Tiara Angela duduk bersandar di kepala katil,cuba menarik nafas sedalam yang mungkin menahan rasa memulas diperutnya.Perutnya terasa mengeras apabila rasa sakit mendatanginya.Matanya memandang Zaynn Damien yang masih lagi terlena disampingnya.Jam didinding dilirik sebentar,waktu baru menunjukkan pukul 4.15pagi.Tiara semakin gelisah tetapi dia tidak sampai hati mahu mengejutkan suaminya.Tiba-tiba Tiara terasa seperti ingin membuang air kecil,jadi dia segera turun dari katil untuk ke toilet.
Selesai menunaikan hajat kecilnya,Tiara merasa sedikit lega namun rasa itu sekejap cuma,perutnya kembali sakit dan kali ini sakitnya semakin kuat memulas isi perutnya hingga terbit manik-manik peluh di dahinya.Tiara cuba bertenang,menarik dan menghembus nafasnya sambil mengusap perutnya yang terasa keras.Namun sakitnya tetap tidak berkurangan malah semakin menjalar ke bahagian pinggangnya.Tiara sedaya upaya cuba berdiri dan melangkah ke pintu toilet tetapi dia terduduk ke lantai bilik air apabila terasa ada cecair hangat mengalir dari bahagian intimnya.
"Abang!!"....Bergetar suara Tiara cuba memanggil suaminya dari balik pintu,berharap Zaynn Damien menyedari ketiadaannya ditempat tidur mereka.
"Sayang!"....Zaynn yang masih mamai dengan matanya yang separuh tertutup,meraba-raba tempat tidur isterinya.Bila menyedari Tiara tiada disampingnya,matanya segera membesar.Zaynn bingkas bangun dari pembaringannya.Sejak kebelakangan ini dia menjadi sangat peka dengan keadaan isterinya yang hanya menunggu hari untuk bersalin.
"Sayang...Sayang!!"
"Where are you?"....Zaynn mencari isterinya di mana-mana namun tiada sahutan daripada Tiara.Sementara Tiara pula sudah lencun dengan airmata menahan sakit kontraksi yang semakin kerap menyerangnya.
"Tok...Tok...Tok!!"
"Sayang,are you in there?"...Zaynn mengetuk pintu dan memutar-mutar tombol namun pintunya berkunci dari dalam.Zaynn mula mengelabah dan keluar ke bilik orang tuanya untuk mencari kunci pendua.Beberapa ketika Zaynn Damien kembali semula diikuti oleh Thalia Rose dan Mateen Darin.Masing-masing panik dengan situasi yang berlaku dinihari ini.Zaynn tergopoh-gopah memasukkan kunci untuk membuka pintu dan saat pintu terkuak Tiara Angela hampir terkulai di lantai menahan sakit kontraksi.
"Angel,sayang!!"....Zaynn dan Thalia Rose menerpa ke arah Tiara yang sudah melemah.Dress tidurnya sudah lencun dengan cecair amniotik yang pecah.
"Abang,sakit!!"...Tiara akhirnya bersuara di celah kesakitannya.Wajahnya memucat dengan rasa sakit yang luar biasa semakin menekan dibahagian perutnya.
"Abang Long,cepat!...Angel dah nak bersalin ni!"....Thalia Rose segera menyedarkan Zaynn yang kelihatan panik memeluk isterinya.Dalam keriuhan yang terjadi,Boy mula menunjukkan mukanya yang masih separuh sedar.
"What happened papa?"...Boy yang masih mamai menguap menahan rasa mengantuk.Dia terjaga bila suara mamanya yang panik mencari kunci pendua sebentar tadi.
"Angel nak bersalin!"....Mateen Darin menjawab pertanyaan anak bongsunya menyebabkan anak muda itu membulatkan matanya.Terbang sudah rasa kantuknya bila melihat Zaynn Damien keluar dengan mencempung kakak iparnya.
"Boy ikut Abang Long!!"....Anak muda itu segera berlari ke biliknya,memakai sweater dan mengambil kunci kereta menyusul abangnya.Mereka segera ke Kajang Medical Center kerana Zaynn sudah booking tempat isterinya bersalin di sana.Pihak hospital juga sudah dimaklumkan sebelum mereka bergerak ke sana.
