Chapter 14

Drama Completed 4858

Hari ini, madrasah aku sudah mula bercuti.Tidak lama... Hanya seminggu sahaja. Cuti pertengahan tahun seperti sekolah-sekolah biasa. Ustazah Hayati mahu bertemu mak di dalam dan kerana itu lah aku, Khansa' dan Saiful terpaksa menunggu lama di dalam kereta.

"Kenapa ustazah akak nak jumpa mak, kak?"

Khansa' di sebelah ku sudah mula kelihatan bosan menunggu.

"Tak tahu."

Serentak itu, aku menjongketkan bahu ku.

"Mungkin, ustazah nak bagi laporan pengajian Aiman lah tu."

Saiful yang berada di tempat pemanduan mencelah perbualan kami.

"Maksudnya, kak Aiman ada buat salah ke, along?"

Khansa' bertanya lurus.

"Eh, Munirah yang paling suka cari pasal. Tak kanlah, Kak Aiman yang dipersalahkan?"

Aku tiba-tiba membangkitkan cerita tanpa pangkal. Terasa tidak adil pula apabila kemungkinan ustazah mahu menceritakan perihal perang dingin antara aku dan Mounirah kepada mak.

"Siapa Munirah, kak?"

Khansa' bertanya ingin tahu.

"Arrogant."

Aku menjawab ringkas, sekaligus menyifatkan dirinya.

"Argan?"

Khansa' mahukan kepastian dengan perkataan yang baru didengarnya hari ini.

"Tak ada apalah, Oncak. Baik Oncak tebuk hafalan Quran Kak Aiman lagi bagus."

Sekali lagi, Saiful mencelahi perbualan kami. Dan aku langsung tidak faham kenapa dia suka menyibuk.

"Arrogant tu, sombong. Harap muka je lawa. Kacukan German. Tapi perangai tak lawa!"

Aku melepaskan pekung di dada kepada Khansa' tanpa mempedulikan ocehan Saiful yang aku anggap seperti radio rosak.

"Aiman..."

Suara Saiful kedengaran pelik.

"Tak baik tau cakap macam tu. Maafkan je lah dia... Kalau tak nak maafkan, tak payah cerita pasal dia dekat orang lain."

Suara Saiful seperti memujuk sehingga aku terdiam. Khansa' di sebelah ku masih setia memandang ku, entah dia mahukan apa.

"Sabarlah, Kak Aiman, eh. Nanti akak sabar. Nanti akak menang."

Giliran Khansa' pula menenangkan ku. Mereka adik-beradik memang baik. Tinggal lagi seorang yang aku belum kenal. Mungkin baik juga seperti mereka.

Dari pintu utama madrasah, kelihatan mak keluar sambil menyarungkan kasutnya. Wajah mak kelihatan biasa sahaja sehingga aku tidak dapat membaca apa yang sudah disampaikan Ustazah Hayati kepada mak. Aku harap, itu bukan cerita perang dingin aku dengan Mounirah sehingga buat mak kecewa. Kalau sampai mak kecewa... Aku bertekad mahu hentikan pengajian ku sampai sini sahaja.

Jauhi mengumpat...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience