Masuk hari ini, sudah seminggu aku berada di madrasah ini dan telah aku hafal kesemua surah-surah penting dari Surah Yasin, Sajadah, Mulk dan juga Dukhon.
Ustazah Hayati juga tidak sangka aku dapat menghafal sepantas itu, kerana ada di kalangan pelajar-pelajarnya yang datang sebelum ku, telah aku dahului.
Hanya kepada Allah pujian ku kembalikan. Aku hanya menjalankan azam ku dan aku terpaksa melakukan semua ini.
"Awak ingat, hafal laju-laju boleh melekat ke dekat ingatan sampai mati?"
Budak kenit yang menjeling aku tempoh hari, selalu mem-provok aku dengan kata-katanya yang masam. Aku malas mahu mengingati namanya kerana dia selalu menyakiti hati ku. Kata-katanya selalu aku balas dengan memandang nya lama-lama. Merakam setiap inci mukanya agar nanti mudah untuk ku santau dia apabila berpeluang.
Hati jahat ku selalu berkata begitu. Tapi, aku tidaklah benar-benar mahu melakukannya. Sengaja je aku melakukan begitu supaya dia tahu, aku mempunyai mata yang lebih menawan daripada mulutnya.
"Dah lah mata macam sampan!"
Tetapi dia selalu sahaja mengkufuri kecantikan mata ku.
Hari itu, aku telah mula menghafal Surah Al-Baqarah. Ustazah memberikan pilihan kepada ku samada aku mahu memulakan hafalan dari juzu' belakang atau depan?
Maka, aku memilih untuk menghafal juzu' depan, supaya aku dapat menunaikan hak setiap nombor juzu' pada tempatnya.
Entahlah. Kedengaran tiada kena-mengena pula.
Minggu hadapan, apabila mak datang menjenguk ku, aku mahu berikan khabar gembira ini kepadanya!
Untuk bahagia... perlu membahagiakan.
Share this novel