"Abang,sakit!"....Tiara merintih kesakitan dalam pelukan suaminya.Tangannya kuat mencengkam lengan suaminya menzahirkan rasa sakit yang tidak tertanggung olehnya.Airmatanya usah dikata,tidak pernah berhenti dari tadi.
"I know sayang!...Please hold on!!"....Zaynn memujuk isterinya yang semakin melemah.Zaynn mengusap belakang badan isterinya.Tiara tercunggap-cunggap menahan nafasnya kerana dia terteran tanpa sengaja apabila perutnya mengeras dan sakit kontraksi datang menyerang.
"Arghhh!!!"....Tiara menjerit bila dia benar-benar ingin meneran saat itu.Tangannya semakin kuat mencengkam cuba menahan diri daripada meneran.
"Abang!!....I want to push now!"....Tiara semakin gelisah,sakit kontraksi itu memaksanya untuk meneran.
"No,please wait sayang!!....Sekejap lagi kita sampai hospital!"
Boy pula semakin menginjak pedal minyak dan fokus memandu.Jantungnya berdegup kencang menghadapi situasi cemas itu.Jarak hospital dengan rumah kediaman orang tua mereka tidak jauh hanya 5km hanya memakan masa 15minit.
"Kita dah sampai Abang Long!"
Boy memberhentikan keretanya tepat di muka pintu utama hospital.Doktor Anita dan jururawat sudah sedia menunggu di sana.Zaynn segera keluar sambil mengangkat Tiara bila Boy membuka pintu untuknya.Tiara kini sudah berpindah ke katil hospital untuk didorong ke bilik rawatan.Zaynn mengenggam tangan kecil Tiara yang terasa sejuk.
"Doktor,bagaimana keadaan isteri saya?"....Zaynn bertanya saat Doktor Anita keluar dari bilik rawatan.
"Puan Tiara perlu menunggu hingga bukaan jalan 10cm,sekarang baru 5cm!..Kami akan pantau isteri encik,jangan risau!"
"Encik boleh masuk temani Puan Tiara sekarang ye!"....Doktor Anita tersenyum melihat wajah panik lelaki itu.Keadaan itu sudah biasa terjadi dan dia sangat mengerti perasaan para suami yang bimbangkan isteri dan bakal bayi mereka.
Zaynn mendekati Tiara yang sedang berbaring.Suara erangan Tiara jelas masuk ke deria pendengarannya.Dahinya basah dengan keringat dan wajahnya mengerut menahan sakit kontraksi yang kerap memulas perutnya setiap beberapa minit.
"Sayang,are you okay?".....Zaynn mengenggam tangan isterinya dan mencium punggung tangan Tiara beberapa kali.Dahi isterinya di kucup sayang,hatinya tidak tega melihat Tiara kesakitan.
"I'm sorry sayang!"....Zaynn memeluk tubuh isterinya bila Tiara mengeluh dan merintih.Zaynn begitu sabar menemani isterinya dan sesekali Tiara akan menggigit tangan Zaynn tanpa sedar bila rasa sakit yang melampau.Tiara hanya mampu menangis bila rasa sakit tidak berkurangan malah semakin kuat.
"Sabar sayang!...Abang panggilkan doktor!"....Zaynn menekan button bantuan dan Doktor Anita diikuti dua orang jururawat masuk mendekati mereka.
"Saya periksa bukaan dulu ya Puan Tiara!"....
Zaynn hanya memerhati sahaja segala perlakuan doktor tersebut.Wajah Tiara sudah berubah kerana dia mula terasa mahu meneran lagi.Zaynn beralih ke bahagian kepala Tiara,memberi ruang kepada jururawat melakukan tugasnya.Sesekali Zaynn mengelap peluh didahi isterinya.Tangannya yang cerah sudah luka akibat cengkaman Tiara.
"Puan boleh meneran sekarang!"...
Doktor Anita segera mengambil tempat dihujung kaki Tiara.Jururawat pula membantu doktor menghulurkan peralatan perubatan yang diperlukan oleh Doktor Anita.Mereka sama-sama memberi kata-kata semangat untuk Tiara meneran bayinya.
"Tarik nafas panjang,lepas itu tolak sekuat tenaga!"...Tiara hanya mengikut segala arahan doktor.Zaynn berada dibahagian kepala Tiara turut memberi semangat untuk isterinya.Muka wanita itu memucat saat meneran hingga ke hujung nafasnya sebelum mencuri nafas kembali.
"Bagus Puan,push sikit lagi!".....Dan akhirnya tangisan si kecil melengking memenuhi ruangan itu.Tiara menghela nafas lega,bayinya yang masih dipenuhi selaput putih diletakkan didadanya untuk proses skin to skin antara ibu dan bayi.Automatik bayi lelaki itu terdiam walaupun masih tersedu-sedan.Saat melihat bayinya,rasa sakit bagaikan terbang di bawa angin,hatinya hanya dipenuhi dengan rasa bahagia.
"Thank you sayang!"....Zaynn mengucup dahi isterinya,airmatanya jatuh saat melihat bayi kecilnya yang mungil.
"Encik,sila potong tali pusat bayi dulu!"....Zaynn segera mengikut arahan doktor.Ini merupakan pengalaman yang berharga buatnya.
"Encik tunggu di luar,kami ingin menyelesaikan rawatan dan kami akan panggil encik untuk azankan anak Encik!"....Zaynn hanya mengangguk mendengar permintaan jururawat yang membantu proses kelahiran anaknya.
"Sayang,abang tunggu dekat luar okay!"....Tiara hanya tersenyum nipis dan mengangguk.Dia terlalu lemah untuk berbicara,tekaknya terasa sangat kering.Matanya terasa sangat mengantuk dan kepenatan.
Tiara dipindahkan ke Executive suite room selepas selesai perawatan ke atas ibu dan bayi.Zaynn Damien juga sudah mengazankan bayi lelaki mereka.Tiara masih terbaring lemah di katil hospital namun senyuman manis terukir dibibirnya menyambut kehadiran suami, ibubapa mertua dan adik iparnya.Rasa sakitnya terbalas dengan rasa bahagianya saat bayi lelakinya sudah berada dalam dakapannya.
"Hey sayang!"....Zaynn mengucup ubun-ubun isterinya.Zaynn membantu Tiara untuk bangun dari pembaringannya bila ibubapa mertua dan adik iparnya turut hadir untuk melawatnya.
"Tahniah sayang!"....Thalia Rose memeluk Tiara dan mencium dahi menantunya.Tidak terungkap rasa terima kasih kepada Tiara kerana melahirkan zuriat dan penyambung legasi keluarga mereka.Lebih-lebih lagi kehadiran Tiara dalam hidup anak sulungnya benar-benar mengembalikan kebahagiaan buat anaknya.Thalia Rose berpindah ke katil bayi dan mengangkat cucu lelakinya.Wajah comel dengan kulit kemerahan itu dipandang lama.Bergenang airmata seorang nenek bila dapat menatap wajah si kecil itu.Terubat rindunya terhadap cucu perempuannya yang sudah lama pergi.
"Abang Long nak letak nama baby apa?"...Mateen Darin mendekati cucunya yang di pangku oleh Thalia Rose.Pipi pink kemerahan cucunya dicium sayang.
"Raid Ruzain,pemimpin ketenteramanku!"....
**************
Senyuman Rara mengembang saat melihat wajah comel anak Zaynn Damien dan Tiara Angela di skrin telefonnya yang dihantar oleh adik bongsunya.Matanya begitu asyik melihat bayi gebu-gebas dan tembam yang sangat mirip dengan abinya, Zaynn Damien. Rara menyentuh perutnya yang sedikit berisi,rasa bahagia turut menyelinap ke dalam seluruh tubuhnya.Tanpa sedar Xavier turut memerhatikan kelakuan isterinya,perlahan-lahan dia menghampiri Rara yang sedang menyandar di kepala katil.
"Tengok apa tu darling?"....Rara sedikit terkejut dengan teguran suara serak Xavier.Bibirnya tersenyum saat suaminya memanjat katil dan terbaring dengan kepalanya diletakkan di ribaan Rara.Tangan Rara naik membelai rambut lebat suaminya.Xavier sengaja palingkan wajahnya mengadap ke arah perut isterinya.Pijama yang dipakai oleh Rara di selak sedikit dan perut isterinya dicium berkali-kali sehingga wanita itu kegelian.
"Hubby,stop it!"....Tiara mengekek ketawa kerana kegelian sedangkan Xavier semakin galak mencumbu perut isterinya.
"Darling!!"....Xavier menghentikan perbuatannya.Wajah memerah isterinya yang masih tersisa dengan tawanya dipaut supaya mendekat ke wajahnya.
"I wanted to have a baby too,darling!"....Xavier mula menggoda isterinya,wajah isterinya ditarik semakin mendekat dan menyambar bibir isterinya.Seketika kemudian Rara menolak dada suaminya bila telefonnya berbunyi nyaring.
"Abang Long video call!"....Rara begitu teruja menyambut panggilan daripada abang kembarnya sedangkan Xavier sudah memasang muka cemberutnya.
"Hai aunty baby!"....Suara Zaynn kedengaran namun hanya wajah comel Raid yang memenuhi skrin telefonnya.Rara mengusap wajah baby Raid yang sedang menguap di dalam skrin telefonnya.Terdengar juga suara rengekan manja anak saudaranya itu.
"Hai baby Raid!...Can't wait to see you sayang!"...Rara bersuara ceria menjawab sapaan abangnya.
"Kalau tak sabar nak jumpa baby Raid,kena balik Malaysialah aunty baby!"....Suara manja Tiara mencelah dan muncul wajah wanita itu,Zaynn segera meletakkan anaknya dipangkuan Tiara kerana anaknya mula merengek,mungkin mahu susu uminya lagi.
"Hai Angel!...I miss you!"....Rara melambai pada Tiara,Xavier juga turut mengangkat tangannya untuk menyapa.
Hai Love!!"....Suara serak itu mula mencelah cuba memprovok Zaynn Damien dan seperti yang disangka wajah dingin Zaynn memenuhi skrin telefon Rara dan terus memutuskan panggilan.Xavier hanya ketawa dan Rara hanya mampu menggeleng kepala melihat kenakalan suaminya.
"Hubby!!"...Rara mengeram marah.Belum puas dia berbual dan melihat si kecil,suami monsternya sudah mencari pasal dengan abangnya si devil master.Rara mula memasamkan wajahnya ingin merajuk.
"Let's make our own baby,darling!"....Xavier menghimpit Rara dan mula menggoda isterinya dengan kucupan-kucupan diwajah cemberut Rara.
"No need!...they are already in my womb!"....Rara mengetap bibir bila terlepas kata.Sudah dua bulan lebih dia merahsiakan berita itu namun nampaknya rahsianya bakal terbongkar hari ini.
"What do you mean darling?"....Xavier menghentikan kucupannya saat mendengar kata-kata isterinya.Rara hanya menunduk tidak berani mahu membalas pandangan Xavier.Tiba-tiba Rara rasa gemuruh bila melihat wajah suaminya yang serius.
"How many months?"....
"Du....dua bulan,tiga minggu!"....Rara tergagap-gagap menjawab kerana suara Xavier sudah berubah garang.
"Why don't you tell me huh!"....
Xavier bangkit dari katil dan mula mengamuk.Dia mencengkam rambutnya sendiri,kecewa dengan tindakan isterinya yang merahsiakan berita gembira yang harus mereka raikan bersama.Bebola mata birunya memerah menahan rasa marahnya yang ingin meledak.
"I'm sorry hubby!...Saya hanya nak buat surprise!"....
