Chapter 13

Drama Completed 4858

Masuk bulan baru, aku sudah mula menghafal juzu' dua. Walaupun agak terlambat disebabkan aku sakit hari tu. Tapi, alhamdulillah... aku dapat catch up balik semua.

Ustazah kata, aku terang hati. Aku pun baru pertama kali mendengar perkataan itu. Mungkin bermaksud yang hati aku ini mukjizat yang Al-Quran mudah dimasukkan ke dalamnya? Mm... Nanti tanya ustazah balik. Hehe...

Budak kenit itu sudah mendahului aku tiga muka ke depan. Tapi aku tak kisah. Sebab aku baru tahu yang dia rupanya lebih tua dari aku yang baru berumur sembilan belas tahun ini. Lepas ini, aku kena lebih bersopan santun dengannya memandangkan dia lebih berusia daripada ku.

"Kak kenit. Ustazah suruh kita lawan semak."

Suatu hari, aku terpaksa bertemu muka dengannya untuk semakan Al-Quran ku. Dan aku telah meng-upgrade kan gelarannya untuk ku. Aku rasa, ini sudah cukup baik.

"Aku cili mulut kau kalau kau panggil aku macam tu lagi!"

Aku dimarahi dan aku tidak menjangkakannya.

"Nama aku, Mou.ni.rah! Ingat tu! Nama apa?"

"Munirah."

Aku sebut perlahan. Terkejut ku dimarahi sebegitu, masih belum kebah lagi.

"M.O.U.N.I.R.A.H! Mounirah! Sebut lagi!"

Aku mengulangi sebutannya dan aku berasa pelik.

"M.O.U. Tapi sebut Mu? Bukan Mow ke?"

Aku benar-benar ingin tahu.

Tiba-tiba, dia mengibaskan tudungnya ke belakang dan terpalit senyuman bangga dibibirnya sebelum dia berdehem perlahan kepada ku.

"I kacukan German kalau you nak tahu."

Aku memerhatikan raut wajahnya yang masih 'kembang' itu.

"Jangan tengok lama-lama. I tahu lah i ni cantik."

"Tapi pendek."

Aku mengharapkan kebanggaannya akan pudar, dan aku berhasil. Kan tak bagus membangga-banggakan diri ni. Tak tahu ke?

"Sudah lah. Cakap banyak dengan awak pun, macam cakap dengan kayu. Tak ada perasaan."

Mounirah akhirnya mengalah dengan ku.

"Kita lawan semak?"

Dia bertanya kembali tujuan asal ku berjumpa dengannya.

Aku sekadar mengangguk, mengiyakan.

Mounirah sudah buat muka bosan. Tetapi, akhirnya dia terpaksa sahaja bersetuju. Kalau ada pilihan, aku juga tidak mahu lawan semak dengannya. Tetapi, aku tidak ada pilihan...

Mounirah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience