"Sayang,sekejap lagi dah boleh discharge".
"Roy akan hantar sayang balik mansion dulu nanti!"...Zaynn bersuara sambil memerhatikan Tiara menyuap makanan ke mulutnya.Gadis itu begitu berselera menikmati hidangan makanannya.
"Awak tak nak ikut balik sama?"....Tiara bertanya dengan mulutnya yang masih penuh terisi makanan.Tanpa sedar dia membahasakan suaminya 'awak'.Zaynn tercuit hati dan dirasakan tingkah isterinya saat ini sangat comel.Zaynn mendekatkan wajah mereka dan memberi kucupan ringkas di bibir Tiara.
"Kenapa sayang kiut sangat ni!"...
"Sayang buat abang geram!"....Mata Tiara terkebil-kebil menerima perlakuan Zaynn Damien.Lelaki itu melagakan dahi mereka dan nafas hangat mereka saling menyatu.
"Ehemm!!"....Roy yang baru nak masuk berdehem membetulkan suaranya.Serba salah kerana kedatangan tidak tepat pada waktunya.Keningnya yang tidak gatal di garu sambil wajahnya menunduk ke bawah.
"Come in Roy!...Kau nak jadi tunggul kayu dekat depan pintu ke?"...
"Sorry master!"....Roy mengangkat wajahnya dan mula melangkah masuk mendekati tuannya dan Tiara walaupun terasa sedikit canggung bila melihat kemesraan tuannya melayan Tiara.Mana tidaknya selama sepuluh tahun lelaki itu hanya sedingin ais,campaklah perempuan cantik dan seksi bahkan tanpa berpakaian sekalipun,tuannya tidak akan menjeling sedikitpun.
"Sayang ikut Roy balik dulu okay,abang masih ada kerja yang belum selesai!"....Zaynn melekapkan kedua tapak tangan besarnya di wajah Tiara dan mendongakkan wajah itu melihat ke arahnya.
"Remember,don't ever tell anyone about your pregnancy including Louisa!"
"We have to keep it a secret because there are danger inside the mansion.
"Understand sayang?"....Tiara hanya menganggukkan kepala memahami arahan suaminya.Zaynn mengucup lembut dahi Tiara sebelum mereka bersedia untuk pulang ke mansion sementara Zaynn akan terus bertolak ke markas pakciknya Alexander Izrael.Zaynn perlu segera bertolak kerana perjalanannya akan memakan masa hampir dua jam untuk sampai ke markas itu.
**************
Kawasan perhutanan Salcombe
Zaynn memandu masuk ke dalam kawasan perhutanan yang semakin menebal bila semakin jauh dari kawasan perumahan penduduk.Beberapa kereta pengikutnya turut mengiringinya dari belakang.Laluannya sangat sunyi dan gelap tanpa sebarang cahaya lampu jalan.Zaynn melirik muka jam ditangannya,jam baru jejak pukul lima petang tetapi langit sudah menggelap lebih-lebih lagi kawasan hutan yang dikelilingi oleh pokok-pokok yang tinggi menjulang ke langit.
Di penghujung laluan berdiri gah sebuah bangunan lama yang berwarna kelabu yang di dikelilingi tembok batu yang sangat tinggi.Pintu gerbangnya terbuka menyambut kedatangan Zaynn Damien dan pengikutnya.Sudah lama dia tidak datang ke mari kerana dia lebih selesa menguruskan segala urusannya di mansionnya sendiri.
Zaynn turun dari keretanya dan membetulkan jacket kulit labuh hingga ke lututnya yang berwarna hitam.Kepalanya sedikit mengangguk bila pengikut-pengikut Alexander menunduk memberi salam hormat kepadanya.Zaynn memeluk tubuh tua Alexander yang berdiri menunggunya di pintu utama.Kuat pelukan Zaynn umpama melepaskan sebahagian bebanannya pada bahu Alexander.
"How are you son?"...Alexander memandang tepat pada wajah dingin didepannya.Jelas raut wajah Zaynn terlukis kegusaran.
"I'm not so good ayah!"....Selagi tak jumpa Rara, Zaynn tak akan rasa tenang!"...
Suaranya bergetar menahan segala rasa yang terbuku di hatinya.Alexander menepuk-nepuk bahu Zaynn memberi semangat kepada anak saudara kesayangannya itu.Dia juga terkejut dengan berita kehilangan adik kembar Zaynn Damien.Kebetulan dia ke sini untuk melawat markas dua hari yang lepas namun berita ini masih menjadi rahsia,tanpa pengetahuan adik angkatnya,Mateen Darin di Malaysia.
"Don't worry son...We will meet her!"..
"Come with me!!"....Alex dan Zaynn Damien beriringan menuju ke arah lif untuk menuruni aras bawah tanah,tempat penyeksaan musuh-musuh mereka.
"Orang-orang ayah sempat tangkap seorang anak buah Xavier selepas melacak kedudukan nombor telefon Rara!"
"Tapi Rara tak ada dengan dia,berkemungkinan masih di tawan oleh White Dragon!"
"Here he is!"....Alex dan Zaynn berdiri dihadapan seorang lelaki yang sudah terlentok terikat dengan mukanya sudah cedera teruk dibelasah dan badannya turut di kelar dibeberapa bahagian.Bau hamis darah menyeruak masuk ke deria bau Zaynn membuatnya sedikit berkerut dahi.Rasa loya mula menjengah namun dia cuba menahannya,naik hairan Zaynn dengan dirinya sendiri.Belum pernah dia rasa loya hanya kerana bau darah kerana itu makanannya,bermain dengan darah hampir saban hari saat memburu musuhnya.
Alex memberi isyarat pada salah seorang pengikutnya untuk mengejutkan lelaki itu.Pengikutnya hanya mengangguk faham dan beredar pergi,kemudian dia kembali semula bersama sebaldi air dan menyiramnya pada sekujur tubuh yang masih tidak sedarkan diri.
"Arghhhhhhh!!!".....Bunyi raungan yang memekakkan telinga bergema di ruangan seksaan itu.Tubuh lelaki itu menggelepar menahan rasa pedih bila larutan air garam meresap masuk ke luka-luka diseluruh tubuh badannya.
"Tell me!...Where she is?"....Zaynn menjerkah kuat melawan suara raungan lelaki itu yang semakin melemah dan sudah terbaring di lantai yang dipenuhi dengan kesan darah.
"I don't know sir!"....
"Please don't kill me sir!"....Meraung-raung lelaki itu merayu dan memohon simpati.
"I will let you live,but tell me where she is!"....Zaynn sudah mencangkung dihadapan musuhnya,pistol ditangannya dihala tepat dikepala lelaki itu.Hidungnya kembang kempis menahan bau hamis darah hingga membuat kesabarannya semakin menipis.
"Five seconds!"....Pelatuk kekunci pistolnya ditarik,sekali ketikan kepala lelaki itu akan hancur berderai.
"Five...four...three....two....!!"
"Wait!!!"
"I'll tell you sir!....
******************
"Sir we need to go now!...Seorang daripada kuncu-kuncu Xavier menerjah masuk ke bilik Xavier dalam keadaan cemas.
"One of us has been arrested!"
"They will find our location soon!"
"You need to get out of here as soon as possible sir!"...
Lelaki itu kelihatan termengah-mengah menyampaikan info namun Xavier masih tenang dan hanya mendiamkan diri.Beberapa ketika dia bangun dan melangkah menuju ke bilik yang menjadi tempat kurungan Rara.
"Krekkk!!!"....
Xavier memasukkan kunci dan membuka pintu.Perlahan-lahan daun pintu di tolak dan kakinya melangkah masuk ke ruangan yang suram yang hanya terpasang lampu meja di sisi katil.Matanya menangkap susuk tubuh Rara yang meringkuk tidur tanpa selimut di badannya.Xavier semakin mendekat dan matanya mula menjamah wajah sembap dan pucat wanita itu.Masih terdengar esakan kecil dalam tidurnya,maknanya wanita ini hanya menghabiskan masanya dengan menangis hingga kelelahan dan tertidur.
"I will come back to find you later,sweety!!".....
Tangannya menyingkap rambut yang sedikit menutupi wajah itu.Jari-jemarinya membelai lembut wajah gebu Rara.Lama mata biru lautnya menatap wajah cantik milik wanita itu.Secantik Tiara Angela tetapi wanita ini jauh lebih matang daripada wajah keanak-anakan yang di miliki oleh gadis yang pernah bertahta dihatinya.Senyuman tersungging dibibirnya,memikirkan rencananya untuk wanita ini dan Zaynn Damien.Dia akan mencari tahu tentang wanita ini dan apa hubungannya dengan Zaynn Damien.Bagi lebih mengenali musuhnya,dia perlu mengetahui kesemua tentang mereka hingga ke akar umbinya.Itu merupakan senjata yang boleh digunakan saat-saat terdesak nanti.
"Goodbye sweety!...Wait for me until we'll meet again!"....
Xavier mengucup dahi Rara dan menarik selimut menutupi bahagian kaki Rara yang terdedah.Xavier berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.Dia akan mengintip dari jauh untuk memastikan kumpulan The Red Blood Rose datang menyelamatkan wanita itu.
Rara terbangun dari lenanya bila anak tekaknya terasa perit dan kering.Tangannya naik menyentuh dahinya sendiri.Terasa panas membahang.Matanya mengerling sedulang makanan yang masih belum dia sentuh sejak seorang kuncu Xavier menghantarkan makanan kepadanya.Tangannya mencapai air mineral dan meneguknya rakus.Dia tiada selera untuk menjamah sebarang makanan dan hanya membiarkan perutnya berkeroncong kelaparan.
"Bang...Bang!!!"
Rara terkejut dan menjerit seperti orang terkena histeria mendengar bunyi tembakan di luar pintu.Kedua tangannya menutup telinganya dan menangis ketakutan.
"Bummm!!!!"....Muncul figura yang dia kenali di depan pintu menyebabkan tangisan hibanya semakin kuat menyapa pendengaran.
