Cuti akhir tahun...
Harini, aku akan pulang ke rumah ibu. Tidak pernah aku lupa jalan kembali... Hanya hati yang selama ini enggan.
Cukup dengan aku memberitahukan alamatnya kepada mak, dan mak hanya perlu memasang Google Map untuk kami segera sampai ke destinasi.
Ubai yang memandu perjalanan kami memandangkan Saiful masih belum sembuh sepenuhnya.
"Akak, lepas ni akak dah tak tinggal dengan kami ke?"
"Tak tahulah Oncak. Akak cuma dah rindu ibu je."
Aku beralasan... Hakikatnya, aku hanya mahu lari dari Saiful.
Aku bimbangkan diri ku sendiri, sebenarnya... Aku bukan budak kecil yang tidak punya perasaan. Naluri ku sendiri sudah terusik dengan ungkapannya. Apalagi untuk melihat fizikalnya... aku bimbang diri ku tidak mampu diselamatkan.
"Kita dah sampai."
Suara mak menyedarkan aku dari lamunan ku yang panjang. Sesungguhnya, ini adalah satu pengorbanan yang aku terpaksa lakukan.
Dari dalam kereta, kami lihat banyak selipar-selipar yang tersadai di luar laman bersama pintu rumah yang terbuka luas. Tidak banyak pula kereta yang terparkir di luar.
Kenapa ni?
Aku segera membuka pintu kereta dan serta-merta menyapa digegendang telinga ku sayup-sayup bacaan Yasin dibacakan di dalam.
"IBU?!"
Share this novel