"Ibu... Ibu... Kenapa ibu tinggalkan akak? Ibu... Uuhuuu! Uuhuu!"
Aku melepaskan pagutan tangan ku dilutut, lalu diri ku tersadai di sebatang tiang besar yang terletak di kawasan bus sentral itu.
Kejadian pagi tadi berputar di dalam fikiran, mencari-cari mana silap ku sehingga aku dibiarkan terlantar begini. Sehelai duit bernilai 20 ringgit Malaysia sempat ibu titipkan kepada ku dengan alasan sebagai persediaan duit baki pelanggan yang membeli kuihnya. Baru aku sedar, bahawa ibu memang sedari awal sudah berniat untuk meninggalkan kan ku di sini.
Tangisan ku tidak berhenti sedari tadi. Mana mungkin berhenti apabila hati ku benar-benar remuk, keliru, ditambah dengan ketakutan yang aku alami apabila ditinggalkan sendirian di tempat asing sebegini.
Ibu benar-benar pelik pagi tadi, apabila mengajak aku untuk berjualan jauh ke sini sehingga sanggup menaiki teksi. Alasan ibu, supaya aku lebih berdikari dan berusaha lebih untuk mencapai cita-cita ku. Ibu tahu cita-cita ku adalah untuk sambung belajar disebuah kolej sekian. Selalu aku suarakan kepada ibu walaupun aku tahu, ibu tidak pernah cukup keperluan untuk mengotakan cita-cita ku itu.
Tidak pula aku memaksa... Hanya aku suka bercerita kepada ibu tentang cita-cita ku. Tidak sangka, akhirnya aku dibuang sebegini. Apakah aku sudah menyusahkan ibu dengan cerita ku itu?
Sendu ku masih berbaki. Rupa ku pasti sudah comot. Secara tiba-tiba, seorang makcik melewati ku, dan melihat ke arah ku. Aku segera memaut kembali lutut ku dan memandangnya dengan perasaan takut. Ketika itu, waktu sudah semakin senja. Dan sememangnya tiada siapa yang mahu mempedulikan ku walaupun tadi, ketika aku meraung kuat seperti orang gila di tengah-tengah jalan raya, ramai sahaja orang yang cuba untuk menenangkan ku. Tetapi ternyata, mereka sekadar mahu aku diam, dan akhirnya semua bersurai.
"Anak ni, siapa?"
Makcik itu duduk mencangkung di hadapan ku tanpa rasa bersalah. Aku hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala ku kerana enggan dipeduli lalu dibiarkan lagi. Biarlah... Aku lebih rela bersendirian daripada bertemu insan yang hanya mahu berpura-pura kepada ku. Sakit ku masih belum kebah. Dan aku tidak mahu menambahnya lagi.
Makcik itu tampak tidak mahu beralah daripada ku. Disentuh pula bahu ku dan bertanyakan lagi soalan yang sama.
"Nama makcik, Maznah. Nama kamu?"
Aku tidak mahu menjawab. Wajah ku sembamkan ke dalam lingkaran tangan ku yang sedang memaut lutut.
"Kamu dah makan?"
Makcik itu mula bertanyakan kepada ku soalan yang ibu selalu tanyakan kepada ku apabila aku pulang dari sekolah.
Hati ku kembali sesak, dan aku memandang makcik itu dengan tangisan ku yang muncul kembali sambil menggeleng-geleng perlahan. Sesungguhnya, aku benar-benar lapar.
"Jom, makcik pun belum makan. Jom teman makcik makan."
Tangan ku ditarik lembut olehnya, dan aku gagahkan diri ku untuk berdiri menurutinya. Aku hanya terpaksa kerana lapar. Di dalam fikiran ku, jika selepas ini aku akan ditinggalkan semula, aku pasrah...
Usai makan, makcik itu tersenyum kepada ku selepas mendengar semua kisah ku sepanjang kami menunggu pesanan makanan tiba.
"Aiman. Makcik nak, kamu ikut makcik balik malam ni. Boleh? Lepastu, esok, makcik hantar kamu balik, ya?"
Balik?
Aku mengeleng laju. Aku sudah terfikir untuk menetap di sini sahaja lebih aku sanggup dari mahu pulang ke rumah yang ibu ku sendiri telah membuang ku.
"Tak nak ikut makcik?"
Muka makcik itu sudah berubah kecewa. Entah kan risau... Entah kan apa... Aku tak tahu.
"Aiman... tak aman tau dekat sini. Aiman mesti ikut makcik balik. Kalau tak, makcik tak kan bangun dari sini."
Makcik itu mengugut ku pula. Dan aku masih berfikir-fikir mahu mengikutnya pulang ke rumah atau tidak.
"Aiman... Makcik tak tipu Aiman. Betul... makcik nak Aiman ikut makcik balik rumah makcik. Jom. Dekat rumah makcik ada seorang je anak perempuan makcik. Khansa' nama dia. Nanti Aiman boleh kenal dengan dia. Sekarang, jom, ikut makcik balik."
Termakan dengan pujukannya, akhirnya aku menurut tanpa ragu.
Semenjak dari hari itulah, aku menumpang berteduh dirumah makcik yang baik hati itu, mak... Dan kini, aku benar-benar merasakan ke ikhlasannya dalam memelihara ku.
Terimakasih, mak....
Throwback.
Share this novel