Aku sudah bersiap dengan busana hitam ku. Wajah ku kosong solekan. Aku tidak mahu nampak menarik pada orang yang bakal merisik ku kelak. Biar nanti, kalau Abang Saiful yang datang bersama mak, tidaklah dia melihat aku beria benar menghendakkan orang itu.
Ini semua kejutan buat ku. Tidak pula aku bermimpi apa-apa semalam sebagai petanda harini. Ah, mungkin aku lupa... Tapi, pernahkah aku terfikir situasi ini akan berlaku dalam umur ku yang baru hendak jejak 20 tahun? Hafazan ku juga baru setengah Al-Quran.
Aku tidak dapat bayangkan betapa remuknya hati Abang Saiful apabila mendapat tahu yang aku sudah dirisik orang. Tidak... Aku tidak mahu Abang Saiful kecewa. Harini, aku mesti luahkan juga perasaan ku. Biar semua jelas, bahawa aku hanya mahu memiliki Abang Saiful!
Deruan kereta diluar rumah, mematikan segala kekusutan fikiran ku. Oh, siapakah itu? Apakah mak? Oh, aku harus segera berangkat. Biar orang itu terlepas peluang mahu merisik ku, sekaligus membatalkan perancangannya yang TIDAK AKAN mungkin berjaya, menurut ku.
Segera beg baju ku, ku heret ke depan pintu dan segala macam barang yang perlu ku bawa pulang ke madrasah ku angkut bersama. Aku perlu segera. Niqab yang sedari tadi ku gantung dileher, kini segera ku acukan ke muka ku. Mengikatnya kemas dengan kadar segera.
"Assalamualaikum..."
Suara mak, membuat jantung ku berdetak semakin laju. Aku bimbang, aku kesuntukan masa untuk melarikan diri.
"Waalaikumsalam, mak."
Tangan mak aku salam, dan kemudian, tanpa menunggu minit seterusnya lagi, aku terus mengangkat beg pakaian ku untuk diletak ke dalam but kereta.
"Kamu nak bergegas ke mana, Aiman? Mak belum tarik nafas lagi."
Aku pandang mak dengam dada yang sudah turun naik. Kita perlu segera, mak! Jerit ku di dalam hati. Mata ku menangkap susuk tubuh Abang Saiful yang keluar dari perut kereta dengan bertongkat. Dia masih belum sembuh, rupanya...
Dari tempat pemanduan, Ubai keluar dengan bergegas untuk membantu Saiful. Khansa' pula sudah tercegat berdiri di hadapan ku dengan senyuman bergulanya.
Aku jadi hairan... Nak jemput aku aje pun... Siap bawa semua tentera ni dah kenapa?
"Kak Aiman... Lama dah tak jumpa akak... Oncak rindu gila dah ni, tau!"
Khansa' memeluk ku erat sambil menggerak-gerakkan tubuh ku ke kiri dan ke kanan. Aku kerimasan kerana niqab ku yang hampir tertanggal disebabkan perbuatannya.
"Okey, okey... Akak pun rindu Oncak... Tapi niqab akak nak tertanggal Oncak buat..."
Jemari ku pantas membetulkan letak niqab ku yang sudah lari-lari.
"Eh, akak nak balik madrasah dah ke? Akak tak tahu ke?"
Aku pandang Khansa' dengan mata bulat ku. Sah, Khansa' juga pasti sudah tahu akan hal orang yang mahu merisik ku itu. Ni yang nak cakap ni!
"Oncak tahu ke, ada orang nak risik akak?"
Khansa' mengangguk-anggukkan kepalanya, membenarkan ku. Wajahnya hairan melihat kekalutan ku.
"Oncak tahu??"
"Yelah, kak... Tak kanlah Oncak tak tahu kalau..."
"Oncak, akak tak nak dengan orang tu!! Oncak.. Oncak.."
Aku tergugup-gagap mahu menjelaskan keadaan ku. Aku tidak mahu terima lelaki itu! Aku mahu Abang Saiful!
"Akak tak nak? Betul ke akak??"
Wajah Khansa' benar-benar hampa, tetapi itu bukan masalah ku. Keputusan ditangan ku, dan aku berhak memutuskan siapa orang yang aku nak.
"Oncak..."
"Aiman... Borak apa depan pintu tu? Mari duduk sini. Nak menangis dah budak tu kamu buat. Kami berdua borak apa?"
Maklong memotong ucapan ku kepada Khansa'. Tapi... Khansa' nak nangis? Aku pandang muka Khansa'... Ya, benar... Muka kecewanya semakin menjadi-jadi.
"Oncak...?"
Aku memagut bahu Khansa' dan menggocangnya sedikit. Namun, wajah hampa itu langsung tidak berubah. Aku tarik tangannya kemudian untuk membawanya duduk bersama ku di atas sofa.
Saiful sudah masuk ke dalam sambil dipimpin Ubai. Kasihan aku lihat keadaannya. Tidak sampai hati aku mahu melukakan hatinya nanti apabila orang yang bakal merisik ku datang waktu ini. Oh, Tuhan... Aku mahu cepat berangkat dari sini!
"Mak..."
Aku pandang wajah mak yang sedari tadi tersenyum panjang melihatkan ku. Apakah mak gembira dengan khabar risikan ini sedangkan mak tahu, Saiful mencintai ku?
"Ya, Aiman..."
Lembut tutur bicara mak membuatkan aku serba salah. Apakah jika aku menolak risikan ini, aku akan membuat mak bersedih?
"Mak... Aiman tak nak terima orang tu..."
Aku terus ke tengah cerita tanpa pangkal terlebih dahulu.
Kening mak sudah berkerut hairan.
"Orang mana pula, kamu ni?"
"Mak.. Aiman... Aiman sebenarnya..."
Lidah terasa berpasir untuk meneruskan bicara. Malunya kalau kenyataan ini harus dibuat di hadapan Abang Saiful! Tidakkah kalau aku memberitahunya sekarang, ia kelihatan tergesa-gesa? Tetapi, bagaimana jika aku tidak menjelaskannya sekarang? Aku tidak mahu orang lain selain Abang Saiful!
"Ada apa, Aiman... Cakaplah. Kamu kenapa sebenarnya? Kamu tak nak dengan orang tu? Siapa? Kenapa?"
Satu-satu, mak mahukan penjelasan daripada ku.
Aku tergugup-gagap mahu membuka bicara. Mata ku berkalih kepasa Khansa' yang sedari tadi kelihatan sugul selepas mendengar kata-kata ku. Aku tidak tahu apa yang salah dalam ucapan ku sebentar tadi.
Kini, mak... Bagaimana harus aku mulakan? Ya Allah!
"Aiman sebenarnya... Aiman sebenarnya... tak nak orang lain."
Mak tuntas memandang ku, masih belum mengerti sepenuhnya. Aku juga masih tidak tahu harus menjelaskannya bagaimana. MALU!
"Aiman tak nak siapa? Aiman tahu tak, harini Abang Saiful yang datang mahu merisik Aiman?"
Mendadak mata ku menembus pandang ke dalam anak mata mak. Dada ku surut debaran yang sukar dimengerti.
Abang Saiful ke yang mahu datang merisik..??
Share this novel