Completed
4858
Pagi itu, aku sarapan Honey Gold flakes dengan Abang Saiful. Tiba-tiba aku terasa mengidam mahu makan 'jajan mahal' itu. Abang Saiful layan kan sahaja kerana berharap keinginan aku ini adalah kerana pembawaan budak.
Aku tersenyum meleret mendengarkan alasannya yang kedengaran tidak ikhlas melayani ku. Tetapi, aku juga mengharapkan perkara yang sama. Hihi. Demand betul kau, nak, kalau buat mak kau ngidam benda-benda mahal macam ni.
"Syayang..."
Abang Saiful menatap tuntas anak mata ku ketika aku sedang menyuapkan sesudu Honey Gold Flakes ke dalam mulut ku. Dia juga makan makanan yang sama. Tetapi tidak segelojoh aku. Ups.
Aku membalas panggilannya dengan jongketan sebelah kening ku. Mulut ku penuh untuk bersuara sekarang.
"Abang nak tunjuk sayang sesuatu..."
Kedua belah kening ku terangkat serentak.
"Apa?"
"Sebelum tu, sayang kena tutup mata dulu."
Aku pandang Abang Saiful dengan kerutan di dahi ku. Suspicious nya abang sayang aku ni?
"Abang... kita tengah makan..?"
Abang Saiful bantai gelak mendengarkan suu'zon aku itu. Dia tahu apa yang aku fikirkan sekarang. Dan aku serius... ~@?×#
"Sayang... abang kata 'nak tunjuk sesuatu"... What the yellow inside your brain?"
Kami tertawa serentak sehingga merah-merah muka Abang Saiful. Teruk betul aku punya bayangan tu kan?
"Sini..."
Abang Saiful mencapai tangan ku, dan dia bertindak menutup mata ku kemudian dengan sebelah lagi tangannya, mendorong aku berjalan.
Langkahan kami terhenti.
"Okey... sayang teruskan tutup mata. Jangan intai! Abang nak ambil sekejap. Jangan intai..."
"Ya... ya..." Aku menahan tawa ku.
"Okey... Buka mata."
Aku buka mata ku segera, dan di depan ku terdapat sekuntum bunga mawar yang segar yang terletak di dalam pasu.
"Surprise..."
Perlahan sahaja suara Abang Saiful menggamit haru di dalam hati ku.
"So sweet..."
Kami sama-sama tersenyum lebar dan aku rasa tumpuan ku kini bukan pada bunga itu, tetapi pada senyuman Abang Saiful. Sejak aku berkahwin dengan Abang Saiful, baru aku tahu bahawa Abang Saiful menyimpan senyuman yang sangat indah mengalahkan bunga.
Dahulu mukanya tegang ibarat kucing jantan yang baru lepas bergaduh. Aku pernah tanyakan itu kepada Abang Saiful. Jawabnya, kerana bimbang aku yang tidak mampu mengawal diri nanti.
Cet! Kita pula yang dipersalahkan.
"Sayang... Kenapa pandang abang macam tu? Abang lagi cantik dari bunga ke?"
Aku tersedar dari lamunan ku dan hanya mampu tertawa rendah. Kemudian, aku seperti terperasankan sesuatu...
"Eh, ni bukan ke..."
"Pokok bunga sayang?"
Abang Saiful menyambung perkataan ku.
"Ha ah..."
Aku jadi teringatkan sesuatu...
**********
"Oncak syak... along yang curi bunga akak."
"Abang Saiful?"
Kening ku bercantum rapat.
"Kenapa dia nak curi bunga akak?"
Khansa' menjungkitkan bahunya.
"Nak dengki akak kut? Dia kan tak suka akak."
Aku pandang Khansa' agak lama. Mencari kebenaran dari kata-katanya itu. Muka Khansa' sudah memancarkan keyakinan terhadap tuduhannya sendiri. Dan akhirnya, aku buat tidak peduli dan hanya pasrah dengan kehilangan bunga ku.
**********
Kini, bunga itu ditangan Abang Saiful. Makanya ternyata, tuduhan Khansa' itu benar belaka.
