"Mak.. along tak nak teruskan pertunangan ni... Along cintakan Aiman..."
Mata ku terbuntang luas diikuti dada yang berdebar-debar. Apakah aku tidak tersilap dengar?
Langsir yang tertutup di antara pintu masuk dan katil pesakit, membuatkan kehadiran ku tidak disedari mak dan Saiful di dalam. Perlahan-lahan, aku mengundurkan semula langkahan ku ke luar bilik. Sesak pernafasan ku, ku lepaskan di balik pintu yang telah ditutup rapat semula.
Aku membawa kaki ku yang longlai menuju ke tandas tanpa aku tahu di mana letaknya. Jiwa ku sesak dengan pengakuan yang dibuat Saiful kepada mak sebentar tadi. Sesak kerana kecewa. Kecewa kerana Ustazah Hayati masih belum mengetahui perkara ini!
Sampai hati Saiful tidak berterus terang sejak dari mula. Mengapa sampai sudah jadi begini baru hendak diluahkan segalanya! MENGAPA?!
Air mata ku tumpah kerana fikiran yang berkecamuk. Ustazah Hayati terlalu ikhlas mencintai Saiful. Tetapi Saiful...?
Aarghh! Jikalau aku ada pilihan, mahu sahaja aku lari kan diri dan pulang ke madrasah seolah-olah aku tidak tahu apa-apa pun tadi. Tetapi wajarkah tindakan ku itu?
Aarghh!!! Terasa mahu melepaskan segalanya melalui jeritan. Namun, aku masih sedar aku berpijak di mana...
Beratnya terasa untuk menempuhi hari esok... Tidak kah segalanya akan menjadi haru-biru?
Apabila tandas tidak ku temu, aku akhirnya memusingkan kembali langkahan ku untuk kembali ke bilik Saiful.
Tapi, sekejap. Aku mahu kembali ke sana dalam keadaan aku sudah pun mengetahui perasaan Saiful kepada ku?? Perasaan Saiful?
Allah!
Sejak bila?!
Aku seperti mahu terduduk dengan kejutan yang bertimpa-timpa hari ini. Bahang malu naik ke muka sehingga lidah ku menjadi kelu. Bagaimana aku mahu menghadapi Saiful dengan keadaan ku begini? Tetapi, kalau aku tidak kembali sekarang, apa pula yang akan jadi nanti? Pasti Khansa' dan angah akan pelik kerana aku tidak ada di dalam bilik itu sebelum kedatangan mereka. Pasti mereka akan terfikir bahawa aku sudah tersesat jalan!
Allah! Aku perlu segera kembali ke bilik itu. PERLU! Sebelum kemungkinan Saiful yang berselirat dengan wayar air itu pula sanggup bangkit untuk mencari aku.
ISH! Apa aku merepek ni!
Kaki ku yang dihayun laju sedari tadi membuatkan aku termengah-mengah di depan pintu masuk bilik Saiful. Hati ku berdebar tidak menentu dan terasa suhu badan ku menyejuk sehingga turun ke 25 darjah celsius! Wajah ku mendadak panas tanpa sebab. Aku betul-betul malu untuk masuk ke dalam menghadapi Saiful... Ya Allah...
Tiba-tiba, pintu terkuak laju dari arah dalam. Wajah Khansa' terjengul keluar bersama matanya yang terbeliak apabila mendapati aku di situ.
"Akak! Akak pergi mana? Risau kitorang tengok akak tak ada dekat dalam. Akak tersesat ke?"
Aku menggeleng laju bersama perut ku yang terasa dipulas teruk. Aku sungguh malu untuk bertemu dengan mereka semua. Terlalu malu! Lebih-lebih lagi untuk berhadapan dengan mak... lalu menyalaminya yang berkemungkinan berada di sisi Saiful. Allahuakbar!
"Akak cari tandas tadi." Betul kan? Aku tak tipu..
"Habis tu? Dah jumpa?"
"Tak.."
Serentak itu, aku menggeleng perlahan.
"Habis, akak dah tak tahan sangat ke ni?"
Khansa' bertanya risau. Risau melihat aku yang sedari tadi asyik memegang perut.
"Um, tak... Okey je."
"Akak nak pergi tandas tak ni? Oncak bawakan?"
Khansa' menawarkan dirinya untuk membantu ku. Tetapi, demi memikirkan yang aku hanya akan menyusahkannya kelak, maka aku batalkan sahaja niat ku yang sebenarnya hendak melarikan diri sahaja.
"Tak, tak apa.. Akak dah okey."
"Oh, okey. Kalau akak dah tak tahan nanti, kita pergi sama-sama eh?"
Aku anggukkan sahaja tawarannya itu.
"Jom, masuk. Mak dari tadi tunggu akak."
Mendengarkan panggilan 'mak' disebut, aku sudah menekurkan wajah ku kepasrahan, sambil berjalan perlahan mengikuti langkahan Khansa', masuk ke dalam bilik.
Share this novel