak kering sentiasa bertakung ditubir matanya.Perasaannya bercampur baur,marah,sakit hati,takut dan selebihnya adalah sedih yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata bila saudara kembarnya pergi dan tidak akan kembali lagi.Lebih memedihkan lagi,dia terpaksa bersama dengan pembunuh abangnya sendiri saat ini.Badannya menempel pada pintu kereta cuba menjauhi kedudukan Xavier yang memandangnya bagai singa yang mahu menerkam mangsanya.

"Stop crying sweet darling!"....Rara langsung tidak peduli dengan kata-kata pujukan Xavier.Malah dia menganggap lelaki itu bagaikan halimunan yang tidak nampak kewujudannya.

"I don't like repeating my words darling!"....Bicara Xavier mula berbaur ancaman bila Rara tetap mengacuhkannya.

"Zarra Darilynn!...Xavier mencengkam tangan Rara dan cuba menarik tubuh Rara mendekat ke arahnya namun Rara kembali melawan.

"Don't touch me monster!"....Rara mencerlung marah memandang ke arah Xavier.Masing-masing larut dalam emosi sendiri menyebabkan rasa takut Rara menghilang digantikan pula dengan rasa benci dan dendam.

"What did you call me darling?"....Xavier mencengkam kasar pipi Rara supaya wanita itu tetap memandang ke arah wajahnya sedangkan Rara melihat Xavier penuh dengan rasa jijik.Xavier bagaikan manusia bertopengkan iblis yang muncul di depannya.

"I hate you monster!!"....

Xavier ketawa melihat ekspresi jijik pada riak wajah Rara tetapi matanya penuh dengan kemarahan.Xavier menguatkan cengkaman tangannya dan mula merapatkan wajahnya pada Rara sebelum menyambar bibir Rara.Bukan mencumbuinya tetapi menggigit dan meninggalkan kesan luka pada ulas bibir bawahnya.

"Trust me darling!!"....If you call me like that again,i will rape you here!!"....Rara tersentak dengan ancaman Xavier.Traumanya mula datang menyerang menyebabkan dadanya sesak dengan rasa takut.Xavier yang perasaan dengan riak cemas itu menyembunyikan senyumannya bila tahu kelemahan wanita itu.

Rara mengensot sedikit mencipta jarak.Badannya dipalingkan daripada Xavier dan menghadap tingkap kereta.Rasa lelah kerana terlalu banyak membuang airmata menyebabkan matanya semakin menguyu dan lama kelamaan dia terlelap dengan sendirinya membawa bersama hatinya yang lara.

Rara menggeliat dengan matanya yang masih terpejam.Dari tidurnya yang terlentang,dia beralih ke posisi mengiring dan memeluk bantal peluk di disebelahnya.Rara yang masih mamai bukan sahaja memeluk malah meletakkan kepala dan kakinya juga di atas bantal peluk yang memberinya keselesaan dan kehangatan.

"Emmmm!!!....Kau ingin menggodaku darling!"....

Rara mengerutkan keningnya bila mendengar suara serak dari atas kepalanya.Tangannya meraba-raba pada permukaan bantal peluk yang sedang melekap dibadannya,tangannya terhenti seketika pada permukaan yang bergerak turun dan naik bersama detakan jantung yang kuat membuatkannya tersedar sesuatu.

Matanya di buka perlahan,dan pertama sekali matanya melihat pemandangan malam secara terus dari tempatnya berbaring melalui tingkap kaca transparent yang menjadi dinding ruangan ini.Suasana bilik yang suram hanya mengingatkannya tentang peristiwa hitam itu,lantas badannya terbangun dan segera menjauh.Wajahnya menunduk ke bawah untuk memeriksa keadaannya. Bibir digigit kuat bila menyedari pakaian di badannya sudah ditukar dengan baju yang bersaiz besar tidak lain dan tidak bukan mesti kepunyaan lelaki monster itu.

"Apa yang kau buat pada aku hah?"....

Rara menyoal kasar dengan pandangan penuh kebencian pada lelaki didepannya.Xavier duduk menyandar di kepala katil dengan dadanya yang telanjang tanpa sebarang alas namun Rara langsung tidak tergoda dengan susuk tubuh berotot itu,hanya ada perasaan jijik di wajahnya.

"What do you think darling?"

"Kita sama-sama menikmati permainan kita!

"You don't remember how many times we repeated it?"....Xavier berganjak mahu mendekati wanitanya namun Rara bertempik marah dengan kata-kata yang baru lelaki itu katakan.

"You're a liar monster!!"....Rara memegang kepala menarik rambutnya sendiri kerana dia tahu dia tidak mungkin mengulangi perbuatan terkutuk itu.

Dia tergesa-gesa bangun dan berlari semberono keluar dari ruang bilik itu,matanya terpaku melihat ruang kediaman yang luas dan mewah namun matanya liar mencari jalan keluar.Rara turun ke aras bawah,masih tidak berputus asa mencari jalan keluar.Matanya bersinar bila melihat sliding door yang besar.Kakinya berlari laju dan tangannya pantas membuka pintu kaca itu.Harapannya punah bila didepannya hanya terdapat kolam mandi yang sangat besar dan didepannya terbentang pemandangan laut yang luas dalam kegelapan.Angin laut yang menyapa tubuhnya terasa sangat sejuk namun kakinya masih kaku tidak mahu berganjak.Perlahan-lahan airmatanya kembali menitis dengan rasa kecewa dan berputus asa.

"Bertenanglah!"...Aku tidak akan memaksamu lagi sebelum kita bernikah!"....Xavier menghampiri Rara dan memeluknya dari belakang.Xavier mengucup lembut bahu wanita itu namun sentuhan Xavier membuatkan Rara kembali memberontak.

"I don't want to marry with you monster!"....Xavier mengenggam tangannya cuba menahan sabar dengan kedegilan wanitanya.Senyuman sinis terukir dibibirnya.

"You have a choice!!"

"Kahwin dengan aku atau kematian keluarga kau termasuk Tiara Angela dan bayinya!"....Rara terpempan mendengar pilihan yang diutarakan kepadanya.

"Marry me and I will protect your family!!"

"Hahahahaha!!!!"....Are you kidding me?"

"You are a killer not a savior!!".....Rara membentak dan menerpa ke arah Xavier.Amarahnya dilepaskan kepada lelaki itu namun Xavier hanya membiarkannya sahaja.

"I had to killed your brother to save your family!!"

Sorry ye,malam ni sempat buat 1 chapter je..

Share this novel

Isya12
2021-07-27 01:08:36 

bestnya cerita ni...Terus berkarya author


NovelPlus Premium

The best ads free experience