"Ibu! Ibu!"
Ibu terus berjalan laju meninggalkan aku di belakangnya yang sudah termengah-mengah berlari. Tanpa aku sangka, seorang india bertubuh besar telah menghalang laluan ku dan aku jatuh terjelupuk di situ tidak tertolong.
Aku berusaha bangkit dari duduk ku dan terus mengejar ibu yang semakin jauh. Tiba-tiba, sebuah teksi berhenti di hadapan ibu dan ibu terus menaiki teksi itu dan pantas berlalu pergi meninggalkan aku tanpa sempat menunggu ku.
Aku sempat melihat gaya ibu di dalam kereta itu yang terburu-buru meminta agar pemandu teksi itu segera berlalu.
Aku tidak dapat menahan perasaan ku pada waktu itu dan terus menjerit kerasukan tanpa menghiraukan keadaan di sekeliling ku yang dipenuhi dengan ramai orang.
"IBU!!! IBU TINGGALKAN AKAK, BU!!! IBU!!! IBU!!!"
Aku tidak berhenti berlari sehingga tiba di jalan raya, tempat di mana teksi ibu berlalu, dan aku kembali melaung kesasauan.
"IBU!!! IBU!!! ARGHHHHH!!! ARRGHHH!!!"
Aku dapat merasakan beberapa tangan menyentuh tubuh ku untuk menenangkan aku. Tetapi, aku terus meronta. Aku mahu lepas dari tahanan mereka. Namun, tangan-tangan mereka semakin kejap ditubuh ku. Akhirnya aku hanya mampu menjerit melaungkan ibu sehingga hampir habis suara ku.
"IBUUUUUUUU!!!!"
Mata ku terbuntang luas dan baru aku sedar bahawa kini, aku bukan berada di stesen bas seperti tempoh hari, serta bukan orang cina dan india serta melayu yang memegang tubuh ku.
Aku kini berada di atas katil yang disediakan untuk ku di tempat pengajian baru ku kini, dan orang yang memegang tubuh ku sekarang adalah ustazah yang telah memaut bahu ku ketika aku sedang menangis di luar kerana ditinggalkan mak siang tadi, bersama beberapa orang pelajar lain yang aku belum kenal.
"Aiman... Aiman okey? Aiman kenapa ni?"
Ustazah yang aku ingat-ingat lupa namanya itu bertanya kepada aku dengan penuh kerisauan. Aku tak mampu bangun dari pembaringan ku dan aku juga tidak mampu menjawab soalan ustazah sekarang. Sebelah tangan ku naik menutupi separuh wajah ku. Aku pening dengan keadaan diri ku sekarang. Perpisahan kali kedua ini membuatkan aku begitu trauma dengan perpisahan pertama ku bersama ibu kandung ku sendiri.
Aku kembali menangis. Air mata tidak kering dari mata ku sejak mula aku menjejakkan kaki ke sini sehingga ke lewat malam.
Apakah aku akan terus berkeadaan begini?
Share this novel