"Apa yang bibah kalut sangat masa abang risik bibah masa tu?"
Ini, Abang Saiful. Merangkap insan yang sudah sah bergelar suami ku. Mendadak sangat aje kan? Yelah... Kalau nak cerita panjang lagi, alamatnya berdrama sahajalah cerita ni. Hihi...
Setelah babak risikan yang penuh drama itu, aku dihantar pulang ke madrasah juga bersama mereka. Kedengaran lawak bukan? Mana aku mahu letak muka yang tesangat malu ini, duduk di dalam satu kereta bersama orang yang barusan merisik kita?? Alahaiii... Tapi, itulah hakikat yang berlaku. Biarlah, situasi itu hanya aku yang lalui. Bukan orang lain. Hahaha...
Setelah itu, kami mengikat pertunangan, dan Abang Saiful sanggup menunggu ku sehingga aku habis hafaz 30 juzu Al-Quran... Mencabar tak mencabar juga, ya. Dah orang tu yang dah nak kita sangat... Eh, aku pun nak juga. Hihi ..
Allah... malu dengan Allah yang memperkenankan hasrat di hati secepat itu. Padahal, aku baru jatuh suka dengan Abang Saiful selepas mendengar pengakuannya lewat di hospital hari itu. Hmm... Dah jodohkan...Tak ke mana.. Begitulah yang orang selalu kata.
Habis sahaja aku menamatkan hafalan 30 juzu Al-Quran ku, terus Abang Saiful kata mahu menikah. Kita mahu syahadah, tidak dibaginya! Appadaa... Istikharah nampak baik... Maka aku akurkan sahaja keinginan Abang Saiful.
Sekarang, aku sudah sah bergelar isterinya. Rupanya, dia hanya mahu aku persiapkan diri untuk menjadi isterinya yang membantunya untuk membangunkan madrasah sendiri. Abang Saiful memang sudah jatuh cinta kepada ku sejak pertama kali memandang ku. Namun, dia bijak memikir jalan cintanya ke mana sehingga dia sanggup memaksa ku belajar di madrasah dan dia menanggung ku sepenuhnya semata-mata kerana niat murninya ini. Walaupun aku tak syahadah... Itu masalah dia yang dah tak sabar sangat.
"Bibah... Bibah berangan ke?"
"Eh?"
Aku memandang Abang Saiful yang duduk di sebelah ku. Bibah adalah panggilan manja dari Abang Saiful untuk ku yang berasal dari perkataan habibati... Tapi bila dipendekkan.. Heih, tak romantik langsung bunyinya kan?
"Abang cakap apa?"
"Abang tanya... kenapa Bibah kalut benar, hari abang risik Bibah tu?"
"Abang tak boleh ke panggil saya sayang ke... Bee ke... Humaira' ke paling kurang pun, macam Rasullullah tu, dari nak panggil saya Bibah? Macam nenek tua dah bunyinya."
Aku menggerutu geram. Memang terasa macam nenek tua sahaja dipanggil begitu. Abang Saiful tergelak mendengar ocehan ku.
"Okeylah... Abang tukar panggil baby eh? Bibah suka tak?"
"Apa 'Bibah suka tak' pulak? Masih lagi nak panggil orang Bibah."
Abang Saiful berdekah ketawa di sebelah ku. Alahai... lawaknya suami ku. Kita tarik janggut dia kang... ada juga yang mengembek dekat sini.
"Baiklah, syayang...baby bushuk ku masham.. Hm?"
Abang Saiful menjengahkan mukannya ke muka ku. Mahu melihat reaksi ku.
Aku sudah menahan senyum. Tapi tak tertahan. Lalu, aku pun tertawa bersamanya.
"Panjang naw..."
Kami tergelak lagi.
"So, syayang-baby-bushuk-ku-masyam..."
Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, aku sudah bantai gelak sekali lagi. Lawak sangat dah dia sebut laju-laju macam tu! Ahahahhahahah!
Abang Saiful juga tergelak sakan mendengarkan tawa ku sehingga berair kedua-dua mata kami.
"Abang tak tahu ke.. hari tu kan saya mati-mati ingatkan orang lain yang nak datang risik saya... Maklong tak cakap pun siapa orangnya. So, manalah saya nak tahu kan... Masa tu hampir-hampir je tau nak luahkan perasaan... Nasib baik mak sedarkan saya awal-awal yang abang lah orang yang nak risik saya tuu..."
Aku cuit hidung Abang Saiful sehingga tertutup kedua belah matanya.
"Oh... sayang nak luahkan apa? Abang nak dengar."
Abang Saiful sudah buat muka gedik. Aku rasa macam nak sapu-sapu je muka dia dengan minyak panas.
"Cepatlah... Sayang nak cakap apa masa tu?"
"Ya Allah, bang. Saya dah banyak kali ulang kut lepas kita nikah?"
Mengenyam pula kita dengan dia ni lah.
"A'idii marratan ukhra... Please..."
Rasa macam tak sampai hati lah pulakan... Sampai terkenyit-kenyit mata merayu. Okey, jom kita kasi jelas.
Sebelum tu, tutup pintu dulu. Tak kan nak bagi hangpa dengaQ pula... Begitulah kisah cinta kami yang tak berapa nak sweet tapi akhirnya ke jenjang pelamin. Dan sekarang permisi... Bagi kami can bersweet lepas kahwin. Hihi.
Assalamualaikum.
Share this novel