Chapter 16

Drama Completed 4858

"Oncak! Oncak!"

Aku berlari-lari mendapatkan Khansa' yang baru hendak menyarungkan seliparnya menuju ke laman di belakang rumah.

Khansa' memandang ku hairan.

"Kenapa, Kak Aiman? Kena sampuk ke?"

Malas hendak melayan ocehannya, aku terus menarik tangganya menuruti ku ke laman belakang rumah.

Sekuntum bunga ros yang tumbuh segar itu, ku tunjukkan kepadanya dengan perasaan penuh teruja.

"Hihihi... Pasal ni ke yang Kak Aiman teruja sangat? Cantikkan?"

"Cantik! Menjadi akhirnya bunga kita!"

"Hihihi. Tapi, itu Khansa' punya ..."

"Ha?"

Baru aku perasan, bahawa bunga ros itu hanya ada sepasu. Lagi satu pasu mana? Pasu aku?

"Pasu akak, mana?"

Aku pandang muka Khansa' yang mula serba salah.

"Sebenarnya kan, kak... Oncak pun tak tahu mana pergi bunga ros akak. Puas Oncak cari dekat belakang ni. Mana lagi akak letak bunga akak tu kalau tak dekat sini kan? Tapi, betul kak... Oncak tak jumpa langsung bunga akak tu dekat mana-mana."

Aku lihat Khansa' benar-benar sedih dengan kehilangan bunga ku. Apatah lagi aku, sebagai orang yang menanam benihnya. Aku baru berangan mahu bersuka-ria dengan bunga ku yang aku pasti, sepeninggalan ku ia akan tumbuh besar seperti milik Khansa'. Tapi, ternyata hampa... Di mana pula aku letakkan bunga ros ku kalau tidak di sini? Siapa pula yang mahu mencuri bunga ros? Fikiran ku jadi serabut tiba-tiba.

"Tak apalah, Oncak. Akak nak masuk dulu."

"Akak..."

Khansa' segera memaut lengan ku sebelum sempat aku membuat langkahan kedua.

"Oncak syak..."

Suspicious...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience