Kereta Toyota Altis memasuki perkarangan madrasah. Aku segera berlari keluar untuk melihat siapakah gerangan orang yang bakal menjemput ku.
"Awak balik lama ke, Man?"
Mounirah tiba-tiba membejatkan langkahan ku dengan pertanyaannya.
"InsyaAllah, tak."
"Jangan lama-lama. Semoga selamat abang awak tu."
"Silap. Saiful je. Bukan abang kita."
Aku membetulkan label itu. Sampai sekarang, aku masih tahu siapa aku dalam keluarga mereka. Hanya menumpang kasih, dan tidak lebih dari itu.
"Apa-apa je lah. Balik cepat tau."
Kata-kata Mounirah membuat aku hairan. Hari-hari bergaduh pun nak rindu ke?
"InsyaAllah.."
Hanya itu yang mampu aku balas kerana aku benar-benar mengejar masa sekarang.
Masuk ke dalam perut kereta, aku lihat suasana yang mendung di dalam kereta, dengan Khansa' dan... ini ke angah yang selalu diperkatakan itu?
"Assalamualaikum.."
Aku harap, mereka sedar akan kewujudan ku.
"Waalaikumsalam."
Suara parau angah, menjawab salam ku. Sedang kan Khansa', masih berdiam diri di sebelah tempat duduk pemandu. Mungkin masih bersedih dengan kecelakaan yang menimpa Saiful. Tidak mengapa, aku faham.
Tiba-tiba, Khansa' membuka pintunya dan beralih duduk di tempat penumpang di belakang, bersebelahan dengan ku.
Dipeluknya aku erat sambil menangis.
"Along kemalangan motor, kak... Dia masih koma..."
"Innalillah wa inna ilaihi rajiun..."
Kalimah istirja' terpacul dari mulut ku mendengarkan perkhabaran sebenar itu.
Kereta bergerak perlahan menuju ke hospital tempat di mana Saiful dirawat. Angah juga hanya diam sepanjang perjalanan. Aku belum pernah mengenalinya, dan dia juga tidak pernah mengenali ku.
Khansa' sudah tertidur bersama air mata yang kering ditubir matanya yang sembab. Kasihan dia... Mak tidak ikut sekali, mungkin sedang menemani Saiful di sana.
Kereta membelok masuk ke ruang parkir hospital dan kami turun setelah itu, apabila kereta siap diparkir tidak jauh dari pintu masuk hospital.
Angah memandang ke arah ku ketika kami masih berdiri di sisi kereta, bersiap sedia untuk melangkah masuk ke dalam hospital.
"Aiman ni... yang ada dekat stesen bas hari tu eh? Menangis dekat bawah tiang tembok?"
Aku sudah tercengang. Tidak sangka yang dia juga nampak keadaan aku pada waktu itu. Tetapi kenapa aku tidak nampak dia?
Sekejap-sekejap... sekarang waktu yang sesuai ke untuk berkenalan?
"Aah."
Aku sekadar angguk, mengiyakan. Mungkin cukup setakat itu yang dia mahu tahu.
Setelah itu, kami bergerak bersama menuju ke wad Saiful.
"Kak, kami dari pagi tadi belum isi perut. Akak pergi lah dulu tengok along dekat dalam. Oncak dengan angah nak beli makanan sekejap."
Aku anggukkan sahaja kata-kata Khansa' itu dan meneruskan langkahan ku menuju ke bilik Saiful seperti yang sudah tertera di papan kenyataan di luar.
Tanda pada pintu bilik itu ku pastikan dahulu sebelum menolak perlahan daunnya.
Telinga ku menangkap parau suara Saiful yang bergema-gema. Saiful sudah sedar! Alhamdulillah..
Maaf, lambat update... Ingatkan nak cukup kan sampai 30 chapter. Tapi bimbang lambat sangat ;)
Share this novel