Rara cuba memegang tangan suaminya namun Xavier menepis kasar tangannya.Hatinya terguris dengan kelakuan suaminya,kolam matanya mula dibanjiri dengan air hangat.Saat Xavier keluar dan membanting pintu bilik,tangisan Rara mula pecah.Dia tidak sangka suaminya akan semarah itu padanya dan malam itu Xavier menghilangkan diri entah ke mana.
***********
"Xavier!"....Saya nak balik ke Malaysia!"....
Rara menyatakan hasratnya walaupun terselit rasa takut dengan penerimaan suaminya nanti.Wajah Xavier berubah tegang dan rahangnya bergerak-gerak namun matanya masih tegak memandang ke dalam kepekatan malam dihadapannya.Angin sejuk dari laut tidak mampu menyejukkan bara dihatinya.Emosinya memburuk sejak kebelakangan ini,hubungannya dengan Rara turut terjejas dan kembali mendingin.
"Bila nak balik?"...
Rara menahan rasa sebak yang hadir saat Xavier membuka mulutnya.Hampir sebulan sejak kejadian kehamilannya terbongkar,lelaki itu tidak bertegur sapa dengannya bahkan Xavier turut tidur berasingan dibilik tetamu.Mereka bagaikan dua orang asing yang tinggal sebumbung.Bergelen-gelen airmata Rara tumpah selama sebulan ini menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menjauh daripada Xavier.
"Tomorrow!...Saya dah booking tiket flight!"
Sontak Xavier berdiri.Raut wajahnya betul-betul berubah bengis saat ini.Matanya menikam tajam wajah sendu isterinya.Wajah yang sentiasa dia rindu dan tidak pernah lupus dari fikirannya walaupun mereka dalam fasa perang dingin.
"What did you say!"....
Suara Xavier naik seoktaf.Buku limanya digenggam kuat,isterinya benar-benar mencabar keegoannya sebagai seorang suami.Wanita itu seolah-olah ingin membelakangkannya dan diam-diam membuat perancangan ingin meninggalkannya.
"Esok nak bertolak,hari ini baru beritahu hubby!"
"What kind of wife you are,Darilynn?"
"What do you really think?"
"Are you having fun playing with my feelings huh?"
Xavier menempik marah pada Rara.Wanita itu terkaku dan hatinya semakin tersayat luka dengan kata-kata Xavier yang bertalu-talu menghentamnya.Namun tiada sepatah kata yang keluar dari bibirnya.Dia hanya menelan segala amukan dan kemarahan Xavier terhadapnya.Walaupun lelaki itu tidak melakukan kekerasan terhadapnya namun bicaranya setajam belati yang menusuk ke hatinya.
"Answer me Darilynn!"....
Xavier masih bersuara lantang melampiaskan rasa marah dan kecewa terhadap wanita itu.Langkahnya dibawa mendekati isterinya yang diam tidak berkutik.Rara menutup matanya menghirup dalam diam haruman yang datang dari tubuh suaminya.Rasa rindunya pada Xavier membuatkan dia masuk ke dalam dakapan suaminya.Dia tidak kisah jika Xavier menolaknya,dia hanya ingin memeluk suaminya agar rasa rindu yang membuak-buak itu dapat dilunaskan.
"I really miss you hubby!!"....
Rara mengumam perlahan dalam pelukan Xavier.Badannya menempel sempurna di tubuh suaminya.Xavier mengetap rahangnya dan tiba-tiba dia mengangkat dan mengendong tubuh isterinya naik ke atas.Rara tidak menolak dan hanya merangkul leher suaminya.Dia mengizinkan segala apa yang bakal suaminya lakukan padanya buat malam terakhir sebelum dia berangkat esok pagi.Malam mereka berlalu dengan penuh kehangatan,saling melampiaskan rasa rindu yang tertangguh hampir sebulan hingga pergelutan panas mereka berlarutan hampir ke dinihari.Xavier kelelahan dan rebah di sebelah isterinya yang berpura-pura terlena.Xavier mengusap lembut perut Rara yang semakin membukit.Kucupan demi kucupan singgah diperut Rara membuatkan airmata wanita itu jatuh dihujung matanya tanpa disedari oleh Xavier.
"I'm gonna miss you hubby!!".....
Share this novel