"Oh... betul lah apa yang Oncak bagitahu saya masa tu.."
Sambil itu, aku ambil pasu bunga mawar itu dari tangan Abang Saiful.
Kini, giliran Abang Saiful pula berkerut kening.
"Oncak bagitahu apa?"
"Abang curi bunga saya."
Abang Saiful menutup mulutnya sendiri dengan sebelah tangannya. Kepalanya terpunduk berfikir bersama kening yang bertaut. Serius benar nampak gayanya.
"Abang ni... Ini kan bunga saya... Tak kan lah saya tak cari. Lagipun, Oncak tanam bunga ni dengan saya. Mestilah masa saya tak ada, dia yang tengok-tengokkan bunga ni."
Abang Saiful memandang wajah ku semula.
"Abang ingat, masa sayang dah duduk madrasah, bunga tu tak ada siapa jaga. Jadi, abang niat nak jaga je."
"Baiknya...abang sayang saya ni. Kan bagus kalau awal-awal saya tahu abang dah lama sayangkan saya."
Aku lihat, Abang Saiful sudah tertunduk menyembunyikan senyuman lebarnya. Kemudian, dia mengangkat wajahnya dan menghampiri ku lebih dekat.
"Itu akan sentiasa jadi private and confidential, sayang... Abang selalu janji dengan diri abang, tak akan bercinta dengan sayang sampai kita kahwin."
Giliran ku pula terpunduk malu di hadapannya. Abang Saiful memang betul-betul mengujakan aku dengan sikapnya yang unexpected!
Aku beranikan diri menatap wajah Abang Saiful dengan niat mahu menukar topik. Bimbang wajah ku akan bertukar menjadi tomato apabila sedari tadi mem-blushing.
"Err... Ustazah Hayati dah bersalin anak kedua, bang. Kita ziarah yuk, harini?"
Mati senyuman Abang Saiful dan dia berkeluh kemudian.
"No."
Aku menelan liur ku, payah. Abang Saiful marah ke? Semasa kelahiran anak Ustazah Hayati yang pertama, aku terpaksa memujuknya untuk aku menziarahi ustazah. Macam mana pun, Ustazah Hayati tetap ustazah ku. Aku tetap mahu meraikan ustazah ku sendiri walaupun aku sudah menjadi isteri orang. Lagipun, aku amat menyayangi Ustazah Hayati. Ketabahannya sentiasa menjadi idola ku.
"Harini, sayang abang punya. Hari-hari kita pergi balik madrasah, tak sempat nak dating. Hm?"
Abang Saiful menyuarakan hasratnya sehingga aku terdiam.
Sebelah tangan ku di pautnya dan kemudian, dia mendorong ku ke bilik peraduan kami.
"Bersiap. Kita keluar jom."
Senyuman ku melebar dan aku terasa seperti mahu lompat bintang. Yeay, jalan-jalan!
Alhamdulillah... Tamam ??.
Saje tambah untuk viewers yang sudi membaca. Memang ada part yang terlepas pandang untuk di akhirkan. Jadi, kita kasi bonus dekat sini untuk selesaikan hutang yang tertangguh. (Smile) Cetusan idea menulis cerita ini? Kerana Terpaksa Aku Relakan. Pernah dengar bukan rancangan hebat ini di TV3 suatu masa dahulu? Ketika itu, saya jadi teruja mahu membaca novelnya sendiri. Dan maklum, cerita di tv tidak se-complete jalan ceritanya di buku. Tetapi, ada sesuatu yang membuatkan saya tidak suka dengan plot ceritanya. Dari situ, saya berazam untuk buat jalan cerita yang sama... tetapi dengan perasa yang berbeza. Ya... saya masih baru. Sememangnya saya tidak mampu menukangi cerita ini setanding KTAR.Tapi, saya enjoy melakukan apa yang saya suka di sini. Kamu yang menjadi editor saya. Saya tidak perlu susah-susah untuk memenuhkan pelbagai syarat untuk setiap karya saya. Done write, done publish, done viewers. (HAPPY) -Vitalis_ empress
Share this novel