"Baby!!".....Zaynn bersuara lirih melihat keadaan adiknya seperti itu.Kepalanya bagaikan di hempap batu besar,muncul bayangan peristiwa dia meragut maruah Tiara Angela dan kejadian hari ini sangat persis dengannya.Adakah ini karma yang harus adiknya tanggung kerana dosa besarnya itu.
"Abang Long!!!".....
Zaynn berlari mendapatkan adiknya yang sedang menangis.Tubuh wanita itu didakap erat,rasa panas yang membahang di tubuh adiknya turut dirasainya saat kulit mereka bersentuhan.
"I'm sorry baby!....I'm so sorry!!"....Zaynn turut menangis bersama adiknya yang kelihatan sangat hancur dan lemah.Tanpa menunggu lebih lama lagi Zaynn bangun dan melepaskan jaket kulitnya dan memakaikan pada tubuh adiknya.
"Kita balik okay!"....Zaynn berbisik perlahan dan mengangkat perlahan tubuh adiknya yang masih teresak dengan tangisan.Zaynn melihat dengan jelas kesan darah pada kain cadar di tempat pembaringan adiknya saat dia mengangkat Rara.Rahangnya diketap kuat menahan rasa amarah dan juga rasa bersalah yang menggunung tingginya.
Zaynn mencempung tubuh adiknya dan membawanya ke aras bawah.Pengikut-pengikutnya setia menunggunya di sisi kereta.Hanya tinggal Rara sendirian di sini,tiada langsung kelibat Xavier dan ahli kumpulan White Dragon.Zaynn langsung tidak melepaskan pelukan mereka,malah dia masuk ke dalam perut kereta dan memangku Rara bagaikan anak kecil.Kepalanya di sandarkan pada kerusi melepaskan rasa lelah.Hatinya terasa lega sudah menjumpai Rara namun rasa bersalah juga menghantuinya.
"Forgive me baby!!"...
***********************
"Master!!".....
Doktor Phillip dan Roy sudah menunggu kepulangan Zaynn Damien yang masih mencempung tubuh Rara.Begitu juga Tiara dan Sofea yang turut berada bersama dengan mereka.Zaynn memasang wajah serius dan melangkah masuk dan terus naik ke atas menuju ke bilik adik kembarnya di ikuti oleh mereka dari belakang.
Zaynn hanya memerhatikan gerak-geri Doktor Phillip merawat Rara tanpa bersuara.Matanya sesekali melirik pandang pada Tiara Angela yang turut berada di hujung katil.Gadis itu kelihatan gelisah melihat keadaan Rara.
"She will get better,make sure she take medicines on time!"....Doktor Phillip bersuara sambil menghulurkan beberapa jenis ubat kepada Zaynn Damien.Zaynn hanya mengangguk faham dan mereka berjabat salam.Zaynn memberi isyarat kepada Roy untuk mengiringi Doktor Phillip ke bawah.
"Tok...Tok...Tok!!".....
Louisa muncul bersama dulang yang berisi bubur nasi dan air milo.Rara sudah kelihatan sedikit tenang emosinya,tidak lagi menangis.Wajahnya hanya pucat dengan demamnya yang sedikit tinggi.
"Stay away from her!!"....
Tiara mahu mendekati Rara namun suara Zaynn yang kuat menengking mengejutkan Tiara dan langkahnya termati dengan serta-merta.Matanya terkebil-kebil membalas pandangan Zaynn Damien yang garang menatapnya.Bukan hanya Tiara yang terkejut dengan tengkingan Zaynn Damien malahan Rara dan Sofea turut terkesima mendengarnya.
"Get out of here now!!"....
Tiara menutup matanya sekejap,cuba menghadam situasi.Walaupun hatinya terluka namun Tiara hanya menundukkan sedikit kepalanya sebelum memusingkan badannya membawa langkahnya keluar dari bilik Rara untuk kembali ke biliknya.
Tiara membuka pintu sliding door balkoni.Angin laut yang kuat menerpa ke tubuh badannya membuatkannya memeluk tubuh kerana kesejukan.Matanya memandang jauh ke dalam kegelapan malam,bunyi ombak yang kuat menenggelamkan bunyi tangisannya yang mula berlagu.Tangannya memegang dadanya yang terasa sesak dengan rasa sebak.Entah mengapa dia sangat sedih dan terluka dengan tengkingan si devil itu bila mengingatkan layanan dan bicara lembut Zaynn Damien ketika dia berada di hospital.Kenapa lelaki itu boleh berubah sekelip mata seperti ini.Tiara menyentuh perutnya yang masih kempis,apa nasib yang bakal menunggunya di kemudian hari kelak.
"Sedar diri kau siapa Tiara Angela!!"...Tiara cuba mengingatkan dirinya sendiri dalam penuh kekecewaan.Berapa kali harus dia kecewa dengan makhluk yang bernama lelaki dalam hidupnya demi sebuah kebahagiaan yang tidak kunjung tiba.
"Kau kuat Tiara Angela,bertahanlah!"....
***********************
Share this novel
sambung