Chapter 2

Drama Completed 4858

"Aiman, hari ini aku ada kelas dekat sekian tempat. Mungkin aku balik lambat. Tolong pesan dekat mak, ya."

Aku sekadar mengangguk-anggukkan kepala ku tanpa suara. Saki-baki nasi goreng, aku hadap selera. Ini lah nasib ku selepas mana aku dikutip orang di stesen bas dua bulan yang lepas. Dan orang yang baru sahaja menitipkan pesan itu tadi adalah anak kepada orang yang sudi mengutip aku di sana, namanya Saiful.

Aku sendiri pun tidak menyangka kehadirannya memandangkan dia baru sahaja pulang dari South Afrika selepas tamat pengajiannya di sana dalam jurusan ilmu wahyu.

Warak?

Tak payah cerita... Cakap pun susah nak pandang kita. Tapi bila orang tak pandang, berani pula dia mahu pandang lama-lama.

Mungkin spesis yang datang dari sana akan dapat habit mencuri kut. "Curi-curi pandang orang".

Okey, ini celupar.

Tapi masalah yang tak boleh tahannya, bila dia sudah curi pandang orang, tiang dekat depan pun dia tidak nampak. Sampai hari itu, aku terpaksa melaung memberi amaran kepada dia yang nyaris-nyaris terlanggar dinding di depan semasa dia sedang membawa secawan kopi panas. Tapi, sadis juga apabila air kopi itu tetap terjatuh di atas kakinya dan dia pula menjerit kesakitan. Aku tidak tahu nak gelak ke nak kesian. Sebab sampai sekarang, apabila aku teringatkan insiden itu, aku terasa pelik. Serupa macam tak pernah lihat orang!

Aah... Aku jadi malas memikirkannya.

Apa yang menjadi beban fikiran ku sekarang adalah tentang ibu ku di rumah. Mengapa dia sanggup meninggalkan aku di sana tanpa sebab yang aku tahu? Sehingga sampai sekarang, aku sudah tidak mahu pulang lagi ke rumah. Pedih hati ku kerana ditinggalkan secara tiba-tiba pada hari itu, masih berbekas sehinga menjadi dendam ku pada ibu yang aku sangka sudah langsung tidak menyayangi aku.

Kerana apa lagi kalau ibu sudah tergamak 'membuang' aku sebegini?

Mak selalu pujuk aku untuk aku pulang berjumpa dengan ibu ku semula, tetapi aku enggan. Walaupun aku tahu, keengganan aku ini akan lebih meyusahkan mak, tetapi aku masih belum mahu berjumpa dengan ibu...

Oh, ya... Mak itu adalah gelaran kepada makcik yang aku kini sedang selesa menumpang teduh di rumahnya. Itulah, mak Saiful. Orangnya prihatin. Walaupun sesekali dia suka bercakap tegas. Namun dengan ku, mak sentiasa beralah. Aku bukan tidak berasa bersalah apabila telah banyak menyusahkannya. Tetapi, aku sendiri perlukan waktu untuk aku terima nasib diri aku yang terbuang ini. Mak akhirnya faham dengan keengganan ku. Dan selepas hari itu, mak tidak pernah lagi menyebutkan tentang berjumpa ibu kepada ku.

Akhir kata dari mak hanyalah dakapannya yang erat kepada ku dan membiarkan aku melepaskan rasa yang terbuku di dalam hati ku lewat tangisan ku di dalam pelukannya.

Cerita ini tiada kaitan dengan diri penulis. Hanyalah rekaan semata...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience